Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pendidikan Prasekolah : Sejarah dan Status

Masakini

Pendidikan prasekolah di negara ini telah bermula sejak tahun 1950an lagi. Pada
masa itu prasekolah dipengaruhi oleh sistem pendidikan British, yang bersifat
eksklusif dan peluang hanya terbuka kepada golongan orang yang berkemampuan
sahaja. Dalam tahun 1950an hingga 1960an tadika di Malaysia ditubuhkan oleh
badan-badan agama Kristian dan tadika itu adalah diantara aktiviti gereja.

Prasekolah yang dikendalikan oleh perseorangan dan pihak swasta selalunya


terdapat di kawasan bandar yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak bagi
golongan pertengahan yang mampu membayar yuran yang dikenakan. Kesannya,
hanya sebilangan tertentu sahaja kanak-kanak yang berumur 4 -6 tahun ini
berpeluang untuk menghadiri kelas-kelas prasekolah tersebut. Ini menyebabkan
ramai kanak-kanak dari golongan kurang berada dan diluar bandar tidak mendapat
pendidikan awal di tadika.

Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 Yayasan Asia telah


menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi
membiayai penubuhan model institusi prasekolah yang mirip kepada projek
"Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung
Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada kanak-kanak dari golongan yang
kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India.

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang


menghadiri projek ini telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik
untuk jangka masa yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang tidak
menghadirinya. Hasil daripada kajian keciciran 1973 (Ee Ah Meng, 1988), dilaporkan
terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi
kanak-kanak. Sembilan puluh peratus (90%) daripada kanak-kanak yang menghadiri
tadika ditempatkan di kelas ekspres apabila mereka masuk ke sekolah rendah.
Ahli pendidik dan kumpulan khidmat masyarakat menyedari pentingnya
pendidikan pada peringkat ini, terutama di luar bandar dengan harapan supaya
kanak-kanak tersebut akan mencapai aras kesediaan yang baik sebelum mereka
memulakan pendidikan formal di sekolah. Ini telah mendorong Kementerian
Pertanian, Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan rancangan
program prasekolah dikawasan luar bandar. Rancangan prasekolah anjuran KEMAS
diberi nama Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak). Tujuan utama pendidikan
prasekolah ialah memberi peluang pendidikan dan sosial kepada kanak-kanak yang
kurang bemasib baik, dimana persekitaran diluar Bandar ini kurang merangsangkan
pembelajaran. Hingga ke hari ini sebanyak 7,000 buah tabika KEMAS telah
ditubuhkan bukan sahaja diluar bandar malahjuga di bandar dan kawasan setinggan
( Perangkaan, 1999).

Selain itu terdapat juga agensi kerajaan dan separa kerajaan yang terlibat
seperti FELDA, RISDA, Kementerian Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan
Negara termasuklah Jabatan PerpaduanNegara (TADIKA Perpaduan) dan
Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Buruh). Manakala agensi-agensi bukan
kerajaan yang terlibat termasuklah Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Angkata Belia
Islam Malaysia (ABIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Parti Pas (PASTI),
pihak swasta dan universiti. Masing- masing mempunyai objektif mereka tersendiri.

Walaupun jumlah tadika tumbuh bagaikan cendawan tetapi dalam tahun


1990, seramai lebih kurang 53% orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5
tahun masih tidak mendapat pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan,
1991 ). Keadaan ini mendorong Kementerian Pendidikan menubuhkan tadika "
Annex" di beberapa sekolah rendah untuk memberi kemudahan pendidikan bagi
kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar. Kanak-kanak ini terdiri
daripada mereka yang tidak mampu membayar program pendidikan prasekolah
yang dianggap mahal (Azizah, 1995). Program prasekolah "Annex" ini telah
dimulakan pada 5 Januari 1992 di bawah Jabatan Sekolah dan jumlah kelas adalah
1,131 buah (Perangkaan, 1999). Adalah diharapkan penambahan bilangan tadika
akan berlaku kerana menurut statistik 1999, masih terdapat 36.3% yang tidak
menghadiri tadika.
Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai agensi yang berasingan
ini telah timbul beberapa masalah. Ini adalah kerana institusi tersebut mempunyai
matlamat, orientasi, keutarnaan dan kemarnpuan yang tersendiri dan bahasa
pengantar yang berbeza. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik
dan ada yang menggunakan Montessori, perkembangan menyeluruh, kurikulum
terbuka dan carnpuran. Prasekolah anjuran ajensi kerajaan pula menekankan aspek
sosialisasi, perpaduan akhlak disarnping aspek perkembangan kognitif.

Menyedari akan keadaan ini beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan


oleh pihak kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal piagarn
pendidikan 1994. Piagarn ini menyebut 3 perkara ia itu, memastikan semua kanak-
kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun diberi peluang mengikuti pendidikan
prasekolah; menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan agensi
kerajaan yang lain dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia; dan menyelaraskan
serta memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan di semua tadika. Perkara ini
termaktub dalarn Akta 550, Undang-undaang Malaysia Akta Pendidikan (1996),

Antara lain, dalarn Bab 2- Pendidikan Prasekolah, Seksyen 20. (1) ada
menyatakan bahawa, 'Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diurus
melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Seksyen 22 pula menyatakan bahawa, 'Program dan kegiatan tiap-tiap tadika
hendaklah diasaskan pada garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan
oleh Menteri.

Manakala Seksyen 23 pula menyatakan bahawa, 'Walau apa pun Seksyen 17


(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai
bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain
bahasa kebangasaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib.
Sejarah Prasekolah di Malaysia

Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Zaman Sebelum Merdeka


Tahun 1940 an telah dimulakan oleh missionari Kristian dan pendidikan
pengaruh British. Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada
sahaja belajar di prasekolah itu. Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah
yang tidak ada latihan prasekolah.
Zaman Selepas Merdeka
Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan
Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek
Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu
di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri
daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan
India.
Zaman 1970 an hingga Sekarang
1970 KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar
yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luas bandar.

Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis
Perhubungan Masyarakat (1976).

Tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku


Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah
percubaan di seluruh Malaysia. MPIK, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-
guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah.

Tahun 1981- Yayasan Sabah telah menubuhkan Institiut Guru-Guru Tadika di


Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapat khidmat nasihat daripada
Universiti Malaya.

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius


pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut
bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah
empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act
atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan.
Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru
prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan
pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan
rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.

Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan


Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di
KPM.

Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan


Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun)
dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.
Perkara Keterangan
Pelaksana Kementerian Pelajaran Malaysia

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid


yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi
Objektif mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah.

Jumlah ...
Warganegara Malaysia.

Berumur 5 dan 5+ tahun.


Kriteria
Pemilihan
Setiap kelas 25 orang murid.
Murid
Berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa /
penjaga.
RM100 seorang murid setahun
Geran Per
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Kapita (PCG)
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
RM1.50 seorang murid sehari
Bantuan
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Makanan
Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
Program
Prasekolah
Prasekolah Bermasalah Penglihatan
Pendidikan
Khas
Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Prasekolah
Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi
kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi
membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki
persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan
berpendapatan rendah.

Latarbelakang
18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan
Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996


Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan
program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun
atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan
ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".
Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti
individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.
Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi
pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur
antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah

Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di
kawasan sekolah rendah.
Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu
yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru
prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu
prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5
dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan
pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh
dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.
Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi
keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada
diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta
mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah

Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.

Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.

Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan


bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki
mana-mana prasekolah.

Tiada operator tadika lain.

Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang


mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun
lain.

Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15


orang).

Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.

Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik


atau bangunan prasekolah.

Permintaan masyarakat setempat.

Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon


disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Kriteria Pemilihan Murid

Warganegara Malaysia.
Berumur 5 dan 5+ tahun.

Setiap kelas 25 orang murid.

Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa /


penjaga.

Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima
kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan
masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba
memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila
berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun
dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan
barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.
Geran Per Kapita (PCG)

RM100 seorang murid setahun

RM100 X 25 murid X 1 kelas

Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun


Bantuan Makanan

RM1.80 seorang murid sehari

RM1.80 X 1 murid X 200 hari

Jumlah : RM360 seorang murid setahun


Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi


sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001.
Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian
diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM
terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003,
sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah
Pembelajaran)

SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.


Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004.
Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

Prasekolah Bermasalah Pembelajaran

Prasekolah Bermasalah Penglihatan

Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula


bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan
prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

Rujukan
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia,
2003.
Lamanweb Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like