Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU,

KM 36 JALAN BALUNG ,BEG BERKUNCI 27,

91009 TAWAU, SABAH

LAPORAN

LAWATAN KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, TAWAU

TARIKH:

18 OGOS 2016

TEMPAT :

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA TAWAU


1.0 KEHADIRAN
1. Penyelaras Sekretariat Pencegahan Rasuah, IPG Kampus Tawau
2. 25 orang ahli SPR IPG Kampus Tawau

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah :

1. Menjalinkan perhubungan yang erat antara ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG
Kampus Tawau dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tawau.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan ahli-ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG
Kampus Tawau tentang rasuah menerusi lawatan yang dianjurkan.
3. Menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan
ahli-ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus Tawau.

3.0 PENGENALAN

Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah mengadakan program
kerjasama dengan pihak luar. Baru-baru ini Program Lawatan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, Tawau dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tawau sendiri
telah dilaksanakan.

Program ini telah dijalankan pada hari Khamis bersamaan 18 Ogos 2016 di Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, Tawau. Program yang bermula kira-kira jam 2.30 petang ini telah disertai oleh ahli-
ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus serta Penyelaras Sekretariat Pencegahan Rasuah,
IPG Kampus Tawau, Mohammad Nazri Bin Nahar. Program ini merupakan salah satu bentk hubungan
pihak Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus dengan Suruhanjaya PencegahanRasuah
Malaysia, Tawau.
4.0 LAPORAN PELAKSANAAN
Pada jam 1 petang, seramai 25 orang ahli SPRM yang terlibat telah berkumpul di hadapan
Medan Selera. Kami telah menggunakan sebuah bas sebagai pengangkutan untuk ke Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Tawau. Pada asalnya program ini akan melibatkan semua ahli
Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus Tawau. Namun disebabkan kekangan-kekangan yang
ada, hanya sebilangan ahli sahaja yang terlibat.
Sebelum memulakan perjalanan, saudara Mohd Syazwan Bin Ramli membacakan doa
sebagai kelancaran untuk sampai ke destinasi. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke destinasi,
kami diberi sedikit penerangan dan taklimat oleh Pengerusi Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG
Kampus Tawau, Dee Harrydas Kudong berkaitan dengan tentatif program yang akan
dilaksanakan.
Tepat pukul 2.30 petang, kami tiba di pejabat SPRM, Tawau dan telah disambut oleh
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tawau, Encik Nur Zam Zam bin
Maidin. Program kami dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Shani Bin Mandu,
Penguasa Siasatan bahagian SPRM Tawau cawangan Sabah.
Selain itu, kami juga turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Nur Zam Zam
Bin Maidin serba sedikit mengenai SPRM. Dalam taklimat tersebut, beliau juga ada menyelitkan
beberapa informasi yang sangat berguna kepada kami sebagai pelajar IPG Kampus Tawau yang
telah menjadi ahli SPRM.
Sesi soal jawab juga diadakan bagi menjawab segala kemusykilan. Pihak SPRM cawangan
Tawau juga ada menanyakan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli Sekretariat
Pencegahan Rasuah IPG Kampus.
Setelah itu, kami dibawa melawat sekitar pejabat SPRM. Antaranya, bilik merekod
Pernyataan. Kami juga diberi penerangan tentang bagaimana fungsi bilik tersebut apabila
berlakunya kes-kes rasuah. Tepat jam 4.30, kami bertolak pulang ke institut.
5.0 PENILAIAN KEBERKESANAN
5.1 KELEMAHAN PROGRAM
1. Jarak perjalanan antara Institut dengan SPRM Tawau yang agak jauh menyebabkan kelewatan
tiba di destinasi tepat pada masa yang telah ditetapkan.
2. Masa yang terhad untuk melakukan aktiviti.
3. Penglibatan ahli yang tidak menyeluruh.

5.2 KEKUATAN PROGRAM


1. Meningkatkan pengetahuan ahli SPRM IPG Kampus Tawau tentang keburukan rasuah.
2. Memberi pendedahan kepada ahli-ahli SPRM IPG tentang unit-unit yang ada dalam
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
3. Memberi peluang ahli-ahli baru untuk mengetahui tentang peranan SPRM dengan lebih
terperinci.
5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara kesuluruhanya program motivasi ini berjalan dengan amat lancar. Setiap masalah yang
terjadi sepanjang program dijalankan dapat dijadikan satu garis panduan agar program yang
dijalankan pada masa akan datang menjadi lebih lanca dan teratur.

Antara penambahbaikkan yang boleh dibuat adalah melaksanakan program yang melbatkan
semua ahli SPRM IPG Kampus Tawau. Hal ini bagi memastikan ahli-ahli SPR memahami peranan
mereka dalam SPRM itu sendiri. Selain itu, tempoh masa yang terhad. Memandangkan program
ini dibuat disebelah petang, jadi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan juga menjadi terhad.
6.0 RUMUSAN

Secara rumusannya, program ini telah berjalan dengan lancar seperti perancangan awal.
Kekangan dan kesulitan yang dihadapi sepenjang program ini dapat diatasi dengan segera hasil
kerjasama yang diberikan oleh ahli -ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus.

Program ini telah berjaya memberi pendedahan baru bagi ahli yang baru menyertai SPRM
ini. Selain itu, ianya juga telah berhasil memberi pencerahan tentang selok belok SPRM.

Banyak pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh oleh pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan projek tersebut. Disamping itu, menjadi harapan ahli-ahli Sekretariat Pencegahan
Rasuah IPG Kampus agar terus konsisten memainkan peranan masing-masing dalam organisasi
ini.
7.0 Lampiran

Gambar 1 menunjukkan ahli-ahli SPRM IPG Kampus Tawau berkumpul di hadapan Medan Selera

Gambar 2 menunjukkan ahli SPRM sedang mengaminkan doa


Gambar 3 menunjukkan ahli-ahli SPRM IPG Kampus Tawau sedang mendengar taklimat

You might also like