ISl Minggu 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ISl Minggu 4

Lawat laman web yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sekolah. Kenal pasti aspek-aspek yang dominan dalam perkhidmatan tersebut. Cetat
bahan yang anda peroleh daripada laman web dan tuliskan rujukan laman web
tersebut.

BAHAGIAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Apa itu Perkhidmatan Kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses menolong yang profesional yang diberikan oleh
Kaunselor Berdaftar kepada klien yang memerlukan pertolongan.

Apakah Matlamat Perkhidmatan ini?

Memastikan kumpulan sasar efisien, efektif, produktif serta sejahtera melalui


perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan pelaksanaan program psikologi.

Apakah Objektif Perkhidmatan ini?

1. Membantu klien mengenalpasti kebolehan, minat, potensi dan keupayaan diri.


2. Membantu klien meneroka, menganalisis dan memahami diri serta masalah
sebenar.
3. Membantu klien memupuk, memperkembang dan memperkasa pengupayaan
kendiri yang positif.
4. Membantu memulih tingkah laku, kognitif dan emosi klien.
5. Merujuk klien ke agensi-agensi lain yang berkaitan dengan kes.

Apakah Fungsi Perkhidmatan ini?

Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (individu, kerjaya,


kelompok, keluarga dan perkahwinan) kepada kumpulan sasar Jabatan.
Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis/ trauma kepada wanita mangsa
keganasan seperti penderaan, keganasan rumahtangga, gangguan
seksual, keldai dadah, rogol, cabul, sumbang mahram, pemerdagangan orang
dan lain-lain.
Menyediakan perkhidmatan ujian psikologi seperti ujian personaliti, minat kerjaya,
stres dan lain-lain.
Merancang dan melaksanakan program pembangunan Modal Insan dan
kesejahteraan kendiri merangkumi aspek pencegahan, pemulihan dan
intervensi krisis.
Merancang dan melaksanakan program TOT untuk sukarelawan para kaunselor.
Melaksanakan program-program advokasi dan kesedaran bagi mencegah dan
menangani keganasan terhadap wanita.
Merancang, menyelaras dan mengurus profil rekod, statistik dan dokumentasi
perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan program psikologi.
Merancang, memantau dan menganalisis isu-isu dan keberkesanan
perkhidmatan dan program bimbingan, kaunseling dan psikologi.

Siapakah yang boleh Mendapatkan Perkhidmatan ini?

Bahagian ini menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi
masalah khususnya Ibu Tunggal, Wanita, Remaja, Keluarga, Mangsa keganasan,
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain.

Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan?

Bimbingan (individu, kelompok, kerjaya, keluarga, perkahwinan dan lain-lain)

Kaunseling Individu

Kaunseling Kerjaya

Kaunseling Kelompok

Kaunseling Keluarga

Kaunseling Perkahwinan

Kaunseling Krisis / Trauma

E-Kaunseling (Kaunseling atas talian)

Tele Kaunseling (Kaunseling melalui telefon)

Ujian Psikologi (Ujian Stres, Ujian Personaliti, Ujian Minat Kerjaya dan lain-lain)

Melaksana program Pembangunan Modal Insan, Transformasi Minda dan


Pengurusan Tekanan Emosi (Stres, Marah, Kebimbangan, Kemurungan dan
lain-lain)

Bagaimana untuk Mendapatkan Perkhidmatan ini?

Datang ke pejabat

Temujanji

Telefon

E-Kaunseling (www.mywanita.gov.my)

Rujukan
Adakah Maklumat Sesi Kaunseling akan Dirahsiakan?
Segala maklumat adalah dirahsiakan mengikut Kod Etika Kaunselor dan Akta
Kaunselor 1998 (Akta 580).

Adakah Perkhidmatan ini Dikenakan Bayaran?


Tidak. Perkhidmatan ini adalah percuma.
Bilakah Waktu Perkhidmatan Disediakan?
Isnin Jumaat: 8.30 pg 5.30 ptg

Siapakah Kaunselor Anda?


Senarai Kaunselor Berdaftar anda adalah seperti berikut:-

YM DR. RAJA KAMARIAH BINTI RAJA MOHD KHALID


Kaunselor Berdaftar: KB 01759, PA 05242
Emel: rajakamariah@jpw.gov.my

CIK YAP LAI KENG


MA (Kaunseling Psikologi) (UKM)
Kaunselor Berdaftar 00375
Emel: yap@jpw.gov.my

PUAN JAMILAH BINTI HAJI MOHD SALLEH


MA (Sains Kaunseling) (UUM)
KB, PA (03459)
Emel : jamilah@jpw.gov.my

CIK SHARIFAH BALQIS BINTI SYED IDRUS


BSc (Kaunseling) (USIM)
Kaunselor Berdaftar: KB 05263, PA 04582
Emel: balqis@jpw.gov.my

Rujukan
Portal My Wanita. (n.d.). Bahagian bimbingan dan kaunseling. Retrieved from
http://www.mywanita. gov. my/member/counselling/index

You might also like