Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SK AYER KEROH

MELAKA

OLEH :
PN ATIFAH BINTI TUMIN
GURU PENYELARAS PERPUSTAKAAN
TAJUK :

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2015

MATLAMAT:

Kem membaca dijalankan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid
khususnya dan masyarakat amnya untuk menanam sifat gemar dan minat membaca.
Sehubungan dengan itu, program ini juga menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan program ini dan merealisasikan perancangan
Transformasi Pendidikan Daerah yang menjalankan Dasar Murid Membaca 60 Buku Setahun
mulai tahun 2014.

OBJEKTIF:

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dalam kalangan murid dan


guru.
Memupuk minat dan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah.
Meningkatkan tahap pembacaan kalangan kalangan murid.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.

MAKLUMAT PROGRAM:

Tarikh / Hari : 21,22 dan 23 April 2015


Masa : Sesi persekolahan
Tempat : Dataran Perhimpunan, Bilik Darjah,Kantin, PSS
Kerjasama : Panitia Bahasa Malaysia
Tema : Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia
KPI : 15 orang capai 60 buku setahun
Sasaran : Semua warga Sk Ayer Keroh

AJK INDUK
Pengerusi : Pn. Rahimah binti Abdul Rasid
Guru Besar SK. Ayer Keroh

Naib Pengerusi 1 : En. Bobby Wee Teck Seng


GPK Akademik

Naib Pengerusi 2 : En. Abdul Razak bin Rashidin


GPK HEM

Naib Pengerusi 3 : En. Matmor bin Maryadi


GPK KOkurikulum

Penyelaras : Pn. Norzilah binti Marjan


Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Setiausaha : Pn Atifah binti Tumin


Penyelaras Perpustakaan
AJK
Semua Guru Bahasa Malaysia
Semua JKPSS
Pengawas PSS
PELAKSANAAN DAN CADANGAN AKTIVITI BERSAMA

A. PUSAT SUMBER SEKOLAH

BIL AKTIVITI TARIKH LOKASI


1 JUALAN MAJALAH 21 APRIL PERPUSTAKAAN
2015
2 PINJAMAN BUKU 21 APRIL PERPUSTAKAAN
2015
3 PERTANDINGAN MEWARNA 21 APRIL BILIK DARJAH
2015

4 JUALAN MAJALAH 22 APRIL PERPUSTAKAAN


2015
5 PINJAMAN BUKU 22 APRIL PERPUSTAKAAN
2015
6 MEMBACA 10 MINIT 22 APRIL DATARAN
2015 PERHIMPUNAN

7 JUALAN MAJALAH 23 APRIL PERPUSTAKAAN


2015
8 PINJAMAN BUKU 23 APRIL PERPUSTAKAAN
2015
9 BACA LANCAR 23 APRIL PERPUSTAKAAN
2015

B. PANITIA BAHASA MALAYSIA

TAHUN AKTIVITI GURU TERLIBAT

Tulisan kemas dan cantik Pn. Iza Suriana Suhaimi


TAHUN 1
Bercerita secara berkumpulan Pn. Kartini Md Yasin

Menyalin pantun secara kreatif Pn. Marinah Othman


TAHUN 2
Melafaz pantun Pn. Rafidah Gimin

Membina perkataan Pn. Nurul Athirah Saad


TAHUN 3
Menyusun huruf menjadi perkataan Pn. Noraini Hashim

Membuat penanda buku En. Azahar Hashim


TAHUN 4
Bas perpustakaan bergerak PERPUSTAM En. Abd Razak Rashidin

Sketsa P. Ramlee Pn. Zurina Meri


TAHUN 5
Lawatan ke PERPUSTAM Pn. Norzilah Marjan

Buku skrap En. Abd Kadir Emok


TAHUN 6
Deklamasi puisi Pn. Samsiah Wadio

Gimik Pn. Iza Suriana Suhaimi


Pn. Rossini A.Rafper
(Prasekolah) Pn. Kartini Md Yassin
Pn. Nordiana Anuar
PELANCARAN Pn. Adlina Awang
Pn. Zurina Meri

Pengacara Pn. Salamah Mohamad

Persembahan Pendidikan Khas En. Hashim Salleh

SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

A) Sumber Kewangan dari Pusat Sumber Sekolah

Bil Perkara Jumlah RM


1 Hadiah untuk pertandingan mewarna RM 60.00
Tahap 1 dan Tahap 2
2 Cenderahati RM 50.00
3 Bunting Pelancaran RM 80.00
JUMLAH BESAR RM 190.00

IMPAK PROGRAM

a) Mendapat kerjasama daripada AJK Induk untuk menjayakan Kem Membaca 1


Malaysia serta panitia Bahasa Malaysia.
b) Murid dapat mengisi masa lapang sebelum perhimpunan pagi dengan membaca buku.
c) Murid mendapat ilmu tambahan dengan membaca buku sebelum masuk ke dalam
bilik darjah.
d) Murid menunjukkan kemahiran membaca bahan bacaan Bahasa Malaysia dengan lancar.
e) Murid mendapat pendedahan awal mengenai resensi buku.
f) Memotivasikan murid tampil kehadapan khalayak ramai semasa pelaksanaan aktiviti
panitia Bahasa Malaysia.
g) Mengaplikasikan elemen merentas kurikulum iaitu keusahawanan semasa proses jual beli
majalah.
h) Menggalakkan murid meminjam bahan buku daripada perpustakaan sekolah.

LAPORAN

Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia bagi tahun 2015 telah digabungkan bersama aktiviti
minggu panitia Bahasa Malaysia. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan mengikut tentatif yang
dirancang. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan seperti arahan surat
daripada Jabatan Pelajaran Negeri . Program ini telah dijalankan selama 3 hari iaitu bermula
dari 21 April 2015 sehingga 23 April 2015. Walaupun terdapat beberapa program lain pada
minggu yang sama pelaksanaan program KM1M, alhamdulillah ianya berjaya dilaksanakan
hasil kerjasama semua guru dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh . Antara program
bersama yang dilaksanakan pada minggu tersebut ialah Jom Membaca Bersama Untuk 10
Minit dan Minggu Panitia Bahasa Malaysia.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan guru dan murid di dalam bilik darjah, dataran
perhimpunan, kantin sekolah dan perpustakaan. Hasil pelaksanaan aktiviti tersebut
menunjukkan satu kerjasama yang baik diantara semua guru dan menghasilkan persembahan
murid yang menghiburkan semua pihak. Selain aktiviti membaca, terdapat aktiviti bercerita,
membaca puisi, berpantun dan lain-lain lagi. Pihak panitia Bahasa Malaysia telah menjemput
perpustakaan bergerak ke sekolah kami dan dapatan menunjukkan ia mendapat sambutan
semua murid. Pelaksanaan program KM1M bersama panitia Bahasa Malaysia telah
mewujudkan satu impak yang besar dimana murid mendapat faedah daripada aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

PENUTUP

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran
Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia
telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari segi
mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan warga Sekolah Kebangsaan
Ayer Keroh. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada panitia Bahasa Malaysia yang telah
memberikan kerjasama yang sangat baik menjalankan aktiviti bersama KM1M dan minggu
Bahasa Malaysia.

DOKUMENTASI BERGAMBAR
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.......................................................... ..................................................................
Puan Atifah binti Tumin Puan Rahimah binti Abdul Rasid
Guru Penyelaras Perpustakaan Guru Besar
Sk Ayer Keroh Sk Ayer Keroh

Tarikh : .....................................................

You might also like