Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan kaunseling kerjaya sangat penting bagi memastikan semua murid


mempunyai matlamat yang jelas dalam pembinaan halatuju masa hadapan. Menyedari
hakikat ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan Minggu Pendidikan
Kaunseling Kerjaya pada setiap tahun bagi memberi informasi tentang kerjaya pilihan
yang ada di Malaysia.
Pada tahun ini, Kelab Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk mengadakan
lawatan kerjaya ke Universiti Putra Malaysia. Pemilihan tempat lawatan ini bagi
memberi peluang kepada murid meneroka pengalaman baharu menjejaki menara
gading yang sentiasa menjadi impian murid sekolah. Lawatan ini diharap dapat
memberi inspirasi kepada murid untuk merancang hala tuju yang jelas bagi mencapai
cita-cita mereka.

2.0 RASIONAL / MATLAMAT

Lawatan ini dapat :


2.1 Membuka minda murid tentang bidang kerjaya yang ada di institut pengajian
tinggi.
2.2 Memberi motivasi kepada murid untuk membina halatuju masa hadapan
melalui pembelajaran di sekolah.
2.3 Melahirkan murid yang berdaya saing dan berusaha belajar bersungguh-
sungguh demi mencapai cita-cita mereka.
2.4 Memantapkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan membentuk
sahsiah murid ke arah yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir lawatan, murid dapat :


3.1 Meningkatkan prestasi akademik murid bagi melayakkan mereka memilih aliran
yang mereka minati ketika memasuki alam sekolah menengah nanti.
3.2 Memberi pendedahan kepada murid untuk membina laluan kerjaya pada masa
hadapan.
3.3 Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman belajar di universiti.

4.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 27 April 2017 ( Khamis )


Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : Universiti Putra Malaysia ( UPM ).

5.0 KUMPULAN SASARAN

80 orang murid tahap 2 ( termasuk ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling ).

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Norliana Bt Basri


Timbalan Pengerusi : Pn. Yusnida Bt Md Ghazali
Naib Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron
Pn. Normilah Bt Saleh
En. Md Norhalim Bin Jalaludin
Ketua Unit : En. Mohd Suhairi Bin Mohd Yunus
Setiausaha : Pn. Amalina Bt Samsudin
Bendahari : Pn. Yusfadilah Bt Mohammad Yusoff

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Norliana Bt Basri


Naib Pengerusi : Pn. Yusnida Bt Md Ghazali
Penyelaras Program : En. Mohd Suhairi Bin Mohd Yunus
AJK Pendaftaran : Pn. Amalina Bt Samsudin
AJK Makanan / Minum : Pn. Nurul Saadaq Bt Othman
En. Khairul Nizam Bin Habidin
AJK Keselamatan : En. Mohd Zulkifli Bin Kassim
En. Che Shaari Bin Abd Rahman
AJK Bahan Jejak Maklumat : Pn. Nor Nabihah Bt Johari
AJK Dokumentasi / Fotografi : Pn. Yusfadilah Bt Mohammad Yusoff

8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber Pendapatan

8.1.1 Peruntukan PCG Kokurikulum = RM 600


8.1.2 PIBG = RM 600
8.1.3 Sumbangan murid = RM 1500

JUMLAH KESELURUHAN = RM 2700

8.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH (RM)

1 Makan dan Minum peserta RM 13 X 100 orang RM 1300

2 Pengangkutan ( 2 bas ) RM 600 X 2 buah RM 1200

3 Tag nama peserta RM 2 X 100 orang RM 200

JUMLAH KESELURUHAN RM 2700

11.0 TENTATIF
Masa Aktiviti
7.20 pagi : Berkumpul di Balai Budaya.
7.30 pagi : Taklimat daripada Penyelaras Program.
Ucapan Guru Besar.
7.50 pagi : Bertolak ke Universiti Putra Malaysia.
8.45 pagi : Ketibaan rombongan di Dewan Kuliah Akademik
Pusat.
Taklimat berkenaan UPM.
9.45 pagi : Lawatan ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad
( PSAS ).
Taklimat berkenaan PSAS.
11.00 pagi : UPM Campus Tour.
12.30 tengahari : Melawat Koperasi UPM ( KUPUTRA ).
1.30 petang : Makan tengahari / Solat Zohor.
2.30 petang : Bertolak balik ke SK Seri Kundang.
4.00 petang : Jangkaan tiba di SK Seri Kundang.

12.0 PENUTUP

Program ini banyak memberi inspirasi kepada murid merancang hala tuju yang jelas
untuk masa hadapan mereka. Oleh itu kami berharap agar pihak sekolah dan PIBG
sentiasa menyokong program seumpama ini. Semoga kerjasama dan komitmen semua
pihak khususnya daripada guru-guru sekolah ini dan ibu bapa, program ini dapat
dijayakan dengan berkesan menggunakan kos yang minima. Program ini juga diharap
dapat membantu mereka merealisasikan matlamat sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang dan melahirkan insan yang berwibawa pada masa
akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.......................................................... .............................................
( YUSFADILAH BT MOHAMMAD YUSOFF ) ( YUSNIDA BT MD GHAZALI )
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Kundang. SK Seri Kundang.

Disahkan dan Diluluskan oleh,

..............................................
( NORLIANA BT BASRI )
Guru Besar,
SK Seri Kundang.

You might also like