Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN


DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
KUMPULAN 74 (AMBILAN JANUARI 2009)
TAHUN 11 SEMESTER 11

TUGASAN PENGKAJIAN KES


TAJUK:

NAMA : JOESHI ANNE.D/O JOCKIN.


NO MATRIK: BPP2009 -7711
PENEMPATAN KLINIKAL : KLINIK KESIHATAN BUKIT PELANDUK.
TARIKH BPENEMPATAN : 02 OGOS 2010 HINGGA 27 OGOS 2010
TARIKH HANTAR KEPADA PENGAJAR: 30 OGOS 2010
T.TANDATANGAN PENGAJAR:
JUMLAH PERKATAAN :1200

1
ANEMIA SEMASA KEHAMILAN
PENGENALAN
Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai
paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan
dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda
untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa
lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda
tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi
untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami
masalah ini, berjumpalah doktor.

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke
seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini
dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah
penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

2
PENYATAAN MASALAH
Kebanyakkan anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan
dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-
perkara berikut boleh menyebabkan masalah anemia :

Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,


buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil
di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia
walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini
kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan
kepada janin dalam kandungan.
Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di
kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat
anemia :

Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana
masalah loya atau muntah.

Wanita yang mengandung kembar


Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita
yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat
anemia.
Merokok dan meminum alkohol berlebihan
Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan
penyerapan zat makanan
Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.

3
Kelihatan pucat
Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

Loya

Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat


Sakit kepala dan pening
Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit

Sakit di bahagian perut atau abdomen

PENCARIAN LITERATUR:
Menurut kata dokter bowo Anemia bisa berdampak buruk baik pada janin
maupun pada ibu, terutama saat persalinan karena merupakan salah satu
penyebab perdarahan yang menyumbang tingginya angka kematian ibu di
Indonesia. Anemia juga bisa disebabkan kelainan darah (thallasemia, sickle cell
anemia, kekurangan G6PD), penyakit kronis, adanya perdarahan, atau
kekurangan vitamin B12 atau asam folat.

4
Posted by Noroyono Wibowo in ibu cantik, sehat dan bahagia,
konsultasi kebidanan Thursday, 1 October 2009 01:50

WHO menyatakan bahawa anemia merupakan penyebab penting dari kematian


ibu saat hamil ataupun melahirkan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa
percentage kematian ibu saat melahirkan akibat anemia adalah 70 % dan sekitar
19.7% akibat hal lain.Anemia pada kehamilan juga berhubungan dengan
meningkatnya angka kesakitan ibu saat melahirkan.

Pada Wanita hamil anemia meningkatkan frekuensi komplikasi pada kehamilan


dan persalinan,seperti meningkatkan risiko terjadinya kematian janin di dalam
kandungan,melahirkan secara premature,atau bayi lahir dengan berat badan
rendah,dan juga angka kematian bayi setelah dilahirkan .Disamping itu,
pendarahan sebelum dan setelah melahirkan lebih sering dijumpai pada wanita
yang anemia dan hal ini dapat berakibat fatal, sebab wanita yang anemia tidak
dapat mentolerir kehilangan darah.

Menurut keratin akhbar kosmo pada KAMIS, 24 DESEMBER 2009,


15:57 WIB menyatakan bahawa Gangguan kekurangan darah
ini bisa membahayakan kehamilan Pada dasarnya, ibu hamil
rentan mengalami anemia karena bertambahnya kebutuhan zat
besi dan vitamin-vitamin yang lain. Kehamilan juga membuat
tubuh calon ibu perlu meningkatkan produksi sel darah merah
dan plasma 50% lebih banyak, karena janin plus plasentanya
juga perlu disuplai zat besi

PENEMUAN/ PROSEDUR:
CASE CLERKING:
NO.PENDAFTARAN: C/40

JANTINA: Perempuan

5
BANGSA: Melayu

UMUR: 29 tahun.

HOSP/KLINIK: Klinik Bukit Pelanduk.

TARIKH: 15 OGOS 2010.

ADUAN UTAMA:

Pening kepala
Loya
Muntah

SEJARAH O & G:

Pembedahan Ovarian cyst ? tahun.

PEMERIKSAAN FIZIKAL:
SUHU BADAN: 37 C %
KADAR NADI: 70/MIN
BERAT BADAN: 67KG
TEKANAN DARAH: 110/60mmHg
KADAR PERNAFASAN: 20/MIN
RITMA NADI: Normal
UJIAN URIN GLUKOSA: Negative
ISIPADU NADI: Normal
Hb : 9.6mg%
ALBUMIN: Negative

PEMERIKSAAN KEPALA DAN SISTEM DERIA KHAS:

Periksa kepala ada kutu atau kelemumur.


Periksa mata samaada pucat
Periksa hidung samada apa-apa discharge.
Periksa telinga samada apa-apa discharge.
Periksa samada bibir kering atau ada ulser dalam mulut.

6
Periksa tekak,suruh pesakit dongakan kepala dan telan air liur dan melihat pada
thyroid.
Periksa jugular vein pesakit samada bengkak atau tidak.

BAHAGIAN ABDOMEN:

Abdominal pain, mengeras / kontraksi on & off.

BAHAGIAN SISTEM SARAF:

Vericose vein atau right leg hingga ke labia majora.

ANGGOTA ATAS DAN BAWAH:

Periksa ketiak,breast samada ketulan atau tidak.

PENYIASATAN DAN KEPUTUSAN YANG PENTING DAN RELEVAN:

Hb TWDC
Ujian air kencing
BF untuk MP
Najis untuk EH/ova/cyst
Peripheral Blood Film.
Full Blood Picture.

PENGURUSAN:
Tablet Iron atau Tablet Ferrous Fumarate sebiji 2 kali sehari.
Folik Asid 5gms sehari.
Vitamin B Complex sebiji sehari.
Vitamin C sebiji sehari.

NASIHAT RELEVAN KEPADA PESAKIT/ PENJAGA:

Tiada pucat double haematenic diteruskan.

Kaunselling pengambilan darah diberikan.

7
Jika ada PV(per vagina) bleeding segera ke hospital.

Kepentingan follow up check up berjadual.

Pemakanan ibu hamil tinggi zat ion , protein dan vitamin.

Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak.

Rujuk Doktor 1st RME( Routine Medical Examination)

Rujuk Dental check up.

Minum susu tepung 3 4 kali sehari.

Lebihkan rehat.

Elakkan aktiviti berat.

Terus pergi ke hospital jika berlaku komplikasi anemia seperti sesak nafas.

Elakkan puasa jika terasa letih.

8
PERBINCANGAN/ HUJAH
Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah
terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila
keadaan anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan anemia yang teruk boleh mengaruh


kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan
juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau praeklampsia di


kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan
darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan
komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan
selepas bersalin.

Rawatan

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan
asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu
di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua
kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh
menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih
banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid
folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis
vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin
tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian anemia dan
kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran
berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan
multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.

Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit


dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang
kekurangan ferum dan juga asid folik.

9
CADANGAN/PENYELESAIAN
Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi


mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.

Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan
juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ,
kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-
buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan
kadar penyerapan ferum.
Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan
terutamanya asid folik.
Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil
vitamin tambahan.

10
RUMUSAN
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna,

prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan

kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil,

tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan

akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu

sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga

asid folik tambahan yang cukup.Tetapi sekiranya keadaan anemia itu

dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi

dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras

hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

11
SENARAI RUJUKAN:
Melalui sumber internet:

www.infosihat.com

www.scribd.com
www.kementerian kesihatan malaysia.com
www.wikipedia.com
www.bing.com
www.forumsains.com/kesehatan/anemia-pada-ibu-hamil
www.infoibuhamil.com/sehat/3-komplikasi-kehamilan-yang-perlu-.
medicastore.com/index.php?mod=artikel&id=253
www.thesisfull.com/pengaruh-anemia-dalam-kehamilan
www.anakku.net/2009/10/01/anemia-dalam-kehamilan
infoibuhamil.com/sehat/tag/anemia

LAMPIRAN:

12
13

You might also like