PENGAWETAN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGAWETAN

1.1 Definisi pengawetan

Pengawetan adalah proses mengekalkan spesimen sama ada secara basah atau
secara kering.

1.2 Jenis pengawetan

Terdapat dua jenis pengawetan iaitu pengawetan secara basah dan pengawetan
secara kering.

Pengawetan secara basah


Pengawetan secara kering

1.2.1 Pengawetan secara basah

Definisi

Proses mengekalkan spesimen secara basah di dalam larutan pengawet yang


sesuai.

Bahan dan alatan untuk pengawetan basah

Etanol
Bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada
formalin.
Spesimen yang bersaiz kecil.
Formalin
Kosnya adalah lebih murah.
Spesimen yang bersaiz besar.
Baling spesimen/ botol kaca
Mestilah tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup.
Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan basah

Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.


Sesuai untuk spesimen tumbuhan untuk mengekalkan warna asal bahagian-
bahagiannya.

Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan basah

Bahan pengawet mempunyai had tempoh yang tertentu.


Memerlukan ruang tertentu untuk disimpan.

Jenis pengawetan basah

Terdapat dua jenis pengawetan secara basah iaitu :

Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan


Pengawetan basah untuk spesimen haiwan

Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan

Bahan/Radas:
1. Spesimen pilihan
2. Botol pilihan
3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen)
4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis
dan bahagian spesimen)

Kaedah:
Spesimen Bahan dan kepekatan pengawet
Alga, kulat dan buah Larutan Formalinasetik -alkohol (FAA)
yang lembut (Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glacial, 90ml etanol
70% dan 5ml formalin asal formaldehid 40%)
Buah (bagi mengekalkan Larutkan 50g zink klorida dalam 1liter air suling.
warnanya) Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.
Bahagian berwarna Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum
hijau ingin dikekalkan (II) asetat ke dalam asid asetik glacial yang telah dicairkan
selama 10 minit.
Biarkan larutan sejuk.
Basuh spesimen dengan air mengalir.
Simpan spesimen dalam larutan formalin 5%.
Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam
asid asetik glacial dicampurkan dengan empat bahagian air).
Tumbuhan secara Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama
umum 24 jam.
Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit
(Na2SO3) berkepekatan 0.2 molar.

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet


terakhir, langkah seterusnya sama seperti pengawetan haiwan (langkah
4-6).

Pengawetan basah untuk spesimen haiwan

Bahan/Radas:
1. Spesimen pilihan
2. Botol pilihan
3. Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen)
4. Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan
pada dinding botol spesimen)
5. Bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal berkepekatan
40%)
(Nota: kepekatan bergantung kepada saiz spesimen)
Spesimen Bahan dan kepekatan pengawet
Haiwan kecil (seperti serangga dan Alcohol 70-80%
invertebrate lain)
Haiwan besar (seperti moluska, Formalin 4% (100ml 40% formalin
amfibia, reptilia dan mamalia) asal + 900ml air suling)

6. Tali nilon atau benang


7. Kloroform
8. Kapas
9. Forsep (dan peralatan lain yang sesuai)

Kaedah:
o Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol
berpenutup.
o (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan cara-cara lain tetapi
yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan)
o Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon atau
benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik
supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas.
o Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik
pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan
spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik.
o Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana
apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya.
o Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh
mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan).
o Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
Nama saintifik
Nama am
Tarikh
Habitat/ tempat spesimen diperoleh
Nama pengumpul
Larutan pengawet
Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke
dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula,
kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya.
Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala
perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan
spesimen yang diawet.

1.2.2 Pengawetan secara kering

Definisi

Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang


bahan pengawet.

Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan kering

Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk
mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil.
Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan
secara sistematik dipanggil herbarium.
Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga.

Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan kering

Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan


kurang diberi perhatian.
Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel
secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan.
Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang
perosak.

Jenis pengawetan basah

Terdapat dua jenis pengawetan secara kering iaitu :

Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan


Pengawetan kering untuk spesimen haiwan

Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan

Pengumpulan
Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.
Penekanan
Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama.
Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-
spesimen itu.
Pengeringan
Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari.
Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar
selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2
minggu).
Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%.
Pemanjangan
Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena.
Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan
atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.
Pengelasan
Pelabelan
Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu.
Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan.
Nama saintifik/botani
Nama tempatan/asal
Nama bahasa inggeris
Lokasi spesimen boleh ditemui
Nama orang yang menemui/mengumpul
Tarikh
Warna asal dan bentuk bunga
Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran
Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya
Tarikh berbuah atau berbunga
Jenis tanah tempat spesimen tumbuh
Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji
benih
Penyimpanan
Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Pengawetan kering untuk spesimen haiwan

Setelah spesimen dimatikan,


Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang mudah rosak
(seperti sistem pencernaan) dan tempatnya digantikan dengan bahan kering
lain (sabut atau kapas). Tempat pembedahan hendaklah dijahit dengan baik
dan kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat diminimumkan.
Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau mempunyai tisu
yang tebal bolehlah diawet secara suntikan seperti kaedah berikut:
Spesimen Kaedah pengawetan
Burung Suntikan formalin 3%
dan Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsu
haiwan
kecil lain
Serangga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen.
Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi membolehkan
sayapnya tidak rosak.

Keringkan spesimen haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu di
antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu sehingga menjadi
kering.
Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan atau dipamerkan.
Adalah dicadangkan agar spesimen ini disimpan di dalam kotak kaca yang kalis
kelembapan kerana kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan (misalnya
naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk menambah ketahanan
spesimen.

You might also like