Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Selasa 4 Julai 2017

Soalan:

Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep


Sekolahku Syurgaku. Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk
merealisasikan konsep tersebut.

Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam


kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-
dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Sekolah dapat ditakrifkan
secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula
ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada
di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku"
melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik
ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Persoalannya, apakah peranan
pelajar untuk merealisasikan konsep Sekolahku Syurgaku.

Sebagai membuka tirai perbincangan, salah satu peranan signifikan


saya ialah membantu pihak sekolah menjaga kawasan persekitaran sekolah
agar sentiasa bersih. Aktiviti gotong-royong harus diadakan secara berkala
untuk membersihkan kawasan sekolah dan saya akan menyertai aktiviti ini
bersama dengan warga sekolah yang lain. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga
kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan
mudah. Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dengan dijinjing.
Suasana persekitaran sekolah yang bersih akan menyebabkan murid-murid
berasa kondusif untuk menuntut ilmu. Tegasnya, penjagaan kebersihan
sekolah penting untuk merealisasikan konsep Sekolahku Syurgaku.

Peranan saya yang seterusnya ialah saya akan membantu pihak sekolah
mengadakan taman bunga di sekolah. Program Sekolah dalam Taman
patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-
tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Saya dan rakan-rakan juga
boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan
sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya
murid-murid lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam
persekitaran seperti taman. Mereka boleh menikmati keindahan taman ini
pada waktu rehat sambil berbual-bual dengan rakan-rakan untuk berkongsi
cerita dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka bagai isi
dengan kuku. Jelaslah bahawa usaha saya untuk mengadakan taman bunga
di sekolah bersama pihak sekolah dapat menjayakan konsep Sekolahku,
Syurgaku.

Saya juga akan membantu pihak sekolah mengecat bangunan sekolah


semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan
berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata
Sekolahku Syurgaku perlu ditulis pada bangunan sekolah supaya murid-
murid sentiasa membaca dan menyedari tanggungjawab mereka untuk
menjadikan sekolah umpama syurga bagi mereka. Untuk menjayakan
program ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah berkolaborasi
dengan pihak sekolah dalam penyediaan cat dan berus cat. Saya dan murid-
murid yang lain juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan
sekolah. Ringkasnya, bangunan sekolah yang dicat semula akan
menjadikan sekolah lebih menarik dan dapat merealisasikan konsep
Sekolahku Syurgaku.

Konsep Sekolahku Syurgaku juga dapat dicapai sekiranya sesebuah


sekolah itu tidak mempunyai sebarang kes disiplin seperti kes buli, ponteng
kelas, vandalism dan gangsterisme. Keadaan ini bukan sahaja mengundang
nama buruk sekolah, tetapi juga menyebabkan segelintir pelajar berasa
takut untuk menghadirkan diri ke sekolah. Hal ini secara langsung,
mencemarkan keharmonian sesebuah sekolah. Oleh itu, saya tidak akan
melibatkan diri dalam masalah sosial di sekolah dan sentiasa berdisiplin dan
mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah seperti
menepati masa, bersopan santun ketika bertutur dan menghormati guru-
guru. Saya juga akan segera melaporkan kepada pihak sekolah jika
berlakunya kes ugut, vandalisme dan merokok di sekolah. Tindakan saya ini
dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berleluasa kerana mencegah
lebih baik daripada mengubati. Murid-murid juga akan berasa selamat
berada di sekolah. Pendek kata, kurangnya masalah disiplin di sekolah dapat
memudahkan usaha untuk merealisasikan konsep Sekolahku Syurgaku.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat beberapa peranan yang


perlu saya mainkan untuk merealisasikan konsep Sekolahku Syurgaku.
Sekiranya sekolah dapat diumpamakan seperti syurga, sudah pasti setiap
individu akan merasai ketenangan dan keseronokan apabila berada di
sekolah. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, semua orang
pastinya tidak akan menolak jika mereka diberi peluang untuk belajar di
sekolah seperti ini. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai
aur dengan tebing untuk menjayakan konsep Sekolahku Syurgaku kerana
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan ini, impian negara
untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama tidak lagi
menjadi angan-angan Mat Jenin dan kemajuan negara akan setaraf dengan
negara-negara lain di pentas global ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah. Marilah kita bersama-sama menjayakan konsep Sekolahku
Syurgaku.

You might also like