Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan Stensil

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi


pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan
dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih
mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga
boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka
menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada
kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki


sekuji (digunakan untuk mencetak)

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-


1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses
Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan
menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar
tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan
atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.


Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian
belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej
tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di


bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan
bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal
atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin


tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan
mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga
hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang
sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin
akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.
Karya cetakan yang telah siap

Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T,


ini lebih menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy
menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa
warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut
warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.

You might also like