Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK
TAHUN 2016

1. PENGENALAN
Unit Kokurikulum yang mantap, kemas dan berkesan adalah perlu bagi merealisasikan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah melahirkan warga yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, adalah penting
untuk memiliki satu baris kepimpinan yang hebat dalam membantu melaksanakan misi ini.

2. OBJEKTIF
2.1 Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum
dan sukan.
2.2 Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa melaksanakan pengurusan
persatuan/kelab/unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta dalam
pertandingan.
2.3 Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin
yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
2.4 Pemantapan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh
dan pengukuhan pembelajaran dalam bilik darjah.
2.5 Melahirkan insan yang dapat bekerja secara berpasukan secara profesional.

3. TAJUK
Bengkel Kepimpinan Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Tahun 2016.

4. TARIKH/ MASA/ TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 27 Ogos 2016
Hari & Masa : Sabtu, 7.30 pg hingga 1ptg
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik

5. PESERTA
5.1 Jurulatih (Guru) - 4 orang
Pihak pengelola akan melantik dua orang jurulatih utama bagi melaksanakan aktiviti. Jurulatih akan
bertindak sebagai ketua fasilitator program dan juga ahli jawatankuasa bengkel.

5.2 Guru - 4 orang


Empat orang guru akan membantu melaksanakan bengkel dibawah pengelolaan jurulatih. Guru yang
dipilih juga akan bertindak sebagai fasilitator dan ahli jawatankuasa bengkel.

5.3 Murid - 50 orang


Murid yang dipilih adalah terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi bagi setiap unit yang telah
dilantik oleh setiap unit.

1
5.3.1 Unit Uniform
BIL. BADAN UNIFORM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 Pengakap 3 1 4
2 Puteri Islam Malaysia 0 3 3
3 Tunas Kadet Remaja Sekolah 2 2 4
4 Bulan Sabit Merah Malaysia 3 1 4
5 Pandu Puteri Tunas 0 3 3
JUMLAH 8 10 18

5.3.2 Unit Persatuan / Kelab


BIL. BADAN UNIFORM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1 BAHASA MELAYU 2 2 4
2 BAHASA INGGERIS 2 2 4
3 SAINS 2 2 4
4 MATEMATIK 2 2 4
5 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 2 2 4
6 REKACIPTA 2 2 4
7 MUZIK & KEBUDAYAAN 2 2 4
8 RUKUNEGARA 2 2 4
JUMLAH 16 16 32
JUMLAH BESAR 24 26 50

6. AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn. Juhranar binti Yang

Naib Pengerusi : En. Fadzil bin Ariffin


: Pn. Zuraidah binti Ariffin
: Pn. Siti Rahmah binti Mat

Penyelaras : En. Abdul Malek bin Nayan

Setiausaha : Pn. Lizawati binti Abdul Wahab

Bendahari : En. Norezmy Aizul bin Ghani

Siaraya : En. Faizal bin A. Samah

Disiplin : Encik Lokman bin Jantan

Peralatan : Encik Lokman bin Jantan

Kebersihan : En. Abdul Malek bin Nayan

Makanan/Minuman : En. Norezmy Aizul bin Ghani

Jurufoto : En. Zainuddin bin Wahono

Dokumentasi : Pn. Lizawati binti Abdul Wahab

Sijil & Hadiah : Pn. Yeasotha a/p Batumalai

2
7. TENTATIF PROGRAM
Masa Program
7.30 pg : Pendaftaran

8.00 pg : Sesi Pertama : Ice Breaking


Pembentang : En. Zainuddin bin Wahono (Jurulatih)

9.00 pg : Sesi Kedua : Ceramah Tugas Pemimpin dan Cabarannya


Pembentang : En. Fadzil bin Ariffin (Jurulatih)

10.00 pg : REHAT

10.30 pg : Sesi Ketiga : LDK 1 Membina Logo dan Motto Kumpulan


Pembentang : En. Norezmy Aizul bin Ghani (Jurulatih)

11.30 pg : Sesi Keempat : LDK 2 Peranan & Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa


Pembentang : En. Abdul Malek bin Nayan (Jurulatih)

1.00 ptg : Majlis Penangguhan/Penutup

1.30 ptg : Bersurai

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA RM BIL. PERKARA RM
1. Peruntukan Kerajaan : 631.00 1. Makanan 350.00
Bantuan Kokurikulum 2016 i. Sarapan Pagi
(BKK) RM2.00 x 50 = RM100
- Bahagian Sahsiah ii. Makan Tengahari
RM5.00 x 50 = RM250

Aktiviti Kumpulan
i. Kertas Mahjong
RM14.00 x 10= RM14
ii. Whiteboard Marker
RM3.40 x 20 = RM68
iii. Kertas Warna
RM24.00 x 1 = RM24 106.00

Hadiah Kumpulan
i. Stationary Set
RM17.50 x 10 = RM175 175.00

631.00 631.00

9. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar, serta akan dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan sebagai generasi pewaris akan datang.

3
Disediakan oleh,

(PN. LIZAWATI BINTI ABDUL WAHAB)


Setiausaha Ko-Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik

Disemak oleh,

(EN. FADZIL BIN ARIFFIN)


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik

Disahkan oleh,

(PN. JUHRANAR BINTI YANG)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik

You might also like