Soalan Periksa 2017 Tinhkatan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas soalan berikut mempunyai 6 soalan esei. Jawab semua soalan.

1. Melalui pengetahuan sejarah anda, tulis satu karangan pendek yang dapat dikaitkan daripada gambar
berikut? ( 5 markah)

2. Buat perbandingan antara corak pemerintahan British dengan corak pemerintahan tentera Jepun di
Tanah Melayu? (6 markah)

3. Apakah situasi-situasi yang akan berlaku sekiranya Jepun terus kekal memerintah Tanah Melayu?
(4 markah)

4. Tokoh berikut merupakan tokoh penting yang menjadi pencetus kepada semangat kebangsaan Melayu
selepas peperangan dunia kedua.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh tokoh berikut
melalui pernyataan yang diberikan di bawah. Jelaskan pandangan anda ( 5 markah)

5. Peristiwa pembentukan Malayan Union merupakan satu peristiwa penting kepada sejarah negara kita.
Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh melalui peristiwa tersebut kepada diri, masyarakat dan negara?
( 5 markah )
6. Penubuhan Parti Komunis Malaya bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada penjajah British. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Jelaskan. ( 5 markah)
Skema

1. Melalui pengetahuan sejarah anda, tulis satu karangan pendek yang dapat dikaitkan daripada gambar
berikut? ( 5 markah)

Aras 1 : Jawapan mudah / pengetahuan / pemahaman yang terhad

Membina karangan dengan fakta yang mudah ( 1m 2m )

Jepun memerintah tanah Melayu dengan cara ketenteraan

ATAU

Jepun menggunakan kaedah yang zalim

Mereka menyeksa orang-orang Cina

Aras 2 : Jawapan agak mendalam / pengetahuan / pemahaman yang jelas dan membuat inferens

Menyatakan pendirian dengan fakta yang jelas dan menunjukkan pengetahuan / pemahaman yang agak

mendalam ( 3m 4m )

Penjajahan Jepun telah menjalankan dasar ketenteraan. Dasar telah digunakan oleh tentera Jepun untuk

menindas penduduk Tanah Melayu . Antara contoh penindasan yang dilakukan oleh Jepun ialah membunuh

tanpa belas kasihan.

Aras 3 : Jawapan mendalam / pengetahuan / pemahaman yang sangat jelas dan membuat inferens yang tepat

Menunjukkan kematangan

Menyatakan pendirian dengan hujah yang mantap dan menunjukkan pengetahuan / pemahaman yang

mendalam / meluas (4-5 markah)

Penjajahan Jepun telah menjalankan dasar ketenteraan. Dasar telah digunakan oleh tentera Jepun untuk

menindas penduduk Tanah Melayu . Antara contoh penindasan yang dilakukan oleh Jepun ialah membunuh

tanpa belas kasihan. Penduduk Cina telah diseksa dan dibunuh dengan kejam berbanding orang Melayu.

Keadaan ini berlaku kerana Jepun berdendam dengan orang Cina kerana peristiwa dipengaruhi oleh Perang

China-Jepun.
2. Apakah situasi-situasi yang akan berlaku sekiranya Jepun terus kekal memerintah Tanah Melayu?
(4 markah)

- Orang Melayu akan lebih berdisiplin


- Orang Melayu menghasilkan banyak barangan dan produk baru
- Pembunuhan lebih ramai bangsa Cina
- Institusi Raja akan terhapus
- Kemerdekaan Tanah Melayu akan berlaku lebih awal
- Orang Melayu akan bercakap Bahasa Jepun.
- Mana-mana yang munasabah.
-

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh tokoh berikut
melalui pernyataan yang diberikan di bawah. Jelaskan pandangan anda ( 5 markah)

Aras 1 : Jawapan mudah / pengetahuan / pemahaman yang terhad

Pandangan dengan fakta yang mudah ( 1m 2m )

Beliau merupakan pemimpin yang membangkitkan semnagat 0rang Melayu.

ATAU

Beliau juga yang menyebabkan orang Melayu bersatu telah menentang Malayan Union

Beliau yang sangat penting menubuhkan UMNO pada tahun 1946.

Aras 2 : Jawapan agak mendalam / pengetahuan / pemahaman yang jelas.

Menyatakan dengan fakta yang jelas dan menunjukkan pengetahuan / pemahaman yang agak mendalam da
mengaitkan apa yang tertera pada gambar yang disediakan ( 3m 4m )

Beliau mengajak orang Melayu supaya tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh British. Antara idea
British yang telah berjaya digagalkan ialah Malayan Union. Usaha beliau dalam penulisan akhbar pada waktu itu
telah menyebabkan orang Melayu berdemonstrasi.

Aras 3 : Jawapan mendalam / pengetahuan / pemahaman yang sangat jelas dan membuat inferens yang tepat

Menunjukkan kematangan

Menyatakan pendirian dengan hujah yang mantap dan menunjukkan pengetahuan / pemahaman yang mendalam /
meluas (4-5 markah)

Beliau mengajak orang Melayu supaya tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh British. Antara idea British
yang telah berjaya digagalkan ialah Malayan Union. Usaha beliau dalam penulisan akhbar pada waktu itu telah
menyebabkan orang Melayu berdemonstrasi. Ini jelaskah bahawa usaha beliau telah banyak membawa kepada
semangat orang Melayu untuk mempertahankan hak orang Melayu.
7. Penubuhan Parti Komunis Malaya bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada penjajah British. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Jelaskan. ( 5 markah)

You might also like