Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor dituduh di Mahkamah Sesyen di sini

hari ini kerana menerima suapan wang tunai sejumlah RM 18,000.00.

Suziana Zamli, 33 yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah
Klang Selatan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa atas dua
pertuduhan menerima Rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(ASPRM) 2009.
Tertuduh didakwa memperoleh suapan berjumlah RM10,000 dan RM 8,000 untuk melepaskan tahanan
yang ditangkap dan direman oleh pihak polis kerana disyaki terbabit dalam kes dadah.
Pertuduhan pertama dibawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 tertuduh pada 6 Oktober 2011 lebih kurang
3.30 petang Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan,
Kelang, Selangor sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Inspektor Polis Diraja Malaysia, yang
bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah secara rasuah memperoleh suapan wang tunai
RM10,000 daripada Nurul Faranika Bakar sebagai dorongan untuk melepaskan Effendy Bakar yang
ditangkap dan direman PDRM kerana kesalahan memiliki dadah dibawah Sek 12(2) Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Pertuduhan kedua di bawah akta sama, beliau didakwa melakukan kesalahan pada 10 Oktober 2011
lebih kurang 12.20 tengah hari di pejabat Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah IPPD Klang Selatan, dalam Daerah Klang, Selangor telah
secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM8000.00 daripada individu sama sebagai dorongan
untuk melepaskan Effendy Bakar yang ditangkap dan direman PDRM kerana kesalahan memiliki dadah
dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hakim Tuan Asmadi Hussin, menetapkan 18 April sebagai tarikh sebutan semula dan wang jaminan
sebanyak RM 10,000.00 bagi kedua-dua pertuduhan. SPRM diwakili oleh Pegawai Pendakwa Mohd
Shukri Seman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-berita-pengumuman/1240-inspektor-polis-wanita-dituduh-

rasuah

You might also like