Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SK KAMPUNG SAWAI, DARO

19 MEI 2016

MEMO
JEMPUTAN MENGHADIRI SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH SK KAMPUNG SAWAI, DARO
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah SK Kampung
Sawai, Daro, dengan kerjasama PIBG, sangat berbesar hati
untuk menjemput tuan/puan menghadiri Majlis Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah yang akan berlangsung seperti butiran
berikut:
Masa : 0730 pagi -1200 tengahari
Tempat : SK Kampung Sawai, Daro
Tarikh : 23/5/2016 (Isnin)
Pakaian : Tidak Formal
2) Hasil daripada perbincangan pihak sekolah bersama PIBG
dalam Mesyuarat Sambutan Hari Guru bertarikh 17/5/2016
memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang hadir dikehendaki
untuk membawa juadah makanan masing-masing, atau lebih
dikenali sebagai Satu Keluarga, Satu Juadah. Jamuan besar-
besaran akan diadakan pada hari tersebut bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan di antara pihak sekolah dan ibu
bapa, di samping bersama-sama memeriahkan majlis yang akan
diadakan.
3) Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk hadir sama
dalam memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini amatlah
dihargai. Semoga majlis yang dirancang dapat dijalankan dengan
lancar dan meriah dengan kehadiran tuan/puan.

You might also like