BAB 2-Klasifikasi Akaun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ulangkaji

1.) Maklumat dibawah diambil dari perniagaan Kedai Kasut Setia sepanjang bulan Mac 20X3.

1/3/20X3 Pemilik memasukkan RM 60,000 ke dalam akaun bank dan RM 5,000


tunai, sebagai modal permulaan.
2/3/20X3 Kedai Kasut Setia Membeli lengkapan pejabat bernilai RM 10,000 dengan
cek.
3/3/20X3 Membeli barang niaga berjumlah RM 3,000 dengan tunai.
10/3/20X3 Kedai Kasut Setia mencatat jualan tunai berjumlah RM 4,000.
20/3/20X3 Kedai Kasut Setia membeli barang niaga secara kredit daripada Perniagaan
Juta berjumlah RM 3,500
22/3/20X3 Kedai Kasut Setia menerima pinjaman daripada Global Bank Berhad
berjumlah RM 20,000
26/3/20X3 Kedai Kasut Setia membayar hutang Perniagaan Juta bernilai RM 2,500
29/3/20X3 Pemilik mengambil RM 250, tunai daripada Kedai Kasut Setia untuk
perbelanjaan peribadi.

Sediakan JURNAL, LEJAR dan IMBANGAN DUGA untuk Kedai Kasut Setia bagi setiap urusniaga di
bawah.

2.) Kaji maklumat berikut yang diperoleh daripada buku Perniagaan Uma Enterprise pada 30
September 20X5:-

RM
Kenderaan 98,000
Perabot 38,000
Stok 72,800
Penghutang 8,000
Bank 21,080
Pemiutang 7,000
Gaji Terakru 6,000
Modal 224,880

Urus niaga di bawah ini berlaku sepanjang bulan Oktober 20X5.

i.) Pemilik membayar gaji, termasuk gaji terakru dengan cek bernilai RM 12,000
ii.) Menerima cek bernilai RM 7,600 daripada penghutang untuk menjelaskan semua
hutangnya.
iii.) Membeli barang niaga RM 13,000 secara kredit.
iv.) Pemilik membawa masuk tunai RM 16,000 sebagai modal tambahan dan dibankkan.
v.) Menjual barang niaga berkos RM 5,080 dengan harga RM 6,080 secara kredit
vi.) Pemilik mengeluarkan RM 900 dari akaun bank untuk membayar bil hospital
keluarganya.

Sediakan JURNAL, LEJAR dan IMBANGAN DUGA untuk Perniagaan Uma bagi setiap urusniaga di
bawah.

You might also like