Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang


gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.

2. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak
nanti awak akan mendapat sakit.

3. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami
air, kata Erra.

4. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa
rumahnya.

5. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi
semua peraturan projek ini, sambungnya lagi.

6. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,katanya lagi.

7. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.

8. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.

9. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.

10. Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak
Rosyam. Emak hendak buat karipap, sambungnya lagi.

11. Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati
lemas.

12. Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.

1
Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia


terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah
jalan.

2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang


mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.

3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya


keranan jalan raya ditengelami air.

4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah


tumbang dan menimpa rumahnya.

5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan
akan mematuhi peraturan projek tersebut.

6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu


bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas


itu.

8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak


diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.

9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua


orang.

10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila


dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.

11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima


belas orang mati lemas.

12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan


adalah untuk kegunaan semua orang.

2
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.

2. Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang
cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

3. Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat,
cepat tolongnya, jerit Fatimah.

4. Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak
bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.

5. Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih
bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas kepada
sekumpulan pelajar.

6. Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada
keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak, kata Hang Jebat kepada
Hang Tuah.

7. Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,
kata gadis itu.

8. Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu
masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di
sekolah esok, kata emak.

9. Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon, kata
jurujual itu kepada Tauke Lim

10. Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Adakah dia ada
di rumah? kata pemuda itu.

3
Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti bertegur sapa dengan Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak
berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya

2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan
bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain
yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah
mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat
menyelamatkan adiknya.

4 Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika
itu kes ragut berlaku satu demi satu

5 Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus
malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan
menghubungi ibu bapa mereka.

6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang
bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada
kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka
boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

7 Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya
kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.

8. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi
ayah Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur
selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di sekolah keesokan hari.

9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada
sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan
menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah.

You might also like