Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA PELANCARAN BULAN ANTI DADAH PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 1

Yang Berusaha, Cik Kalsom Bt Saleh Guru Besar SK Permas Jaya 1 Yang Berusaha,
Puan Norzila Ahmad GPK Pentadbiran SK(P) Sultan Ibrahim Puan Rooselawati Bt
Mohd Suhoot GPK Hal Ehwal Murid Puan Azizah Bt Abdul Rahman GPK
Kokurikulum En Mohd Hfny B Isa Yang Dipertua PIBG Guru-guru, ibu bapa
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapatlah


sama-sama kita berkumpul bagi menyaksikan pelancaran bulan Anti dadah peringkat
Sekolah. Untuk pengetahuan semua, pelancaran ini diadakan serentak di seluruh
sekolah di negeri Johor. Ini menunjukkan bahawa masyarakat umumnya mengetahui
bahaya musuh nombor 1 negara iaitu dadah durjana. Semoga pelancaran kampen ini
akan memberikan kesedaran dan info berguna kepada semua warga sekolah.

Seterusnya majlis mempersilakan Ustaz Mohd Ridzuan Bin Zakaria selaku ketua
program untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Ridzuan Bin Zakaria atas penyampaian
info sebentar tadi

Hadirin sekalian,
Seterusnya Majlis Mempersilakan En Abdul Rahman untuk mengiringi Puan Guru
Besar untuk memotong riben banting dan melepaskan burung merpati sebagai
simbolik bahawa kita bebas daripada najis dadah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar dan En Abdul
Rahman atas perasmian sebentar tadi.

Warga sekolah dipersilakan untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan sempena
bulan PPDa. Antara aktiviti tersebut ialah :
Murid-murid adalah di galakkan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.

Disini sahaja perasmian minggu PPDa pada tahun ini. Sekian, terima kasih.

You might also like