Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Kajian tindakan

Permainan Tanah Liat Clay Made Model


MembantuPerkembanganKreativiti Dan
PsikomotoMurid ( 4-6 Tahun)
Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak ataupun prasekolah adalah pendidikan asas yang


penting bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Pendidikan awal akanak-
kanak atau prasekolah merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup
seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal
yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan dan
sukakan sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu tenaga pengajar, pengasuh
mahupun guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan awal kanak-
kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat asuahan mahupun
prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-
kanak atau prasekolah.

Program pendidikan pendidikan kanak- kanak tidak boleh lari dari pendidikan
prasekolah yang mana ia memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal serta dalam
suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar.
Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, konprehensif,
interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan
serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah juga menerapkan pendidikan


kemahiran pengetahuan, asas kemahiran lokomoto serta psikomoto pelajar ia juga
terkandung dalam perancangan awal didalam kandungan pembelajaran prasekolah
mahupun perkembangan kanak-kanak bagi pusat asuhan. Pendidikan awal kanak-
kanak, menyediakan peluang pembelajaran dengan cara betul serta bersistematik
dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan
kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah,

2
mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab.
Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat
rumusan saintifik daripada pengalaman.

Sebagai contoh terdapat dua bentuk pengurusan pendidikanawal bagi kanak


kanak iaitu prasekolah dalam negara iaitu taska dan tadika. Taska merupakan
singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak mengikut Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 syeksyen 2 mentakrifkan pengurusan TASKA sebagai mana-
mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah
umur empat tahun, lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Dibawah
Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA
yang menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dan TASKA institusi pula
menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif


tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. bagaimanapun
pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima
masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan
menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat
tadikaialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-
kanak tersebut berumur 7 tahun.

Manakala konsep perkembangan pula merujuk Crow and Crow iaitu perubahan
secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani,
moral dan sosial. Namun menurut Karl G. Garisson (1975) perkembangan ini terhasil
daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat
sejagat. Ianya merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh faktor
genetik.. D.S Wright dan Ann Tylor perkembangan merupakan perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat.

3
Melalui penjelasan ketiga-tiga tokoh di atas ini, dapat disimpulkan konsep
pertumbuhan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.
Ianya bermaksud perkembangan ialah sesuatu perkara yang dapat diukur dengan
alat apa sekalipun kerana ia merupakan sesuatu yang bersifat kualitatif bukannya
kuantitatif. Proses ini adalah berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan,
kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga mencapai proses
kematangan.

Namun demikian, perubahan ini dapat dilihat dengan membuat perbandingan


sesuatu perubahan yang berlaku kepada seseorang individu dengan sifat individu
tersebut sebelumnya. Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada
berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.
Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah
tertentu.

1.1 Latar Belakang Permasalahan

Sebilangan kanak kanak berusia antara 4-6 tahun tidak mempunyai kemahiran
psikomoto yang baik dalam membentuk dan menyatakan bentuk. Kaedah bermain
adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman
sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan
kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau
mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali
diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka
dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan
empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis
situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang
dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah
benar. Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, beberapa proses asas harus
diikuti iaitu:

4
1.1.1 Pengenalan dan Kesediaan Murid

Murid berada dalam keadaan baik untuk belajar apabila mendapati reaksinya
terhadap situasi sebelum ini tidak memuaskan. Maka dengan ini murid akan
bermotivasi untuk mencuba cara yang baru. Contohnya membentangkan situasi
bermasalah dengan beberapa cara bereaksi terhadapnya dan murid memilih cara
bereaksi jika dia terlibat dalam situasi itu. Lepas itu murid dikehendaki menunjukkan
empati atau yang boleh membina perasaan empati. Misalnya, jika rakan kamu
cedera selepas menggunakan alatan tajam, apakah yang perlu kamu lakukan dan
bagaimana kamu menunjukkan tanda simpati dan cara membantunya.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman


pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran
tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun
begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan.
Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan
"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti
kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi
menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan awal kanak kanak adalah cara kanak-
kanak menerokai dunianya. Perasaan ingin tahu, penerokaan anggota badan bagi
kanak-kanak mewujudkan kepelbagaian dorongan dan ramalan kegunaan sesuatu
benda (saya fikir), pemerhatian terhadap tingkah laku (saya lihat), dan kesimpulan
terhadap reaksi (pelajar tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini belajar
dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan. Mereka
perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat
daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan sehugungan dengan
itu pengunaan bahan selamat dan kurang resiko doperlukan bagi perkembangan
fizikal serta mental.

5
1.1.2 Kaedah Pengajaran

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk


mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-
pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan
atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan
meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan
kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-
cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan
pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti


pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan
kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan
di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran.
Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan
tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka
terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik,
pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi
abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai
pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid
disebut sebagai

1.2 Penyataan Masalah

Pada peringkat awal pembelajaran , pendidikan kreatif serta menarik memerlukan


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)
kerana ini penting untuk membantu guru mahupun pengasuh dalam
penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru atau pengasuh seharusnya
menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai

6
objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke
penutupnya.

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid


memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan
adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan
membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru serta pengasuh memilih
sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai
pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan
penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar
dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru mahupun pengasuh ingin
menggunakan jenis rangsangan perkataan bercetak, pemilihan BBM yang sesuai
adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan
lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guru serta
pengasuh perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah
dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran namun kos guna bahan
meningkat malah terhad kepada beberapa aktiviti sahaja.

Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang


dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan
bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar,
dan jangka masa sesuatu pengajaran. Namun sekiranya penggunaan bahan tanah
liat ataupun clay beserta perancangan pembelajaran pelajar , penggunaan secara
optimum mampu menghasilkan impak positif,

Pemilihan tanah liat ataupun dry clay mampu menjamin penerokaan anggota
badan secara optimum , kegunaan neuro motor halus dan kasar, koordinasi serta
pengecaman boleh dilakukan secara hand on mind on selaras dengan
perancangan pentaksiran pbs yang dilancarkan ketika ini. Alat permainan yang
edukatif dapat digunakan sebagai media dalam proses pembelajaran, sehingga
dapat mempertinggi proses belajar dalam pembelajaran yang pada gilirannya
diharapkan dapat mempertinggi hasil belajar yang dicapainya. Berbagai penelitian
yang dilakukan terhadap penggunaan media dalam pembelajaran sampai pada
kesimpulan, bahwa proses dan hasil belajar pada anak menunjukkan perbedaan

7
yang signifikan antara pembelajaran tanpa media dengan pembelajaran
menggunakan media yang menarik. Oleh karena itu penggunaan media
pembelajaran sangat dianjurkan untuk mempertinggi kualitas pembelajaran. Salah
satu media tersebut adalah tanah liat. Tanah liat dapat digunakan sebagai media
khususnya dalam mengenalkan bentuk dasar tiga dimensi.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.3.1 Mengkaji hubungan diantara Permainan tanah liat clay made model dalam
membantu perkembangan kreativiti dan psikomoto serta minat murid (4-6
tahun)
1.3.2 Menentukan keberkesanan permainan tanah liat clay made model menarik
minat pelajar

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Adakah penggunaan tanah liat pelbagai warna membantu murid dalam
kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
1.4.2 Bagaimanakah penggunaan tanah liat pelbagai warna mampu membantu
peningkatan minat pelajar belajar?

1.5 Penyataan Masalah

Kekurangan kreativiti, kaedah pembelajaran guru serta pengasuh mengurangkan


minat serta perkembangan kreativiti dan psikomoto bagi murid (4-6 tahun)

8
i) H 01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian

pelajar antara kaedah permainan tanah liat dengan kreativiti

ii) H 02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di

antara peningkatan kreativiti dengan permaianan tanah liat

1.6 Signifikan Kajian

Permainan tanah liat clay made model dalam membantu perkembangan kreativiti
dan psikomoto serta minat murid (4-6 tahun)

1.6.1 Minat terhadap pembelajaran melalui hand on mind on


1.6.2 Membantu perkembangan kreativiti melalui bentuk figura objek atau bahan
1.6.3 Membantu perkembangan psikomoto pembelajaran melalui domain
psikomoto gerakan

a) Signifikan kepada JPN


Kajian ini diharap dapat memberi data empirikal bagi membantu Jabatan Pelajaran
Negeri untuk membuat perancangan perlaksanaan kajian tindakan yang lebih
terperinci dan sistematik di peringkat negeri Pahang

b) Signifikan kepada rakan sejawat


Hasil kajian ini dapat menjawab pendapat dan pandangan negatif yang diberikan
oleh guru-guru terhadap kajian tindakan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah

c) Signifikan terhadap kementerian


. Hasil kajian ini juga diharap dapat memberikan input dan juga menyediakan garis
panduan kepada Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar dalam
penambahbaikan elemen-elemen kajian tindakan serta menyebar luaskan kajian
tindakan ini ke sekolah-sekolah.

9
1.7 Definasi kajian

Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah / definisi yang boleh diterangkan
dengan lebih tepat mengikut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan oleh
penyelidik seperti berikut:

1.7.1 Pengajaran

Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983;


Teuku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran
sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, ,
mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku.
Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi
walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru
dengan pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang
bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.
Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran,
perasaan dan penilaian. Selain itu, pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai
perbuatan mengajar atau apaapa yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar,
segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar
atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya (Teuku Iskandar, 1986). Konsep
pengajaran dalam konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh
Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran
melibatkan aktiviti mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi
kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan.

1.7.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang
berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran
melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi,
kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah
laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada
latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne,

10
1985). Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan
atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan
bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam
kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1.7.3 Kanak Kanak

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan
sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu
untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah
kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan
mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi
kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir,
kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak
pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak
pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang
mereka lihat dan perhatikan

1.7.4 Tanah Liat

Tanah liat atau lempung adalah partikel mineral berkerangka dasar silikat yang
berdiameter kurang dari 4 mikrometer. Lempung mengandung leburan silika
dan/atau aluminium yang halus. Unsur-unsur ini, silikon, oksigen, dan aluminum
adalah unsur yang paling banyak menyusun ke bumi.

1.7.5 Hubungan antara definasi

Permainan Tanah Liat Clay Made Model Membantu PerkembanganKreativiti Dan


Psikomoto Murid ( 4-6 Tahun) Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk
memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan

11
konsep yang betul.dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran
dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru serta
pengasuh memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka,
seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak
digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses
pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. murid memilih cara bereaksi jika dia
terlibat dalam situasi itu

1.8 Rumusan

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran
dalam merancang dan menyusun kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan di
sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambil kira pengkhususan dan kekosongan di
sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar merupakan guru-guru
yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang luas. Mampu
menmanfaatkan kaedah pengajaran berteraskan main sambil belajar Selain itu,
kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak pentadbir sekolah
terutamanya dalam menempatkan guru-guru di sekolah.

Pengkaji menjelaskan latar belakang Pendidikan kanak-kanak di Malaysia dan


kepentingan hubungannya dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Seterusnya beberapa isu yang wujud dalam pembelajaran dan pembelajaran
dikemukakan bagi menyokong permasalahan ini. Pengajaran dan pembelajaran
dalam KSSR dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain itu
pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut
diberikan dalam semua kurikulum sains.

12
Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang memberi makna
bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran
yang baru.Tumpuan kajian diberi kepada penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif bagi meningkatkan keberkesanan peranannya di
dalam aspek pencapaian pelajar. Akhir sekali pengkaji mengemukakan pernyataan
masalah, objektif kajian dan persoalan kajian yang digunakan di dalam kajian ini.

13
TINJAUAN LITERATURE

2.1 Teori berkaitan

Perkembangan awal kanak-kanak boleh dimaksudkan dengan perubahan tubuh


badan seseorang kanak-kanak dari sejak lahir sehingga mereka berumur dua belas
tahun. Ia boleh diperhatikan berlaku kepada mereka, seperti penggunaan bahasa,
penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke
semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah et. al 2008). Kanak-
kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Kanak-kanak juga boleh didefinisikan sebagai organisma yang bertindak


dengan aktif kepada rangsangan, berinteraksi bebas dengan orang-orang
disekelilingnya dan peka kepada keadaan sekelilingnya (Rohaty dan Abu Bakar
1989). Pandangan ini menyebabkan peringkat kanak-kanak dianggap sebagai tahap
yang amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan individu kerana ia
meletakkan batu asas kepada perkembangan seterusnya Santrock dalam Haliza et
al. (2008), mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Menurut Atan Long (1978) pula, perkembangan ialah
perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat
perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih
awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari
permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna,
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang,
tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui.
Tegasnya lagi, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga
akhir hayat sesuatu organisma.

14
Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Menurut Papalia
dan Olds (1979), pembelajaran tentang perkembangan kanakkanak memfokuskan
kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuantitatif dan kualitatif.
Perkembangan adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu
benda hidup hingga ke akhir hayatnya (Siti Farah Idayu, 2009).

Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan


peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang
tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Pelajar yang melalui proses belajar
sambil bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan
memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Bagi kanak-kanak
pula, main merupakan satu laluan yang membolehkan mereka belajar dan mengenali
persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya
dan manipulasi bahan dan alatan.

Main menjadi bermakna sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-


mata untuk kepuasan.

Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak
dipaksa.

Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.

Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi


keperluan atau kepuasan pemain.

Main merupakan aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan


hendaklah disertai secara aktif oleh peserta.

Selain itu terdapat pelbagai kepentingan belajar sambil bermain diantaranya ialah :

Mengurangkan tekanan

15
Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan
menampal.

Berinteraksi secara positif

Memenuhi keperluan naluri ingin tahu

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi

Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang


dibaca atau cerita yang didengar.

Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif

Pembelajaran adalah proses mengintegrasi atau menerapkan maklumat dalam


struktur kognitif dalaman seseorang. Persekitaran pembelajaran pula merangkumi
kesemua pemboleh ubah yang terlibat dalam konteks pembelajaran sama ada
secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Ia adalah suatu keadaan persekitaran di
mana pelajar akan dirangsang untuk terlibat dalam proses pembelajaran, mampu
mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping pembentukan kemahiran atau
perspektif kognitif dan bukan kognitif mereka. Selaras dengan konsep belajar sambil
bermain, hasil pembelajaran seseorang mungkin berbeza dan tidak dapat dilihat
secara jelas, namun faedah yang mereka perolehi amat berguna dalam proses
penerapan maklumat seseorang individu.

Bagi memaksimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan seseorang,


persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang bersesuaian
sebagai contoh rangsangan untuk penyelesaian masalah, mengurangkan tekanan
dan meningkatkan keseronokan untuk belajar. Untuk itu, pendidik perlu mengetahui
teknik yang terbaik yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar seperti
teknik belajar sambil bermain.

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) menerapkan aktiviti


pembelajaran bagi para pelajar yang ingin mempelajari dan mendalami bidang
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dengan kemudahan prasarana yang lengkap, ruang
pembelajaran yang kondusif serta tenaga pengajar yang berkualiti tidak mustahil
dapat melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkemahiran dan berpengetahuan luas
dalam bidang awal kanak-kanak. Sebagai contoh, salah satu bilik kuliah yang
16
dinamakan Bilik Froebel menyediakan ruang pembelajaran yang luas dan selesa
berkonsepkan ruang yang terbuka bagi tujuan pembelajaran.

Dalam mengaplikasikan konsep belajar sambil bermain, bilik kuliah ini juga
dilengkapi dengan cermin yang besar di sebelah kiri dan kanan bilik bagi
memberikan peluang kepada para pelajar melakukan aktiviti secara bebas
terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan kreatif, aktiviti seni dan sebagainya.
Selain daripada menguasai konsep teori di bilik kuliah, KPAKK juga menyediakan
makmal simulasi yang berkonsepkan iklim dan suasana di TASKA dan TADIKA.
Makmal simulasi ini memberikan peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti
simulasi dan merasai persekitaran sebenar bagaimana kanak-kanak belajar sambil
bermain di TASKA dan TADIKA.

Justeru, bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan seoptimum yang
mungkin, pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar sambil bermain tidak kira
bagi kanak-kanak di TASKA mahupun mereka yang melanjutkan pelajaran di
peringkat universiti. Dengan adanya makmal simulasi, bilik kuliah yang bercirikan
konsep belajar sambil bermain serta bahan-bahan bantu pembelajaran yang dilihat
amat bersesuaian dengan matlamat KPAKK yang mahu menghasilkan graduan yang
berkualiti dari aspek teori dan praktikal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

2.2 Kajian Terlibat

Seperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang


penting dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang menarik, berkesan dan bermakna dapat mengembangkan
kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak. Kemahiran seperti peningkatan
keyakinan diri dan sikap yang positif akan menjadi satu persediaan yang baik bagi
diri kanak- kanak untuk memasuki alam persekolahan yang lebih formal.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah
mengambil kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada
peringkat prasekolah.

17
2.2.1 Hubungan Antara Kajian Dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak - kanak. Menurut
teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977), salah satu pembelajaran yang amat
berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Model
percontohan dan permodelan adalah amat baik untuk kanak-kanak pada peringkat
ini dalam mencapai matlamat yang abstrak.

Selain itu, menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program


prasekolah yang menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanak-kanak
mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan
menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan
masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini selari dengan dapatan kajian oleh
Katz (1985). Beliau menyatakan bahawa pendedahan akademik atau kemahiran
asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan
minat belajar kanak-kanak.

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu


terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-
kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa
sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984;
Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna
dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah
tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada
peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang
tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti
seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman
membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine
(1986).

18
Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolahatau
taman asuhan banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan
pelaksanaan pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati
pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat
akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam
pembelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah
mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di
sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di
Tahun 1 persekolahan.

Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main


di tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-
kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian
telah mengenal pasti bahawa 60% guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah
ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses
pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya kesemua guru tadika yang dikaji
iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara
formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari dan pengajaran secara kelas. Ini
sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti
bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja.

2.2.2 Hubungan Antara Kajian Dengan Konsep Main Sambil Belajar

Bagi pengajaran sains awal, guru perlulah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran dengan teliti. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menerapkan
kemahiran- kemahiran proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal ini kerana,
kemahiran proses sains amat perlu bagi kanak-kanak prasekolah untuk mempelajari
dan memahami mata pelajaran sains diperingkat awal.

sains awal merupakan satu subjek yang di bina untuk menyediakan peluang
kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun meneroka alam sekitar
dengan menggunakan organ deria dan peralatan mainan yang mudah untuk
mempelajari sains pada peringkat awal. Menurut Mc Anarney ,1980 dalam zurida
ismail et al (2003) menyatakan sains bagi kanak-kanak melibatkan mereka secara

19
aktif dalam aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Pada peringkat umur begini,
pembelajaran lebih tertumpu kepada pembelajaran hands-on dimana kanak-kanak
memulakan penerokaan melalui deria rasa, membuat ramalan dan seterusnya dapat
merekod pemerhatian.

Konsep yang dipelajari oleh pelajar adalah berdasarkan kefahaman yang di


kuasai kanak-kanak itu sendiri melalui fenomena yang telah diperhatikan dan aktiviti
yang telah di lakukan oleh pelajar. Kefahaman kanak-kanak ini boleh dibina semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru boleh mengemukakan pelbagai
bentuk soalan kepada kanak-kanak semasa melakukan aktiviti, seterusnya dapat
menentukan arah aktiviti seterusnya. Pembelajaran yang kreatif membantu kanak-
kanak meneroka dan memikirkan bentuk jawapan dan penyelesaian dan pemberian
jawapan yang kreatif.

Bagi pengajaran sains awal, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan
oleh guru yang membolehkan guru menjana minat dan membantu murid dalam
memahami konsep-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
oleh guru bagi membolehkan pembelajaran sains menjadi lebih menarik ialah,
permainan air. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak amat gemar bermain dengan
air. Aktiviti- aktiviti pembelajaran yang teracang dapat membantu guru
melaksanakan pembelajaran dengan berkesan dan membolehkan kanak-kanak
meneroka mengenai beberapa konsep berkaitan dengan bentuk, saiz atau berat.
Keadaan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen
mengenai air dengan menggunakan peralatan dan bahan dari pelbagai saiz, warna
dan bentuk

Seterusnya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dengan


melaksanakan aktiviti permainan pasir. Melalui aktiviti permainan pasir guru boleh
mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak prasekolah dan berbincang
mengenai saiz dan bentuk yang di miliki oleh pasir serta teksturnya. Melalui
perbincangan tersebut, kanak-kanak prasekolah dapat megetahui saiz dan tekstur
yang dimiliki oleh pasir. Pasir yang memiliki rupa dan tekstur yang berlainan boleh di
pindah-pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya dalam pembinaan
istana pasir oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mencampurkan pasir dengan air

20
bagi membentukkan ikatan kukuh dalam pembinaan istana pasir. Kemudian mereka
juga membina bentuk dari pasir tanpa mencampurkannya dengan air. Seterusnya
kanak-kanak dapat membuat perbezaan kesan membina bentuk dengan
mengunakan pasir basah dan pasir kering.

Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal, guru bertindak
untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran berdasarkan sentuhan. Dalam
aktiviti ini guru perlu menyediakan bahan-bahan dengan memasukkan bahan
tersebut ke dalam satu karung kain dan meminta kanak-kanak menyentuh dan
meneka objek apakah yang telah di sentuh oleh kanak-kanak berkenaan.
Kemudianya kanak-kanak tersebut perlu menerangkan mengenai perkara yang telah
dirasainya melalui sentuhan yang telah di lakukan. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat
mempelajari dan mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin, keras dan
sebagainya.

Selain daripada aktiviti sentuhan, aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru
prasekolah dalam pembelajaran sain awal ialah melaksanakan aktiviti pendengaran.
Aktiviti ini dilaksanakan dengan meminta kanak-kanak meneka bunyi yang telah di
dengar oleh mereka dan menerangkan bunyi tersebut. Aktiviti pendengaran ini dapat
dilaksanakan melalui mata pelajaran muzik, dimana pelajar perlu meneka tinggi atau
rendah sesuatu bunyi. Selain itu, aktiviti pendengaran ini juga boleh dilaksanakan
dengan memasang muzik atau nada-nada bunyian seperti bunyi- bunyi haiwan,
ketukan dan sebagainya. Seterusnya meminta pelajar meneka apakah benda atau
haiwan yang berbunyi seperti yang telah mereka dengar melalui kemahiran
psikomoto halus dan kasar membina bentuk haiwan

Setelah itu aktiviti pengajaran mengenali tanah liat berwarna juga


dilaksanakan oleh guru prasekolah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat
mengetahui dan mengenali jenis warna, saiz dan betuk tanah liat. Melalui aktiviti ini
kanak-kanak dapat mengasingkan tanah liat mengikut susunan yang telah diminta
oleh guru.

21
2.3 Perbezaan Antara Teori Dan Kajian

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa
sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984;
Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna
dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah
tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada
peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang
tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti
seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman
membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine
(1986).

Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah banyak


menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan
pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati pusat-pusat
pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang
membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran.
Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah mengikuti
pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah
rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1
persekolahan.

2.4 Implikasi kajian

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat


pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian
mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat
meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan
mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Oleh itu,
pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk mengikutinya kerana banyak

22
kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan prasekolah adalah
satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum
mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi


menggalakkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan adalah
penting dalam proses saintifik. Menurut Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-
kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas, dan
membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam sekitar membantu mereka
dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping membentuk sikap dan
minat dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur.

2.5 Rumusan

Di dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan dengan
penggunaan pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian pelajar.
Pengkaji juga mengemukakan beberapa teori yang menerangkan perkaitan di antara
pembelajaran koperatif dengan pencapaian pelajar. Berdasarkan kajian literatur,
didapati kaedah koperatif dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan bukan sahaja pdari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan
interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan
atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan
potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu

23
Metadologi kajian

Pengenalan

Metodologi ialah peraturan persiapan yang disusun dan dijalankan untuk mengumpul
dan menganalisis data yang sesuai dengan tujuan penyelidikan (Mohd Ismail, 1991).
Dalam bab ini, penyelidik mengupas mengenai reka bentuk kajian, tempat kajian,
sampel kajian, teknik pengutipan data, instrumentasi kajian, dan kaedah analisa
data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pelajar pra sekolah daripada Sekolah Rendah Islam Tengku Amalin
Aisyah Puteri digunakan sebagai sampel populasi. Metodologi kajian yang dipilih
ialah kuasi eksperimen yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05.
Rekabentuk kajian menggunakan kumpulan kawalan dan tradisional dan ujian pra
sebagaimana disarankan oleh Collier(1983) dan korelasi dengan menggunakan
teknik soal selidik bagi mendapatkan data jenis kuantitatif. Kajian ini menggunakan
rekabentuk Kuasi-eksprimen di mana kajian ini membuat pemilihan subjek dalam
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Pengkaji tidak membuat penyusunan
semula kelas-kelas tersebut. Kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada
pelajar-pelajar yang sedia ada dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

24
Pada permulaan kajian, ujian pra diberikan untuk mendapatkan data tentang
pencapaian awal pelajar. Setelah itu, kumpulan kawalan diteruskan dengan teknik
pengajaran tradisional, manakala kumpulan eksperimen didedahkan dengan teknik
pembelajaran koperatif yang mana sesi pengajaran dibahagikan kepada dua slot.
Slot pertama ialah murid mendengar pengajaran guru, diikuti dengan pembahagian
kumpulan. Perbincangan dalam kumpulan adalah aktiviti bagi slot kedua sesi
pengajaran pembelajaran bagi kumpulan eksperimen ini.

Langkah yang seterusnya adalah dengan memberikan ujian pasca untuk menguji
pencapaian pelajar setelah penggunaan kaedah dipraktikkan. Ini bagi membolehkan
perbandingan dibuat dalam bentuk ujian-t.
Selepas menjalani ujian pasca, kumpulan eksperimen diberi soalan soal selidik untuk
mengesan kesalahan ejaan dan kemahiran mengunakan add dalam kelas dan
persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif.

3.2 Sample Kajian

Seramai 24 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan para pelajar
pra sekolah dari rendah islam tengku amalin aisyah puteri yang terletak di luar
bandar di Kota Bharu, Kelantan. Satu buah kelas terlibat dalam kajian ini. 12 pelajar
mewakili iaitu 1 A, pelajarnya menerima kaedah pengajaran tradisional, sementara
12 pelajar yang kedua iaitu 1 B, menerima strategi pengajaran pembelajaran
koperatif. Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang pelajar. Umur pelajar adalah 4-
6 tahun.

Kajian ini dibuat di sekolah luar bandar kerana mempunyai masalah


pembelajaran seperti tidak minat, tiada kemahiran psikomoto serta mempunyai
ingatan lemah dalam beberapa perkara baik tidak mampu mengikuti kelas tuisyen di
luar sekolah dan mendapat pendidikan awal yang sumpurna ekoran desakan
kehidupan

25
3.3 Instrumen Kajian

3.3.1 Ujian Pra Dan Pasca

Ujian pra merupakan ujian yang diberi kepada pelajar kedua-dua kumpulan kawalan
dan tradisional sebelum pembelajaran koperatif dijalankan. Ujian pasca diberi
kepada pelajar setelah kumpulan kawalan mengalami pembelajaran koperatif bagi
menguji prestasi pembelajaran para pelajar yang terlibat dalam kajian ini.

3.3.2 Borang Maklumat Pelajar.

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.


Maklumat yang di kehendaki meliputi nama, jantina maklumat latar belakang
persekitaran (Lampiran A).

3.3.3 Soal Selidik

Soal selidik ini adalah tentang sikap pelajar yang mengandungi 20 item. Item-item di
dalam di dalam soal selidik ini adalah berdasarkan kepada Attitude Questionare yang
dibina oleh L.S Skurnik dan P.M. Jeffs (1970). Analisis faktor merupakan teknik yang
digunakan secara sistematik untuk mengenal, memilih, dan mendefinasikan ciri-ciri
psikologi. Lima faktor yang digunakan di dalam analisis ini iaitu (a) sikap pelajar
terhadap pembelajaran, (b) implikasi sosial , (c) aktiviti pembelajaran, (d) persepsi
terhadap guru , dan (e) persepsi terhadap sekolah. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji hanya menggunakan item-item bagi menggambarkan sikap pelajar
terhadap sains. Item tersebut dibahagikan kepada dua jenis faktor yang
mempengaruhi sikap iaitu, (a) minat terhadap mata pelajaran , (b) persepsi terhadap
pendekatan pengajaran guru. Setiap faktor digambarkan 10 item. Item-item terdiri
daripada dua jenis iaitu item positif dan item negatif.

Skala yang digunakan adalah skala Likert 5 mata di mana pelajar-pelajar


menandakan darjah persetujuan mereka terhadap tiap-tiap penyataan yang dibuat
berdasarkan skala 1 hingga 5. Setiap item dalam soal selidik ini mengandungi lima

26
pilihan jawapan dan setiap pelajar dikehendaki memilih hanya satu jawapan untuk
setiap item. Jadual 3.4 (a) menunjukkan skala likert.

Jadual 3.1 : Skala Skor Bagi Darjah Persetujuan Skala Likert.

Darjah Persetujuan Skor


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.4 Kutipan data Data

Data diperolehi melalui beberapa prosedur. Bagi teknik soal selidik, penyelidik telah
menyediakan borang soal selidik. Penyelidik juga menyediakan ujian pra dan ujian
pasca yang setara dan meminta kebenaran daripada guru besar Sekolah Rendah
Tengku Amalin Aisyah sebelum menjalankan kajian di sekolah tersebut. Surat
permohonan untuk mendapat kebenaran menjalankan soal selidik diperoleh melalui
pihak universiti penyelidik. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak yang
terlibat, penyelidik membuat temujanji dengan guru pra sekolah di sekolah tersebut.

Penyelidik telah meminta pelajar pra sekolah yang setara pencapaiannya


untuk menjalankan kajian. Borang maklumat pelajar telah diisi oleh pelajar pada
permulaan kajian bagi mendapatkan data jantina, bangsa, agama dan pencapaian
tahunan. Langkah seterusnya ialah kelas pertama diberi ujian pra kemudian diajar
secara tradisional dan kemudiannya ujian pasca diberikan. Kelas kedua juga diberi
ujian pra kemudiannya diajar secara pembelajaran koperatif. Setelah itu ujian pasca
diberikan. Pelajar kumpulan eksperimen kemudiannya melengkapkan borang soal
selidik.
27
3.5 Prosedur Analisis Data

a) Bagi pencapaian ujian pra dan pasca , analisis statistik digunakan untuk
memberikan dapatan-dapatan kajian. Skor-skor mentah dianalisis menggunakan
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Ujian-t diguna untuk menentukan
perbezaan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen

b) Data daripada set soal selidik pula dibuat analisa menggunakan Ujian Pekali
Korelasi Pearson untuk menunjukkan hubungan sikap pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran kaedah koperatif teknik dengan minat terhadap mata pelajaran
khususnya kepada tajuk membentuk benda hidup dan bukan hidup melalui kaedah
pembelajaran koperatif

3.6 Reka bentuk analisis

28
Rajah 1.1 reka bentuk analisis

Kajian Teori

Bahagian ini meninjau teori berkaitan dengan konsep dan prinsip dalam rekabentuk
pangkalan data dan konsep asas kajian tindakan

a) Kajian Keperluan Data

Bahagian ini akan mengkaji data yang diperlukan untuk analisis dan kajian demografi
di kawasan pemuliharaan, memilih tapak dan responden yang sesuai untuk tujuan
penyelidikan ini.

b) Rekabentuk Pangkalan Data

Berdasarkan data yang diperlukan, sebuah pangkalan data akan direkabentuk untuk
membolehkan analisis pembentukan warisan dalam aspek penduduk secara spatial
dan bukan spatial.

c) Pengumpulan Data

Data primer akan dikumpul pada peringkat ini.

d) Analisis Keputusan

Keputusan akhir projek penyelidikan ini adalah:

i) Pelajar minat Permainan tanah liat clay made model dan membantu
perkembangan kreativiti dan psikomoto serta minat murid (4-6 tahun)
ii) permainan tanah liat clay made model Berjaya menarik minat pelajar

Reka bentuk analisis mengunakan microsof excel mengunakan hubungan pekali dalam
mencari min dan medium bagi mendapatkan julat purata min

29
3.7 Rumusan

Di dalam bahagian ini pengkaji menghuraikan reka bentuk kuasi eksperimen yang
digunakan. Tatacara pemilihan subjek dan pembentukan kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen juga diperincikan. Pengkaji juga memberi penjelasan cara
menganalisis dapatan seperti data-data yang diperoleh setelah kajian dijalankan. Cara
menganalis data dengan menggunakan ujian-t juga diperjelaskan.

30
Rujukan

Majalah/buku.

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada


Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984;
Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh
pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac
2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001;

Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam


Pendidikan Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http://

www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-
Prasekolah

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan


Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac
2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

31
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003),
diperolehi pada Februari 19 2010 daripada http:// ms.
Wilkepedia.org./wiki/prasekolah

Johnston dalam Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications
& Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

Katz (1985), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010
daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Khadijah Rohani (1992), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada
2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Kraus .(1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh pada


13 Februari pada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan -
Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Pembelajaran Sosial (Bandura,1977) dalam saayah, Pelaksanaan Ativiti Belajar


Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang
Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia
Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak
Prasekolah.Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada
http://eprints.utm.my/2344/1

Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989. Pendidikan prasekolah. Fajar bakti Sdn. Bhd

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
32
Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

Internet

1. http://cguhelmi-tekpend.blogspot.my/2013/11/bahan-bantu-mengajar-

bbm.html

2. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/7.%20ZAIDA

N%20ISA.pdf

3. https://docs.google.com/document/d/15QNmBWg7_moLB1fGdyOyD5jqevHTg

nZ4hxiizzkvUnA/edit

4. http://cikguani.blogspot.my/2010/07/masalah-pembelajaran-di-kalangan-

kanak.html

5. http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

33

You might also like