Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia,


samada asli atau tiruan, apabila
dimasukkan kedalam tubuh badan
secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh mengubah fungsi tubuh
badan seseorang atau organisma dari
segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima


bahagian.
1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)
DAUN KETUM
Ganja/Kanabi
OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah
yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat
yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian
badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan
tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu
bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah
Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-
mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya
dengannya.

4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.


5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya
"dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi
satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri
daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan
luar Sabah adalah seperti berikut:-

a. ICE
b. GLASS
c. CRACK METH
d. HIROPONG
e. BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi
tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang
halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya
mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran'
bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi
berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG

2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika
itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang
tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun.
Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka
mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh
mendatangkan maut;

2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada
pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk
kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar
Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo
yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti
Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain
Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan
membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);


3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka
(PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup
masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan
menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang
berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;


4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan
mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli
dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian
kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang
datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup
masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding
dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar
dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk
bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang
di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal Stones


Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]


7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek
adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;


b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);


b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A
1025.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5


Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm
tahun atau kedua-duanya
20gm keatas tetapi kurang Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak
39A (1) Memiliki
daripada 50gm kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
50gm ke atas tetapi kurang Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6
39A(2) Memiliki
dari 200gm tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Penjara seumur hidup dan sebatan tidak
6B Menanam pokok ganja Tidak kira berapa pokok
kurang 6 kali
39B Mengedar 200gm ke atas MATI
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm
tahun atau kedua-duanya
100gm ke atas tetapi kurang Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan
39A(1) Memiliki
dari 250gm tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
250gm ke atas tetapi kurang Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5
39A(2) Memiliki
dari 1000gm tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5
12(2) Memiliki Ke bawah 2gm
Monoacetyl Morphine tahun atau kedua-duanya
2gm ke atas tetapi kurang Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan
39A(1) Memiliki
dari 5gm tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
5gm ke atas tetapi kurang Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5
39A(2) Memiliki
dari 15gm tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Memiliki / menjual / RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1
Ubat Batuk 9(1) -
menyimpan / mengedar tahun atau kedua-duanya
Memiliki / menjual / RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4
Pil 30(3) -
menyimpan / mengedar tahun atau kedua-duanya
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm
tahun atau kedua-duanya
5gm ke atas tetapi kurang Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan
39A(1) Memiliki
dari 30gm tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
30gm ke atas tetapi kurang Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5
39A(2) Memiliki
dari 50gm tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih MATI
-Ke Muka Depan-

You might also like