Deputy Director Genera of Edueaton Malaysia
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MALAYSIA
Teachers Professional Development
ARAS 6, BLOK E 13, PARCEL E
‘Level 6, Block E13, Parcel E
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA @ KEMENTERIAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tot 03-8884 1078
Federal Government Administrative Centre Faks: 03-6884 1092
62604 PUTRAJAYA, Laman Web: waw.moe.govmy
Ruj. Kami: KPM.500-1/1/13(_)
Tarikh NE Jun 2017
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lantikan Tahun 2014 Hingga 2016
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMAS! MINDA MELALUI_ E-
PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM SECARA ONE-OFF BAGI PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
LANTIKAN TAHUN 2014 HINGGA 2016
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Program Transformasi Minda (PTM) merupakan syarat bagi pengesahan
dalam perkhidmatan penjawat awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 14 Tahun 2012. Dalam usaha memastikan semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lantikan tetap 2014
hingga 2016 disahkan dalam perkhidmatan mengikut tempoh yang ditetapkan,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan pelaksanaan PTM secara one-
off kepada PPP lantikan tahun 2014 hingga 2016 melalui kaedah E-Pembelajaran
Sektor Awam (EPSA).
3. Sehubungan dengan itu, setiap PPP lantikan tahun 2014 hingga 2016 yang
belum mengikuti PTM perlu melaksanakannya mulai 15 Jun 2017 sehingga 30 Jun
2018 berdasarkan Jadual Pelaksanaan PTM seperti berikut:
Tahun Tahun/Tempoh Pelaksanaan
Lantikan 2017 2018
2014 45 Jun - 15 Julai 2017
2015 45 Jun - 31 Nov 2017
Pilihan 1: :
gol 15 Jun - 31 Dis 2017 | 1 Jan - 31 Mac 2018
4. PPP dikehendaki menyelesaikan 13 modul PTM yang mengandungi 10
Modul Kursus Wajib dan tiga (3) Modul Kursus Pilihan. Bagi Modul Kursus Wajib,
sembilan (9) daripadanya perlu diikuti melalui EPSA dan satu (1) modul melalui
Sistem Pengurusan Lathan KPM (SPLKPM), manakala 3 modul kursus pilihan
perlu diikuti melalui EPSA, PPP juga diingatkan supaya mencetak Surat Tamat
1Kursus EPSA (sijil) dan Borang Akuan peserta bagi diperakukan oleh Ketua Jabatan
masing-masing.
5. PPP perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika
didapati menyerahkan makiumat/dokumen palsu kepada Bahagian Pendidikan Guru
yang mengurusetia PTM melalui EPSA. PPP boleh dikenakan tindakan mengikut
Peraturan dan urusan tatatertib yang berkuatkuasa
6. Sebagai rujukan tambahan, PPP dimohon untuk membaca Garis Panduan
Pelaksanaan PTM melalui EPSA yang telah dimuatnaik — melalui
https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index.cfm. Sebarang pertanyaan
mengenai urusan ini boleh dikemukakan kepada:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(up.: Dr. Razianna binti Abdul Rahman (razianna.abdul@moe.gov.my/03-
8884 1261/ faks: 03-8884 1274)
Encik Azalan bin Afendi (azalan.afendi@moe.gov.my/03-8884 1242/
faks: 03 8884 1274)
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
Terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Gn
(DATUK DR. AMIN BIN SENIN)
Timbalan Ketua Pengarah
Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia
sk Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengurusan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi)
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri