Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. Senarai Kandungan 1

2. Penghargaan 2

3. Pengenalan 3

4. Isu 1-Kewujudan Kepelbagaian Budaya 4-6

5. Isu 2-Perkembangan Teknologi 7-10

6. Lampiran 11

7. Bibliografi 12-13

8. Refleksi 14-15

1
Penghargaan

Saya berasa sangat syukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam
masa yang ditetapkan. Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu saya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
pensyarah subjek pengantar, Encik Samsudin Bin Saad kerana beliau telah memberi
didikan dan galakan kapada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pusat sumber
IPG Tun Hussein Onn. Hal ini demikian kerana saya telah mendapatkan maklumat
dan sumber daripada pihak pusat sumber. Maklumat tersebut telah banyak membantu
saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Selanjutnya, ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada rakan-rakan sekalian


yang memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Dengan bantuan rakan dan usaha sendiri, saya dapat mencari dan
mengumpul maklumat dengan lancar. Walaupun kerja kursus ini mungkin tidak
secanggih seperti rakan saya yang lain, tetapi saya yakin bahawa projek ini dapat
memberi manfaat kepada saya dalam kehidupan seharian dan dapat mengetahui
kepentingan belajar.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa


yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan segala
maklumat yang telah saya peroleh dapat digunakan sebaik-baik mungkin sama ada
untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya menjadi guru.

2
PENGENALAN

Artikel yang telah saya pilih untuk tugasan projek kursus GCI 1022 ( Cabaran
Dan Isu-isu Semasa Dunia) bertajuk Apakah Globalisasi? . Saya telah memilih
artikel ini merujuk kepada senarai tajuk/topik yang ditentukan. Tajuk ini terletak dalam
linkungan E2- Cabaran globalisasi (Budaya luar @ Teknologi luar @ Buruh asing).

Saya memperoleh artikel ini dengan melayari internet. Penulis artikel ini ialah
Cikgu Jumali. Beliau memiliki weblog dalam laman web yang khusus untuk pelajar
yang mengambil mata pelajaran Sejarah STPM (940). Alamat bagi laman web ini ialah
http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/apakah-globalisasi/.

Artikel ini telah menjelaskan definisi globalisasi secara terperinci dan juga telah
membincangkan implikasi serta kesan globalisasi terhadap ekonomi, teknologi dan
kebudayaan sesebuah negara.

3
ISU 1: Kewujudan Kepelbagaian Budaya

Pengenalan

Kebudayaan ialah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat.


Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini seperti budaya makan, budaya
muzik, budaya fesyen dan sebagainya. Sebagai contoh, bagi budaya makan, terdapat
jenama-jenama yang sudah hampir dikenali oleh seluruh dunia seperti McDonald,
Kentucky Fried Chicken (KFC), PizzaHut dan sebagainya. Bagi budaya muzik, budaya
K-pop kini telah tersebar ke seluruh dunia. K-pop atau Pop Korea ialah sejenis aliran
muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Bagi budaya fesyen pula, terdapat
budaya punk yang berasal dari New York, London yang dapat diperlihatkan daripada
potongan rambut Mohawk (ala feathercut). Pengaruh budaya ini telah tersebar luas di
setiap pelosok dunia dan mula dipratikkan dalam kehidupan manusia sehingga ia
menuju ke arah globalisasi.

Punca

Punca perdana kemunculan kepelbagaian budaya adalah cara hidup yang


berbeza. Dalam dunia ini terdiri daripada masyarakat yang berbagai bangsa dan
agama. Disebabkan oleh pelbagai faktor seperti persekitaran dan cara pemikiran,
gaya hidup dan cara berkomunikasi setiap etnik tentulah berbeza-beza. Sebagai
contoh, cara hidup masyarakat timur dan barat adalah amat berbeza sekali. Seorang
ahli akademik dari Institut Pengajian Tinggi Markfield (MIHE) di Leicester Britain Dr
Ataullah Siddiqui pernah mengandaikan dua corak hidup masyarakat timur dan barat
ini berbeza seperti sup dan salad. Corak sup adalah memasak semua ramuannya
supaya berintegrasi di mana adat resam, agama, kepercayaan, nilai dan identiti
sendiri disisih dan dicampurkan sehingga ciri-ciri asal seperti tradisi, budaya atau
bangsa tidak lagi wujud, manakala salad pula mengekalkan kepelbagaian budaya di
mana semua bahagian ramuan dan campurannya masih mengekalkan sifat
semulajadinya.

Selain itu, punca yang seterusnya mendorong kepada kewujudan pelbagai


budaya ialah pengaruh media massa. Pada era globalisasi ini, media massa
merupakan aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara
kerana ia dapat memberikan sumber maklumat dan informasi terkini sama ada media

4
cetak ataupun media elektronik. Majalah, filem-filem dan juga drama banyak
memaparkan norma budaya yang diamalkan oleh masyarakat tidak kira masyarakat
timur atau barat. Media massa sedikit demi sedikit telah membawa masuk masyarakat
ke suatu pola budaya yang baru dan mulai menentukan pola fikir serta budaya perilaku
masyarakat. Dengan adanya media massa, masyarakat juga dapat mengenali
pelbagai budaya yang lain dan dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang
pelbagai golongan masyarakat dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa, budaya
dan agama.

Implikasi

Walaupun kewujudan pelbagai budaya membolehkan kita lebih mengenali


budaya kaum atau etnik lain, tetapi ia juga membawa kepada pencemaran budaya.
Remaja pada zaman ini teikut-ikut dengan budaya-budaya negara lain seperti budaya
K-pop, budaya blackmetal dan sebagainya kerana ingin mengikuti arus modenisasi
kini sehingga menyebabkan budaya asal mereka diketepikan. Disebabkan cara hidup
masyarakat barat dan masyarakat timur adalah berbeza, cara hidup masyarakat barat
lebih terbuka dan bebas berbanding dengan masyarakat timur. Jadi, pandangan
masyarakat timur pasti akan bercanggahan dengan masyarakat barat.

Seterusnya, implikasi yang kedua adalah keruntuhan akhlak remaja. Sesetengah


budaya negatif telah diresap masuk dan menjadi ikutan remaja seperti budaya kuning
dan pergaulan bebas. Remaja akan mula bertindak mengikut hawa nafsu sekiranya
tidak ada orang yang menasihati remaja itu kerana dia masih tidak sedar akan
kesalahannya. Peningkatan gejala sosial turut berlaku atas kesan keruntuhan akhlak
remaja. Banyak kejadian yang akan berlaku seperti gengsterisme, pembuangan bayi,
zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya. Hal ini akan
menyebabkan masyarakat menjadi porak-peranda dan seterusnya menjejaskan
keharmonian dalam kalangan masyarakat di samping meningkatkan kadar jenayah
dalam kalangan masyarakat.

Langkah Penyelesaian

Ibu bapa memainkan peranan yang mustahak untuk menyelesaikan kesan-


kesan yang timbul akibat kepelbagaian budaya. Bak kata pepatah melayu, melentur
rebung biarlah daripada rebungnya, anak-anak perlu dididik sejak kecil lagi. Ibu bapa

5
perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu
memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna supaya mereka
mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara bagi mengelakkan mereka terjebak
kepada gejala-gejala negatif seperti pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan
dadah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Ibu bapa juga haruslah sentiasa
meluangkan masa menemani anak-anak dan sentiasa bersedia untuk berkongsi
masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Peranan ibu bapa ini tidak mengira bangsa
atau agama, semua ibu baoa dalam dunia ini mempunyai tanggungjawab untuk
mendidik dan membimbing anak-anak mereka supaya anak-anak dapat berjaya pada
suatu hari nanti.

Di samping itu, peranan individu turut amat penting dalam menyelesaikan masalah ini.
Individu boleh mendedahkan diri dengan didikan agama asalkan bukan ajaran sesat
untuk membantu diri sendiri menilai baik buruknya sesuatu perkara. Bukan begitu
sahaja, pegangan agama yang kuat membolehkan seseorang itu membezakan baik
dan buruk sesuatu perkara dan dapat menghindari diri daripada terjebak dengan
gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya. Individu juga
disarankan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti beriadah bersama keluarga
dan rakan-rakan dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kesimpulan

Konklusinya, kewujudan kepelbagaian budaya dalam dunia ini boleh dikira


sebagai satu keunikan dunia sejagat. Keadaan ini telah memberi peluang yang terbaik
bagi kita untuk kenal-mengenali, bertolak ansur, hormat-menghormati dan
bekerjasama. Manusia dari pelbagai budaya dan peradaban adalah sebuah keluarga
kemanusiaan sejagat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
untuk mengekalkan keharmonian sosial. Keunikan yang sebegini bolehlah kita hayati
namun bukan semua budaya harus kita amalkan. Kita tidak harus beria-ia untuk
mengikuti arus modenisasi tanpa fikiran yang rasional. Keupayaan untuk
membezakan baik dan buruk sesuatu harus dipraktikkan dalam diri sseorang.
Walaubagaimana pun, kita tidak harus memandang rendah atau memburukkan
budaya masyarakat lain. Sebaliknya, kita harus menerimanya dengan hati yang
terbuka. Kita harus menerima bahawa perbezaan adalah pendorong ke arah
persefahaman dan toleransi.

6
ISU 2: Perkembangan Teknologi

Pengenalan

Sifat zaman sentiasa dinamik berubah. Namun begitu, apakah itu teknologi?
Teknologi ialah keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang
diperlukan bagi kelangsungan dan kenyamanan hidup manusia. Seiring dengan
kemajuan teknologi, telah lahirnya Generasi Y yang sukakan cabaran, energetik dan
berfikiran terbuka serta mampu memacu pelaksanaan agenda dan membentuk masa
depan negara. Generasi ini kini dilingkari dengan media sosial seperti Twitter,
Facebook, Blog, Instagram dan digayakan lagi dengan gajet teknologi terkini seperti
telefon pintar, notebook dan tablet. Perkembangan semasa yang berlaku di seluruh
dunia dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular,
perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita terkini. Acara sukan, persidangan dan
sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Jepun mahupun
Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung melalui
Internet dan Astro. Perkara ini ternyata sekali dengan ungkapan Dunia Tanpa
Sempadan.

Punca

Dalam abad ke-21 ini, teknologi sudah banyak diperkembangkan dari semasa
ke semasa. Apakah faktor yang mendorong perkembangan teknolog sehingga kita
dapat meniti kehidupan di alaf digital? Punca pertama perkembangan teknologi ialah
kreativiti dan inovasi manusia. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejayaan yang dicapai
oleh tokoh-tokoh tersebut seperti Steve Jobs, pengasas Apple dan memperkenalkan
iPhone dan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook. Mereka adalah contoh terbaik
bagi menunjukkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis dengan menimba ilmu,
meneliti persekitaran dan seterusnya menbina idea baru. Cetusan idea-idea baru
mereka bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu
benda atau menyelesaikan masalah malahan dapat mengubah ketamadunan
manusia.

Selain daripada itu, sekadar idea-idea baru sahaja yang dicetuskan adalah
tidak mencukupi sekiranya tidak ada tindakan yang nyata diambil bagi merealisasikan
idea tersebut. Jadi, kaedah saintifik yang diaplikasikan dan penyelidikan berterusan

7
yang dijalankan juga menjadi salah satu faktor pengembangan teknologi. Para pakar
dan saintis tidak pernah berputus asa untuk menjalankan kaji selidik untuk
menghasilkan teknologi baru walaupun sentiasa menemui kegagalan. Mereka telah
mengaplikasikan kaedah saintifik dalam proses kaji selidik supaya penyelidikan
tersebut adalah piawai dan dijalankan secara sistematik.

Implikasi

Meskipun teknologi memang memudahkan kerja seharian kita, namun


teknologi juga membawa kesan buruk terutamanya jenayah siber. Jenayah siber
adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara negara yang
maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea. Contoh kes-kes jenayah siber
merangkumi kecurian maklumat, penyebaran virus, penggodam, pengubahsuaian ke
atas program dan sebagainya. Penjenayah telah menyalahgunakan kecanggihan
teknologi untuk mengaut keuntungan seperti menggodam atau mencuri informasi
perbankan pengguna untuk mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada
akaun mereka. Bukan itu sahaja, ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman
sosial iaitu mempamerkan butiran peribadi yang penting seperti nombor telefon,

alamat rumah dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada penjenayah untuk
mencuri atau meniru identiti pengguna bagi keuntungan mereka atau menjatuhkan
individu lain.

Bagi kesan kedua kecanggihan teknologi ialah menjejaskan kesihatan.


Pendedahan sepanjang masa terhadap gajet teknologi ini terutamanya telefon pintar
dan komputer banyak membawa kesan buruk kepada kesihatan kerana ia
mengeluarkan radiasi yang besar secara tidak langsung. Antara kesannya
termasuklah risiko terkena kanser, kerosakan sistem pertahanan tubuh dan DNA,
kelahiran bayi yang cacat dan sebagainya. Di London, kesan radiasi daripada telefon
bimbit telah dikenal pasti sebagai punca masalah pemilik alat komunikasi itu untuk
tidur nyenyak selain menyebabkan sakit kepala serta kekeliruan dalam kalangan
remaja dan kanak-kanak yang menggunakannya. Radiasi juga berupaya mengubah
atau membunuh sel dalam tubuh badan. Sekira dos radiasinya tinggi, ia akan
membawa maut. Sebagai contoh, teknologi nuklear mampu mengancam nyawa
manusia. Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine telah

8
mengorbankan banyak nyawa dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu
Belarus, Ukraine dan Russia.

Selain itu, sungguhpun kecanggihan teknologi membolehkan kita berhubung


dengan sesiapa di dunia ini, tetapi keadaan ini telah menyebabkan kita hidup dalam
dunia sendiri. Hal ini terjadi apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gajet
masing-masing tanpa berkomunikasi dengan orang di sekeliling terutamanya ahli
keluarga. Lama-kelamaan, ia akan mengurangkan kemahiran bersosial dan
hubungan kekeluargaan juga akan terjejas. Perkara ini dapat dilihat melalui contoh ini,
ramai keluarga walaupun sentiasa duduk bersama-sama untuk menjamu selera,
tetapi masing-masing sibuk dengan alat komunikasi sendiri dan tiada interaksi yang
berlaku antara satu sama lain. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan
kekeluargaan menjadi renggang.

Langkah Penyelesaian

Walaubagaimanapun, kesan-kesan buruk ini dapat dikekang sekiranya


beberapa langkah diambil dan diberi perhatian. Bagi mengatasi masalah jenayah siber,
masyarakat sendiri memainkan peranan penting. Masyarakat perlulah mempunyai
tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini, terutamanya ketika
maklumat peribadi perlu disertakan di laman sosial tersebut. Kerjasama antara negara
secara global juga diperlukan bagi meningkatkan keupayaan dalam menghadapi
serangan siber. Negara-negara ini boleh berkongsi maklumat atau kepakaran dalam
keselamatan komputer dan membentuk unit jenayah siber. Seterusnya, peranan
forensik komputer juga tidak boleh dipandang rendah. Forensik komputer dapat
menjalankan penyiasatan dan analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah di
samping menjejaki penjenayah siber.

Di samping itu, penggunaan gajet teknologi yang tidak bijak akan


mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan. Namun, pada era yang serba
moden ini, penggunaan gajet teknologi terutamanya telefon bimbit atau telefon pintar
sudah tidak dapat dielakkan daripada kehidupan seharian. Oleh itu, jalan
penyelesaian yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko ini ialah
mengehadkan penggunaannya. Misalnya, bagi telefon bimbit pintar, matikannya pada
waktu malam dan letakkannya jauh dari katil kita supaya ia tidak mengganggu tidur
kita. Selain itu, jangan terlalu lama menggunakan jaringan wireless, hotspot, modem,

9
wifi kerana bahayanya sama saja dengan menggunakan telefon bimbit. Menghampiri
alam semula jadi seperti berjalan santai selama 15 minit di taman berhampiran juga
dapat mengurangkan gangguan radiasi terhadap otak. Kita haruslah mengawal diri
sendiri daripada mendedah kepada gajet teknologi dalam jangka masa yang panjang
demi kesihatan kita.

Bagi mengatasi ketagihan penggunaan gajet teknologi generasi kini, ibu bapa
haruslah memainkan peranan mereka. Ibu bapa terlebih dahulu haruslah memberi
kesedaran dan ilmu kepada anak-anak tentang keburukan penggunaan gajet
teknologi sepanjang masa. Ibu bapa juga perlu monitor dan menyelia penggunaan
gajet teknologi anak terutamanya internet dan sentiasa menasihati mereka dari
semasa ke semasa. Ibu bapa sendiri juga harus menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak. Bukan begitu sahaja, ibu bapa haruslah kerap mengadakan aktiviti
kekeluargaan pada masa senggang seperti melancong, berkelah dan sebagainya
bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulan

Sebagai intiha, kewujudan teknologi maklumat sememangnya dapat


meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan, ekonomi, hiburan,
perubatan dan sebagainya. Ciptaan satelit serta gajet teknologi seperti telefon bimbit
pintar, internet dan sebagainya telah berjaya membatasi had masa dan tempat,
menjimatkan masa, tenaga dan kos pengguna secara berlipat ganda. Hal ini telah
meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu masyarakat sejajar dengan
perkembangan teknologi. Asalkan manusia mengaplikasikan gajet teknologi secara
bijak, maka kewujudan teknologi maklumat pasti akan menjadikan kehidupan manusia
dengan lebih sempurna. Dengan sedemikian, dapat disimpulkan bahawa, teknologi
maklumat telah menjadi nadi pembangunan masyarakat dan dunia sejagat bagi
peningkatan taraf hidup yang lebih tinggi.

10
Lampiran

11
Bibliografi
1. Cikgu Jumali,2011 Apakah Globalisasi? , Diambil dari
http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/apakah-globalisasi/

2. Haziq-asyraf,2013Generasi Y, generasi teknologi maklumat ,Diambil


dari http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/generasi-y-generasi-
teknologi-maklumat-haziq-asyraf

3. Noesuhaimi,(2014),Kebaikan Dan Keburukan Teknologi,Diambil dari


http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html

4. Mohammad Yusof Bin Che Din,(2010), Jenayah Siber,Diambil dari


http://jenayahkolarputih.blogspot.com/2010/08/jenayah-siber_24.html

5. Ukhwah Bayu,(2012),Faktor-faktor Isu Budaya Barat ,Diambil dari


http://ukhwahbayu.blogspot.com/2012/11/faktor-faktor-isu-budaya-barat.html

6. Siti farishah An,(2013), Kertas Kerja CTU101: Keruntuhan Akhlak Masa Kini
Dan Cara Mengatasinya,Diambil dari
http://celotehfarishah.blogspot.com/2013/02/kertas-kerja-ctu101-keruntuhan-
akhlak.html

7. Masalah Remaja,(2010),Budaya Barat,Diambil dari


http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/budaya-barat.html

12
8. Unit Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia,(2013), Ledakan
Teknologi Cabaran Untuk Generasi Y,Diambil dari
http://www.uum.edu.my/index.php/en/453-ledakan-teknologi-cabaran-untuk-
generasi-y

13
Refleksi

Pertama sekali saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus
Cabaran Dan Isu-isu Semasa Dunia ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman
baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan
dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini.Contohnya,pada
mulanya saya tidak memahami sangat tentang cabaran dan isu-isu semasa dunia.
Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya telah tempuhi segalanya dengan
tenang dan sabar.

Pada mulanya, saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang


cara untuk membuat kerja kursus ini daripada pensyarah ketika di dalam kelas.
Setelah mendengar penerangan tersebut saya pun mula merancang masa untuk
membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa
di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.Selain itu, saya
juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan
melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah
memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan
mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya
untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kecekalan dan ketekunan, saya
berjaya juga menyempurnakan tugasan ini.

Dalam proses menyempurnakan kerja khusus ini, saya telah dapat banyak
pengalaman setelah saya belajar cabaran dan isu-isu semasa dunia. Melalui subjek
ini saya dapat menganalisis beberapa konflik dunia semasa serta implikasinya
terhadap sistem pendidikan. Saya juga dapat mengenalpasti cabaran-cabaran
terhadap negara dan langkah-langkah menanganinya. Di samping itu, saya juga
balajar tentang cara untuk merancang masa saya supaya dapat menyempurnakan
kerja kursus pelbagai subjek yang telah diberikan dalam tempoh masa yang diberikan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya iaitu Encik Samsudin Bin Saad kerana beliau sentiasa mendorong saya ke arah
yang baik dalam menyelesaikan kerja kursus ini dan saya berasa bertuah dan bangga
kerana dapat belajar subjek cabaran dan isu-isu semasa dunia ini. Tidak ketinggalan
terima kasih juga kepada para sahabat saya juga kerana sentiasa memberi galakkan

14
semasa menyiapkan kerja kursus ini . Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah
saya hargai.

15

You might also like