Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL

MINIT MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)


SM TAMAN TUN DR ISMAIL BHD BIL 1/2016

Tarikh : 4 Februari 2016

Masa : 2.30 petang-4.30 petang

Tempat : Pusat Sumber SMK Taman Tun Dr Ismail

Pengerusi : Puan Majidah Binti Hashim

Kehadiran : 11 orang
Hadir Bersama (Jika ada) : Wakil daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Bil
Nama
1. Puan Majidah Hashim
2. En Shahrul Hisyam
3. En Muhammad Faizal bin Sanip
4. Puan Ami Fadzlin bt Amir Abdul Nasir
5. En Amiruddin Sharif
6. En Wan Izani bin Wan Idris
7. Raja Nurul Natasha Fatihah Raja Mohd Aizaham
(Pelajar)
8. Nurul Ain bt Nazri (Pelajar)
9. Muhammad Irfan Ikhwan b Mahamad (Pelajar)
10. Adie Shazwan b Azuddin (Pelajar)
11. Damia Batrisyia bt Mohd Afizol (Pelajar)

Tidak Hadir :

Bil Nama Sebab


1. Pn Nurhana Bates bt Abdullah Menghadiri mesyuarat kokurikulum
2. Pn Nur Fasihah bt Hassan Cuti bersalin
3. Pn Nur Shahidah bt Mohamed Arif Cuti Rehat Khas
4. Pn Hanim Aniza bt Hussin Cuti bersalin
5. Pn Haslina Hafzan bt Awang Sufa Cuti bersalin
6. Nur Hasya Hamizah bt Mawardi (Pelajar) Tidak hadir ke sekolah
7. Khairul Faddlullah b Mohd Fauzi (Pelajar) Tidak hadir ke sekolah
8. Aida Batrisyia bt Zakaria (Pelajar) Tidak hadir ke sekolah

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Majidah Hashim selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli lembaga pengarah koperasi dari kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar
yang hadir bagi mesyuarat ALK Kali-1 sesi 2016. Beliau juga mengucapkan ribuan

1
terima kasih kepada semua guru kerana telah pun menjalankan tugas dengan sebaiknya
dalam usaha untuk mendidik para pelajar berniaga.
1.2 Beliau juga memaklumkan bahawa zaman telah pun berubah, di mana ilmu perniagaan
amat penting untuk diterapkan kepada para pelajar. Beliau menjelaskan di dalam
sesebuah koperasi sekolah, banyak aktiviti dapat dijalankan dalam usaha untuk
mencelikkan pelajar dalam bidang perniagaan.
1.3 Beliau juga mengharapkan pada tahun ini koperasi SMK Taman Tun Dr Ismail Berhad
akan lebih telus dan dapat melakukan penambahbaikan demi kebaikan koperasi.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Puan Ami Fadzlin selaku setiausaha koperasi membentang minit mesyuarat yang
lepas bagi tarikh 17 November 2015.
2.2 En Wan Izani mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas diterima dan disahkan
dan En Muhammad Faizal menyokong minit mesyuarat untuk disahkan.
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 KEDUDUKAN KEWANGAN BULANAN

4.1 En Amiruddin Sharif membentang laporan kewangan bertarikh 1 31 Januari 2016.


4.2 Beliau memaklumkan jumlah penerimaan tunai adalah sebanyak RM 42,950.75 dan
penerimaan bank adalah sebanyak RM 43,036.48. Jumlah jualan adalah sebanyak
RM 29,483.00.
4.3 Beliau juga memaklumkan jumlah pembayaran tunai adalah sebanyak RM 42,950.75
dan pembayaran bank adalah sebanyak RM 43,036.48. Jumlah belian pula adalah
sebanyak RM 27,627.95.
Tindakan: Makluman

5.0 LAPORAN PENGURUSAN

SENARAI JAWATANKUASA KOPERASI


5.1 En. Muhammad Faizal membentangkan laporan pengurusan Koperasi SMK Taman
Tun Dr Ismail Berhad bagi tahun 2016.
5.2 Beliau memaklumkan keahlian koperasi SMK Taman Tun Dr Ismail Berhad terbuka
kepada semua pelajar, guru dan staf. Pendaftaran untuk menjadi ahli koperasi sekolah
pada tahun ini dipermudahkan dengan adanya buku daftar anggota kepada semua
pelajar, guru dan staf.

Tindakan: Pn Ami Fadzlin & Pn


Hanim Aniza

2
SENARAI JAWATANKUASA KOPERASI
5.3 En Muhammad Faizal memaklumkan ahli jawatankuasa koperasi dilantik di dalam
mesyuarat Agung Koperasi. Jawatankuasa Koperasi mengandungi jawatan seperti
Pengerusi, Naib Pengerusi, Penyelaras, Setiausaha, Bendahari, Naib Setiausaha, Naib
Bendahari dan Ahli Lembaga Koperasi dengan peranan sebagai AJK Jualan, Belian,
Stok, Pendaftaran dan Saham Anggota.
Tindakan: En Muhammad Faizal
& Pn Ami Fadzlin

MESYUARAT ALK DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


5.4 En Muhammad Faizal memaklumkan mesyuarat ALK akan diadakan sekurang
kurangnya empat kali setahun manakala mesyuarat Agung tahunan diadakan sekali
setahun.
Tindakan: En Muhammad Faizal
& Pn Ami Fadzlin

5.5 Beliau juga memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi merupakan salah satu
program wajib Koperasi SMK Taman Tun Dr Ismail Berhad dalam memberi
maklumat, mencapai persetujuan, membincangkan hal-hal berkaitan koperasi dari segi
perjalanan koperasi, akaun teraudit, belanjawan, untung atau rugi bersih dan perkara-
perkara yang terlibat dalam pentadbiran koperasi sepanjang sesi 2016 kepada semua
ahli.
Tindakan: Makluman

AKTIVITI UTAMA
5.6 En Muhammad Faizal juga memaklumkan aktiviti utama koperasi bagi tahun 2016
adalah jualan runcit seperti jualan lencana sekolah, talileher, baju sukan dan lain-lain.
Tindakan: Semua ALK

PERANCANGAN JANGKA PANJANG


5.7 En Muhammad Faizal memaklumkan pihak koperasi telah membuat perancangan
untuk jangka yang lebih panjang. Antaranya adalah mengambil alih kedai buku, dan
mengubah suai koperasi sekolah.
Tindakan: Semua ALK

HARI KOPERASI
5.8 En Muhammad Faizal memaklumkan pihak koperasi sekolah akan mengadakan hari
koperasi pada bulan Ogos 2016. Laporan hari koperasi akan dihantar satu salinan
kepada pihak Angkasa Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk mendapat
sumbangan sebanyak RM 1000 bagi menampung segala perjalanan hari koperasi
berkenaan.
Tindakan: Semua ALK

3
6.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2016

6.1 Puan Majidah Hashim memaklumkan tarikh bagi Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi bagi tahun 2016 akan adalah pada 30 Mac 2016 iaitu pada hari Rabu.
6.2 Beliau juga memaklumkan kepada penyelaras, setiausaha dan bendahari koperasi
sekolah untuk berbincang bersama-sama dan mendapatkan bantuan dan nasihat
daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menetapkan agenda dan
perjalanan mesyuarat tersebut kelak.
Tindakan: En Muhammad Faizal,
En Amiruddin & Pn Ami Fadzlin

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 En Shahrul Hisyam memberi cadangan agar pihak koperasi sekolah membeli satu
kontena untuk menyimpan barang-barang koperasi disebabkan oleh saiz kedai
koperasi sekolah yang agar kecil dan sempit.
Tindakan: En Muhammad Faizal

8.0 PENUTUP
8.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pelajar
yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

............................
(Puan Ami Fadzlin bt Amir Abdul Nasir)
Setiausaha Koperasi SM Taman Tun Dr Ismail BHD

Tarikh: 10 Februari 2016

You might also like