Bab 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Pengertian ekonomi.
1.1 Definasi :
- mengkaji cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi
kehendak manusia yang tidah terhad.

1.2 Kehendak manusia :


a. keinginan individu memiliki sesuatu barang / perkhidmatan.
b. kehendak barang spt makanan ,kereta barang kemas dsb.
c. kehendak perkhidmatan spt telefon, pembantu rumah dsb.

1.3 Sumber ekonomi:


a. factor-faktor pengeluaran / input untuk mengeluarkan barang / perkhidmatan
/output.
b. 4 jenis factor pengeluaran : buruh(B) , tanah(T), modal (M) , Usahawan(U)
c. BURUH: - tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal / mental.
- menerima ganjaran berbentuk upah.
- buruh mahir (spt jurutera ,peguam)
- buruh tidak mahir (spt petani , buruh kasar)
d. TANAH: - merupakan anugerah alam semula jadi dan terhad penawarannya.
- dlm ekonomi tanah meliputi sumber di permukaan bumi /
di dalam bumi.
- sumber yg boleh diperbaharui spt sumber hutan / laut.
- Sumber yg tidak dapat diperbaharui spt bahan galian.
- Ganjaran pemilik tanah ialah sewa.
e. MODAL: - alat /wang yang dicipta oleh manusia yang digunakan dalam proses
pengeluaran
- Contoh : jentera dan bahan mentah.
- Ganjaran pemilk modal ialah faedah.
f. USAHAWAN: - individu yang menggabungkan dan menyelaraskan factor-
faktor pengeluaran(BTMU) untuk menghasilkanbarang dan perkhidmatan.
- ganjaran bagi usahawan ialah keuntungan (kerana menaggung risiko)

AKTIVITI:
Buat nota ringkas dengan kaedah peta minda.
LATIHAN:
1. a. Apakah ekonomi?
b. Terangkan maksud ekonomi dari sudut individu dan masyarakat.
2. a. Nyatakan 4 sumber ekonomi.
b. Terangkan factor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu barang / perkhidmatan.

2. i. Masalah Ekonomi:
a. kekurangan sumber ekonomi terhad ttp kehendak manusia tidak terhad.
b. pilihan memilih yang tebaik berdasarkan keutamaan.
c. kos lepas pilihan kedua terbaik kerana memilih yang terbaik.
ii. Unit-unit ekonomi:
a. individu /isi rumah /pengguna
b. firma / pengeluar
c. kerajaan.

iii.Cara unit-unit ekonomi menghadapi / menyelesaikan masalah


ekonomi:

MASALAH UNIT-UNIT EKONOMI


EKONOMI ISI RUMAH FIRMA KERAJAAN
kekurangan - sumber pendapatan / wang - sumber factor-faktor -- sumber hasil kerajaan
terhad ttp kehendak terhadap pengeluaran (BTMU) terhad terhad ttp kehendak terhadap
barangan tidak terhad. ttp kehendak terhadap keluaran projek tidak terhad.
/ output tidak terhad.
- contoh: Individu inginkan -contoh: kerajaan ingin
jam dan sepasang kasut yang - contoh: Firma ingin menyediakan sekolah dan
kedua-duanya berharga mengeluarkan pakaian dan klinik kesihatan yang kedua-
RM100 ttp memiliki wang buku yang kedua-duanya duanya bernilai RM2 juta
hanya RM100. memerlukan modal RM10000 sedangkan kerajaan
sedangkan firma memiliki menyediakan peruntukan
modal RM10000. sebanyak RM2 juta sahaja.

pilihan - memilih barang yang - memilih keluaran /output - memilih projek yang terbaik
terbaik / paling diutamakan yang terbaik yang dapat yang dapat memberikan
yang dapat memberi memberi keuntungan kebajikan maksima kepada
kepuasan maksima. maksima. masyarakat.

-contoh: individu memilih -contoh: firma memilih -contoh: kerajaan memilih


sepasang kasut kerana ia mengeluarkan pakaian kerana membina sekolah kerana ia
memberi kepuasan maksima. ia memberi keuntungan memberi kebajikan maksima
maksima. kpd rakyat.

Kos lepas - pilhan barangan kedua -pilihan keluaran /output kedua -pilihan projek kedua terbaik.
terbaik. terbaik.
-contoh: kos lepas kerajaan
- contoh: kos lepas individu -contoh: kos lepas firma ialah ialah projek klinik kesihatan.
ialah jam. mengeluarkan buku.
- sumber factor-faktor
pengeluaran (BTMU) terhad
ttp kehendak terhadap keluaran
/ output tidak terhad.
AKTIVITI:
a. Dengan kaedah peta minda, sediakan nota ringkas tentang masalah ekonomi.

LATIHAN:
a. Nyatakan tiga masalah ekonomi.
b.Sebutkan tiga unit ekonomi.
c. Terangkan cara unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi.

3. JENIS BARANGAN
i. Tiga jenis barangan:
a. barang percuma sumber semulajadi
b. barang awam - disediakan oleh kerajaan
c. barang ekonomi - disediakan oleh swasta

ii. Sifat setiap jenis barangan / perbezaan antara barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.
Aspek/ BARANG PERCUMA BARANG AWAM BARANG EKONOMI
sifat
Pengeluar Barang percuma merupakan Barang awam dikeluarkan oleh Barang ekonomi dikeluarkan
barang anugerah Tuhan / pihak kerajaan. oleh pihak swasta.
sumber semula jadi.

Penawaran Barang percuma mempunyai Barang awam mempunyai Barang ekonomi mempunyai
penawaran yang tidak penawaran yang terhad penawaran yang terhad
terhad.

Kos lepas Barang percuma tidak Barang awam mempunyai kos Barang ekonomi mempunyai
melibatkan kos lepas. lepas kos lepas

Bayaran Barang percuma tidak perlu Barang awam tidak perlu Barang ekonomi perlu
dibayar (percuma) untuk dibayar (percuma) untuk dibayar untuk
penggunaannya . penggunaannya . penggunaannya.

Penggunaan Setiap individu tidak boleh Setiap individu tidak boleh Individu yang mampu
dikecualikan drp dikecualikan drp membayar akan
menggunakannya. menggunakannya. menggunakannya / individu
boleh dikecualikan drp
menggunakannya.

Contoh Cahaya matahari , air hujan Lampu lalu lintas , Rumah , alatan elektrik
pekhidmatan bomba.

AKTIVITI:
Bina nota ringkas dengan menggunakan kaedah peta minda.
LATIHAN:
a. Sebutkan tiga jenis barangan dalam ekonomi.
b. Terangkan barangan elektrik dari aspek ekonomi.
c. Bezakan di antara barang percuma dengan barang awam.
d. Bezakan di antara barang ekonomi dengan barang percuma.
e. Terangkan persamaan dan perbezaan barang awam dengan barang percuma.

2. MASALAH ASAS EKONOMI


i. Empat masalah asas ekonomi:
a. Apa yang hendak dikeluarkan.
- proses penetuan jenis barang yg dikeluarkan.
- berdasarkan permintaan masyarakat.

b. Berapa hendak dikeluarkan


- proses menentukan kuantiti / jumlah barangan dikeluarkan.
- berdasarkan jumlah permintaan masyarakat.

c. Bagaimana hendak dikeluarkan


- proses menentukan kaedah / cara / teknik pengeluaran barangan.
- cara pengeluaran sama ada intensif buruh / intensif modal.
- intensif buruh kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak factor buruh
berbanding factor modal.
-intensif modal kaedah pengeluaran yang menggunakan lebih banyak factor modal berbanding
factor buruh.
- berasaskan teknik pengeluaran yang paling cekap yang dapat memaksimakan keuntungan
atau meminimakan kos.

d. Untuk siapa dikeluarkan.


- proses menentukan corak agihan barang.
- berasaskan agihan pendapatan wang / kuasa beli / kemampuan.
- yang berpendapatan tinggi memperolehi lebih banyak barangan
- yang berpendapatan rendah memperolehi sedikit barangan

AKTIVITI:
Buat nota ringkas dengan kaedah peta minda.

LATIHAN:
a. Nyata masalah asas ekonomi.
b. Terangkan bagaimana individu menghadapi masalah asas ekonomi.
c. Terangkan bagaimana setiap masalah asas ekonomi diselesaikan.
3. SISTEM EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS
EKONOMI

i. SISTEM EKONOMI
- merupakan gabungan peraturan yang diamalkan oleh pihak pengeluar dan pengguna dalam sesebuah
Negara.
- diwujudkan bertujuan memuaskan kehendak individu yang tidak terhad dengan menggunakan sumber
yg terhad.
- 4 sistem ekonomi :
a. sistem ekonomi kapitalis /pasaran bebas /laisez faire
b. sistem ekonomi perancangan pusat / sosialis
c. sistem ekonomi campuran
d. sistem ekonomi Islam

ii. Ciri-ciri sistem ekonomi / perbezaan antara sistem-sistem ekonomi:


Ciri-ciri/ S.E. KAPITALIS S.E. P.PUSAT S.E. CAMPURAN S.E. ISLAM (S.E.
aspek Campuran yang
berlandskan syariat
Islam)
Definasi -segala aktiviti -segala aktiviti -kegiatan ekonomi -aktiviti ekonomi
ekonomi dilakukan ekonomi dilakukan dijalankan oleh pihak dijalankan oleh
oleh pihak swasta oleh pihak kerajaan kerajaan dan swasta. individu ,swasta dan
tanpa campurtangan tanpa campurtangan kerajaan mengikut
kerajaan. swasta. prinsip Islam.

Pemilikan -sumber ekonomi -sumber ekonomi -individu / swasta bebas -sumber ekonomi
sumber /BTMU dimiliki oleh /BTMU milik mutlak memiliki sumber milik mutlak Allah &
pihak swasta. kerajaan . ekonomi. manusia hanya
-kerajaan juga boleh pemegang amanah.
memiliki sumber spt Individu /pengeluar
tanah. bebas mencari
kekayaan.

Pembuat -Segala keputusan -Segala keputusan -swasta bebas membuat -keputusan ekonomi
keputusan ekonomi ditetapkan ekonomi ditetapkan keputusan ekonomi bagi ditetapkan oleh
oleh pengguna dan oleh kerajaan. pengeluaran barang pengguna / pengeluar
pengeluar(swasta). swasta. berasaskan hukum
-Kerajaan membuat Islam.
keputusan barang awam / -kerajaan
barangan yang tidak campurtangan untuk
mampu dikeluarkan oleh kesejahteraan
swasta. masyarakat dan
kestabilan ekonomi.
Pilihan -Pengeluar bebas -tidak wujud -swasta (pengeluar) / -individu dan
memilih keluaran kebebasan memilih pengguna bebas pengeluar bebas
untuk mendapat barang / pekerjaan membuat pilihan membuat pilihan
untung maksima & kerana penggunaan terhadap barangan. barangan / pekerjaan
pengguna bebas factor-faktor -kerajaan berkuasa berdasarkan hokum
memilh barang untuk pengeluaran mengawal barang yang Islam.
mendapat kepuasan ditetapkan oleh tiada manfaat.
maksima / pengguna kerajaan.
dianggap sebagai
raja.

Penentu -harga barangan -harga barangan -harga barangan swasta -harga barangan
harga ditentukan melalui ditetapkan oleh ditentukan melalui ditentukan melalui
mekanisma harga. kerajaan. mekanisma harga. kuasa pasaran /
-harga barang awam mekanisma harga.
ditetapkan oleh kerajaan. -kerajaan
campurtangan jika
berlaku ketidakadilan.

Persaingan -pengeluar bebas -tidak wujud -pengeluaran barang -pengeluaran barang


bersaing dengan persaingan antara swasta persaingan wujud swasta yang halal
teknik pengeluaran pengeluar kerana antara pengeluar. wujud persaingan
yang paling cekap / kerajaan pengeluar Pengeluaran barang yang sihat / adil antara
kos minima. tunggal. awam tiada persaingan pengeluar.
kerana kerajaan -pengeluaran barang
pengeluar tunggal. awam tiada persaingan
kerana kerajaan Islam
pengeluar tunggal.

motif -motif pengeluar -motif utama -motif pengluaran pihak -motif utama
untuk kerajaan untuk swasta ialah untung pengeluar utk
memaksimakan memaksimakan maksima. mendapatkan keradaan
keuntungan. kebajikan -motif pengeluaran Allah (kebahagian di
masyarakat. kerajaan yang dunia & di akhirat)
mengeluarkan barang -pengeluar bebas
awam ialah menerima keuntungan
memaksimakan yang munasabah.
kebajikan masyarakat.
AKTIVITI:
Dengan menggunakan kaedah peta minda, buat nota ringkas tentang ciri-ciri setiap system ekonomi.

LATIHAN:
a. Terangkan system ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia.
b. Bezakan system ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat.
c.Huraikan ciri-ciri system ekonomi Islam.
iii. PENYELESAIAN MASALAH-MASALAH ASAS EKONOMI
Masalah SISTEM EKONOMI
Asas
Ekonomi Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam
Apa yang -jenis barang -jenis barang -jenis barangan -jenis barang swasta
hendak ditentukan berasaskan dikeluarkan ditentukan swasta ditentikan yang halal ditentukan
dikeluarkan mekanisma harga / oleh kerajaan. melalui mekanisma melalui mekanisma
permintaan / pengguna harga. harga mengikut
dan pengeluar. -jenis barangan prinsip Islam.
awam ditentukan - barang awam
oleh kerajaan. dikeluarkan oleh
kerajaan.
Berapa -kuantiti barang -kuantiti barang awam -kuantiti barang -kuantiti barang
hendak ditentukan oleh ditetapkan oleh swasta ditentukan ditentukan melalui
dikeluarkan mekanisma harga / kerajaan. melalui mekanisma mekanisma harga
permintaan dan harga. yang selaras dengan
penawaran. -kuantiti barang prinsip Islam.
awam ditentukan -kerajaan
oleh kerajaan. camputangan jika
wujud gangguan /
ketidakadilan dalam
ekonomi.
Bagaimana -teknik yang -teknik pengeluaran -barangan swasta - teknik pengeluaran
hendak ditetapkan ialah yang ditetapkan oleh teknik pengeluaran yang paling cekap :
dikeluarkan paling cekap iaitu yg kerajaan iaitu yang ditetapkan melalui yang memberi untung
memberi untung berasaskan kebajikan kaedah paling cekap : maksima / kos minima
maksima / kos minima. maksima kepada untung maksima / serta selaras dengan
-pilih intensif buruh rakyat. Contoh :semasa kos minima. prinsip Islam.
aiat intensif modal pengangguran kerajaan - barang awam -kerajaan boleh
mana-mana yang pilih teknik intensif teknik pengeluaran campurtangan jika
memberi untung buruh. ditetapkan oleh berlaku ketidakadilan.
maksima / kos minima. kerajaan berasaskan
kebajikan kepada
rakyat.
Untuk -pengagihan barang -pengagihan barang -barangan swasta - pengagihan barang
siapa bergantung kepada ditetapkan oleh pengagihannya bergantung kepada
dikeluarkan kuasa beli / agihan kerajaan secara adil bergantung kepada uasa beli / agihan
pendapatan. dan saksama krn kuasa beli / agihan pendapatan.
-yang kaya mampu kebajikan masyarakat pendapatan. -Individu yg tidak
beli banyak barang dan diutamakan. - barang awam - mampu diberkan
yang miskin membeli pengagihannya keperluan asas
sedikit barang. ditetapkan oleh berdasarkan prinsip
kerajaan. Islam
-zakat membantu
agihan pendapatan
lebih adil.
AKTIVITI
a.Buat nota ringkas cara setiap system ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi (guna peta minda)

b.Nyatakan sisten-sistem ekonomi yang mempunyai ciri- ciri berikut:


Ciri-ciri System ekonomi
1.pengguna dianggap sebagai raja (ada kuasa
keagungan pengguna)
2. Kerajaan tidak campurtangan dalam urusan
ekonomi.
3. mekanisma harga mengagihkan barang dan
perkhidmatan dalam ekonomi.
4. kegiatan ekonomi dijalankan dengan berlandaskan
hokum syarak.
5. pengguna dan pengeluar bebas memilih barang dan
perkhidmatan yang diinginkan.
6. pihak swasta bergabung dengan kerajaan

LATIHAN:
a. Senaraikan masalah asas ekonomi.
b. Terangkan cara Malaysia menyelesaikan masalah asas ekonominya.
c. Bezakan cara system ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan
masalah asas ekonomi masing-masing.
d. Bagaimana system ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi.
e. Jelaskan perbezaan antara system ekonomi kapitalis dengan system ekonomi campuran dari segi cara
menyelesaikan masalah asas ekonomi.
e. Huraikan perbezaan antara system ekonomi perancangan pusat (sosialis) dengan system ekonomi
campuran dari segi cara menyelesaikan masalah asas ekonomi.

Mohd Nazri Abdul Rahman


Guru Cemerlang Ekonomi
IPGM Kampus Kent

You might also like