Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 1 / 2017

SK BATU EMPAT 2 JALAN IPOH

Tarikh : 9 Jan 2017


Masa : 2.00 - 3.30 PM
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Puan Norbita Bt Mohd Nor

Kehadiran :
1. En. Mohd Sukardi Bin Abd. Ghafar (Guru Besar)
2. En.Yusof Bin Mammu (GPK KOKU)
3. Pn.Noriah Binti Awang (GPK 1)
4. Pn. Norbita Bt Mohd Nor (GPK HEM)
5. Pn. Sulaina Mat Jusoh @ Abd. Kadir
6. Pn. Murniza Bt. Md Din
7. Pn. Maizatul Akmal Bt. Zakaria
8. Pn. Najihah Bt Mohd Kenali
9. En. Mohd Rizal Bin Hussain
10. Pn. Wan Asmariah Bt. Wan Ismail
11. Cik Sumathi Victor
12. Pn. Nor Rafizah Bt. Abdul Rahim
13. Pn. Wan Nor Asiah Bt. Aziz
14. En.Azhar B. Manap
15. En. Abdul Karim Bin Muhammad
16. En.Muhammad Faza Mokhtar
17. Pn.Ainatul Mardhiah Binti Zamri
18. Wan Rugayah Binti Wan Ibrahim

Tidak hadir : -
-Tiada-

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan


kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara
berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin
pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin.
Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan
guru menjadi contoh kepada murid.

1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini
diadakan sebanyak 4 kali.

Tindakan: Setiausaha Disiplin


2.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-

2.1 Sistem SSDM

2.1.1 Laporan disiplin dan amalan baik

2.1.1.1 Guru yang melapor masalah disipling murid di dalam SSDM perlu memberitahu
Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Guru Besar.

2.1.1.2 Amalan baik perlu diisi oleh semua guru dalam SSDM. Hal ini betujuan untuk
menggalakkan penggunaan SSDM di sekolah ini.

3.0 Perlantikan Pengawas Sekolah

Ahli Jawantakuasa Unit Disiplin Sekolah

Pengerusi - En. Mohd Sukardi B Abd Ghafar (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 - En. Yusof B Mammu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 - Pn. Norbita Bt Mohd Nor(PK HEM)
Setiausaha - En Ab Karim B Muhamad (Guru Penasihat Pengawas)
Bendahari - Pn. Najihah Bt Mohd Kenali

AJK - En Mohd Rizal B Hussain


- Pn Sulaina Bt Abd Kadir
- En Azhar B Manap
- Pn. Wan Asiah Bt Abd Aziz
- Pn. Wan Rugayah Bt Wan Ibrahim
- Pn. Rafizah Bt Rahim

Tindakan: Jawatankuasa Pengawas Sekolah / Setiausaha Pengawas Sekolah

4.0 MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2017

4.1 Majlis perlantikan pengawas diadakan pada 23 Januari 2017 semasa pehimpunan
mingguan.
4.2 Seramai enam orang murid tahun 4 baru dilantik menjadi pengwas sekolah pada
tahun ini.
4.3 Pengawas sekolah masih memakai pakai pengawas seperti tahun lalu iaitu baju
berwarna biru dan tali leher berwarna merah gelap.
4.4 Seramai 11 orang pengawas sekolah pada tahun ini.
4.5 Jaswina dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah dan Jeevithan dilantik menjadi
menjadi penolong ketua pengawas.
4.6 Ikrar murid akan dibaca oleh Ketua Pengawas
4.7 PengawasPusat Sumber juga akan bersama-sama dengan malis perlantikkan ini.

Tindakan : Guru Penasihat Pengawas


5.0 Hal-Hal Lain.

5.1. Pengawas sekolah akan bertugas pada awal pagi sebelum waktu persekolahan dan
semasa rehat.
5.2. Pengawas sekolah juga akan berada di pintu pagar sekolah pada awal pagi
bersama guru bertugas untuk menyambut kedatangan murid. Terdapat juga
pengawas yang bertugas di pusat sumber dan bilik pemulihan untuk memantau
bacaan murid di awal pagi.
5.3. Semasa rehat murid pengawas akan mengawas barisan murid untuk mengambil
makanan.
5.4. Sebarang salah laku murid yang disedari oleh pengawas akan dilaporkan kepada
guru bertugas, guru penasihat pengawas atau penolong kanan HEM.
5.5. Pengawas sekolah yang melakukan keslaahan berat akan dilucutkan jawatan
serta-merta.

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan semua guru dapat memain peranan dan menjalankan tugas dengan
baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

............................................................. ..............................................
(AB KARIM BIN MUHAMAD) (SUMATHI A/P XAVIOR)
Setiausaha JK Disiplin Dan Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh

Disahkan oleh:

........................................................
(EN MOHD SUKARDI BIN ABD GHAFAR)
Guru Besar
SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh

You might also like