Professional Documents
Culture Documents
Manual Pentaksiran KSSM Sains T1
Manual Pentaksiran KSSM Sains T1
SAINS
PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENGENALAN
Pentaksiran sekolah adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti
kerja rumah, pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu
pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai
kemahiran dan mengamalkan nilai di samping menilai keberkesanan PdP
guru.Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang
berguna kepada pihak berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga
tentang perkembangan murid.
JENIS PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid.
1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta
autentik.
2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru
menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam mencapai sesuatu Standard
Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran.
3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara
berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.
PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi
sesuatu mata pelajaran.
1
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian
murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut:
pelbagai bentuk.
adil kepada semua murid.
mengambilkira pelbagai aras kognitif
membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.
mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan
mentaksir sejauh mana mereka fahami
Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalamDSKP Sains
Tingkatan 1.
2. Guru boleh menggunakan atau merujuk kepada contoh soalan pentaksiran semasa
melaksanakan PdP atau selepas tamat PdP.
3. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana
peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri
yang digunakan.
4. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP
5. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap bidang
pembelajaran.ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum seperti di bawah.
6. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masing-
masing.
2
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
7. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam
bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau pembelajaran murid dan juga
untuk rujukan pihak yang berkepentingan.
3
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 1 WAJIB
dilaksanakan.
TEMA EKSPERIMEN
Kaedah Saintifik 1.6 Eksperimen bagi menggunakan langkah dalam
penyiasatan saintifik
Penyenggaraan dan 2.2 Eksperimen menunjukkan keperluan fotosintesis.
Kesinambungan 3.1 Eksperimen untuk menunjukkan bagaimana
Hidup tindakan biologi memberi gerak balas kepada
perubahan untuk menstabilkan badan.
4.7 Eksperimen untuk menentukan syarat
percambahan biji benih.
Penerokaan Unsur 5.2.3 Eksperimen menentukan kadar resapan.
Dalam Alam 5.2.5 Eksperimen menyiasat takat suhu didih semasa
perubahan fizikal air.
Tenaga dan 8.3 Eksperimen untuk membuktikan Hukum Pantulan.
Kelestarian Hidup 8.4 Eksperimen untuk mengkaji hubungan sudut tuju,
i dan sudut biasan, r apabila cahaya melalui
medium yang berlainan ketumpatan.
2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan.
3. Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 31 DSKP Sains
Tingkatan 1)
4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
4
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah
5
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
6
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Merancang Tujuan penyiasatan
eksperimen
Hipotesis
Semua pembolehubah
terlibat
Bahan dan radas
Kaedah atau teknik
Menjalankan Menggunakan radas
eksperimen mengikut perancangan
yang telah dibuat
Membersihkan dan
menyimpan radas
Membuat rumusan
daripada eksperimen
dengan betul
Menjustifikasikan
dapatan penyiasatan
dengan mengaitkan teori,
prinsip dan hukum sains
dalam membuat
pelaporan.
7
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Menilai dan
mencadangkan
penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan dan
kaedah inkuiri lanjutan
apabila perlu
Membincangkan
kesahan data dan
mencadangkan
penambahbaikan kaedah
pengumpulan data.
1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan
epistemik murid terhadap sains
2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;
Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik.
Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek.
Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya.
3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah
8
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Murid berkebolehan:
menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
3 menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk
berkomunikasi.
mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang
digunakan.
Murid berkebolehan:
menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
menentukan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
4
selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk
berkomunikasi.
mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat
yang digunakan.
9
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu
5 sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi
dengan baik.
mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat
yang digunakan.
Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani
masalah atau isu tertentu.
membincang dan menganalisis implikasi sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
6 sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten
untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat
mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap.
menjadi role model kepada pelajar lain.
10
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM 2017
7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam
borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum seperti di bawah
Tamat
11