Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

EKONOMI BAB 2

SOALAN OBJEKTIF

1. Individu menabung bagi tujuan

I kegunaan semasa kecemasan II menampung kos pendidikan anak pada masa hadapan

III membeli alat kelengkapan rumah IV memperoleh keuntungan

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV

C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

3. Encik Azman menerima gaji RM3 500 sebulan. Kadar caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja ialah 11% dan bagi majikan ialah 12%.

Hitungkan caruman Encik Azman dalam setahun.

A. RM385 B. RM805

C. RM4 620 D. RM5 040

4. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan sesuatu
pekerjaan?

I Subsidi tempat tinggal II Kemudahan pengangkutan

III Peluang kenaikan pangkat IV Rawatan perubatan percuma

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

5. Antara berikut, yang manakah upah benar?

A. Upah yang diterima dalam bentuk wang

B. Upah yang diterima pada suatu tempoh tertentu.

C. Kemampuan menghasilkan barang dan perkhidmatan.

D. Kemampuan upah wang untuk membeli barang dan perkhidmatan

6. Berikut adalah pernyataan mengenai sejenis pendapatan.

Pendapatan yang diterima tanpa menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

Antara berikut, maklumat yang manakah berkaitan dengan jenis pendapatan tersebut?

I Keuntungan peniaga restoran II Biasiswa pelajar universiti

III Bonus tahunan kerani firma guaman IV Pencen pesara polis

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

7. Berikut adalah maklumat mengenai Puan Aini.


Puan Aini seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Seorang anak beliau belajar di
universiti tempatan, manakala 2 lagi masih belajar di sekolah menengah. Pendapatan tahunan
beliau ialah RM20 000. Daripada jumlah itu, RM2 200 dicarumkan kepada KWSP, RM300
untuk potongan cukai pendapatan dan RM250 untuk bayaran zakat harta benda

Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Ani jika tabungan tahunan ialah RM3 800.

A. RM13 450 B. RM13 700 C. RM16 200 D. RM17 250

8. Pilih langkah penyediaan belanjawan peribadi yang baik.

I Mencatat semua perbelanjaan yang dilakukan

II Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan

III Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib

IV Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan

A. I, II, III, dan IV B. II, III, IV dan I C. III, I, II, dan IV D. IV, I, II, dan III

9. Berikut adalah maklumat mengenai Puan Lina. Berapakah jumlah pendapatan bulanan
yang diterima oleh Puan Lina?

Puan Lina, pemilik sebuah restoran, bekerja sebagai seorang pengurus syarikat dengan gaji
RM3 000 sebulan. Beliau mempunyai simpanan RM18 000 di dalam akaun simpanan tetap
dan mendapat faedah 10% setahun. Anak sulung beliau memberi RM200 setiap bulan. Selain
itu, beliau juga menyewakan dua buah rumah kedainya dengan kadar bulanan RM300 sebuah.
Sebagai pemilik sebuah restoran, beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM1 500 sebulan

A. RM5 250 B. RM5 450 C. RM6 800 D. RM7 100

10. Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecuali

A. Sewa rumah

B. Ansuran kereta

C. Premium insurans nyawa

D. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


Ekonomi Bab 2

Soalan esei

SPM2004/A/S2

1 (a) Selain daripada untung, nyatakan dan terangkan jenis-jenis pendapatan individu yang
lain. [9 markah]

(b) Jelaskan maksud perkara-perkara berikut:

(i) Pendapatan boleh guna [2 markah]

(ii) Pendapatan boleh cukai [2 markah]

(iii) Upah benar [2 markah]

(c) Data di bawah ialah maklumat diri Cik Aina.

Umur : 30 tahun

Kelulusan : Ijazah Undang-undang

Pekerjaan sekarang : Guru Tadika

Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah Cik Aina memilih kerjaya sebagai guru
tadika walaupun berkelulusan undang-undang? [10 markah]
2. Encik Irfan ialah seorang pegawai kerajaan yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang
anak yang masih bersekolah. Berikut merupakan maklumat kewangan Encik Irfan setiap
bulan dalam tahun 2003:

Pendapatan RM

Gaji 2 500

Faedah daripada simpanan tetap 120

Sewa diterima 380

Potongan wajib dan perbelanjaan

Bayaran zakat 30

Caruman KWSP 225

Ansuran kereta 500

Premium insurans nyawa 150

Pelepasan Cukai RM

Diri sendiri 8 000

Isteri 5 000

Anak (seorang ) 800

Caruman KWSP dan premium insurans nyawa (maksimum) 5000

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan

RM2 500 pertama = 0%

RM2 500 berikutnya = 1%

RM5 000 berikutnya = 3%

RM10 000 berikutnya = 5%

Hitungkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Irfan bagi tahun 2003.
1 A 2C 3A 4C 5D 6C 7A 8C 9B 10B

SPM2004/A/S2 (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

- Upah yang diterima oleh buruh bagi perkhidmatan tenaga mental dan fizikal yang
disumbangkan dalam sesuatu pekerjaan.

- Sewa diterima oleh pemilik tanah atau bangunan yang membenarkan orang lain
menggunakan hartanya.

-Faedah diterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan wang di bank.

- Bayaran pindahan juga diterima oleh individu tanpa menyumbang tenaga fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran. Contoh bayaran pindahan ialah biasiswa yang diterima
oleh pelajar, subsidi yang diterima oleh petani, pencen yang diterima oleh pesara dan
bantuan kepada orang cacat.

(b) (i) Pendapatan boleh guna ialah pendapatan bersih yang boleh digunakan oleh individu
untuk perbelanjaan. Ia diperoleh dengan menolak potongan-potongan seperti caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), cukai pendapatan dan zakat daripada jumlah
pendapatan yang diterima.

(ii) Pendapatan boleh cukai ialah pendapatan yang diambil kira untuk pengiraan cukai yang
perlu dibayar kepada kerajaan. Ia diperoleh dengan menolak semua pelepasan cukai
daripada pendapatan individu

(iii) Upah benar merupakan upah yang diukur dari segi kemampuan membeli barang dan
perkhidmatan yang diperlukan. Ia diperoleh dengan membahagikan upah wang dengan
harga purata barang.

Upah benar

Upah wang

Harga purata barang

(c) Faktor-faktor yang menyebabkan Cik Aina menjadi guru tadika:

- Faktor Minat Cik Aina berminat menjadi guru tadika, beliau mendapat kepuasan diri yang
tidak dapat diukur dengan nilai wang.

-Faktor Latar belakang keluarga Cik Aina mungkin mewarisi kerjaya keluarganya menjadi
guru tadika kerana ibunya ialah seorang guru tadika. Tadika ibunya memerlukan seseorang
untuk meneruskan kegiatannya.

- Faktor Masa Bekerja Dari segi masa lapang, pekerjaan sebagai guru mempunyai banyak cuti
dan ini menjadi tarikan utama kepada Cik Aina.

- Keselesaan tempat kerja Keselesaan juga faktor penting, dengan menjadi guru tadika, Cik
Aina boleh bekerja di tempat yang bersih dan selesa berbanding dengan peguam yang
terpaksa kerja di tempat yang tidak tentu iaitu kadang kala di pejabat dan juga di mahkamah
serta menghadapi cabaran.

-Jarak Jarak tabika dari rumah Cik Aina dekat, tidak perlu berulang alik ke tempat yang jauh.
Mungkin pejabat guaman terletak di bandar yang jauh dan sesak.

(d) Pengiraan pendapatan boleh cukai Encik Irfan:

Pendapatan Tahunan: RM RM

Gaji (RM2 500 x 12) 30 000

Faedah simpanan tetap (RM120 x 12) 1 440

Sewa diterima (RM380 x 12) 4 560

36 000

Tolak pelepasan cukai:

Diri sendiri 8 000

Isteri 5 000

Anak (3 x RM800) 2 400

Caruman KWSP (RM225 x 12) 2 700

Premium Insurans Nyawa (RM150 x 12) 1 800

19 900

Pendapatan boleh cukai 16 100

Pengiraan Cukai pendapatan bagi tahun 2003:

Cukai RM2 500 pertama 0

Cukai RM2 500 berikutnya (RM2 500 x 1%) 25

Cukai RM5 000 berikutnya (RM5 000 x 3%) 150

Cukai RM10 000 berikutnya (RM6 100 x 5%) 305

Jumlah cukai pendapatan 480

You might also like