Cara Solat Jamak Taqdim Dan Taqkhir

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang

Betul Dari JAKIM


Cara Solat Jamak
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara,
panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas
itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak
dipraktikkan, kita selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu
praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah
panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di
salah satu Hentian R&R PLUS.

Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah Selatan. Klik untuk saiz yang
lebih besar.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan
melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang
demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir
dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?


Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Jama Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat
Maghrib dan solat Isya dalam waktu Maghrib.

2. Jama Takhir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat
Maghrib dan solat Isya dalam waktu Isya.

Apakah syarat solat jamak?


Untuk solat jamak taqdim:
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan
solat Maghrib daripada solat Isya.

2. Hendaklah niat Jama Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya
di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijamakan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga
didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya).

Untuk solat jamak taakhir:


1. Hendaklah berniat jama dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana cara dan contoh niat solat


jamak?
Untuk jamak taqdim:
1. Jama Taqdim Empat Rakaat

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah
Taala)

2. Niat Jama Taqdim Beserta Qasar


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah
Taala)

Untuk jamak taakhir:


1. Jama Takhir Empat Rakaat

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama Takhir Beserta Qasar


(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Akhir kata
Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana
kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.

Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang
betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan
Isyak sahaja.
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur,
Asar dan Isya, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.
Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

You might also like