Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JURNAL MINGGU 1

Bilanga Jurnal : 1/12


Minggu : Minggu Pertama
Tempoh :
Tajuk : Minggu Pertama di SK Desa Cempaka

Pada hari pertama, saya bersama rakan praktikum yang ditempatkan bersama saya di SK
Desa Cempaka telah melapor diri pada guru besar sekolah ini. Kami memperkenalkan diri kami dan
menyerahkan Surat Pengenalan Diri yang rasmi daripada IPG. Encik selaku guru besar dan Puan
selaku GPK Pentadbiran memberikan pendedahan kepada kami tentang beberapa perkara seperti:

- Sejarah, peraturan, amalan disiplin dan budaya di SK Desa Cempaka;


- Struktur Organisasi, tugas dan tanggungjawab pegawai pentadbiran, para guru dan
semua staf SK Desa Cempaka;
- Latar belakang para murid dan komuniti di SK Desa Cempaka;
- Tugas dan tanggungjawab guru-guru dan murid murid terhadap SK Desa Cempaka;
- Pengurusan aktiviti kokurikulum dan kurikulum tambahan serta beberapa perkara lain.

Seterusnya, Guru Penolong Kanan Kurikulum telah mengaturkan jadual waktu persendirian
bagi setiap dari kami untuk sepanjang tempoh praktikum selama tiga bulan di sekolah ini. Saya
telah diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru Dunia Seni Visual (DSV) bagi kelas 3
Dinamis, 4 Bestari, 5 Arif serta mengajar dua masa seminggu bagi matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi bagi kelas 4 Cemerlang. Saya telah diletakkan dibawah seorang guru pembimbing yang
sangat prihatin iaitu Puan Normah binti Yaacob bagi mata pelajaran DSV dan Puan Nurul farhana
Lisa bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Selepas itu, Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum memberi tugasan kepada kami untuk menjadi guru penasihat bagi aktiviti ko-kurikulum
seperti unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan.
Pada hari kedua, terdapat sedikit perubahan jadual yang telah berlaku. Puan Norlida bt
Idris memberikan tunjuk ajar kepada saya agar lebih memahami dan dapat mengikuti jadual yang
telah diberikan. Pada hari tersebut, saya mula memasuki kelas dan cuba memahami dan
mendalami sosial murid-murid SK Desa Cempaka.
Pada hari ketiga, saya tidak mempunyai sebrang kelas namun saya ditugaskan untuk
mengganti guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Ini juga merupakan
waktu untuk saya mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan folio
praktikum. Selepas itu, saya membuat persediaan mengajar untuk minggu yang seterusnya
Pada hari keempat, cuti umum sempena Thaipusam dan semua warga negeri sembilan
pada hari tersebut. Pada hari kelima, saya mula sesi pengajaran dan pembelajaran menepati
Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

You might also like