Pengrusan Disiplin Sekolah PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

DP. Jilid 9, Bil.

1/2009 Pengurusan Pendidikan

Pengurusan Disiplin Sekolah

Tang Keow Ngang

Pendahuluan

Disipiin boleh ditafsirkan sebagai penyerahan sesuatu autoriti kepada individu yang tertentu
bagi melaksanakan peraturan yang penting dalam menentukan tingkah laku pengikut dan cara
mereka berfikir dan menjalankan tugas. Disipiin sekolah merupakan kepatuhan dan
kesanggupan seseorang murid mengikuti tatatertib, tatasusila, akhlak, dan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti
yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Sekolah bukan sahaja merupakan institusi pengajaran tetapi juga mempunyai tujuan mendidik
dalam erti kata yang lebih luas. Murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan
kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual,
mempunyai nilai moral dan sosial secara amnya. Tujuan am pengurusan disiplin sekolah
merupakan satu proses penyemaian kesedaran tentang betul dan salah ke dalam diri kanak-
kanak, menghalang dan mengelakkan mereka daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki,
diikuti dengan larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman
sekiranya larangan itu tidak dipatuhi.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Disiplin Sekolah

Rakan sebaya dalam alam persekolahan ialah kumpulan rujukan murid yang menjadi
'penyokong moral' dalam usaha seseorang mencari identiti diri dan pembentukan imej. Rakan
sebaya memberi peluang seseorang untuk mengikut piawai kumpulan itu daripada aspek gaya
berpakaian, pertuturan, orientasi terhadap muzik, tarian, jenis filem yang ditonton dan lain-
lain. Namun penglibatan dan pendedahan seperti ini kebiasaannya akan menanarnkan nilai-
nilai buruk yang mengakibatkan berlaku keruntuhan disiplin dan moral mereka.

Keruntuhan disiplin dalam kalangan murid juga berpunca pad a proses urbanisasi dan industri-
alisasi. Kedua-dua proses itu sebenamya mengendurkan kawalan sosial (Abdullah Sani
Yahaya, 2005). Nilai buruk yang ketara terbentuk sebagai ekoran daripada proses urbanisasi
seperti nilai individualistik dan materialistik yang seringkali membuat mereka terbawa-bawa
ke alam persekolahan.

Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa juga boleh menjadi punca kuat yang
mempengaruhi jiwa remaja yang boleh menyebabkan keruntuhan disipiin dalam kalangan
murid. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati

35
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah mak-
siat. Pemahaman tugas bagi sesetengah ibu bapa hanya sekadar menyediakan keperluan kewan-
gan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Pilih kasih dalam rumah tangga misal-
nya, boleh membawa kesan kepada keruntuhan disiplin di sekolah. Perhatian secara tidak adil
oleh ibu bapa kepada anak boleh menyebabkan mereka menaruh perasaan benci, dendam, dan
menyebabkan jiwa mereka tertekan. Mereka melepaskan 'tekanan' dengan cara melepak,
ponteng dari sekolah, lari dari rumah, melanggar peraturan sekolah dan sebagainya. Semua
perbuatan negatif ini dilakukan semata-mata hendak mendapatkan perhatian kedua-dua ibu
bapa dan pihak sekolah supaya mereka diberi peluang berkomunikasi dan meluahkan perasaan.

Guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin di sekolah. Dalam men-
jalankan tugas, guru perlu memahami latar belakang, dan mengenal pasti masalah yang diha-
dapi oleh pelajar. Dalam usaha ini guru memerlukan kerjasama, dan persefahaman daripada
pihak ibu bapa. Guru juga perlu memainkan peranan sebagai role model walaupun kadang-
kadang guru melakukan perbuatan negatif tanpa disedari dan hal ini membawa kesan buruk
dalam pembentukan sahsiah pelajar.

Kekurangan ajaran agama juga mempengaruhi disiplin di sekolah. Pendidikan agama adalah
pedoman yang boleh membentuk sahsiah dan akhlak mulia. Agama memberikan panduan su-
paya murid berfikir dan membuat pertimbangan sebelum mereka bertindak. Pengaruh media
massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, tayangan filem, dan video ke atas gelagat
sosial remaja juga agak ketara. Media massa sering kali memaparkan gejala keganasan, unsure
seksual, dan budaya barat yang diamati oleh murid-murid sekolah.

Masalah-masalah Disiplin Murid

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, masalah disiplin yang sering dilakukan oleh murid
adalah seperti berikut:

a. Ponteng sekolah
Ponteng sekolah didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan diri dari sekolah tanpa
keizinan guru atau ibu bapa (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1986). Masalah ponteng
sekolah semakin meningkat sebagai akibat pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenamya
menyusahkan pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. Murid boleh terjerumus dalam
kumpulan jahat, merokok, penyalahgunaan dadah, berfoya-foya dan sebagainya. Keadaan ini
menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran lalu mewujudkan masalah sosial di sekolah.

b. Ponteng kelas
Ponteng kelas ialah masalah disiplin yang dianggap sebagai penyakit berjangkit. Ponteng kelas
ialah tindakan seseorang murid yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu yang
sepatutnya. Kebiasaannya masalah ini berlaku apabila pengajaran guru tidak menarik ataupun
sukar difahami oleh murid. Keadaan ini menyebabkan murid berasa bosan untuk mengikuti

36
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009 Pengurusan Pendidikan

pelajaran lalu keluar dari bilik darjah dan merayau-rayau di sekitar sekolah ataupun menyem-
bunyikan diri di sesuatu temp at. Masalah ponteng kelas boleh menyebabkan murid ketinggalan
dalam pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)

c. Datang lewat
Sifat berdisiplin sering ditekankan kepada murid supaya mereka sentiasa menghormati pera-
turan-peraturan sekolah dan mendisiplinkan diri dalam semua ha!. Terdapat murid-murid yang
tidak menepati masa permulaan sekolah dan suka memberikan alas an yang kurang memuas-
kan. Mereka datang ke sekolah secara sambillewa tanpa memikirkan perlakuan tersebut meng-
ganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

d. Pakaian seragam
Pada masa ini murid-murid sering tidak mengenakan pakaian seragam dengan betu!. Dalam
konteks ini, murid lebih terpengaruh dengan media massa yang kurang baik. Murid cepat
menerima apabila terdedah pada sesuatu fesyen yang dibawa daripada negara barat. Mereka
memakai pakaian seragam berdasarkan fesyen yang difikirkan menarik oleh mereka,
contohnya pakaian seragam yang pendek sehingga lutut dapat diiihat, berlengan panjang
dipendekkan sehingga siku tang an yang tidak menunjukkan kekemasan, mengubah suai poton-
gan pakaian mengikut potongan badan yang menampakkan bentuk badan, memakai stoking
yang mempunyai belang warn a di pergelangan kaki, dan berpakaian seragam tanpa lencana
sekolah.

e. Rambut tidak diurus


Kebanyakan sekolah menghadapi masalah murid berambut panjang yang tidak diurus dengan
kemas. Dari segi kekemasan, murid perempuan yang berambut panjang perlu membuat dan-
danan dan mengikat rambut mereka dengan kemas. Hal ini supaya rambut mereka tidak meng-
ganggu semasa mengikuti pelajaran. Namun begitu ramai murid gemar mengikuti stail rambut
pelakon, peragawati, tokoh-tokoh yang diminati dan sebagainya. Mereka suka melepaskan
rambut tanpa diikat, mewarnakannya, memakai gel rambut dan sebagainya. Murid lelaki pula
suka menyimpan rambut sehingga melepasi kolar pakaian. Keadaan ini memburukkan lagi
rupa paras murid yang tidak dianggap lagi pelajar walaupun berpakaian seragam.

f. Merokok
Merokok sudah menjadi satu hobi dalam kalangan murid yang ingin menikmati kehidupan
yang serba moden. Namun begitu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengkelaskan
merokok sudah menjadi satu masalah disipiin. Pada masa ini masalah merokok dalam
kalangan murid telah sampai ke peringkat yang tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya.
Kebanyakan murid lelaki mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan
tekanan/stres atau tekanan emosi. Perbuatan merokok dianggap sebagai suatu gejala yang tidak
sihat. Oleh demikian Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perbuatan menghisap rokok
tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa. Kebanyakan murid merokok dalam tandas yang

37
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

menjadi tempat perlindungan merokok yang baik.

Merokok juga telah menjadi satu gaya hidup golongan muda hari ini tanpa mengira jantina.
Ramai murid sekolah menengah yang beranggapan merokok melambangkan kedewasaan dan
kematangan. Bahaya merokok ialah suatu perkara yang sudah diketahui umum. Malangnya,
mengikut kajian yang dijalankan, peratusan mereka yang menjadi penagih rokok semakin
meningkat dalam kalangan murid.

g. Masalah peras ugut


Masalah peras ugut dalam kalangan murid kian meruncing dewasa ini. Biasanya kumpulan
murid yang memeras ugut ini mempunyai kumpulan yang tersendiri dan disebut 'gengster'.
Kumpulan ini memeras ugut murid yang terdiri daripada anak orang kaya ataupun murid yang
menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika
tidak mereka pasti mencederakan murid yang menjadi mangsa berkenaan. Hal sebegini
menjadi kes polis kerana pihak sekolah sudah tidak berdaya mengatasi masalah ini.

Terdapat pelbagai punca peras ugut. Antaranya pengaruh rakan sebaya, keluarga, media
massa, persekitaran, dan sifat murid sendiri. Bagi rakan sebaya, kita tahu bahawa golongan
murid adalah paling mudah dipengaruh oleh rakan sebaya. Jika seseorang silap bergaul, maka
buruk kesannya. Bagi remaja yang dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga
sendiri, rakan sebaya merupakan insan paling rapat dalam hidup mereka.

h. Masalah ketagihan
Masalah murid sekolah yang lain ialah menghidu gam, pil khayal dan seterusnya
mengakibatkan penyalahgunaan dadah. Masalah ini telah meliput luas di negara kita kini.
Murid mudah terdedah dengan masalah seperti ini sebagai akibat pergaulan mereka yang luas
dan tiada batasan. Masalah ini juga tidak dapat dikawal oleh pihak sekolah hingga pihak polis
terpaksa dilibatkan sarna.

i. Gangterisme
Gangterisme ialah salah satu fenomena dalam kalangan murid. Kes membuli dan
mencederakan pelajar Mohd Hafizi Jumahari dari Sekolah Menengah Teknik sehingga
mengakibatkan kehilangan salah satu buah pinggangnya merupakan satu contoh perbuatan
gangterisme. Pembuli bukan sahaja terdiri daripada lelaki, malah wanita juga dapat menjadi si
pelaku. Golongan ini boleh dikesan melalui beberapa ciri seperti tingkah laku yang bongkak,
selalu tidak mempedulikan kata-kata orang lain dan cuba melakukan sesuatu mengikut
kesukaan mereka. Selain itu, pembuli biasanya mempunyai kekuatan fizikal. Murid yang
berbadan besar cenderung membuli murid yang berbadan kecil atau lemah. Mangsa buli
dikatakan mengalami perubahan tingkah laku. Hasil daripada pemerhatian guru mendapati
murid sering berkhayal di dalam kelas. Selain murid enggan pergi ke sekolah, kecemerlangan
merekajuga semakin menurun.

38
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009 Pengurusan Pendidikan

j. Vandalisme
Vandalisme secara umum dapat didefinisikan sebagai apa-apa tingkah laku yang mempunyai
kesan yang bertujuan merosak atau merubah harta awam atau persendirian. Webster's
Dictionary (1966) mentakrifkan vandalisme sebagai satu keinginan atau perbuatan merosak-
kan atau merubah satu-satu benda atau kecantikannya atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian.

Vandalisme berbentuk keinginan


Vandalisme atau kerosakan yang dilakukan adalah bertujuan mendapatkan atau
memperoleh sesuatu. Vandalisme jenis ini amat sering berlaku di kampus, misalnya
memecahkan vending machine, memecahkan peti duit telefon atau mengubah atau me-
mecahkan penutup alat-alat pemadam api adalah an tara perbuatan merosak yang sering
dilakukan.

Vandalisme bersifat taktikal


Vandalisme jenis ini dilakukan biasanya mengarahkan untuk mencapai satu-satu
keinginan. Vandalisme bersifat taktikal ini juga merupakan satu perbuatan yang disedari,
mempunyai matlamat yang telah difikirkan. Antara contoh taktikal vandalisme ini seperti
merosakkan loceng atau horn loceng kecemasan, dengan ini matlamat akhir yang di-
ingini ialah loceng atau horn loceng kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan tidak
boleh diberhentikan dan seterusnya akan mengganggu murid lain daripada belajar di bilik
darjah mereka.

Vandalisme bersifat ideologi


Vandalisme jenis ini dilakukan mempunyai matlamat ideologi besar yang telah dirancang-
kan. Vandalisme jenis ini seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal. Mengecat atau
menyembur cat dinding bangunan atau tembok dengan menuliskan slogan-slogan politik
tertentu adalah salah satu contoh vandalisme jenis ini.

Vandalisme bersifat balas den dam


Vandalisme jenis ini adalah sangat-sangat ditakuti. Hal ini berpunca pada hasrat untuk
membalas den dam atas satu tindakan yang dilakukan oleh kakitanganlstaf akademik
kepada murid. Tindakan membalas dendam yang dilakukan oleh murid misalnya meme-
cahkan cermin tingkap kereta, membakar pintu, menyembur atau mengecat bangunan dan
sebagainya.

Vandalisme bersifat bersuka-suka


Vandalisme jenis ini adalah untuk bersuka-suka. Vandalisme jenis ini juga dilakukan
kadangkala tujuan permainan dan juga merupakan kegiatan merosak yang paling kerap

39
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

berlaku di sekolah. Misalnya pertandingan yang diadakan dalam kalangan murid siapa
yang boleh memecahkan alat pemadam api, pertandingan memecahkan siling bangunan
dan sebagainya. Vandalisme jenis ini bertujuan bersuka-suka tetapi vandalisme ini tetap
berbahaya terhadap keselamatan murid terutama apabila berlaku kes-kes kecemasan, ker-
ana alat tersebut tidak dapat berfungsi.

Vandalisme bersifat merosak


Vandalisme jenis inilah yang paling ganas dan paling serius antara kategori yang telah
dibincangkan. Vandalisme jenis ini berkait dengan cara menunjukkan tidak puas hati atau
berasa kecewa terhadap sesuatu.

Jenis-jenis Masalah Murid

Pelbagai masalah murid seperti merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,
melepak dan sebagainya. Mereka semakin berani melakukan perbuatan yang bercanggah
dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Terdapat empat klasifikasi masalah
yang biasa dialarni dalam kalangan murid iaitu masalah dalam membina nilai dan matlamat
hidup, masalah dalam pengurusan diri, masalah dalam memupuk persahabatan baik dan
masalah dalam menghadapi peperiksaan

a. Masalah dalam membina nilai dan matlamat hidup


Murid yang berada pada peringkat remaja, ialah golongan yang sedang menjalani proses
untuk membentuk identiti diri. Pada peringkat inilah mereka mula memikirkan kejayaan dan
kecemerlangan yang perlu dicapai untuk memperoleh masa depan yang cerah. Pengaruh ibu
bapa dan rakan sebaya mampu membentuk sikap dan nilai tingkah laku murid, lebih-lebih
lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran ataupun yang men gal ami masalah pelajaran. lbu
bapa dan rakan sebaya ialah orang yang paling rapat dan berpengaruh dalam setiap
keputusan. Oleh sebab itu remaja sebaik-baiknya mempunyai matlamat dan pegangan
sendiri yang dapat memenuhi kehendak mereka.

b. Masalah dalam pengurusan diri


Pada peringkat umur inilah bermulanya proses bagi mereka untuk mula membahagikan
masa mereka bagi pelajaran, aktiviti sosial, kesihatan dan kebersihan diri. Biasanya mereka
sering mengalami masalah ini kerana mereka tidak pandai membahagikan masa dengan
secukupnya. Contohnya apabila seseorang menyertai aktiviti kokurikulurn secara aktif se-
hingga mengabaikan masa untuk pelajaran. Seharusnya mereka perlulah pandai membahagi-
kan mas a mereka secukupnya.

40
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009 Pengurusan Pendidikan

c. Masalah dalam memupuk persahabatan baik


Kita juga sering mendengar keluhan ibu bapa berkaitan anak-anak remaja mereka yang
remaja yang suka mengasingkan diri dan lebih senang berada di dalam bilik sewaktu di
rumah. lni disebabkan mereka mengalami masalah dalam hubungan social dan memupuk
persahabatan yang baik. Seperti yang kita ketahui rakan ialah orang yang amat berpengaruh
dalam kehidupan seseorang remaja. Rakan juga aset bagi seseorang remaja untuk mem-
peroleh keyakinan diri terutamanya di sekolah.

Selain itu rakan juga lebih memahami kehendak seseorang remaja itu. Remaja selalunya
mengalami masalah dalam memilih rakan yang serasi ataupun boleh dipercayai. Masalah
sedemikian juga sering berlaku terutamanya pada peringkat sekolah menengah. Sekiranya
remaja tidak pandai memilih kawan yang mempunyai moral yang tidak baik, berkemungki-
nan besar mereka terpengaruh dengan sikap rakan mereka itu. Kadangkala ada juga remaja
tidak mahu bergaul dengan orang lain kerana mereka sukar hendak menyesuaikan diri.
Mereka lebih suka menyendiri dan bersikap pasif.

d. Masalah dalam menghadapi peperiksaan


Tekanan semasa hampir dengan peperiksaan adalah perkara biasa yang dialami dalam
kalangan murid. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Antaranya adalah kurang persediaan menghadapi peperiksaan, kurang mendapat perhatian
daripada ibu bapa dan juga terpengaruh dengan media massa. Kurang persediaan
menghadapi peperiksaan berkemungkinan besar remaja ini sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain
seperti kegiatan kokurikulum ataupun membuat benda-benda lain yang tidak berfaedah. Kita
juga tahu murid memerlukan perhatian daripada orang yang disayangi oleh mereka. Apabila
keluarga mereka menghadapi masalah, tekanan yang dialami oleh mereka akan membuatkan
tumpuan mereka pada pelajaran berkurang.

Pembentukan Peribadi yang Baik

Tingkah laku murid-murid disebabkan oleh ciri kebakaan yang ada pada mereka, jenis
pengalaman yang dilalui, dan tekanan sosial pada diri mereka pada suatu ketika. Hal ini meru-
pakan bukti yang mengatakan sesuatu tingkah laku itu mempunyai sebabnya. Prinsip ini
menggambarkan guru mempunyai peluang mengubah tingkah laku kanak-kanak dengan mem-
bantu mereka menyusun semula persekitaran mereka dan membuat rancangan sosial yang
baru. Terdapat beberapa cara untuk menerapkan peribadi yang baik, antaranya:

a. Gunakan pengukuhan dan ganjaran


Masalah disiplin yang teruk dapat diselesaikan menggunakan pengukuhan yang terkawal.
Contohnya dengan memberikan hadiah kepada murid yang menunjukkan pencapaian dan
tingkah laku yang baik. Guru boleh memberikan hadiah kepada murid yang berdisiplin di

41
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

dalarn kelas. Hadiah daripada guru ini rnendorong rnurid lain rnernantapkan disiplin untuk
rnendapatkan badiah yang sarna seperti rakan rnereka itu. Selain digunakan bagi mengawal
disiplin, langkab ini juga berkesan untuk meningkatkan prestasi akadernik rnurid.

b. Memberikan teladan yang mencukupi


Guru, rakan sebaya, orang yang lebib tua, ibu bapa, dan buku ialab model atau teladan bagi
tingkah laku. Hakikat ini difaharni oleh rarnai orang. Bagi mengaplikasikannya di sekolah,
guru boleh rnenggunakan rnurid yang lebih tua sebagai guru kepada murid yang lebib muda
buat beberapa rninggu. Masalah tingkah laku dalarn kalangan murid yang lebih tua dan
muda berkurangan dan sikap mereka di sekolah dijangka menjadi lebih baik.

c. Hapuskan tingkah laku yang tidak diingini dengan tidak memberikan ganjaran
Satu contoh yang jelas berkaitan dengan idea ini ialah, seorang guru sentiasa diganggu oleh
murid di rnejanya, kerana mereka pergi ke hadapan kelas tanpa tujuan tertentu. Peristiwa
seperti ini berlaku sebanyak 28 kali seminggu. Dia tidak mabu memandang rnereka dan ti-
dak bercakap apa-apa. Dia memberikan perbatian hanya kepada murid yang mengangkat
tangan dari ternpat duduknya. Selepas dua minggu jurnlah murid yang sengaja pergi ke meja
guru semakin berkurangan dari 28 kpd O.

d. Jangan banyak menggunakan dendaan tetapi sekiranya perlu gunakannya dengan bijak
Dendaan rnernpunyai kesan sampingan yang banyak tidak diingini. Pada masa yang sarna,
tidak berkesan rnengawal tingkah laku. Dendaan perlu dilakukan dengan saluran yang betul
dan janganlah sesekali dendaan itu dilakukan rnengikut perasaan marab pada murid. Guru
perlu bijak rnenjalankan hukuman supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

e. Membaiki kornunikasi dengan murid


Kebuntuan kornunikasi antara sekolah dengan murid sering terjadi. Hal ini disebabkan oleh
guru tidak rnengenali muridnya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk rnemperbaik
komunikasinya dengan murid seperti jamuan kelas, lawatan luar sekolah atau rnenganjurkan
kegiatan gerak kerja luar. Aktiviti-aktiviti ini boleh mewujudkan satu interaksi sosial yang
baru.

Pengurusan Disiplin Sekolah

Disiplin sekolab mempunyai dua matlamat, iaitu (i) untuk menjamin keselarnatan murid dan
staf; (ii) untuk rnewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Walaupun masalah
disiplin yang dianggap ringan seperti masalah ponteng sekolah itu tidak rnengancarn kese-
lamatan orang lain, narnun masalah itu tetap rnenirnbulkan kesan negatif terbadap persekitaran

42
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009 Pengurusan Pendidikan

pembelajaran. Masalah yang timbul akan mengganggu semua murid sekolah yang terlibat dan
hal ini akan merugikan mas a apabila pihak sekolah terpaksa mengambillangkah-langkah ter-
tentu untuk memulihkan keadaan.

Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang ideal tanpa masalah disiplin, pihak sekolah
perlu berusaha terlebih dahulu untuk mengatasi masalah tingkah laku murid yang
mengganggu, mengancam, atau menggugat warga sekolah itu secara umumnya. Sebenamya
bilangan murid yang bermasalah disiplin sesebuah sekolah tidak ramai namun dibiarkan tanpa
tindakan segera dan berkesan, jumlahnya akan bertambah kerana perkembangan pengaruhnya.
Peraturan disiplin sekolah perlulah dijelaskan kepada para guru, ibu bapa, dan murid.
Kebanyakan sekolah di Malaysia didapati meletakkan garis panduan disiplin itu dalam sebuah
buku khas yang sentiasa dikemaskinikan lalu diberikan kepada murid-murid pada setiap awal
tahun. Tindakan ini sangat baik sebagai langkah awal untuk mengurangkan masalah disiplin.
Namun, sekiranya apa-apa yang tersenarai dalam buku tersebut tidak dilaksanakan secara
tekal dan tegas, buku peraturan tersebut tidak dapat membantu apa-apa dalam hal disiplin.

Peraturan yang baik hendaklah memiliki pecahan peraturan yang terperinci untuk menentukan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Misalnya kesalahan yang ringan memadai dengan
memberikan amaran dan kesalahan yang agak berat memerlukan perbincangan dengan ibu
bapa. Di samping itu, kesalahan yang berat dan membabitkan masalah jenayah perlu
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Kajian telah membuktikan bahawa senyuman, pujian, dan memberikan pengiktirafan


merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kesan yang positifterhadap murid. Kajian juga
menunjukkan bahawa murid yang tidak berminat untuk belajar, kebanyakan daripada mereka
menjadi pencetus masalah di sekolah. Guru juga perlu menerima hakikat bahawa sekiranya
kelas yang diajamya membosankan maka besar kemungkinan murid-murid kelas tersebut akan
mula mencetuskan masalah tingkah laku.

Pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting untuk menjamin keadaan disiplin yang
terkawal di sekolahnya melalui kaedah pengurusan yang berkesan dan kaedah kepemimpinan
melalui teladan. Pengetua dan Guru Besar yang mampu mendisiplinkan murid-muridnya akan
disegani dalam kalangan pentadbir sekolah yang lain dan biasanya akan menjadi model bagi
para pentadbir sekolah. Pentadbir yang berkesan biasanya disegani dan dihormati, bukannya
yang ditakuti. Mereka juga kerap menunjukkan sikap prihatin terhadap murid di samping
sanggup mengenakan denda sekiranya perlu.

Sarna ada guru berpuas hati atau tidak dengan dasar disiplin sekolah yang sebenamya sangat
berkait rap at dengan pengetua atau guru besar sekolah yang berkenaan. Komunikasi yang
baik dan perkongsian nilai amat penting. Sebaik-baiknya, pentadbir sekolah dapat mewujud-
kan persefahaman dengan para guru mengenai peraturan sekolah dan pelaksanaannya. Pihak
pentadbir juga perlu mewujudkan perhubungan yang baik dengan pihak berkuasa, iaitu pihak
polis. Kunjungan pihak polis ke sekolah sekali-sekala akan memberikan ganjaran bahawa pi-
hak sekolah mementingkan keselamatan warga sekolah dan tidak akan bertolak ansur dengan

43
Pengurusan Pendidikan DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

pihak yang melakukan kesalahan jenayah.

Lapan Jenis Program

Sebanyak lapan jenis program pembangunan sahsiah dan disiplin murid dirangka untuk dilak-
sanakan pada peringkat sekolah sepanjang tahun 2005. Program tersebut ialah:

1. Peningkatan Kualiti Kepernimpinan dan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Murid.


2. Pemantapan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin murid
3. Program Sekolah Selamat
4. Penjanaan Semangat Patriotisme Murid
5. Program Pembudayaan Adab di Sekolah
6. Peningkatan Konsep Kendiri dan Jati Diri Murid
7. Program Pencegahan Salah Laku Berat Murid
8. Pemantapan Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

Kesimpulan

Kesirnpulannya, dapat dirumuskan bahawa para pendidik sekolah harus bersedia untuk
menghadapi situasi dan menangani pelbagai masalah disiplin yang sering kali berlaku dalam
kalangan murid yang dianggap semakin membimbangkan. Pengurusan disiplin sekolah
semakin mendapat tumpuan utama agar satu pengurusan disiplin yang efektif dan efisien harus
terlaksana demi menjamin keselamatan sekolah dan tidak mengancam kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, kita harus juga meninjau
pengurusan disiplin dari aspek psikologi, sosiologi dan kaunseling serta hubungan sekolah
dengan agensi-agensi luar yang boleh membantu dalam menangani masalah disiplin sekolah.

44
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009 Pengurusan Pendidikan

Rujukan

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Bentong: PTS Publication & Dis-
tributors Sdn. Bhd.

Black, D.D. & John D.C. (1992). Administrative intervention: a discipline handbookfor
effective school administrators. Longmont, Colorado: Sopris West, INe.

Blauvett, P.D. (1987). School Security Management. In the Practitioner, NASSP 13(4), Reston
Virginia, pg 1-11 (ED 282344).

Brodinsky, B. (1980). Student Discipline: Problems and Solutions. AASA Critical Issues Re-
port. Arlington, VA: American Association of School Administrators. (ED 198 206).

Bull, S. & Solity, 1. (1987). Classroom management: Principles to Practice. Croom Helm.

Francis, P. (1975). Beyond control? a study of discipline in comprehensive school. London:


Allen and Unwin.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Panduan tatacara disiplin sekolah untuk guru
besar dan guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat pekeliling ikhtisas tahun berkaitan disiplin sekolah
(1969-1999).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia 1991.
Seri Kembangan: Unit Disiplin, Bahagian Sekolah.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1986). Keberkesanan pengurusan dan disiplin di sekolah
: peranan dan pendekatan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan

45

You might also like