Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 50

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Pemantauan adalah aspek terpenting dalam melasanakan sesuatu tugasan bagi memastikan setiap
pelaksanaan tugasan dilakukan dengan baik dan membantu dalam meminimakan kadar kegagalan
setiap tugasan serta menjamin dalam pemerolehan kualiti yang baik. Justeru, Prosedur Piawaian
Kumpulan Operasi untuk memantau kualiti dan penuaian buah tandan segar telah dilaksanakan di
kawasan kajian iatiu IOI Group Ladang Baturong 1. Lokasi Baturong terletak 51 km ke Timur
dari Bandar Lahad Datu. Ladang Baturong ini dipecahkan kepada 3 kawasan iaitu Ladang
Baturong 1, Ladang Batruong 2, dan Ladang Baturong 3 dan kesemua ladang ini meliputi
kawasan seluas 7,483.60 hektar. Kawasan kajian di Ladang Baturong 1 mempunyai kawasan
seluas 2,822 hektar.

Kawasan kajian terletak dalam kawasan tanah persendirian, dengan nombor lot
CL.2453522587 kepunyaan Ladang Baturong Sdn. Bhd sejak Julai 1985 sehingga 1991 dan Julai
1991 tanah ini telah dipindahmilikkan kepada Pengusaha Projek dan telah diwartakan sebagai zon
pertanian dan hanya untuk tujuan penanaman kelapa sawit, koko dan tumbuhan tani yang
mempunyai nilai ekonomi.

1
Gambar 1: Ladang Baturong 1

1.2 Pernyataan Masalah


Sektor pertanian di Malaysia adalah sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara dan ini dapat dibuktikan apabila FELDA mampu berada di pasaran
anatarabangsa berpaksikan kepada hasil kelapa sawit yang diusahakan dan tida hairanlah aktiviti
perladangan kelapa sawit adalah yang poupular di negara kita. Perladangan pokok kelapa sawit
kebiasaanya dijalankan pada skala besar mencecah seratus ekar.

Berdasarkan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), keluasan ladang kelapa sawit di
Malaysia ialah 3,790,636 hektar pada tahun 2003. Menurut MPOB (2003), keluasan ladang di
Kelantan ialah 80,152 hektar daripada keluasan ladang di Malaysia dan Gua Musang adalah
pengeluar utama kelapa sawit di negeri itu dan berdasarkan perangkaan yang dibuat oleh Pejabat
Tanah dan Jajahan Gua Musang pada tahun 2001, jumlah ladang kelapa sawit di Gua Musang
ialah 51,170.5 hektar.

Permasalahan yang sering berlaku dalam kawasan kajian ialah kadar penghasilan minyak
yang minimum dan tidak mencapai sasaran bagi setiap kawasan mempengaruhi kadar pendapatan
2
pekerja dan ladang. Peratus penghasilan tanaman yang kurang berkualiti menjejaskan pendapatan
pekerja dan pemulihan tanaman amat penting bagi memastikan tanaman sentiasa dalam keadaan
baik. Perlaksanaan cover crop juga membantu kesuburan dan tumbesaran kelapa sawit. Seringkali
masalah buah sawit apabila dihantar ke kilang mempunyai fatty acid yang banyak dan ini
menyebakan kualiti sawit tersebut menjadi tidak baik.

1.3 Objektif kajian


i) Memaksimumkan penghasilan minyak setiap unit per kawasan
ii) Mencapai pemulihan tanaman terbaik
iii) Menghasilkan tanaman yang berkualiti baik ( Fatty Acid rendah kurang daripada
4%, nilai dobi 2.5 ke atas dan kelembapan 0.12% ke bawah serta kotoran 0.05%ke bawah)

3
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia

2.1 Pengenalan Pokok Kelapa Sawit


Elaeis guineensisadalah nama saintifik bagi pokok kelapa sawit dan tergolong
dalam subfamili Cocoideae dan family Palmae. Pokok kelapa sawit mempunyai system akar
serabut, batang pokok tegak dan tunggal serta tidak berdahan dan mempunyai banyak pelepah.
Menurut PORLA (1997), garis pusat batang pokok antara 35 hingga 70 cm setahun serta boleh
mencecah ketinggian maksimum 20 hingga 30 meter.
Buah kelapa sawit terhasil dalam tempoh lima hingga enam bulan selepas
pendebungaan dan pokok kelapa sawit yang matang berupaya menghasilkan antara 8 hingga 12
tandan buah bagi setiap tahun serta mencapai berat 15 hingga 25 kg setiap tandan di mana
terdapat antara 1000 hingga 3000 biji buah sawit (Malaysian Palm Oil Council, 2003). Tempoh
hayat ekonomik pokok kelapa sawit ialah pada usia 25 tahun (PORLA, 1996).

2.2 Perkembangan Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia

Sejarah awal kemunculan pokok kelapa sawit adalah pada tahun 1911 bermula di Rantau
Panjang, Kuala Selangor yang pada awalnya dijadikan sebagai tanaman hiasan sahaja yang
dibawa dari Deli yang dikenali sebagai Deli Duradan Henry Fauconnier bertanggungjawab dalam
meluaskan penanaman kelapa sawit di Estet Tennamaran untuk tujuan penanaman secara
komersial di Malaysia selepas enam tahun biji benih dari Rantau Panjang ini ditanam (PORLA,
1997).

Pada peringkatan permulaan, perkembangan kelapa sawit adalah perlahan kerana ekonomi
dunia tertumpu kepada getah asli dan selepas 50 tahun berikutnya aktiviti perladangan kelapa
sawit dijalankan secara aktif kerana pihak kerajaan tidak mahu tertumpu kepada sektor getah
sahaja (PORLA, 1997). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MPOB (2003), aktiviti
perladangan kelapa sawit meningkat sehinggalah ke hari ini. Jadual 2.1 menunjukkan
perkembangan keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia.

4
Jadual 2.1: Perkembangan Keluasan Tanaman Kelapa Sawit di Malaysia.
Tahun Keluasan (hektar)

1957 47,000
1972 359,000
2001 3,499,012
2002 3,670,243
2003 3,790,636
Sumber: MPOB, 2003

2.3 Faktor Perkembangan Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia


Perkembangan perladangan kelapa sawit di Malaysia didorong oleh beberapa faktor.
Jadual 2.2 adalah faktor perkembangan kelapa sawit.

Jadual 2.2: Faktor Perkembangan Perladangan kelapa sawit di Malaysia.


No. Faktor Ulasan

1. Meteorologi dan Memperolehi taburan hujan yang sekata dan hujan tahunan di bawah
Geografi 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun.
Purata optimum suhu maksimum adalah 29 hingga 33 C dan suhu
minimum antara 22 hingga 24 C.
Tiada musim kering dan jumlah sinaran matahari yang mencukupi iaitu
skurang-kurangnya 5 jam sehari.
Kawasan tanah yang rata atau beralun sederhana dengan pengudaraan
dan system perparitan yang baik.

2. Pengurusan yang Antara pihak yang memainkan peranan ialah:


sistematik
i) Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)
Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 582 yang berkuatuasa
pada 1 May 2004. Peranan utama MPOB adalah sebagai
badan yang mengawal tahap kualiti industri sawit Malaysia
dengan menyelaraskan apa-apa kegiatan bagi melindungi
dan memajukan kepentinganindustri kelapa sawit di
Malaysia, melaksanakan skim pendaftaran dan pelesenan
sertamenetapkan piawaian atau gred kelapa. Antara aktiviti
lain yang dijalankan seperti seminar, penerbitan buku,
risalah dan turut menjalankan penyelidikan

ii) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Felda ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956.


Peranan Felda adalah sebagai agensi pembangunan tanah
untuk peneroka di mana membuka tanah untuk peneroka,
menyediakan perkhidmatan pengurusan yang cekap dan

5
penyediaan teknologi jentera.

iii) Golden Hope Plantation Berhad (GHPB)


Syarikat pertama Malaysia yang tersenarai di dalam pasaran minyak
dan lemak Eropah. Peranan GHPB adalah membuka tanah
kepada peneroka, memberi perkhidmatan kepakaran di
dalam pertanian dan menjalanan kawalan kualiti alam
sekitar. Selain itu, GHPB juga menyumbangkan
pembangunan penyelidikan di negara kitadi mana terdapat
loji-loji yang dibina untuk tujuan penyelidikan.

3. Ekonomi Getah asli menghadapi persaingan dengan getah tiruan dalam pasaran
dunia. Harga pasaran getah tiruan jauh lebih murah.
Kesan daripada kepentingan kepelbagaian eonomi Negara yang
berasaskan bahan mentah kelapa sawit.
Menjelang tahun 2000, keperluan minyak sayuran dan lemak dunia
dijangka meningkat sebanyak 377.5 peratus iaitu pertambahan sebanyak
20 juta tan metrik kepada 95.5 jta tan metrik (PORLA, 1997).

4. Perembangan Teknologi Terdapat teknologi jentera seperti jentolak, jengkaut, lori pengangkut
dan Penyelidikan dan sebagainya.
Perkembangan teknologi pembuatan dan penyelidikan.
Terdapat loji-loji dan makmal penyelidikan.

2.4: Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia

Terdapat beberapa proses proses atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak peneroka di
dalam penanaman perladangan kelapa sawit. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Jadual
2.3.

Jadual 2.3: Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia.

No Fasa Aktiviti yang dijalankan


.
1. Permohonan Lesen Antara lesen yang perlu dipohon oleh peneroka adalah seperti Lesen Estet,
Lesen Nurseri dan Lesen Menjual dan Mengalih Buah Kelapa Sawit (Borang PL
4E-B).

2. Membuat Laporan Sebelum pembukaan ladang dibuat


EIA Laporan tersebut dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar
Di dalam laporan tersebut terdapat maklumat mengenai tahap kualiti alam
6
sekitar seperti air sungai, udara dan bunyi bising yang dalam keadaan asal.

3. Penyemaian anak Kawasan yang dipilih mestilah berhampiran dengan sumber bekalan air dan
benih berupaya untuk membekalkan air walaupun dalam keadaan kemarau.
Sesuai di kawasan yang mempunyai system saliran dan perparitan yang baik,
di kawasan yang datar atau kawasan landau yang mempunyai kecerunan kurang
daripada 15 peratus.
Tapak semaian perlu berada di tengah kawwasan ladang bagi memudahkan
pengurusan dan pengawasan dilakukan serta dapat mengurangkan kos
pengangkutan.
Sistem pembinaan jalan, parit dan system pengairan mestilah dilakukan
terlebih dahulu sebelum kerja membajak dimulakan.
Sistem penyiraman dipasang dan pagar didirikan di sekeliling tapak semaia.
Stor dibina untuk tujuan penyimpanan dan keselamatan barang-barang
pertanian seperti polibeg, baja dan peralatan tanaman.
Jadual penyemaian biji benih cambah hendaklah diselaraskan dengan baik agar
anak benih sawit sedia untuk ditanam ke ladang serentak dengan musim hujan.
Terdapat dua jenis tapak semaian iaitu Tapak Semaian Satu Perigkat dan Tapak
Semaian Dua Peringkat lebih digemari kerana kos yang lebih murah.
Tapak Semaian Dua Peringkat mempunyai dua fasa iaitu Tapak semaian Kecil
(TKS) dan Tapak Semaian Bsar (TSB).
Setelah anak benih TSK berusia 3 hingga 4 bulan, ana benih tersebut perlu
dipindahkan ke TSB.
Penyelengaraan pembajaan di TSK hanyalah secara manual manakala di TSB
kerja merumput secara manual dilakukan sepusingan sebulan.

4. Penyediaan Ladang Sistem segi tiga sama digunakan bagi kepadatan tanaman secara konvensional
iaitu 9 m x 9 m x 9 m bersamaan dengan 143 hektar.
Penggondolan tanah dibuat sebelum kerja pembarisan dilakukan
Penyediaan teres-teres untuk penanaman dibuat.
Membuat jalan dan system perparitan yang telah dirancang.

5. Penanaman Anak Setelah anak benih mencapai umur 8 hingga 12 bulan dalam tapak semaian
Benih ke Ladang besar (TSB).

Kebiasaannya, penanaman dijalankan pada permulaan musim hujan supaya


tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi untuk pembentukan akar dan
perkembangan anak benih selepas ditanam.

6. Penjagaan Ladang Antara kerja yang dilakukan seperti kerja-kerja pembersihan ladang, kawalan
rumpai, pemangkasan, pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit.
Penyemburan racun pada sekeliling pokok dan lorong tuai biasanya dibuat
sebanyak tiga hingga empat kali selepas penebasan.

7. Penuaian Hasil dan Setelah buah kelapa sawit matang atau masak dan pemilihan buah adalah buah
Pengendalian Ladang yang tidak masak dan tidak terlalu masak.
Penuaian selalunya dilaksanakan secara berselang dalam tempoh 10 hingga 14
hari.
Pokok kelapa sawit mempunyai usia ekonomi diantara tiga hingga 25 tahun.

Sumber: PORLA, 1996

2.5: Fasa Penanaman

7
Penanaman benih pokok kelapa sawit di tapak semaian adalah proses penanaman pertama
sawit. Penanaman pokok kelapa sawit hendaklah ditanam pada hari lembap atau musim hujan dan
ditanam mengikut bentuk muka bumi kawasan. Namun demikian, disebabkan keadaan struktur
tanah akibat daripda aktiviti pembersihan tanah dan kerja tanah membawa kepada hakisan dan
mendorong kepada berlakunya hakisan tanah (PORLA, 1996).

2.6: Fasa Penjagaan Ladang dan Menuai

Pada peringkat ini, impak hakisan tanah adalah sangat minimum kerana permukaan tanah
telah stabil dan kesemua projek pembinaan telah siap dan langkah terbaik pada tahap ini adalah
dengan membina landskap bersepadu (Integrated Artificial Landscape) bagi memastikan tanah
yang terdedah dikawal daripada berlakunya hakisan (PORLA, 1996).

2.7: Pihak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Perladangan

Pengurusan perladangan yang efisen adalah penting bagi memastikan setiap aktiviti
pengurusan ladang dijalankan dengan efektif dan efisen. Setiap tugasan yang diberikan kepada
individu hendaklah dilaksanakan dngan teliti dan cekap. Dalam pengurusan perladangan pihak
yang terlibat ialah Pengurus Ladang, Pelaksana, Pengaplikasian, Nisbah pekerja bagi setiap
kawasan tanah dan hal-hal berkaitan keselamatan.
Pengurus Ladang berperanan dalam membuat keputusan untuk penuai. Pengurus
mempunyai tanggungjawab penuh untuk memastikan kerja dilaksanakan dan disiapkan mengikut
standard dan kualiti yang tinggi.
Pelaksana. Pelaksana terdiri daripada pembantu pngurus ladang, staf, mandor penuai dan
pemeriksa buah tandan. Mereka ini lah yang akan memastikan setiap kerja pemantauan
dijalankan dngan baik agar memperoleh kualiti buah sawit yang baik. Kegagalan dalam
mengawal dan memantau buah-buah sawit menyebabkan kerugian kepada ladang.

Pengaplikasian. Individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap keputusan


yang dibuat oleh pengurus ladang ialah penuai buah. Apasahaja keputusan yang melibatkan
penuaian buah di ladang kelapa sawit penuai kelapa sawit adalah individu yang melaksanakan
kerja tersebut atas arahan daripada badan pelaksana.

2.8: Environment Impact Assement (EIA) dalam penjagaan kawasan ladang

8
Penjagaan ladang kelapa sawit hendakalah mematuhi standard yang telah ditetapkan
dalam Environment Impact Assement (EIA). Ini bagi memastikan pemuliharan alam sekitar
memainkan peranan pnting agar sistem ekologi di kawasan ladang tidak terganggu seperti sungai
yang terdapat di ladang.. Terdapat dua kompeonen yang dilihat dalam aspek pemuliharaan sungai
iaitu dalam aspek pengurusan dan punca pencemaran sungai itu sendiri iaitu hakisan dan
mendapan (Mohd Farif, 2015).
i) Pengurusan

Jabatan Pengairan Saliran (JPS) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam


memastikan kualiti air sungai berada ditahap yang baik dan pihak pengurusan yang
bersepadu memainkan peranan penting di dalam penjagaan kualiti air sungai. JPS
berperanan mengambil atau mencerap data parameter sungai seperti kedalaman, lebar
dan halaju sungai. JPS juga perlu bekerjasama dengan pemaju di dalam pemuliharaan
sungai seperti penyelenggaraan perangkap sedimen dan struktur penahan hakisan.
Walaupun sungai tersebut tidak mempunyai stesen kualiti air JPS perlu membuat
pemantauan sungai dan aktiviti guna tanah di kawasan tapak. Ini mendorong kepada
penyelengaraan sungai akan lebih praktikal dari semasa ke semasa kerana pihak
pemaju akan sentiasa dipantau.

ii) Pengawal Hakisan dan Mendapan

Terdapat tiga perkara utama meminimumkan berlakunya hakisan dan mendapan tanah
iaitu:

a) Pengawal Saliran bertujuan untuk mengawal aliran air larian permukaan

Pembinaan catch drain dan perimeter bank di dalam tapak ladang. Pembinaan
struktur ini berfungsi untuk mengawal aliran air ribut dan struktur ini berupaya
untuk mengalihkan arah aliran air dari kawasan yang terganngu ke perangkap
sedimen yang telaah dibina. Kebiasaannya pembinaan struktur ini adalah bersifat
sementara atau kekakl tetapi pembinaan catch drain daripada material konkrit akan
digunakan sebagai saliran yang kekal dan cerun korekan bagi saliran mestilah
tidak lebih daripada 2(H):1(V). Gambar 2 menunjukkan catch drain dan
parameter bank

b) Hakisan berlaku apabila keadaan struktur tanah berada dalam keadaan lembap dan
bagi mengelakkan berlakunya hakisan semasa fasa penyediaan tapak dijalankan
jentera tidak sepatutnya digunakan semasa keadaan tanah lembap dan hujan. Di
kawasan cerun aktiviti yang dilakukan hendaklah dilakukan secara manual dan
kerja tanah seperti penambakan dan pemotongan mestilah dielakkan kerana
menggangu struktur tanah. Penebangan dan pembersihan secara menyeluruh
hendaklah dielakkan dan mengekalkan sedikit kawasan hijau sebagai keperluan
landskap. Aktiviti pemotongan pokokpada waktu ini hendaklah memerlukan
perancangan teliti kerana boleh menyebabakan struktur tanah menjadi lemah dan
9
mudah berlakunya hakisan. Balak yang ditumbang tidak boleh terus dibakar atau
dibuang kedalam sungai dan kesemua akar, dahan dan dedaun dari proses
pembersihan tapak mestilah dibuang di tempat yang sesuai untuk dijadikan zon
pemampan.

c) Pueraria phaseoloids, Centrosma pubescens dan Colopogonium mucunoide


adalah Cover crops atau dikenali sebagai penanaman tumbuhan yang perlu
ditanam selepas kerja tanah. Tanah akan ditutupi dengan rumput untuk mengawal
hakisan dan tumbuhan ini berupaya untuk mengawal hakisan secara efektif kerana
tumbuhan ini melindungi tanah daripada terdedah terus kepada air hujan serta
membantu dalam meningkatakan kadar nitogen di dalam tanah bagi tumbesaran
pokok kelapa sawit. Gambar 3 penutup bumi

d) Pembinaan kolam sedimen dan perangkap mendapan perlulah diselia dan dipantau
setiap kali selepas penyediaan tapak agar berfungsi dengan baik. Penyelengaraan
hendaklah dibuat selalu terutamanya selepas hujan lebat dan penyeliaan mingguan
hendalah dibuat bagi memastikan kecekapannya. Penggerakan sedimen ke dalam
sungai juga boleh dielakkan dengan membuat kawasan lapang di tepi sungai
dengan jarak 20 meter dari tebing.

2.9: Kepelbagaian pengunaan minyak sawit yang berkualiti

Kandungan minyak sawit yang berkualiti tinggi amat diperlukan dalam sesebuah insudsti sawit di
sesebuah negara bahkan juga Malaysia merupakan pengeksport utama di dunia. Kandungan sawit
yang berkualiti diperlukan keran penggunaannya yang melaus dalam kehidupan harian kita.
MPOC (2013), minyak sawit memainkan peranan dalam kehidupan harian kita dan gambar
berikut antara kegunaan minyak sawit.

Minyak Sawit: Terdapat dua jenis minyak sayuran yang berbeza yang dihasilkan apabila minyak
sawit diproses iaitu minyak sawit daripada mesokarpa dan minyak isirung sawit.

10
Minyak sawit daripada Mesokarpa iaitu isinya. Setiap
buah akan menghasilkan 9 bahagian minyak sawit.

Minyak isirung sawit daripada bijinya iaitu


isinya. Satu bahagian minyak isirung dihasilkan
setiap buah.

Gambar 4: Minyak sawit daripada Mesokarpa dan Kernel Isirung

Minyak sawit adalah minyak sayuran yang diyakini stabil kerana mengandungi jumlah asid
lemak tidak tepu dan asid lemak yang tepu yang tidak seimbang. Kandungan asid lemak yang
seimbang menjadikan minyak sawit separa pepejal dan mudah digunakan dalam penyediaan
produk-produk makanan.

Kandungan minyak sawit yang unik menjadikannya kaya dengan


khasiat dan serbaguna.
Makanan Minyak sawit dan, Olein dan stearin digunakan secara meluas
dalam pembuatan majerin, lelemak dan vanaspati serta dalam
indudsti penggorengan makanan ringan di seluruh dunia.
Kandungan bahan antioksida semulajadi yang tinggi serta tahap
kestabilannya pada suhu tinggi menjadikannya antara bahan goreng
yang sesuai

Minyak sawit juga merupakan bahan asas yang sesuai dalam


pembuatan produk bukan makanan seperti sabun, bahan pencuci, dan
bahan pencuci industri.
Bahan mentah yang utama di dalam industry oleokimia yang
menghasilkan asid lemak alcohol, gliserol dan bahan terbitan lain
serta industi farmaseutikal, barang-barang keperluan rumah dan
Gambar 5: Minyak sawit untuk kosmetik. Bahan yang berasaskan olekimia adalah lebih popular
Kegunaan harian kerana lebih mesra alam berbanding petrokimia.

11
Khasiat Pemakanan
Kajian oleh pakar-pakar pemakanan terkemuka dunia telah
membuktikan bahawa minyak sawit sangat berkhasiat.
1) Tidak mengandungi kolestrol dan membantu meningkatkan
kandungan kolestrol HDL baik seta merendahkan kandungan
kolestrol LDL tidak baik
2) Mengurangkan risiko pembekuan darah seterusnya
mengirangkan risiko penyakit jantung
3) Sumber terkaya antioksida Vitamin E dan beta karoten iaiut
precursor untuk Vitamin A
4) Lelemak berasakan minyak sawit tidak mnegandungi lemak
trans yang membahayakan kesihatan
Gambar 6: Khasiat Minyak Sawit

Kesimpulan

Penaman kelapa sawit di Malaysia adalah salah satu sektor ekonomi yang membawa
kepada keberuntungan ekonomi Negara. Hal ini kerana, pengeluaran produk sawit di Malaysia
mencapai tahap memberansangkan dan berjaya diksport ke luar Negara. Hasil sawit negara
sememangnya diakui amat berkualiti dan mendapat kepercayaan pengguna baik diperinkgkat
nasional mahupun antarabangsa. Kualiti sawit yang baik ini adalah hasil daripada usaha kerajaan
membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri ini.

12
BAB III

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah memperolehi data-data kajian. Kajian ini menganalisis dapatan
data yang diperolehi daripada kaedah pemerhatian, dan soal selidik daripada pihak pengurusan
ladang sendiri.

3.1 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi daripada kajian ini telah dianalisis melalui kaedah kualitatif yang
melibatkan temu bual daripada pengurus ladang dijalankan bagi mengetahui hasil penganalisisan
data melalui jumlah pekerja yang mempengaruhi selang penuaian.

Kaedah kualitatif melibatkan kaedah kajian berdasarkan temu bual untuk memperoleh
data yang tidak melibatkan kaedah kuantitatif. Kaedah ini lebih kepada pengalaman dan
pengetahuan responden mengenai pengurusan ladang. Data penelitian kualitatif bersifat diskriktif
iaitu data yang melibatkan kata-kata dan gambar yang diperolehi melalui responden (Dawud,
n.d).

Kaedah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif purposive sampling dengan


mengambil 29 responden yang menjalankan aktiviti penuaian bagi menjawab soalan berkenaan
selang penuaian dengan memberikan alasan yang mempengaruhi kadar kehadiran mereka.
Kaedah ini digunakan kerana sampel yang diambil adalah mereka yang terlibat langsung dalam
aktiviti penuaian.

Manakala bagi menjawab soalan berkaitan pengurusan ladang seperti pembajaan,


pelaksana penggredan dan proses penuaian buah sawit yang baik responden yang diambil ialah
Pembantu Pengurus iaitu Tuan Agus dalam menjawab kesemua soalan yang dikemukakan secara
temubual.

13
BAB IV

DAPATAN ANALISIS KAJIAN

4.0 Bab ini menganalisis dapatan kajian dan data-data yang diperolehi melalui kaedah kajian
yang dijalankan seperti temubual, pemerhatian dan laporan. Analisis dapatan kajian ini adalah
berdasarkan objektif kajian yang telah dibicangkan dalam bahagian bab 1.

4.1 Selang Penuaian Buah Kelapa Sawit yang Berkualiti

Pada peringkat ini, Keputusan selang penuaian dibuat oleh pengurus selepas perbincangan
dengan peringkat bawahan atau subordinat atau pelaksana. Penuaian Selang hendaklah dilakukan
maksimum 10 hari atau 3 pusingan setiap tahun. Hal ini kerana, standard buah masak adalah
dalam lapan atau sembilan hari dan dalam setiap pusingan terdapat 10 hari masa yang diambil
untuk buah masak dan setiap pusingan akan diwarnakan dengan warna yang berbeza bagi
membolehkan pemeriksa mengenalpasti pusingan penuaian. Berdasarkan hasil kajian yang
dilakukan, Selang penuaian memainkan peranan penting dalam penghasilan Buah Tandan Swit
Segar. Beberapa faktor berkait yang mempengaruhi penghasilan minyak sawit berkualiti
dikenalpasti yang perlu dititikberatkan dalam penuaian selang iaitu Jumlah Penuai, Kadar
Pusingan dan Kadar Hari. Berikut merupakan jadual 4.1 selang penuaian yang diperolehi di
kawasan kajian dari bulan Ogos, September dan Oktober 2016 di Division 7.

14
Jadual 4.1: Selang Penuaian bulan Ogos, September, Oktober 2016 di Division 7

PERNYATAAN BULANAN TANAMAN DIVISION 7 2016


Kawasan Ogos September Oktober
FFB-M TONNES Bulan Terkini Bulan Terkini Bulan Terkini
366.2 1584.8
369.72
Sebenar 3 822.27 1191.99 392.88 7
Anggaran 792 1529 783 2312 829 3141
perbezaan -MT -425.7 -706.73 -413.28 -1120.01 -436.12 -1556.1
% -53.76 -46.22 -52.78 -48.44 -52.61 -49.54
Jumlah Penuai
Sebenar 443 816 438 1254 459 1713
Anggaran 528 1019 522 1541 553 2094
Pusingan
Sebenar 2.6 4.6 2 6.6 2 8.6
Anggaran 3 6 3 9 3 12

Jumlah penuai adalah aspek yang yang perlu diambil perhatian kerana jumlah ini akan
mempengaruhi pusingan dan kadar hari setiap selang penuaian. Kegagalan dalam mengurus
penuai menyebabkan pusingan penuaian dalam setiap bulan akan bertambah dan ini mendorong
kepada berlakunya buah sawit yang buruk berlaku kerana tidak dituai dalam masa yang
ditetapkan. Namun demikian, walaupun jumlah penuai sudah ditentukan bagi setiap blok terdapat
penuai yang ditugaskan tidak hadir ke tempat kerja. Contoh pada bulan Ogos jumlah penuai yang
dianggarkan ialah seramai 528 penuai tetapi kehadiran dicatatkan hanya seramai 443 Penuai.
Kehadiran penuai mempengaruhi matrik tan tandan buah sawit segar. Tandan sawit dianggarkan
pada bulan Ogos ialah 792 tan tetapi hanya 366.23 tan diperolehi dengan sebanyak 2.6 pusingan.
Namun demikian, peningkatan matrik tan tetap berlaku apabila pada bulan September dan
Oktober masing-masing meningkat sebanyak 369.72 tan dan 392.88 tan walaupun tidak mencapai
nilai yang dianggarkan bagi ketiga-tiga bulan tersebut. Jumlah penuai mempengaruhi kadar
pusingan dan matrik tan yang diperolehi bagi setiap bulan.

Gambar 7 di bawah juga menunjukkan terdapat hari yang tidak dibulatkan dan
diwarnakan. Ini menunjukkan kawasan tersebut belum mempunyai buah sawit yang masak
ataupun pokok tersebut sudah habis dituai buah yang masak dan perlu menunggu untuk 10 hari
bagi memastikan di kawasan tersebut memperoleh buah sawit yang masak.
15
Gambar menunjukkan jumlah pusingan penuaian bulan Ogos berdasarkan jumlah penuai
dan blok yang diwarnakan adalah blok yang sedang dituai oleh penuai. Warna merah mewakili
pusingan pertama, Kuning menunjukkan pusingan kedua, Hijau untuk pusingan ketiga dan biru
untuk pusingan keempat. Terdapat jumlah hari yang dibulatkan di dalam gambar tetapi tidak
diwarnakan. Ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut dalam proses penuaian tetapi pekerja
tidak datang bekerja.

Gambar 7: Selang Penuaian Bulan Ogos 2016

Graf 1: Faktor Penuai Tidak Hadir Semasa Aktiviti Penuaian

16
Faktor Penuai Tidak Hadir Semasa Aktiviti Penuaian

10.34%
Malas
20.69% 3.45% Cuaca
Urusan
peribadi
Cuti umum
Keadaan
17.24% 44.83% Buah
3.45%
Sakit

Berdasarkan graf di atas, seramai 29 responden yang ditemubual memberikan alasan


mereka tidak turun bekerja. Seramai 45% penuai yang tidak turun berkerja kerana keadaan cuaca
seperti hujan menyebabkan mereka tidak turun kerana buah sawit yang dituai pada waktu hujan
hanya menyebabkan kualiti tandan buah sawit rendah dengan kandungan air yang banyak dan
terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti untuk menuai sekiranya mereka ingin menunggu
tetapi jika mereka balik ini menyebabkan penuai kurang menuai pada hari berkenaan. Cuti umum
juga adalah faktor seramai 17% pekerja tidak turun bekerja seperti cuti umum perayaan dan 21%
penuai tidak dapat turun atas alasan keadaan buah yang belum masak sepenuhnya di setiap blok.
Keadaan buah mempengaruhi selang penuaian di setiap blok kerana buah yang belum masak
mengambil masa 10 hari untuk masak dan sekiranya buah tersebut belum masak penuai terpaksa
berpindah ke blok lain untuk menuai buah masak dan ini menyebabkan pusingan di kawasan
tersebut lama. Penuai juga seringkali berhadapan dengan sikap malas untuk turun bekerja dan
seramai 10% penuai yang memberikan alasan malas disebabkan kurang motivasi untuk bekerja.
Kurang motivasi disebabkan oleh pendapatan mereka yang seringkali rendah disebabkan oleh
hasil tuaian yang sedikit manakala pekerja berhadapan dengan urusan peribadi seperti mengurus
pas pekerja seramai 4% dan berhadapan dengan masalah kesihatan seperti sakit seramai 3%
penuai.

17
4.2 kepentingan Pembajaan dalam Perladangan Kelapa Sawit

Tandan sawit, berat sawit dan hasil sawit semuanya adalah petanda kepada keadaan pokok sawit.
Sedar atau tidak ada sesetengah pokok sawit yang berhadapan dengan buah sawit yang kecil.
Keadaan ini amat membimbangkan kepada pengusaha ladang kelapa sawit kerana bakal
mempengaruhi kadar perahan minyak sawit. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kecuaian
dalam proses pembajaan. Pembajaan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan kerana
pembajaan adalah akar kepada kesihatan pokok kelapa sawit untuk kekal subur selepas proses
penanaman dilakukan. Terdapat beberapa aspek yang pelu dititikberatkan dalam pembajaan iaitu:

4.2.1 Cara Pembajaan perladangan yang Efektif

Penaburan baja hendaklah dilakukan dalam lingkungan bulatan tapak tanaman yang
merangkumi keluasan rimbunan daun. Pokok muda yang berumur satu hingga tiga tahun baja
perlu ditabur disekeliling anak pokok lebih kurang 15 sentimeter (6 inci) dari pangkal pokok yang
bertujuan untuk pengambilan maksimum oleh anak pokok. Ketika usia pokok mencecah kurang
daripada enam tahun yang dikenali sebagai pokok muda proses penaburan baja perlu ditabur di
sekeliling pokok dan pembajaan pada pangkal pokok di usia ini perlu dielakkan. Ketika pokok
mencecah usia tua iaitu lebih daripada enam tahun, baja boleh ditabur pada timbunan pelepah
daun antara pokok kelapa sawit.

Pokok yang berada di kawasan curam hendaklah dibuat lubang sedalam 15 sentimeter (6
inci) dalam empat penjuru di sekeliling pokok. Baja kebiasaannya dibubuh dua atau tiga kali
setahun bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan tanah. Sebelum kerja pembajaan
dijalankan, jumlah baja yang hendak ditabur pada setiap pokok hendaklah ditentukan bagi
mengelakkan daripada kekurangan atau berlebihnya baja ditabur pada pokok tersebut. Bagi
meminimakan kehilangan nutrien, pembajaan pada waktu hujan perlu dielakkan dan kebiasaanya
musim tengkujuh adalah pada November hingga Disember. Pembajaan juga perlu dielakkan pada
musim kering bagi mencapai pemulihan tanaman tanaman terbaik.

18
4.2.2 Jadual Pembajaan mengikut Peringkat Kematangan

Jadual pembajaan perlu dibuat semasa pokok kelapa sawit belum matang dan matang. Bagi
pokok belum matang kajian di kawasan kajian menunjukkan dengan meletakkan tandan kosong
selepas penanaman kelapa sawit memberikan kebaikan kepada hasil pokok kelapa sawit.
Walaubagaimanapun, pokok ini perlu dipantau dengan kerap kerana bimbang akan menjadi
tempat pembiakan kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros) dan sebanyak 15-20 tandan kosong
yang diperlukan bagi setiap pokok.

Manakala bagi pokok yang mencapai peringkat matang, pembajaan adalah berdasarkan
kepada sampel daun. Sebelum pembajaan dijalankan, pangkal pokok kelapa sawit perlu
dibersihkan dari segala rumpai bagi memastikan kelapa sawit mendapat baja yang maksimum.
Berikut merupakan Jadual Program Pembajaan Kelapa Sawit mengikut umur di kawasan kajian
Ladang Baturong 1.

Jadual 4.2: Program Pembajaan Kelapa Sawit

Tahun Bulan Jenis Kadar


(gm/pokok
Baja )
Semasa
1 menanam TSP 500
Pertama 15:15:6:4 300
Kedua 15:15:6:4 300
Ketiga 15:15:6:4 300
Keenam 15:15:6:4 600
Kesembilan 15:15:6:4 750
Ke-12 12:6:22:3 (CCM 44) 1000
2 ke-14 CIRP 1000
ke-16 12:6:22:3 (CCM 44) 1800
Ke-18 Kieserite (Mg 27) 500
Ke-20 12:6:22:3 (CCM 44) 1800
Ke-22 Muriate of Potash 1500
(K20 60%)
Ke-24 12:6:22:3 (CCM 44) 1800
19
3 Ke-28 12:6:22:3 (CCM 44) 1800
Ke-30 Kajian Sampel

4.3 Pelaksana Penggredan Buah Kelapa Sawit

Tandan kelapa sawit yang diproses dengan baik akan meningkatkan kuantiti dan kualiti minyak
sawit yang bermutu. Terdapat beberapa langkah penggredan yang perlu dilaksanakan bagi
memastikan kilang hanya menerima dan memproses buah kelapa sawit yang bermutu kerana
pemprosesan buah kelapa sawit yang bermutu akan memepengaruhi kadar perahan minyak.
Beberapa kerja penggredan yang perlu dipatuhi bagi memastikan ketepatan hasil penggredan.
Berikut merupakan kerja-kerja penggredan yang perlu dilaksanakan:

4.3.1 Tempat Penggredan

Aktivit penggredan hanya boleh dilakukan di atas platform penerimaan buah kelapa sawit
yang diperbuat daripada bahan konkrit di dalam premis kilang.

4.3.2 Pihak bertanggungjawab dalam melakukan kerja Penggredan

Orang yang memiliki sijil penggredan buah kelapa sawit MPOB yang layak melakukan
kerja-kerja pengredan. Sijil pengreddan hanya boleh diperolehi dengan menghadiri kursus-kursus
penggredan yang dianjurkan oleh MPOB sendiri.

4.3.3 Dokumen dan Peralatan yang Diperlukan

Antara borang yang diperlukan semasa kerja penggreda ialah Borang Penggredan dan
tiket timbang buah kelapa sawit. Tiket timbang diperolehi daripada pembeli semasa urus niaga
buah kelapa sawit dijalankan manakala peralatan seperti parang atau kapak, cangkuh pengalih,
alat tulis diperlukan semasa kerja penggredan dijalankan.

20
4.3.4 Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Semasa penggredan dijalankan penggred hendaklah lengkap menggunkan perlatan


perlindungan diri (Personal Protection Equipment) seperti kasut keselamatan, topi keselamatan,
pakaian pantul cahaya, sarung tangan, dan cermin mata keselamatan.

4.3.5 Kaedah Penggredan

Penggunaan teknologi dalam dunia perladangan adalah sesuatu yang perlu dipandang serius
kerana penggunaan teknologi mampu membawa kepada kejayaan dalam sistem pengurusan
perladangan secara efisen dan efektif. Penggunaan teknologi juga sedia maklum boleh membantu
meminimumkan tenaga kerja dan berupaya memberikan maklumat yang tepat. Oleh demikian, di
kawasan kajian saya penggunaan teknologi yang dikenali sebagai Pinfolam Data Recorder (PDR)
telah digunakan sejak bulan Ogos 2013 bagi menggantikan kaedah manual penggredan tandan
buah segar. Di Sabah IOI Group Ladang Baturong 1 merupakan ladang pertama yang
menggunakan teknologi penggredan buah dan gambar 8 (rujuk lampiran) menunjukkan Pengurus
Ladang Baturong 1 memberi peneragan mengenai penggunaan teknologi ini kepada Ladang
Srimo kerana kejayaan Ladang Baturong 1 dalam menggunakan teknologi ini mendapat perhatian
oleh Pengurus Ladang Srimo.

4.3.5.1 Pinfolam Data Recorder (PDR)

21
Pinfolam Data Recorder (PDR) digunakan bagi menggantikan borang yang bertujuan untuk
penyediaan laporan berkualiti platform Buah Tandan Segar (BTS) dan ringkasan BTS bagi setiap
penuai tetapi dengan penggunaan teknologi ini pemeriksa tidak perlu lagi menyediakan laporan
secara manual dalam jangka masa yang lama (borang 1,2,3,4) rujuk lampiran. Jika sebelum ini,
laporan disediakan secara manual oleh penyemak tandan tersebut diperiksa oleh penyelia
penuaian setiap hari terhadap chit tandan dan pengiraan kualiti juga diperiksa bagi tujuan
ketepatan tetapi dengan menggunakan sistem ini penyelia tidak perlu lagi memeriksa secara
manual kerana sistem ini melakuan kerja penyediaan secara tepat berkaitan dengan tandan yang
diperolehi oleh penuai dan ini membantu dalam menjimatkan masa penyelia dalam tugasan
pemeriksaan buah tandan segar. Gambar 9 menunjukkan kaedah penggredan secara manual oleh
penyelia.

Gambar 9: Kaedah Penggredan Manual Oleh


Penyelia Ladang

Segala analisis kualiti dan tanaman yang sedia ada samada diambil pada hari yang sama
atau keesokannya boleh digunakan untuk semakan pengurusan. Sejak pengunaan sistem
PINFOLAM, segala data pekerja am diekstrak ke dalam sistem ini dan penyelia penuai tidak lagi
perlu merekodkan data penuai ke dalam buku pekerja am. Ini boleh mengurangkan jumlah kerja
manual yang dilakukan oleh penyelia penuaian dan pengendali merekod data. Penyelia penuai

22
juga boleh menggunakan sistem audit sekumpulan untuk menjalankan audit secara rawak untuk
memeriksa ketepatan laporan. Gambar 10 menunjukkan rekod yang diambil melalui sistem PDR
(rujuk lampiran).

Gambar11: PINFOLAM Data Record

23
Gambar 12: Rekod Buah Pekerja

Penggunaan sistem ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan buah bahkan juga
membantu dalam menangani masalah pekerja yang tidak jujur. Hal ini kerana, terdapat pekerja
yang merekod jumlah tandan yang tidak tepat dan bilangan buah yang lebih semasa
menggunakan kaedah manual tetapi apabila pemeriksaan dibuat semula buah tandan kurang
daripada yang direkodkan dan ini menyebabkan kerugian kepada ladang sekiranya masalah ini
tidak dibendung. Kewujudan PINFOLAM membantu menangani masalah kecuaian dan pekerja
yang tidak jujur.

4.4 Klasifikasi Tandan

Penuaian piaiwan tandan masak dinilai apabila tandan masak telah gugur sekurang-kurangnya
satu biji dari tandan dan sintesis minyak telah berhenti berserta dengan kejadian buah lerai kurang
berlaku. Tandan bermutu adalah tandan segar dan memempunyai minyak berkualiti yang
mempunyai kandungan asid lemak bebas yang rendah iaitu dua hingga tiga dan tanpa dikenakan
sebarang penalti manakala tandan tidak bermutu adalah tandan yang dikenakan penalti dan
24
termasuk yang dikeluarkan daripada konsainan. Tandan tidak bermutu dapat dikesan apabila
tandan tersebut mempunyai ciri-ciri seperti Tandan Mengkal, Tandan Muda, Tandan Busuk,
Tandan Kosong, Tandan Peram, Tandan Kotor, Tandan Lama, Tandan Dura dan Tandan Tangkai
Panjang. Tandan-tandan tidak bermutu ini yang dihantar ke kilang akan dikenakan penalti melalui
potongan terhadap Kadar Perahan Minyak Asas kecuali tandan yang ditolak daripada konsainan
tidak akan dikenakan penalti. Semua tandan yang telah dituai hendaklah dihantar ke kilang dalam
tempoh 24 jam selepas dituai dan penilaian mutu tandan dilakukan semasa penggredan di premis
kilang. Tandan kelapa sawit di kawasan kajian dapat dibahagikan mengikut kriteria-kriteria
seperti di bawah:

i) Tandan Basah
Tandan Basah ialah konsainan buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air
menitis daripada muatan.

Gambar13: Tandan Basah

ii) Tandan Masak

Tandan Masak ialah tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning
oren dan sekurang-kurangnya mempunyai sepuluh soket buah lerai dan lebih daripada
50% buah masih melekat pada tandan.
25
Gambar 14: Tandan Masak

iii) Tandan Terlebih Masak


Tandan Terlebih Masak kebiasaanya tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya
berwarna kuning oren dan mempunyai cirri-ciri seperti berikut:
a) Sekurang-kurangnya 10% buah masih melekat pada tandannya
b) Lebih daripada 50% buah telah lerai daripada tandan.

Gambar 15: Tandan Terlebih Masak


iv) Tandan Mengkal

Tandan Mengkal ialah tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning
oren dan mempunyai kurang daripa 10 soket buah relai.

26
Gambar 16: Tandan Mengkal

V) Tandan Muda

Tandan Muda mempunyai siri-ciri seperti berikut:


a) Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning oren dan tidak mempunyai
soket buah relai (a); atau

Gambar 17(a): Tandan Muda

b) Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning samada mempunyai soket ataupun
tidak mempunyai buah relai (Gambar b).

27
Gambar17 (b): Tandan Muda

vi) Tandan Peram

Tandan Peram ialah Tandan Muda yang disimpan lama selepas dituai dan biasanya
tandan ini dikenalpasti seperti berikut:
a) Tangkai tandan telah kecut dan lembut serta berwarna perang kehitaman;
b) Buah pada tandan telah pudar dan kecut;
c) Banyak buah telah lerai di lapisan luar tandan;
d) Buah lerai masih mempunyai kelopak rudiment androesium;
e) Tampuk pangkal buah relai berbonjol dan berwrana perang, perang-kehitaman
atau hitam.

Gambar 18: Tandan Peram

28
vii) Tandan Busuk

Tandan Busuk ialah tandan tidak segar atau konsainan yang mempunyai cirri-ciri
berikut:
a) Tandan yang tidak boleh dikelaskan mengikut kemasakannya
b) Sebahagian atau keseluruhan tandan termasuk buah relainya telah berubah warna
kepada kehitaman, berbau busuk atau berkulat.

Gambar 19: Tandan busuk

viii) Tandan Kosong

Tandan Kosong ialah tandan yang buahnya telah lerai sebanyak 90% daripada
tandannya.

Gambar 20: Tandan Kosong

29
ix) Tandan Kotor
Tandan kotor ialah tandan yang tandannya telah dicemari separuh daripada
permukaannya oleh jirim-jirim asing seperti lumpur, pasir, amang atau batu.

Gambar 21: Tandan Kotor

x) Tandan Lama

Tandan Lama ialah Tandan Masak atau Tandan Mengkal yang dibiarkan lama selepas
dituai di lading atau pusat pengumpulan da mempuyai cirri-ciri seperti berikut:
a) tangkai tandan telah kecut da lembut serta berwarna perang kehitaman
b) banyak buah telah gugur daripada luar tandan
c) buah yang masih melekat pada tandan berwarna kemerahan

Gambar 22: Tandan Lama


xi) Tandan Rosak

30
Tandan Rosak ialah tandan yang buahnya telah rosak diserang oleh makhluk perosak
sebanyak 30% seperti tikus.

Gambar 23: Tandan Rosak

xii) Tandan Dura

Tandan Dura ialah tandan yang buahnya mempunyai salah satu atau lebih ciri buah
Dura yang berbeza daripada cirri buah Tenera seperti berikut:

Jadual 4.7: Perbezaan Buah Dura dan Tenera

Bil Ciri-ciri Dura Tenera (DxP)


.
A Tebal tempurung (mm) 2-8 0.5-4
B Nisbah tempurung dengan buah (%) 25-50 3-20
C Nisbah mesokarpa dengan buah (%) 20-60 60-96
D Nisbah isirung dengan buah (%) 4-20 3-15
E Gelang serabut di keliling biji pada Tiada Tiada
keratin rentas

31
Gambar 24: Tandan Dura

xiii) Tandan Tangkai Panjang

Tandan Tangkai Panjang ialah tandan yang mempunyai tangkai melebihi daripada 5
sentimeter diukur dari paras terbawah tandan ke hujung tangkai.

Gambar 25: Tandan Tangkai Panjang

xiv) Tandan Kecil


Tandan Kecil ialah tandan yang mempunyai berat kurang daripada 2.3 kilogram.

32
Gambar 26: Tandan Kecil

xv) Tandan Tidak Segar


Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai lazimnya melebihi 48 jam sebelum
dipasarkan.

Gambar 27: Tandan Tidak Segar


xvi) Tandan Partenokarpi

Tandan Partenokarpi ialah tandan yang buahnya terbentuk tanpa melalui proses
pendebungaan dan tidak mempunyai isirung. Berikut adalah cirri-cirinya:
a) Tandan tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya
b) Mempunyai lebih daripada 50% buah pertenokarpi

33
Gambar 28: Tandan Partenokarpi

xvii) Buah Relai

Buah relai ialah buah yang telah masak dan gugur daripada tandan. Buah relai ini
hendalaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai bersama-sama
tandan segar. Kadar perahan minyak boleh terjejas sekiranya penghantaran atau
penjualan buah relai secara berasingan daripada tandan segar dan perbuatan
meleraikan tandan untuk mendapatkan buah relai adalah tidak benarkan sama sekali.

Gambar 29: Buah Relai

34
BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan serta membincangkan mengenai dapatan kajian yang dijalankan di
kawasan kajian serta cadangan turut dikemukakan bagi tujuan kajian lanjutan dan
penambahbaikan untuk masa akan datang.

5.1 Implikasi Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan, penyelenggaraan dan pemantauan yang


baik terhadap tandan buah sawit mampu meningkatkan kualiti tandan buah segar dan
menghasilkan kualiti minyak yang baik. Kegagalan dalam melaksanakan prosedur pemantauan
jelas menunjukkan kualiti tandan buah segar berkurangan.

5.2 Perbincangan

Secara keseluruhan, kajian dapat membuktikan bahawa melalui prosedur pemantauan


buah tanda sawit segar mampu menghasilkan tanaman yang baik dan bermutu tinggi. Objektif
kajian untuk memaksimakan penghasilan minyak setiap unit kawasan, mencapai pemulihan
tanaman terbaik kelapa sawit dan menghasilkan tanaman kualiti tanaman yang mempunyai Free

35
fatty acid yang rendah, nilai dobi 2,5 dan ke atas, kelembapan 0.12% dan kotoran bawah 0.05%
dapat dicapai sekiranya prosedur pemantauan dijalankan dengan efektif.

Pemantauan terhadap tandan buah sawit segar hendaklah dilakukan setiap hari bagi
memastikan tiada faktor-faktor yang boleh menyebabkan tandan buah sawit terjejas kualitinya.
Kegagalan dalam memantau bukan sahaja menjejaskan pendapatan ladang bahkan menjejaskan
pendapatan negara amnya. Bagi mencapai objektif kajian, analisis dapatan kajian membuktikan
bahawa selang penuaian, pembajaan, pelaksana penggredan, kaedah penggredan, dan proses
penuaian sawit yang baik mendorong kepada penghasilan sawit yang bermutu tinggi.

Selang penuaian mempengaruhi kepada kualiti buah dan minyak sawit. Penuaian selang
berlaku sekurang-kurangnya dua hingga empat pusingan dalam sebulan. Jumlah penuai dalam
sesebuah kawasan mempengaruhi pusingan penuaian. Melalui pernyataan bulanan tahunan
tanaman di Division 7 kehadiran penuai dinggarkan seramai 528 penuai pada bulan Ogos tetapi
hanya 443 kehadiran penuai yang turun menuai. Kehadiran penuai tidak mencapai anggaran
kehadiran yang dianggarkan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pekerja sakit, malas dan
faktor cuaca mendorong kepada penuaian selang ini mengambil masa yang lama. Dapat
disimpulkan bahawa penuai yang ramai akan memendekkan pusingan penuaian dengan syarat
keadaan cuaca dan hujan yang tidak menggangu aktiviti penuaian dan mampu meningkatkan
kadar matrik tan buah sawit. Penuaian buah yang lama terhadap buah masak akan menyebabkan
buah buruk dan kandungan FFA meningkat. Peratus buah masak yang masih melekat ditandan
ialah 0.2% sehingga 0.7% dan apabila gugur kandungan peratus FFA meningkat kepada 1%
selama 24 jam dan terus meningkat sebanyak 0.9% setiap hari. Oleh itu, kegagalan dalam
mengutip buah lerai akan menyebabkan kualiti minyak sawit terjejas.

Sistem pembajaan yang baik dan teratur dengan kuantiti dan keperluan pembajaan setiap
peringkat umur pokok perlu diberi keutamaan kerana asas kepada kesihatan pokok adalah melalui
pembajaan. Keperluan baja sebenar juga berbeza mengikut lokasi, umur pokok, jenis tanah, iklim
dan cara pengurusan. Kaedah pembajaan juga perlu dititikberatkan contohnya pokok yang
berumur kurang lima tahun baja perlu ditabur secara bulatan merangkumi keluasan rimbunan
daun manakala pokok dewasa lebih lima tahun akar-akar akan menjalar melewati kawasan
kedapatan zat makanan dan air. Oleh itu, baja perlu ditabur di tempat yang sama dan ditabur
seberapa luas kawasan yang boleh serta pelepah hendaklah dipotong dan diletakkan di tempat
yang sama. Kekurangan baja menyebabkan pokok tandan sawit menjadi kecil.

36
Pelaksana penggredan juga adalah faktor penting dalam memastikan buah digred sebelum
dihantar ke kilang. Pada peringkat ini, penyelia perlu memastikan setiap buah yang dituai
hendaklah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan seperti buah masak. Kegagalan dalam
menggred tandan sawit dengan baik akan menyebabkan kualiti minyak sawit terjejas. Selain itu,
penggredan perlu dilakukan bagi mengasingkan tandan sawit mengikut tahap kemasakan kerana
terdapat tandan yang kurang dalam menghasilkan minyak seperti tandan sawit kurang masak,
tandan kecil, dan banyak lagi. Namun demikian kaedah penggredan secara manual mempunyai
kelemahan seperti masa yang lama untuk merekod dan sering berlaku ketidaktepatan dalam
merekod buah dan ini mendatangkan kerugian kepada kilang. Oleh demikian, satu teknolgi telah
digunakan dalam merekod tandan buah sawit dengan berkesan dan cepat yang dikenali sebagai
PINFOLAM. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknologi ini amat membantu dalam
menggred tandan buah dengan berkesan dalam jangka masa yang singkat. Penggredan bukan
sahaja memastikan tandan baik dipilih tetapi mampu meningkatkan pendapatan ladang.

Bagi menghasilkan tanaman berkualiti baik dengan kandungan FFA 0.12% kajian
menunjukkan penuaian yang baik adalah faktor kepada penghasilan tanaman terbaik. Ketika
proses penuaian berlaku penuai hendaklah teliti dalam menuai tandan sawit masak kerana kerana
buah sawit masak adalah sangat lembut dan mudah tercalar. Kecuaian dan menyebabkan buah
sawit tercedera akan menyebabkan kandungan FFA dalam buah sawit akan meningkat. Penuai
memainkan peranan penting dalam memastikan hanya tandan yang mempunyai buah masak
sahaja dituai manakala buah belum masak tidak dituai kerana penuaian buah belum masak hanya
mengandungi kandungan minyak rendah berbanding buah masak. Buah sawit yang sudah dituai
hendaklah dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam kerana kandungan FFA akan meningkat 1%
dalam masa tersebut selepas dituai. Kegagalan dalam menghantar sawit ke kilang dalam pada hari
seterusnya menyebabkan kadar peningkatan FFA sebanyak 0.9% dan jelas menunjukkan kadar
FFA akan terus meningkat menyebabkan kualiti minyak berkurangan.

5.3 Cadangan

Selepas kajian dijalankan saya mendapati pelaksanaan dan pengurusan yang terdapat di
kawasan kajian adalah baik namun demikian masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki

37
terutamanya dalam penuaian kelapa sawit dan proses penggredan. Memandangkan terdapat
penuai yang tidak peka terhadap tandan yang perlu dituai dengan mengambil sambil lewa
penuaian sawit yang baik dan ini akan menimbulkan masalah penuaian dan penggredan sawit
sekali gus boleh menjejaskan kualiti sawit. Oleh demikian, Berikut merupakan cadangan dalam
penambahbaikan dan keberkesanan pengurusan ladang yang perlu dilaksanakan bagi memastikan
kerja-kerja penuaian dan penggredan berjalan dengan efisen dan efektif.

5.3.1 Geographic Information System

Sistem Maklumat Geografi adalah satu sistem maklumat yang direka untuk bekerja
dengan data yang mengandungi ruang atau berkoordinat geografi dan juga dikenali sebagai
sistem pangkalan data dengan kemampuan khusus untuk menangani data yang mempunyai ruang.
Sistem ini mampu untuk menghubungkan, menyusun dan melakukuan analisis data yang akan
menghasilkan keputusan kepada sesuatu permasalahan berkaitan geografi di ladang sawit secara
amnya.

Buah Tandan Segar dari pokok biasanya dituai pada peringkat kematangan yang optimum
bagi menghasilkan kualiti minyak yang terbaik. Sehingga kini penuai hanya menentukan
kematangan sawit berdasarkan penampilam warna dan bilangan buah lerai yang gugur di pokok
dan sering berlaku permasalahan kurag produktiviti kerana penuai perlu mencari BTS matang
sambil memikul galah pemotong. Hasil tuaian yang diperolehi juga perlu dikumpulkan di kilang
dan dan dikelaskan mengikut peringkat kematangan yang mematuhi piaiwan. Penggunaan sistem
ini hendaklah dimulakan pada permulaan pokok sawit ditanam sehingga penuaian dengan
menggunakan karma digital dalam tempoh lapan bulan. Pengunaan aplikasi komputer yang
dinamakan Tumbesaran dibangunkan bertujuan untuk mengurus imej digital BTS selain
memudahkan proses penyisihan imej digital. Imej yang diperolehi akan diproses menggunakan
teknik pemprosesan imej digital bagi mengenal pasti maklumat terkandung dalam warna yang
boleh dikaitkan dengan peringkat kematangan. Bagi menetukan kematangan sawit terdapat dua
jenis ruang warna yang dikaji selidik iaitu HSV (Hue, Saturation dan Value) dan RGB (Red,
Green dan Blue) dan bagi ruang warna HSV, hanya kompisisi Hue yang diambil kira bagi
mendapatkan maklumat kematangan (Norhanisah, 2016). Penyelidikan melalui sistem GIS juga
mamapu memetakkan lokasi BTS matang pada pokok dan peringkat kematangan.

38
Melalui sistem GIS pemetaan meliputi kawasan sawit matang dan sawit belum matang
boleh dilakukan. Melalui sistem ini perolehan maklumat adalah seperti keluasan kawasan yang
telah diukur, panjang jalan-jalan utama, jalan-jalan pertanian dan sungai serta data
sejarah historical data akan dimasukkan ke dalam pangkalan data GIS sehingga ke peringkat
sub-field bagi membantu pihak pengurusan mengawalselia, membuat anggaran bajet dan
membuat perancangan untuk menghasilkan keputusan yang lebih cepat dan tepat. Sistem GIS
yang dibekalkan kepada pihak ladang adalah Sistem GLUES General Land Use For Estate
System di mana pihak ladang akan mengemaskini data dari masa ke semasa dan mengeluarkan
laporan analisis prestasi ladang dan penambahbaikan.

39
Gambar 31: Pemetaan Digital GIS

Penyelidikan berkenaan turut menghasilkan peta Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang
memaparkan lokasi BTS matang pada pokok dan peringkat kematangan BTS.

Peta GIS itu mampu digunakan sebagai sistem sokongan kepada operasi penuaian dan
Model Penuaian bertujuan menjadikan proses penuaian berjalan pada kadar kematangan BTS
optimum selain mampu mengurangkan kerugian atas buah lerai yang tidak dikutip.

Kesimpulan

Penanaman pokok kelapa sawit memerlukan prosedur pemantauan yang baik terhadap
Buah Tandan Sawit. Prosedur yang baik dan perancangan serta pengurusan teratur adalah kunci
kejayaan kepada penanaman buah sawit yang berkualiti. Segala aspek dan analisis kajian yang
dijalankan perlu dititikkberatkan dan diambil perhatian sewajarnya berserta dengan cadangan
bagi tujuan pengurusan. Penanaman yang baik akan menghasilkan tuaian buah yang yang baik
dan ini membantu dalam meningkatkan pendapatan ladang seterusnya meningkatkan pendapatan
negara kerana sawit merupakan penyumbang utama kepada nilai perdagangan sawit mentah yang
mencecah jutaan ringgit bahkan penyumbang kepada penghasilan produk sampingan yang sangat
tinggi nilainya dalam kehidupan harian kita.

Segala permasalahan yang timbul dalam proses mendapatkan buah sawit yang baik
hendaklah diambil tindakan yang cepat dan sewajarnya bagi memastikan tidak berlaku kegagalan
dalam memperoleh minyak sawit yang baik. Pihak pengurusan perlu peka terhadap kesemua
faktor-faktor yang mendorong kepada terjejasnya kualiti buah agar tahap kualiti buah sentiasa
berada pada tahap yang baik.

Pentingnya pemerolehan kualiti sawit pada peringkat awal sehinggalah penuaian dan
pengekstrakan sawit kerana ingin memastikan sawit di Malaysia mempunyai kualiti sawit yang
baik yang boleh dijadikan sebagai aktiviti hiliran kepada perniagaan di Malaysia dan merupakan
potensi besar kepada aktiviti hiliran seperti makanan diproses, bio-diesel, dan bahan api untuk
generasi kedua dan oleokimia. Aktiviti hiliran menyumbang kepada jumlah pengeksportan ke luar
negara dan bagi memastikan kemampan industri sawit di Malaysia, adalah perlu untuk

40
mengenalpasti dan penyelikan dan pembangunan dilakukan dari semasa ke semasa bagi
memastikan Malaysia terus maju dalam industri sawit.

Lampiran

Gambar 2: Catch drain/ Parameter bank

41
Gambar 3: Tumbuhan Penutup Bumi

42
Gambar 8: En.Kathiravan Pengurus Ladang Baturong 1 (baju biru) memberikan penerangan
mengenai penggunaan PDR kepada Pengurus dan Pekerja Ladang Srimo

43
Gambar 10: Rekod yang Diambil Oleh Sistem PDR

44
Gambar 32: Kawasan kajian, Ladang Baturong 1

45
Borang 1: Rekod Harian Pungutan Buah

46
Borang 2: Laporan Harian Penggredan Buah

47
Borang: Rekod Harian Buah yang Dituai

48
Borang 4: Laporan Tugasan

Rujukan

49
Dawud (n.d) Jul 5,2007. Perbezaan Kualitatif Dan Kuantitatif. Retrieved at
http://berkarya.um.ac.id Efendi Arianto

Lembaga Pendaftaran dan Perlesenan Kelapa Sawit, PORLA (1997). Industri Kelapa Sawit di
Malaysia. Malaysia: Kementerian Perusahaaan Utama Malaysia.

Lembaga Pendaftaran dan Perlesenan Kelapa Sawit, PORLA (1996). Pengurusan dan
Penyelenggraan Tapak Semaian Bahan Tanaman Kelapa Sawit. Malaysia:
Kementerian Perusahaaan Utama Malaysia

Mohd Farif Asmadi (2015). Kesan Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit Terhadap Kualiti Air
Sungai. Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sabah.

Malaysia Palm Oil Board, (MPOB) (2003). Reviewed of the Malaysia Oil Palm Industry 2003,
Malaysia, Malaysia: Ministry of Primary Industries Malaysia.

Malaysia Palm Oil Council, (MPOC) (2013). Malaysian Palm Oil Interesting Insight Into
Nature, Golden Gift. Retreived at http://www.mpoc.org.my.

Norhanisah (2016). GIS Dalam Pengurusan Ladang Sawit Retrieved at


http://www.hmetro.com.my.

50

You might also like