Document 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Contoh Rumusan Dan Bahan Grafik Kerja Kursus Geografi

Rumusan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Pengangkutan Awam


Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan
setiap objektif yang anda hendak capai.

Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan
kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan. Rumuskan laporan dapatan kajian dari
bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-
masalah..'.

Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab'
setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu,
terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara
umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme.

'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya
ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk
terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan .............
Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan
awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk
mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh ........ di ........
Saya bangga kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di ..........

Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit huraian anda sendiri seperti
dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan di atas, untuk aspek masalah dan cadangan.

Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam


Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.
Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-
masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh
menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.

Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal
selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan
paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti
ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat
tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnya, daripada
20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam
dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang. Bina jadual dan
lukis graf mudah daripada data ini di bahagian aspek 8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan
Kajian.

Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label
setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan
lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku
teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian
yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.
Hasil rujukan @ soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan
kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta
minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan
idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf. Jadual dan
carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Dan
sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.

Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2 hingga 8.5 yang berkaitan.
Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan
awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/contoh-rumusan-dan-bahan-grafik-


kerja.html#ixzz3YaOQkOca
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

You might also like