Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TOKOH IDOLA SAYA

Tokoh yang menjadi idola saya ialah Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad.Saya yakin dan percaya bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadikan Dr Mahathir
sebagai idola mereka.Beliau merupakan seorang yang sangat berkaliber dalam pemerintahan dan
ternyata telah berjaya memacu Malaysia ke arah kejayaan. Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini yang
mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran merupakan seorang Negarawan
terulung negara kerana beliau merupakan seorang arkitek kepada pembangunan Malaysia.

Beliau telah mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 sehingga
tahun 2003 menjadikan beliau seorang pemimpin yang paling lama menjadi Perdana Menteri
Malaysia iaitu selama 22 tahun. Di bawah pemerintahan beliau Negara kita Malaysia berubah wajah
secara drastik. Hal ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang perintis ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang termaktub dalam misi
Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau. Apa yang membuatkan saya menjadikan beliau
sebagai idola ialah beliau mempunyai daya pemikiran yang menjangkau jauh ke hadapan.Di samping
itu juga beliau mempunyai visi dan misi yang jelas untuk dicapai. Perkara seperti inilah wajar kita
ambil sebagai contoh dan panduan dalam diri.

Saya rasa amat bersyukur dan berbangga kerana ditakdirkan mempunyai seorang pemimpin
seperti beliau. Hal ini disebabkan oleh beliau telah banyak mencapai pencapaian yang diperoleh
Malaysia di peringkat antarabangsa di bawah naungan pemerintahan beliau. Daripada sebuah negara
yang mundur telah berubah menjadi sebuah negara yang membangun dengan pesatnya. Pada suatu
ketika dahulu jika disebut nama Malaysia mungkin masyarakat dunia tertanya-tanya di manakah
Malaysia dan bermacam lagi persoalan yang timbul.Namun kini dengan kepesatan pembangunan
Malaysia telah terkenal di seluruh dunia.berkat daripada suatu pencapaian yang amat
mengkagumkan bagi sebuah negara yang memiliki seorang pemimpin yang berwibawa meskipun
usianya masih muda.

Oleh yang demikian segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan kepada
agama, bangsa, dan negara wajarlah dihargai.Di samping itu juga,kita semua patut menteladani
semua nilai-nilai yang baik yang ada pada diri Dr.Mahathir untuk dijadikan panduan dalam menempuh
hari-hari mendatang.Semoga kita semua berjaya mencapai matlamat yang dicipta dan terus maju
jaya.

You might also like