Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PRAKATA

Seperti yang kita sedia maklum, latihan industri sangat penting kepada pelajar kerana dapat
memberi pendedahan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan awal dan pengalaman
awal kepada pelajar sebelum mereka menceburi bidang pekerjaan nanti. Untuk lebih memudahkan
pelajar memahami dan mengingati aktiviti aktiviti yang telah mereka lalui sepanjang latihan
industri, mereka hendaklah menyediakan sebuah buku lengkap mengikut format laporan yang
betul.

Selain memudahkan pelajar memahami dan mengingati aktiviti aktiviti yang telah
mereka lalui sepanjang latihan industri, buku laporan juga bertujuan untuk menerangkan secara
terperinci tentang aktiviti aktiviti atau projek projek yang telah dilakukan dan dipelajari semasa
menjalani latihan industri. Penerangan secara terperinci akan memberi lebih kefahaman kepada
pelajar dan juga memanjangkan ingatan pelajar tentang aktiviti terebut.

Buku laporan industri memberi markah 100%, 20% diperolehi daripada pengenalan.
Pengenalan merangkumi butir butir ringkas organisasi, struktur organisasi, bilangan kakitangan,
keluasan kilang, tanah, kegiatan utama, barangan yang dihasilkan, pasaran tempatan, eksport dan
ringksan proses/carta alir pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang dijalankan. Seterusnya,
10% diperolehi daripada skop latihan. Skop latihan ini merangkumi segala pengalaman yang
dilalui oleh siswa semasa tempoh latihan. Manakala kandungan latihan memberi 40% markah yang
merangkumi, kerja ataupun aktiviti utama yang dilakukan ketika menjalani latihan industri dan
perkara perkara utama yang dicapai. Hasil daripada pendedahan kepada situasi di organisasi
ataupun industri, siswa dikehendaki memberikan cadangan yang membina kepada situasi seperti
aspek pengurusan, operasi, kawalan kualiti, penyelenggaraan dan lain lain. Markah untuk
cadangan ini adalah 20% daripada 100%. Akhir sekali siswa hendaklah membuat kesimpulan
didalam buku laporan ini diamana markah untuk kesimpulan ini adalah sebanyak 10% daripada
100%.
Dengan adanya buku laporan industri, senang untuk pelajar membuat rujukan dimasa
hadapan apabila mereka berpeluang menceburi kerja yang sama ketika menjalani latihan industri.

You might also like