Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

Pengenalan

Dunia globalisasi yang muncul masa kini telah menyebabkan berlakunya pertembungan
budaya dan perkongsian maklumat dengan mudah. Sudah tentu, antara unsur yang
menyebabkan perkara demikian berlaku ialah disebabkan oleh kemajuan dalam bidang
teknologi. Daripada teknologi muncullah pelbagai alat-alat yang telah memudah urusan
kehidupan manusia seperti televisyen, radio, komputer, telefon pintar dan sebagainya.
Sehingga hari ini, setiap negara mula memperluaskan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang tersebut.

Jika diimbau kembali tentang sejarah perkembangan teknologi di dunia, terdapat


beberapa orang tokoh yang telah mempelopori kemajuan dalam bidang tersebut. Di Barat,
Steve Job dan Bill Gate bukanlah individu yang asing dalam bidang pembuatan teknologi.
Manakala di Asia pula, jenama-jenama besar seperti Sony, Toshiba, Samsung, Panasonic dan
sebagainya merupakan pemain utama industri pembuatan teknologi di benua tersebut.

Disebalik jenama alatan teknologi yang gah ini, sudah tentu terdapat individu yang telah
berusaha sedaya upaya untuk melakar kejayaan terhadap syarikat yang dibina. Sony misalnya,
sebuah syarikat kecil yang dibina oleh seorang manusia yang mempunyai cita-cita tinggi.
Secara logiknya, sangat mustahil untuk sebuah syarikat kecil ini berjaya kerana ianya
ditubuhkan beberapa hari selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Namun, disebabkan kegigihan dan sikap tidak mudah berputus asa oleh pengasasnya,
Sony pada hari ini telah menjadi pemain utama dalam industri tersebut. Individu yang telah
berperanan besar dalam syarikat tersebut ialah Akio Morita. Dunia dewasa ini sangat terhutang
budi kepada beliau kerana disebabkan pembangunan dan perkembangan yang telah dibawa
olehnya dalam bidang teknologi telah membuatkan kehidupan seharian manusia menjadi
mudah dan pantas.

Latarbelakang

Akio Morita dilahirkan pada 26 Januari 1921 di Nagoya, Aichi, Jepun. Keluarga Morita
merupakan ahli perniagaan yang mempelopori bidang pembuatan sake (sejenis minuman
beralkohol yang diperbuat daripada beras dan merupakan minuman kebangsaan Jepun), miso
dan sos soya di kampung Kosugaya (sekarang dikenali sebagai bandar Tokuname) yang
terletak di bahagian selatan semenanjung Chita sejak 1665 (400 tahun). Beliau merupakan
2

abang sulung daripada empat orang adik beradik yang terdiri daripada seorang adik perempuan
dan dua orang adik lelaki. Morita ialah seorang yang serius dan kuat belajar semasa zaman
kanak-kanaknya. kehidupannya banyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang dibawa oleh
pakciknya, Kenzo, yang menetap di Paris dan ditambah pula dengan minat ibunya yang
menggemari muzik klasik Barat. Sejak kecil lagi, bapanya, Kyuzaemon melatih beliau untuk
mengambil alih perniagaan keluarga.

Beliau bagaimanapun ternyata lebih berminat dalam bidang matematik dan fizik
berbanding perniagaan. Pencapaian Akio dalam matapelajaran Matematik, Fizik dan Kimia
amat membanggakan dan ketika berusia 17 tahun, beliau membuat keputusan untuk
mendapatkan tempat bagi menyambung pelajaran di Jabatan Sains, Eighth Higher School.
Usaha ini membolehkan beliau bertemu dengan seorang ahli fizik yang berwibawa di Jepun,
iaitu Tsunesaburo Asada, seorang pensyarah di Osaka Imperial University, sebuah universiti
yang terkemuka dan mempunyai kemudahan yang paling moden dalam bidang fizik. Pada
tahun 1944, beliau berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang fizik di Universiti Osaka.
Beliau kemudian ditauliahkan sebagai Leftenan Tentera Laut semasa perluasan empayar Jepun
dan bertugas di dalam Perang Dunia Kedua. Dari situ beliau bertemu dan berkenalan dengan
seorang jurutera elektronik yang pintar, iaitu Masaru Ibuka. Setelah berakhirnya perang, Akio
dan Masaru menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan menubuhkan sebuah syarikat
elektronik.

Sony

7 Mei 1946 merupakan tarikh keramat kerana pada waktu itulah beliau yang berusia 25 tahun
dan Ibuka berumur 38 tahun mengasaskan penubuhan Tokyo Tsushi Kogyo Kabasuki Kaisha
(Tokyo Telecommunications Engineering Corporation) dengan tenaga kerja serama 20 orang
serta modal pendahuluan sebanyak Yen190,000. Semasa awal penubuhan Sony, keluarga
Morita telah melabur dalam syarikat tersebut dan menjadi pemilik bersama (shareholder)
terbesar.

Pada bulan Januari 1947, syarikat mereka mengilangkan meter volt, kusyen panas
elektrik, dan penjanaan alat resonan bagi industri telegraf. Pada 1949, syarikat tersebut telah
menghasilkan pita rakaman dan menjualnya pada tahun 1950, tetapi malangnya, produk
tersebut kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1957 pula, mereka mengeluarkan radio bersaiz
poket dengan kelengkapan transistor yang canggih. Setelah 12 tahun beroperasi, Morita dan
3

Ibuka membuat keputusan untuk menukar nama syarikat kepada Sony Corporation. Syarikat
tersebut mula menempa nama dalam industri pembuatan teknologi. Disebabkan usaha gigih
yang dilakukan, pada tahun 1960, Sony berjaya menghasilkan transistor televisyen pertama di
Dunia. Rentetan daipada itu telah membawa Sony mengecapi anugerahnya yang pertama
daripada Emmy Awards dalam kategori teknologi pembuatan televisyen. Antara produk
syarikat tersebut yang dikenali di serata dunia ialah walkman, discman dan peralatan mudah
alih yang lain.

Pada tahun 1957, Akio Morita menemui para eksekutif sebuah syarikat pengeluar
barang elektrik yang terbesar di Amerika Syarikat, iaitu Bulova Corporation, dan dalam
pertemuan tersebut, sesuatu yang memeranjatkan berlaku. Bulova pada awalnya amat
meminati radio kecil yang dihasilkan oleh Sony dan berjanji untuk membuat tempahan
sebanyak 100 000 buah tetapi dengan syarat, nama Sony yag terdapat pada radio tersebut
ditukarkan kepada nama Bulova. Atas dasar prinsip dan nilai maruah diri, Morita menolak
tawaran tersebut. Beliau terus berusaha memasarkan produk keluaran syarikat mereka dan
usaha ini diteruskan sehingga beliau membuat cadangan untuk menubuhkan sebuah kilang
Sony di Amerika Syarikat.

Lantaran itu, pada tahun 1960 Sony telah menubuhkan cawangan di Amerika Syarikat
yang didaftarkan dengan nama Sony Corporation of America (SONAM). Di Amerika, Sony
telah disenaraikan sebagai syarikat Jepun pertama yang mempunyai saham dalam New York
Stock Exchange. Sony turut membeli kumpulan CBS Record yang mempunyai rakan niaga
seperti Colombia Record, Epic Record dan Colombia Entertainment. Pada tahun 1960, Sony
juga telah membuka pusat pameran yang pertama di daerah Ginza di Tokyo. Pada tahun 1962,
Akio Morita membuka sebuah lagi bilik pameran, tetapi kali ini di New York, Amerika
Syarikat yang terletak di Amerika Syarikat, iaitu Fifth Avenue. Pada September 1970, Sony
disenaraikan di Bursa Saham New York dan menjadi syarikat pertama yang menyedari tentang
potensi pasaran produk pita video. Pada tahun 1971, Sony menubuhkan kilang di Wales, United
Kingdom, dan pada masa yang sama, Sony Hawai dan Sony Panama ditubuhkan. Sony juga
mengadakan usahasama dengan syarikat rakaman antarabangsa CBS. Menjelang tahun 1992,
80% daripada kediaman di Jepun mempunyai perakam video, 61% sistem stereo dan 42%
pemain cakera padat.
4

Pada 25 November 1994, Morita telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan
sebagai Pengerusi Sony selepas 48 tahun menerajui syarikat tersebut akibat diserang strok
ketika bermain tenis. Pada tahun 1997, Akio Morita meninggal dunia akibat masalah kesihatan
yang berpunca daripada penyaki radang paru-paru. Jawatan beliau kemudian diambil alih oleh
Norio Ohga yang diambil bekerja di syarikat tersebut pada 1950 setelah menghantar sepucuk
surat kritikan kepada syarikat Sony berkenaan produk pita rakaman yang didakwanya
mempunyai kualiti yang sangat teruk.

Faktor Kejayaan Akio Morita

Sebagai seorang individu yang berjaya, kejayaan yang dikecapi oleh beliau sudah tentu tidak
datang bergolek, sebaliknya ia berlaku berpunca daripada perancangan dan strategi kerja yang
sangat teratur. Berikut ialah faktor yang menyumbang kepada kejayaan beliau :

1. Pelaburan hanya ditumpukan terhadap perkara yang berkaitan secara langsung dengan
barang keluaran yang dihasilkan.
2. Pelaburan kakitangan
3. Sikap dan budaya kerja yang sentiasa bermotivasi tinggi dan tidak mudah berputus asa.
4. Sony tidak membezakan pekerja kolar biru dengan pekerja kolar putih

Antara kejayaan terbesar Sony ialah pembelian seluruh syarikat CBS Records dengan
harga USD2 billion pada tahun 1988, dan pada tahun 1989, Sony memperoleh hak terhadap
ramai artis rakaman yang terkenal, misalnya Michael Bolton dan Mariah Carey. Pemerolehan
CBS Records membantu Sony memperkenalkan mini disc dengan jayanya. CBS records
kemudiannya ditukarkan namanya menjadi Sony Music Entertainment. Sesungguhnya Akio
Morita banyak memberi ilham sehingga terciptanya kejayaan Sony Corporation.

Penerbitan

Sepanjang usianya, beliau telah menerbitkan tiga buah buku yang menjadi panduan dan
motivasi kepada masyarakat dunia. Pada tahun 1966, Morita telah menghasilkan buku pertama
yang diberi nama Gakureki Muyo Ron (Never Mind School Records). Buku ini dikeluarkan
dengan tujuan untuk memberikan semangat dan menjelaskan tentang ketidakpentingan rekod
sekolah untuk kejayaan seseorang individu pada masa hadapan. Pada tahun 1986, Morita
5

menulis buku autobiografi beliau yang berjudul Made in Japan. Di dalam buku tersebut, Morita
telah menceritakan pengalaman pahit dan manis yang dilalui sepanjang berada dalam dunia
industri teknologi. Buku terakhir yang beliau terbitkan ialah sebuah penulisan dengan
kerjasama daripada seorang ahli politik, Shintaro Ishihara. Buku bertajuk The Japan That Can
Say No merupakan luahan perasaan dan kritikan yang diberikan terhadap amalan peniaga
Amerika dan saranan kepada masyarakat Jepun supaya menggunakan peluang yang disediakan
oleh kerajaan melalui dasar hubungan luar dan perniagaan. Beliau turut menggesa para
usahawan supaya bersikap tidak bergantung kepada orang lain.

Pencapaian

Selain menempa nama dan kejayaan dalam pelbagai bidang, Morita turut dikurniakan anugerah
penghargaan daripada ramai pihak bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah disalurkan.
Antara anugerah yang diperolehi ialah Albert Medal oleh Persatuan Seni Diraja London pada
tahun 1982. Beliau merupakan akyat Jepun pertama yang dikurniakan gelaran tersebut. Dua
tahun kemudian, beliau diberikan anugerah yang sangat berprestij iaitu Legion of Honour.
Seterusnya, pada tahun 1991, Maharaja Jepun telah mengalungkan Darjah Kebesaran Utama
(the First Class Order of the Sacre Treasure) di atas kejayaan beliau mengharumkan nama
Jepun diperada dunia. Bagi menghargai jasanya dalam bidang perniagaan, Universiti Manitoba
telah menyampaikan anugerah Usahawan Cemerlang Antarabangsa pada tahun 1987. Selepas
kematiannya, beliau dianugerahkan Grand Cordon daripada pemerintah Jepun pada tahun
1999.

Pandangan Terhadap Tokoh

Misi yang paling penting bagi Morita adalah untuk membangunkan hubungan yang sihat
dengan pekerja dan menjaga rakyat, Diseebab itulah dia memberi tumpuan kepada mengambil
orang yang mempunyai kebolehan untuk bekerja sebagai satu kumpulan. Oleh itu, beliau telah
memberi motivasi kepada pekerja dan memberi mereka kebebasan untuk mengambil risiko dan
belajar daripada kesilapan.

"Jangan takut untuk melakukan kesilapan, tetapi pastikan anda tidak melakukan
kesilapan yang sama dua kali"
6

Antara amalan pengurusan yang menggalakkan kepada pekerjanya ialah autonomi,


kepentingan mewujudkan emosi yang positif dan galakan peribadi, membangkitkan keyakinan
dan menggalakkan inisiatif dan bertanggungjawab. Gaya kepimpinan beliau adalah berteraskan
antara budaya Jepun dan barat, hal ini dibuktikan sewaktu Morita menukar nama syarikatnya
menjadi Sony yang bertujuan untuk pembangunan masa hadapan yang lebih baik dan
mempromosikan Sony di pasaran Amerika. Morita sentiasa memberi keutamaan yang setimpal
kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Dalam melaksanakan tugas, beliau sentiasa
memberikan kepercayaan kepada pekerja dan pihak berkepentingan supaya pekerjaan yang
dilakukan dapat membawa kepada pertumbuhan dan kemakmuran dalam perniagaan.

Visi masa hadapan Akio Morita adalah untuk mengembangkan syarikatnya di seluruh
dunia dan untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Penampilan imej Jepun seperti yang terdapat
pada nama syarikat (Tokyo Tsushin Kogyo Kabushiki Kaisha) dilihat sebagai masalah utama
yang dihadapi Morita dalam proses menjadikannya sebuah syarikat global. Lantaran itu, dalam
usaha untuk menyelesaikan masalah ini, Morita disyorkan supaya menggunakan nama Sony
dan bukan mengekalkan nama Jepun tersebut. Menurut Morita, Sony perlu memberi tumpuan
kepada cita rasa pelanggan dan keutamaan perlu diberikan kepada pelanggan serta mengetahui
kehendak pelanggan dalam memudahkan urusan seharian hidup. Ini adalah kunci utama yang
membawa Sony menerajui industri elektronik. Oleh kerana kreativiti Morita dan nama baik
syarikatnya, Sony merupakan syarikat Jepun yang pertama yang telah ditawarkan untuk
melaburkan saham di Bursa Saham New York. Di bawah kepimpinan beliau, pada tahun 1979
Sony menceburi perniagaan kewangan di Amerika.

Menjalinkan hubungan yang sihat dengan antara pekerja dan majikan adalah misi yang
paling penting untuk Sony. Dengan mewujudkan perasaan kekeluargaan, Sony berjaya
mengurangkan jurang antara pihak pengurusan dan pekerja. Pelbagai inovasi telah dijalankan
oleh Sony dalam industri elektronik adalah disebabkan oleh falsafah Morita pada proses
pengambilan pekerja dan kaedah tentang bagaimana kita bertindak dengan pekerja. Menurut
Morita, selepas seseorang menggajikan orang bijak, berikan motivasi kepada mereka untuk
menjadi pencipta dan inovator. Satu lagi faktor inovasi dalam Sony adalah kerana budaya
syarikat yang memberikan pekerja ruang yang luas untuk mereka berkomunikasi secara terbuka
dan saling bertukar-tukar maklumat antara semua jabatan serta berkongsi visi dan misi yang
sama. Akio Morita merupakan seorang wira dalam memainkan peranan yang penting untuk
mengembangkan dan membangunkan Sony seluruh dunia melalui gaya kepimpinan beliau.
7

Visi beliau dan keupayaan untuk mengambil risiko, memberinya peluang untuk membina
sebuah syarikat yang besar dan maju.

Dalam aspek yang lain, Morita juga boleh dikatakan sebagai seorang negarawan yang
amat berjasa. Walaupun secara zahirnya beliau tidak menunjukkan pengorbanan melalui mata
pedang dan juga di medan pertempuran, tetapi dengan tingkah laku dan amalan yang dilakukan,
manusia sudah dapat menilai dan melabel beliau sebaai salah seorang negarawan Jepun yang
sangat berjasa. Sebagai contoh, beliau sentiasa menunjukkan semangat patriotisme dan
cintakan negara. Beliau kerap terlibat dalam perbincangan bersama-sama dengan kerajaan
dalam usaha mengangkat dan membangunkan ekonomi Jepun. Selain itu, beliau juga selalu
menggesa dan menyeru rakyat Jepun untuk terus berdaya saing ke arah kelestarian negara
Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi dan teknologi.

Kesimpulan

Setelah meneliti dan mengkaji tokoh, sesuatu yang perlu dijadikan sebagai pengajaran dalam
hidup setiap manusia ialah mengenai sikap berusaha tanpa kalah yang telah ditunjukkan oleh
Morita. Sekiranya sejak dari awal beliau bersikap cepat mengalah, sudah pasti syarikat yang
diasaskan tidak dapat bertahan lama. Dengan adanya nilai pantang menyerah, Sony terus
memacu kejayaan demi kejayan walaupun setelah pengasasnya sudah lama meniggal dunia.

Selain daripada itu, Morita turut menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat
Jepun dan dunia. Perkara ini dibuktikan berdasarkan kepada buku-buku yang beliau telah
terbitkan. Buku tersebut merupakan buah tangan yang ingin beliau sumbangkan kepada setiap
manusia yang bernyawa. Menerusi buku itu, jutaan manusia memperoleh manfaat dan
memperoleh inspirasi daripada perkongsian yang telah dicatatkan didalam buku tersebut.

Semoga dengan perkongsian yang diberikan, dapat memberikan infi dan menambah
ilmu pengetahuan kepada setiap orang. Dengan pendedahan terhadap kisah kejayaan Akio
Morita ini mampu menjadi pencetus kepada setiap masyarakat untuk terus berbakti dan
berusaha dengan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan.
8

Rujukan

Akio Morita, Edwin M. Reingold dan Mitsuko Shimomura. Made In Japan : Akio Morita and
Sony. London : Harper Collins.

Badiatul Muclisin Asti dan Junaidi Abdul Munif. 105 Tokoh Penemu dan Perintis Sains.
Jakarta: Narasi Publication.

Kumar, K. 2004. Akio Morita The leadership style. India: Universiti Calcutta.

Mohd Azhar Abd Hamid, Muhd Koharuddin Balwi dan Ahmed Fauzi Othman. 2006. Reka
Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Inovasi. Skudai: Penerbit UTM.

You might also like