Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jenis2 lupaan

Teori surihan ingatan

Semua maklumat di dalam ingatan akan hilang secara automatik atas faktor masa.
Maklumat yang tidak aktif digunakan dalam tempoh masa tertentu akan hilang atau terhapus
secara beransur-ansur. Sekiranya maklumat sentiasa digunakan secara kerap, proses
surihan ingatan akan dilambatkan. Nama orang yang baru dikenali merupakan contoh
maklumat yang biasa surih jika tidak digunakan.

Teori gangguan

Gangguan berlaku apabila terdapat interaksi antara bahan baharu yang sedang dipelajari
dengan bahan lama yang telah dipelajari. Gangguan terbahagi kepada dua iaitu gangguan
proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif melibatkan kegagalan mengingati
maklumat yang sedang dipelajari kesan daripada gangguan maklumat yang telah dipelajari.
Dengan kata lain, pembelajaran pertama menghalang penguasaan pembelajaran kedua.
Gangguan retroaktif melibatkan maklumat yang sedang dipelajari menganggu proses
mengeluarkan maklumat lepas. Contohnya, pembelajaran ejaan dan sebuatan dalam BI
menghalang pembelajaran ejaan dalam BM yang terlebih dahulu dikuasai . Contohnya,
perkataan bag dan beg, bus dan bas.

Teori pergantungan tanda isyarat

Emosi gembira akan menghasilkan ingatan yang menyeronokkan manakala emosi kurang
baik akan menghasilkan ingatan yang kurang menyenangkan. Kelupaan boleh berlaku
apabila maklumat yang terbina dalam suatu persekitaran tidak diiringi dengan konteks asal.
Sekiranya diiringi dengan konteks asal, kita akan dapat mengingat keseluruhan peristiwa.
Contohnya, apabila kita terlupa akan sesuatu tetapi dikaitkan dengan orang yang disayangi
yang ada bersama pada waktu kejadian, berkemungkinan besar kita akan dapat mengingat
keseluruhan peristiwa.

You might also like