Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


SEKOLAHKU INDAH BERSIH

1
1.0 PENDAHULUAN

Projek ini adalah salah satu daripada tuntutan kerja kursus bagi kursus
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS 3013). Kertas kerja ini sedapat mungkin
menggariskan pengisian program dengan mengambilkira penglibatan sebahagian murid
bagi menjayakan program khidmat masyarakat ini.

Dalam masa yang sama, semangat cinta terhadap alam sekitar dapat dipupuk
dalam kalangan murid dengan meletakkannya sebagai matlamat utama bagi projek ini di
samping menanamkan perasaan cinta terhadap sekolah. Secara tidak langsung,
program ini dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kebersihan alam sekitar
melalui aktiviti gotong royong yang dijalankan.

2.0 NAMA PROJEK

Program Khidmat Masyarakat Sekolahku Indah Bersih

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk sikap saintifik dan nilai murni dalam kalangan murid seperti
bekerjasama, hormat-menghormati, dan menghargai alam sekitar.
3.2 Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih dan indah.
3.3 Meningkatkan kebertanggungjawab murid dalam menjaga kebersihan alam
sekitar.
3.4 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik, bersih
dan indah.
3.5 Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

2
4.0 MATLAMAT

4.1 Meningkatkan penglibatan murid dalam menjaga kebersihan sekolah.


4.2 Melahirkan murid yang berdisiplin dan sentiasa bersemangat untuk hadir ke
sekolah.
4.3 Melahirkan murid yang menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih
dan sihat.

5.0 TARIKH

18 Julai 2017 (Selasa)

6.0 TEMPAT

Sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka.

7.0 JAWATANKUASA PROJEK

PENGERUSI : ENCIK MOHD ROZHI BIN IBRAHIM


( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI : ENCIK SAIFUL RAHIMI CHUA BIN ABDULLAH


( GPK HEM )

SETIAUSAHA : NUR FARAHASIKIN BINTI BAHARUDIN

AHLI JAWATANKUASA :

AJK PERALATAN : NUR FARAHASIKIN BINTI BAHARUDIN


AJK KEBAJIKAN : NUR ANIS ZAFIRAH BINTI MHD ZAIN
AJK DOKUMENTASI : NOOR SHAIERA BINTI HASSAN

3
8.0 KUMPULAN SASARAN

Ahli Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang.

9.0 PELAKSANAAN

Program Khidmat Masyarakat Sekolahku Indah Bersih dijalankan selama 3 jam


pada 18 Julai 2017 dengan melibatkan murid dari Persatuan Sains bagi menjalankan
pengasingan sisa pepejal serta membersihkan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang
akan dijalankan adalah:

i. Taklimat mengenai sisa pepejal yang boleh dikitar semula.


ii. Bacaan ikrar
iii. Melakukan aktiviti pengutipan sisa pepejal di kawasan Sekolah
Kebangsaan Bukit Beruang.
iv. Mengasingkan sampah yang telah dikutip mengikut jenis sisa pepejal.

10.0 SUMBER KEWANGAN

Penggunaan bahan sedia ada

11.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah


1. Plastik Sampah 10 unit *sedia ada
2. Tong sampah 3 unit *sedia ada
3. Penyapu 5 unit *sedia ada
4. Pencakar 5 unit *sedia ada
5. Pongkes 3 unit *sedia ada
6. Penyepit 5 unit *sedia ada
JUMLAH KESELURUHAN 0

4
12.0 PENUTUP

Pelaksanaan program Sekolahku Indah Bersih merupakan salah satu usaha


dalam meningkatkan lagi kesedaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar dalam kalangan
murid. Perkara ini selaras dengan matlamat Pendidikan Pembangunan Lestari yang ingin
melahirkan murid yang peka dan prihatin dengan isu alam sekitar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _____________________
(NUR FARAHASIKIN BINTI BAHARUDIN) (ENCIK MOHD ROZHI BIN IBRAHIM)
Guru Pelatih, Guru Besar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Sekolah Kebangsaan Bukit
Melayu, Melaka Beruang

You might also like