Kajian Tindakan Kimia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN 2014

MENGENALPASTI GARAM LARUT DAN GARAM TAK LARUT

DIMENSI GARAM

OLEH :

WARDATUN AATHIRAH BINTI MOHD HASHIM


SMK SUNGAI DAMIT
PETI SURAT 232
TAMPARULI
SABAH
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kimia merupakan salah satu subjek yang biasanya di ambil oleh pelajar-pelajar aliran
sains tulen. Terdapat 14 topik, sembilan topik tingkatan 4 dan lima topik tingkatan 5. Subjek
Kimia merupakan antara subjek Sains Tulen yang ditawarkan di sekolah saya yang dianggap
sukar oleh ramai pelajar. Mentaliti negatif yang dipendam didalam fikiran mereka telah
menyebabkan pelajar ini merasa malas dan tiada motivasi untuk belajar.

Bagi pelajar-pelajar saya di kelas 4 UTM, walaupun kebanyakkannya mempunyai


latar belakang keputusan PMR iaitu Sains dan Matematik yang baik (A dan B) kebanyakkan
daripada mereka masih mempunyai masalah dalam memahami dan menghafal formula
kimia. Bagi topik Garam, berdasarkan pengalaman saya pada tahun yang lepas - lepas, para
pelajar mempunyai masalah dalam mengenalpasti sama ada garam tersebut larut atau pun
tidak di dalam air. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik
Garam bagi kelas terdahulu, mereka ini tahu dan sudah menghafal formula kimia bagi kation
dan anion dari tingkatan 4 lagi tetapi masih lagi keliru tentang cara atau langkah-langkah
yang perlu dijalankan untuk menbentuk formula kimia yang betul dan sekaligus menentukan
garam larut atau garam tidak larut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila diberi
soalan kuiz mengenalpasti garam larut dan garam tak larut, ramai pelajar yang masih
teragak-agak, keliru dan tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara pelajar yang tahu
tetapi majoritinya masih tidak pasti.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak dapat mengenalpasti garam larut dan tak
larut adalah kerana :

(a) Terlalu banyak fakta yang perlu diingat untuk mengenalpasti sama ada garam tersebut

larut ataupun tidak larut

Masalah ini berlaku dikalangan pelajar adalah kerana mereka tidak mahu dan malas
menghafal ion-ion yang terlibat dalam pengelasan garam larut dan tak larut. Jika perkara ini
tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Pelajar akan terus keliru dan membiarkan sahaja
soalan tersebut tidak terjawab dalam peperiksaan. Pelajar juga akan terlepas peluang untuk
mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya melibatkan
pengetahuan tentang garam larut dan tak larut dan kemudiannya tentang kaedah
penyediaan garam larut dan tak larut. Jika pelajar tidak dapat mengenalpasti garam larut
dan tak larut tersebut, kemungkinan besar pelajar tidak akan dapat menjawab keseluruhan
soalan berkaitan topik garam kerana ianya sangat berhubungkait antara satu sama lain.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk
Mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah yang saya jalankan ialah
Dimensi Garam. Pelajar akan menggunakan gambar rajah yang dibina untuk
mengaplikasikan formula kimia mengenalpasti garam larut dan tak larut.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i) Objektif Umum


Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti garam
larut dan tak larut

(ii) Objektif khusus


Murid dapat membina dan mengaplikasi formula kimia dengan betul serta
mengenalpasti garam larut dan tak larut menggunakan rajah
Dimensi Garam
Pelajar dapat mengingat dengan mudah garam larut dan tak larut
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 26 orang pelajar daripada 4 UTM yang terdiri daripada :

8 orang pelajar Lelaki

18 orang pelajar Perempuan


5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan
seperti berikut:

(i) Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(ii) Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 18 pelajar yang sentiasa
mendapat markah rendah di dalam soalan kuiz. Tujuannya adalah untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengenalpasti garam larut dan
tak larut.

Analisis daripada ujian Pra.

Bil soalan betul Bil pelajar

18-20 4

17-15 7

14-11 4

10 ke bawah 3

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan pelajar kumpulan


sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik
Dimensi Garam untuk mengenalpasti garam larut dan tak larut. Terdapat 2
aktiviti yang saya rancangkan dan pelajar perlu lakukan iaitu:
(i) Aktiviti 1 : Membina rajah Dimensi Garam
(ii) Aktiviti 2 : Menjawab soalan kuiz yang disediakan
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan
(i) Aktiviti 1 : Membina rajah Dimensi Garam
Bahan : pembaris , magik pen / pensil , kertas A4

Langkah 1

Setiap pelajar akan menggunakan 4 kertas A4 yang dibekalkan


Pelajar akan melakar bentuk muka atau huruf U besar ditengah-
tengah kertas
Contoh :

Langkah 2

Melakar bentuk empat segi tepat di kiri dan kanan / seperti orang
memakai cermin mata
Langkah 3

Pelajar akan mula mengisi formula ion dari bahagian atas kiri ke
bawah dan bergerak ke kanan dengan mengikut arahan guru

Cadangan Ayat Mnemonik yang diajarkan kepada pelajar ialah:


- Pb : Papa
- Ca : Cakap
- Ba : Badak
- SO : So
- Cl : Cute
- Pb : Padahal
- Ag : Amat
- Hg : Hodoh

Langkah 4

Pelajar kemudian akan meneruskan lakaran dengan membuat bulatan


di tengah rajah dan seterusnya melakar bulatan/ bentuk bibir dibawah
rajah
- Cadangan Mnemonik seterusnya:
- NO3 : Oh NO!
- NH : Nenek
- Na : Nak
- K : Kahwin
- CO : Comel

(ii) Aktiviti 2 : Menggunakan Rajah Face of Salts


Setelah Rajah Face of Salts dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan
mengenalpasti garam larut dan tak larut. Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1

Guru akan menerangkan bahawa ion-ion yang berada diluar kawasan


muka/bentuk U adalah garam yang tidak larut. Mana-mana ion yang
bergabung dengannya untuk membentuk sebatian ion/garam akan
dikenalpasti sebagai garam tak larut.
Manakala ion-ion yang berada dalam kawasan muka/bentuk U adalah
garam larut. Mana-mana ion yang bergabung dengannya untuk
membentuk sebatian ion/garam akan dikenalpasti sebagai garam
larut.

6. Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh


Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan individu/kumpulan 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan aktiviti 1 1 hari
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 1 hari
6 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 1 hari
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 1 hari
8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 hari
9 Refleksi kajian 1 minggu
10 Menulis laporan kajian 2 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

You might also like