Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jenis2 Ingatan

Ingatan Sensori

Ingatan sensori melibatkan rangsangan yang diterima melalui deria. Ingatan sensori
merupakan ingatan yang paling banyak tetapi paling singkat berada di dalam ingatan.
Ingatan ini boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ikonik (lihat), ekoik (dengar) dan haptik
(sentuh).

Ingatan Jangka Pendek

IJP juga dikenali sebagai otak yang bekerja. IJP mempunyai keupayaan menyimpan
sebilangan kecil maklumat yang tersedia untuk digunakan bagi satu tempoh masa yang
amat pendek. Akan tetapi, maklumat sediaguna tersebut mudah hilang. Ingatan ini boleh
menyimpan lima hingga sembilan item pada satu masa.

Ingatan Jangka Panjang

Maklumat dalam IJP akan dienkod dan dipindahkan ke dalam IJPA untuk disimpan secara
kekal, apabila maklumat tersebut mengalami pengulangan dan pengukuhan yang berkesan.
IJPA mempunyai kapasiti menyimpan maklumat tanpa batas jumlah dan tempoh masa. IJPA
juga dikenali sebagai storage atau ingatan rujukan.

You might also like