Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Isu isu yang berkaitan dengan kitar semula kerap menjadi

bahan perbincangan di media massa. Pihak kerajaan giat


melaksanakan kempen kitar semula di kalangan masyarakat sejak
beberapa tahun yang lalu. Pada pandangan saya, program kitar
semula ini masih belum mendapat sambutan yang
membrangsangkan daripada masyarakat.Terdapat beberapa
kebaikan program kitar semula yang diperkenalkan kepada
masyarakat.
Antara kebaikan program kitar semula ialah,masyrakat dapat
mengelakkan pencemaran alam sekitar. Melalui program
sekitar,bahan bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan
dikumpulkan dan dihantar kek kilang kitar semula.Oleh itu,alam
sekitar akan menjadi bersih keranan bahan buangan tidak dibuang
sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Keadaan ini dapat
dikaitkan dengan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
iaitu kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara
alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Selain itu, program kitar semula juga dapat memupuk nilai
nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai nilai murni
tersebut ialah berjimat cermat, bertanggung jawab dan mencintai
alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat kita akan
menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir.
Melalui amalan berjimat cermat kita aka menggunakan bekas
plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan
bertanggungjawab pula kita akan mengitar semula barangan yang
boleh dikitar semula dan tidak membuangnya di merata-rata
tempat seperti ke dalam sungai. Ini dapat dikaitkan dengan nilai
kemapanan alam sekitar iaitu pengekalan keseimbangan alam
sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup.
Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang
semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas
lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi
menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat
mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita
bukan sahaja dapt menjimatkan sumber untuk membuat bahan
plastik tetapi ia kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada
bahan kimia yang dihasilkannya. Sikap ini dapat dikaitkan dengan
nilai peka terhadap isu isu alam sekitar iaitu prihatin terhadap
persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
Kesimpulannya, aktiviti kitar semula memberi banyak
kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu,masyarakat perlulah
berganding bahu untuk menjayakan aktiviti kitar semula. Saya
berharap bahawa aktiviti kitar semula perlu diteruskan agar ia
dapat memberi kesedaran yang berpanjangan kepada masyarakat.

You might also like