Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINGGU 17

KHIDMAT KOMUNITI

TUJUAN KHIDMAT KOMUNITI

Tujuan Umum

1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti


2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di kalangan
beliau dan generasi baru.
3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan
masyarakat setempat
4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat
kepada masyarakat

Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema
tersebut, mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja
penambahbaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah;

1. Kejiranan
Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk di
kawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang, rumah
pangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain.

2. Perkhidmatan sosial
Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan,
perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institute, pertubuhan kerajaan
ataupun badan bukan kerajaan.

3. Alam sekitar
Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan
pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.
4. Kemudahan awam
Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti
taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan,
tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain.

5. Penempatan di agensi kerajaan


Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara dan
peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi
agensi-agensi tersebut.

Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru

Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan

Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam


Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar
sekolah

Program khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberi


pendedahan kepada guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkup
Institut masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus
yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.

Dalam sukatan pelajaran bagi GERKO unit beruniform semester 4, kesemua guru
pelatih pada semester ini wajib untuk menjalankan program khidmat komuniti bagi
syarat wajib lulus. Ia bermula dengan memberi cadangan, perancangan tarikh dan
tempat, menghalusi serta membentangkan cadangan program di hadapan pensyarah.
Program ini merupakan satu platform kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan
kemahiran komunikasi dan jaringan interaksi sesama sendiri, antara guru pelatih dan
pensyarah, jabatan dan institusi serta dengan masyarakat luar selari dengan
kepentingan menguasai soft skills di kalangan guru pelatih.
Tujuan Pelaksanaan Khidmat Komuniti:

1. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan selepas


program dilaksanakan
2. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih
3. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan
objektif umum kursus.
4. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat yang
tinggal di pedalaman
5. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam
pengurusan pentadbiran pendidikan.
6. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan modal
insan di era globalisasi
7. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi memperkasakan
pembangunan sistem pendidikan negara.
8. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru
9. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.

You might also like