Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 177

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBMS4203
Muzik Tradisional

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


HBMS4203
MUZIK TRADISIONAL
Pravina Manoharan
Mohd Azam Sulong
YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Pravina Manoharan


Mohd Azam Sulong
YM Raja Azuan Nahar Raja Adna
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penyederhana: Dr Hassan Abdullah


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Cetakan Pertama, Januari 2009


Hak Cipta Open University Malaysia (OUM), Oktober 2011, HBMS4203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xvi

Topik 1 Bahasa Muzik 1


1.1 Mengharmonikan Melodi Sepanjang Bar 2
1.1.1 Langkah-Langkah Mengharmonikan Melodi 2
1.1.2 Mengharmonikan Melodi 4 Bar Mengikut Peraturan
Harmoni 3
1.1.3 Menyemak Semula Harmoni Melodi Sepanjang 4 Bar
Berdasarkan Peraturan Harmoni 5
1.2 Mengharmonikan Melodi Sepanjang 8 Bar 6
1.2.1 Langkah-langkah Mengharmonikan Melodi Sepanjang
8 Bar 7
1.2.2 Mengharmonikan Melodi 8 Bar Mengikut Peraturan
Harmoni 7
1.2.3 Menyemak Semula Harmoni Berdasarkan Peraturan
Harmoni 8
1.3 Mengharmonikan Melodi Sepanjang 8 Bar Dengan 1 Modulasi 9
1.3.1 Langkah-Langkah Mengharmonikan Melodi Sepanjang
8 Bar dengan 1 Modulasi 10
1.3.2 Mengharmonikan Melodi Sepanjang 8 Bar Mengikut
Peraturan Harmoni 10
1.3.3 Menyemak Semula Harmoni Berdasarkan Peraturan
Harmoni 11
Rumusan 12
Kata Kunci 13
Rujukan 13

Topik 2 Muzik Apresiasi: Zaman Romantik 14


2.1 Latar Belakang Zaman Romantik 15
2.1.1 Ciri-ciri Muzik Zaman Romantik 16
2.1.2 Genre Vokal dan Instrumental 19
2.2 Komposer 21
2.2.1 Komposer-Komposer 26
2.2.2 Karya-karya 23
2.3 Menilai Karya-karya 24
Rumusan 26
Kata Kunci 26
Rujukan 27

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


iv ISI KANDUNGAN

Topik 3 Muzik Tradisional Muzik Rakyat 28


3.1 Kompang dan Rebana Ubi 29
3.1.1 Fungsi Kompang dan Rebana Ubi 30
3.1.2 Teknik dalam Permainan 31
3.1.3 Pengendalian Kumpulan 33
3.2 Tabla 34
3.2.1 Fungsi 35
3.2.2 Teknik dalam Permainan 35
3.2.3 Pengendalian Kumpulan 37
3.3 Gendagng 24 Musim 37
3.3.1 Fungsi 38
3.3.2 Teknik dalam Permainan 38
3.3.3 Pengendalian Kumpulan 39
Rumusan 40
Kata Kunci 42
Rujukan 42

Topik 4: Muzik Tradisional Muzik Sinkretik 43


4.1 Masri dan Joget 44
4.1.1 Latar Belakang 44
4.1.2 Rentak 45
4.1.3 Alat Muzik Iringan 45
4.2 Asli Dan Zapin 46
4.2.1 Latar Belakang 46
4.2.2 Rentak 47
4.2.3 Alat Muzik Iringan 48
4.3 Inang dan Keroncong 49
4.3.1 Latar Belakang 49
4.3.2 Rentak 50
4.3.3 Alat Muzik Iringan 50
4.4 Nasyid 51
4.4.1 Latar Belakang 51
4.4.2 Rentak 52
4.4.3 Alat Muzik Iringan 52
Rumusan 53
Kata Kunci 55
Rujukan 55

Topik 5 Muzik Tradisional Muzik Sinkretik 56


5.1 Ghazal 57
5.1.1 Latar Belakang 57
5.1.2 Rentak 58
5.1.3 Alat Muzik Iringan 58

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN v

5.2 Dondang Sayang 59


5.2.1 Latar Belakang 60
5.2.2 Rentak 60
5.2.3 Alat Muzik Iringan 61
5.3 Boria 62
5.3.1 Latar Belakang 62
5.3.2 Rentak 63
5.3.3 Alat Muzik Iringan 63
Rumusan 64
Kata Kunci 66
Rujukan 66

Topik 6 Muzik Tradisional: Muzik Klasik 67


6.1 Gamelan 68
6.1.1 Pengenalan Instrumen-instrumen Gamelan 73
6.1.2 Teknik Permainan 74
6.1.3 Kemahiran dalam Permainan Gamelan 74
6.2 Nobat 75
6.2.1 Pengenalan Instrumen-instrumen Nobat 75
6.2.2 Teknik dalam Permainan Nobat 78
6.2.3 Kemahiran dalam Permainan Nobat 80
Rumusan 81
Kata Kunci 82
Rujukan 82

Topik 7 Muzik Tradisional: Muzik Tarian 83


7.1 Muzik Sumazau dan Muzik Ngajat 84
7.1.1 Latar Belakang 84
7.1.2 Rentak 84
7.1.3 Cara Persembahan 85
7.2 Dabus dan Sewang 87
7.2.1 Latar Belakang 87
7.2.2 Rentak 88
7.2.3 Cara Persembahan Dabus dan Sewang 90
7.3 Muzik Tarian Singa 93
7.3.1 Latar Belakang 93
7.3.2 Rentak 94
7.3.3 Cara Persembahan 95
Rumusan 96
Kata Kunci 97
Rujukan 97

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


vi ISI KANDUNGAN

Topik 8 Muzik Tradisional: Muzik Popular Malaysia 99


8.1 Muzik Tradisional Malaysia 100
8.1.1 Muzik Klasik 100
8.1.2 Muzik Rakyat 100
8.1.3 Muzik Sinkretik (Acculturated) 101
8.2 Muzik Popular 102
8.3 Muzik Popular Malaysia 103
8.3.1 Muzik P. Ramlee 103
8.4 Muzik Hindustani 105
8.5 Muzik Dangdut 106
8.6 Muzik Jazz 107
8.6.1 Muzik Jazz di Malaysia 108
8.7 Muzik Rock and Roll 109
Rumusan 110
Kata Kunci 111
Rujukan 112

Topik 9 Perancangan Pengajaran Kemahiran Guru 113


9.1 Kemahiran Muzikal 114
9.1.1 Bermain Alat Muzik 114
9.1.2 Nyanyian 115
9.1.3 Kepekaan Muzikal 117
9.2 Pengetahuan Muzikal 119
9.2.1 Konsep Muzik 119
9.2.2 Sukatan Pelajaran dan Isi Kandungan KBSR 125
9.2.3 Pengetahuan Mata Pelajaran Muzik 127
9.3 Aspek Pedagogi 129
9.3.1 Aplikasi Teori Pembelajaran 129
9.3.2 Pendekatan dan Kaedah Khas dalam Pembelajaran
Muzik 132
9.3.3 Pengurusan Kelas 138
9.3.4 Pengurusan Aktiviti 140
Rumusan 141
Kata Kunci 142
Rujukan 142

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN vii

Topik 10 Perancangan Pengajaran Bahan Bantu Mengajar 143


10.1 Bentuk Bahan Bantu Mengajar 144
10.1.1 Bentuk Ikon 144
10.1.2 Bentuk Media 146
10.2 Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar 149
10.2.1 Kesesuaian dengan Tujuan dan Objektif Pengajaran 150
10.2.2 Kesesuaian dengan Tahap Pelajar 151
10.2.3 Kesesuaian dengan Saiz Pelajar 153
10.3 Daya Tarikan 153
10.3.1 Kepelbagaian Rangsangan 153
10.3.2 Warna 154
10.3.3 Strategi Penggunaan Bahan Bantu 154
Rumusan 156
Kata Kunci 157
Rujukan 157

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


viii ISI KANDUNGAN

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


ii X PANDUAN KURSUS

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBMS4203 Muzik Tradisional adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Sarjana Muda Pengajaran
dalam bidang Pendidikan Muzik dengan Kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xii X PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca modul dan menyiapkan latihan 70

Menghadiri lima sesi tutorial pada kadar 2 jam setiap sesi 10

Perbincangan atas talian 6

Menyiapkan tugasan 24

Ulang kaji 10

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengharmonikan melodi dengan modulasi;
2. Mengenal pasti ciri-ciri muzik dalam zaman Romantik di dunia Barat;
3. Mengenal pasti ciri-ciri muzik traditional Malaysia; dan
4. Mengenal pasti perancangan untuk P & P dari aspek kemahiran guru
dan BBM.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini mengandungi 10 topik seperti berikut:

Topik 1 membincangkan satu espek penting dalam Bahasa Muzik iaitu Harmoni
Setiap subtopik membincangkan cara-cara untuk mengharmonikan melodi.
Subtopik yang pertama mengajar anda untuk mengharmonikan melodi 4 bar.
Subtopik yang kedua pula mengajar anda untuk mengharmonikan melodi 8 bar
dan akhir sekali subtopik yang terakhir mengajar anda untuk mengharmonikan
melodi 8 bar yang mempunyai 1 modulasi.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xiii

Topik 2 membincangkan suatu era yang amat popular dalam muzik klasik Barat.
Era tersebut adalah Zaman Romantik. Setiap subtopik dalam Topik 2 ini
membincangkan espek-espek penting dalam Zaman ini. Dalam Subtopik yang
pertama, anda diperkenalkan kepada latarbelakang dan sejarah Zaman
Romantik. Subtopik ini merangkumi, ciri-ciri penting Zaman Romantik dan
genre-genre vokal dan instrumental dalam zaman ini. Zaman Romantik telah
menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terkenal dalam sejarah
muzik Klasik Barat. Akhir sekali anda akan mempelajari teknik-teknik penting
yang digunakan untuk menganalisis skor lagu. Setiap contoh skor yang diberi
menganalisis skor tersebut mengikut elemen-elemen muzik yang penting.
Gunakan contoh analisis yang diberi sebagai panduan untuk anda menganalisa
skor muzik lain.

Topik 3 membincangkan muzik tradisional di Malaysia. Setiap subtopik


membincangkan empat jenis alat perkusi yang digunakan dalam persembahan
muzik tradisional di Malaysia. Subtopik pertama membincangkan dua alat
perkusi Melayu iaitu Kompang dan Rebana Ubi. Topik ini meliputi fungsi,
teknik permainan dan cara pengendalian kumpulan Kompang dan Rebana Ubi.
Subtopik yang kedua membincangkan fungsi, teknik permainan dan
pengendalian kumpulan untuk Tabla yang merupakan sebuah alat perkusi
India. Gendang 24 Musim adalah alat perkusi China. Alat perkusi ini menjadi
topik perbincangan dalam subtopik terakhir untuk Topik 3.

Tiga daripada empat subtopik dalam Topik 4 ini adalah mengenai tarian-tarian
Melayu yang terkenal. Subtopik yang terakhir membincangkan tentang
nyanyian Nasyid. Dalam tiga subtopik yang pertama, anda akan diperkenalkan
kepada latar belekang, rentak dan alat muzik iringan untuk beberapa tarian
melayu. Subtopik pertama membincangkan tarian Masri dan Joget. Dalam
Subtopik yang kedua pula, anda akan diperkenalkan kepada dua tarian Melayu
lain iaitu asli dan zapin. subtopik ini juga membincangkan latarbelakang, rentak
dan alat muzik iringan untuk tarian asli dan zapin. tarian inang dan muzik
keroncong menjadi topik perbincangan dalam subtopik ketiga.

Topik 5 meliputi tiga komponen yang utama dalam genre vokal muzik Melayu.
Topik pertama adalah mengenai nyanyian Ghazal yang dipopularkan di Negeri
Johor. Dondang Sayang adalah topik perbincangan dalam subtopik yang kedua.
Subtopik terakhir pula adalah mengenai nyanyian boria yang menjadi popular
di negeri Pulau Pinang. Dalam setiap subtopik, anda akan diperkenalkan kepada
latar belakang, rentak dan alat muzik iringan yang digunakan untuk mengiringi
lagu-lagu vokal tersebut.

Topik 6 berkaitan dengan muzik tradisional khasnya muzik daripada kategori


klasik istana. Dua jenis persembahan tersebut adalah gamelan dan nobat. Aspek-
aspek yang didedahkan adalah pengenalan kepada instrumen-instrumen yang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xiv X PANDUAN KURSUS

digunakan, teknik dan kemahiran dalam permainan dalam ensembel gamelan


dan nobat.

Melalui Topik 7 pelajar-pelajar akan mengetahui muzik tradisional yang


digunakan dalam mengiringi tarian-tarian di Malaysia. Antara muzik tarian
yang akan dikupaskan adalah muzik tarian sumazau, tarian ngajat, tarian dabus,
tarian sewang dan tarian singa. Aspek-aspek yang dititikberatkan adalah latar
belakang, rentak dan cara persembahan.

Topik 8 akan menyentuh tentang muzik tradisional dan muzik popular


Malaysia. Antara genre muzik yang diperkenalkan adalah muzik Tan Sri Dr P.
Ramlee, muzik; Hindustani, muzik dangdut, muzik nasyid kontemporari, muzik
jazz dan rock n roll. Aspek-aspek akan dikupas adalah pengenalpastian,
penganalisaan dan penilaian karya-karya yang dipilih.

Topik 9 berkaitan dengan perancangan pengajaran yang menjurus kepada


kemahiran guru. Dalam aspek kemahiran muzikal, aspek yang ditekankan
adalah permainan alat, menyanyi dan kepekaan muzikal. Aspek pengetahuan
pula lebih menekankan kepada konsep muzik, sukatan pelajaran dan isi
kandungan serta pengetahuan mata pelajaran muzik. Aspek seterusnya adalah
aspek pedagogi yang memperincikan berkaitan dengan aplikasi teori
pembelajaran, pengurusan kelas dan pengurusan aktiviti.

Dalam Topik 10, pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai perancangan


pengajaran yang bersangkutan dengan bahan bantu mengajar (BBM). Aspek
yang ditekankan adalah aspek bentuk: ikon, media dan skor, aspek kesesuaian:
tujuan atau objektif, tahap pelajar dan saiz, dan aspek daya tarikan: kepelbagaian
rangsangan, warna dan strategi penggunaan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu
anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xv

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xvi PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap
pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Bahasa Muzik
1
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengharmonikan melodi 4 bar;
2. Menyemak semula harmonisasi melodi 4 bar berdasarkan peraturan
harmoni;
3. Mengharmonikan melodi 8 bar;
4. Mengharmonikan melodi 8 bar mengikut peraturan harmoni;
5. Mengharmonikan melodi 8 bar dengan 1 modulasi; dan
6. Menyemak semula harmonisasi melodi berdasarkan peraturan
harmoni.

X PENGENALAN
Mengharmonikan sesebuah melodi adalah kebolehan muzikal yang amat
penting. Penulisan harmoni adalah penting kerana ia dapat membantu anda
untuk menulis suara-suara yang lain untuk satu melodi yang asas. Jika anda
mempunyai kemahiran yang asas untuk menulis harmoni, anda boleh
menggunakan kemahiran ini untuk menulis suara harmoni yang boleh
digunakan untuk nyanyian. Sebagai contoh anda boleh membahagikan melodi
Geylang Si Paku Geylang untuk dinyanyikan oleh dua atau tiga suara yang
berlainan. Untuk berbuat demikian, anda perlu mengetahui langkah-langkah dan
peraturan-peraturan tentang penulisan harmoni yang baik.

Dalam topik ini anda akan belajar cara-cara untuk mengharmonikan melodi 4 bar
dan melodi 8 bar. Anda akan diperkenalkan kepada langkah-langkah dan
peraturan harmoni yang perlu diikuti apabila mengharmonikan sesebuah
melodi.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

1.1 MENGHARMONIKAN MELODI SEPANJANG


4 BAR
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk mengharmonikan
melodi sepanjang 4 bar. Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil
kira sebelum anda mula mengharmonikan sebarang melodi.

1.1.1 Langkah-langkah Mengharmonikan Melodi


Dalam bahagian ini kita akan mempelajari langkah-langkah penting yang harus
diambil kira sebelum mengharmonikan sebuah melodi sepanjang 4 bar. Antara
langkah-langkah tersebut adalah:
(i) Kenal pasti nada lagu tersebut.
(ii) Pastikan anda mengetahui kord-kord yang boleh digunakan dan tidak
boleh digunakan dalam nada tersebut.
(iii) Sebelum mengharmonikan sesebuah melodi tentukan kord dalam bar
tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengenalpasti jenis harmoni
yang sesuai.
(iv) Pada amnya, dalam satu melodi yang mudah, satu bar akan mempunyai
satu kord.
(v) Jenis harmoni yang paling mudah adalah harmoni major ke 3.
(vi) Dalam harmoni ini, jeda di antara baris melodi dan harmoni berada pada
jarak jeda ke 3.
(vii) Jeda lain yang boleh digunakan adalah jeda ke 5, tetapi pastikan anda tidak
menggunakan jeda ini secara berterusan kerana ia akan menghasilkan
parallel 5th yang merupakan pergerakkan harmoni yang kurang sesuai.
(viii) Barisan suara harmoni yang baik selalunya akan berada di bawah suara
melodi.
(ix) Barisan suara melodi harus sentiasa berada di atas. Ini adalah untuk
memastikan bahawa suara melodi sentiasa boleh didengar dengan jelas
dan tidak akan ditindih oleh suara harmoni.
(x) Akhir sekali pastikan harmoni yang anda tulis sedap didengar dan
mempunyai pergerakkan yang licin.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 3

1.1.2 Mengharmonikan Melodi 4 Bar Mengikut


Peraturan Harmoni
Sebelum anda mula mengharmonikan sesebuah melodi, anda perlu faham
peraturan harmoni terlebih dahulu. Antara peraturan harmoni yang penting
adalah pergerakkan selari ke 5 (parallel 5th), ke 6 dan ke 8. Dua not bersebelahan
yang mempunyai parallel ke 5, ke 6 atau ke 8 adalah teknik harmonisasi yang
kurang baik dan ia adalah tidak digalakkan. Dalam penulisan harmoni,
pergerakkan selari ke 5, ke 6 dan ke 8 harus dielakkan kerana ia menghasilkan
bunyi harmoni yang kurang sedap didengar. Jika anda telah menggunakan jeda
ke 5, ke 6 atau ke 8 untuk bahagian harmoni yang pertama, pastikan bahawa
anda tidak mengulangi pergerakkan harmoni tersebut untuk not melodi yang
seterusnya. Ini akan menghasilkan jeda selari yang bertentangan dengan
peraturan harmoni.

Contoh pergerakkan harmoni parallel ke 5, ke 6 dan ke 8 yang bertentangan


dengan peraturan harmoni adalah:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

Gunakan petanda parallel ke 5, 6 dan 8 yang ditunjukkan di atas sebagai panduan


untuk menyemak penulisan harmoni anda. Jika harmoni anda mempunyai mana-
mana parallel ini, anda harus menukar not harmoni kepada not yang lain
daripada kord tersebut.

Setelah anda memahami langkah-langkah dan peraturan yang perlu diikuti


semasa mengharmonikan sesebuah melodi, anda kini boleh memulakan latihan
mengharmonikan melodi sepanjang 4 bar. Skor-skor di bawah menunjukkan
melodi sepanjang 4 bar yang telah diharmonikan untuk anda. Perhatikan
pergerakkan harmoni yang digunakan. Harmoni yang digunakan haruslah
bersesuaian dengan kord dalam bar tersebut. Dalam skor 1 dan 2 not-not yang
menghala ke atas adalah bahagian melodi manakala not-not yang menghala ke
bawah adalah bahagian harmoni.

Skor 1

Dalam Skor 1 di atas, perhatikan bahawa harmoni yang digunakan adalah pada
jeda ke 3. Hanya harmoni pada detik terakhir dalam bar 4 berada pada jeda ke 4
dan jeda pada bar terakhir berada pada jeda ke 6. Elakkan menulis harmoni yang
mempunyai jeda yang terlalu besar seperti jeda ke 7, ke 8 dan sebagainya. Jeda ke
8 boleh digunakan untuk mengakhiri sesebuah frasa. Elakkan daripada
menggunakan jeda ke 8 di tengah-tengah sesebuah melodi. Detik kedua dalam bar
1 mempunyai not yang sama. Ini adalah sejenis harmoni di mana suara melodi dan
suara harmoni mempunyai not yang sama.

Skor 2 di bawah adalah satu lagi contoh melodi yang telah diharmonikan.

Skor 2

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 5

Latihan 1
Cuba harmonikan melodi sepanjang 4 bar yang diberi.

Latihan 2
Cuba harmonikan melodi sepanjang 4 bar yang diberi.

Latihan 3
Cuba harmonikan melodi sepanjang 4 bar yang diberi.

1.1.3 Menyemak Semula Harmoni Melodi Sepanjang


4 Bar Berdasarkan Peraturan Harmoni
Selepas anda menulis bahagian harmoni untuk sesebuah melodi, anda seterusnya
menyemak harmoni tersebut. Ini adalah untuk memastikan bahawa harmoni
yang ditulis mengikut peraturan harmoni dengan betul dan adalah sesuai
dengan melodi yang diberi.

Skor 3 dan 4 di bawah mempunyai melodi yang sama. Tetapi harmoni mereka
adalah berbeza. Berdasarkan pengetahuan anda tentang peraturan harmoni,
bolehkah anda menentukan corak harmoni yang betul?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

AKTIVITI 1.1

Cuba anda semak semula melodi yang diberi di bawah dan tentukan
sama ada harmoni yang ditulis adalah bersesuaian dengan melodi
yang diberi. Tandakan parallel ke 5, ke 6 atau ke 8 pada skor. Di
antara harmoni pada skor 3 dan 4, yang manakah mempunyai corak
harmoni yang lebih sesuai dengan melodi yang diberi?

Skor 3

Skor 4

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Nyatakan langkah-langkah penting yang harus diikuti semasa


mengharmonikan melodi sepanjang 4 bar.
2. Mengapakah parallel ke 5, ke 6 dan ke 8 tidak boleh digunakan?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 7

1.2 MENGHARMONIKAN MELODI SEPANJANG


8 BAR
Dalam bahagian ini, kita akan mengharmonikan melodi yang lebih panjang iaitu
sepanjang 8 bar. Cara-cara untuk mengharmonikan melodi 8 bar adalah sama
dengan melodi 4 bar. Bahagian harmoni tidak semestinya ditulis untuk setiap
not melodi. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menulis bahagian
harmoni untuk menyokong bahagian melodi.

1.2.1 Langkah-langkah Mengharmonikan Melodi


Sepanjang 8 Bar
Langkah-langkah yang digunakan untuk mengharmonikan melodi sepanjang 8
bar adalah sama dengan langkah-langkah yang digunakan untuk
mengharmonikan melodi sepanjang 4 bar. Perbezaannya hanya wujud pada
panjang melodi yang hendak diharmonikan.
(i) Kenal pasti nada lagu tersebut.
(ii) Pastikan anda mengetahui kord-kord yang boleh digunakan dan tidak
boleh digunakan dalam nada tersebut.
(iii) Sebelum mengharmonikan sesebuah melodi tentukan kord dalam bar
tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengenalpasti jenis harmoni
yang sesuai.
(iv) Pada amnya satu bar akan mempunyai satu kord.
(v) Jenis harmoni yang paling biasa digunakan adalah harmoni major ke 3 dan
major ke 6.
(vi) Dalam harmoni ini, jeda di antara baris melodi dan harmoni berada pada
jarak jeda ke 3 atau jeda ke 6.
(vii) Jeda lain yang boleh digunakan adalah jeda ke 5. Tetapi pastikan anda
tidak menggunakan jeda ini secara berterusan kerana ia akan
menghasilkan parallel 5th yang merupakan pergerakkan harmoni yang
kurang sesuai.
(viii) Suara harmoni yang baik selalunya akan berada di bawah suara melodi.
(ix) Baris suara melodi sentiasa harus berada di atas. Ini adalah untuk
memastikan bahawa suara melodi sentiasa boleh didengar dengan jelas
dan tidak akan ditindih oleh suara harmoni.
(x) Akhir sekali pastikan harmoni yang anda tulis sedap didengar dan
mempunyai pergerakkan yang licin.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

1.2.2 Mengharmonikan Melodi 8 Bar Mengikut


Peraturan Harmoni
Dalam mengharmonikan melodi sepanjang 8 bar, pastikan anda mengikuti
peraturan yang sama dengan pengharmonian melodi 4 bar. Pergerakkan parallel
ke 5, ke 6 dan ke 8 juga tidak boleh digunakan apabila mengharmonikan melodi
8 bar. Perhatikan melodi pada skor 5 di bawah,

S
Skor 5

Latihan 4
Tuliskan bahagian harmoni untuk melodi yang diberi.

1.2.3 Menyemak Semula Harmoni Melodi


Berdasarkan Peraturan Harmoni
Berdasarkan pengetahuan anda tentang peraturan harmoni, bolehkah anda
menentukan corak harmoni yang betul?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 9

Latihan 5

Cuba anda semak semula melodi yang diberi di bawah dan tentukan sama ada
harmoni yang ditulis adalah bersesuaian dengan melodi yang diberi. Tandakan
(//) pada skor 6 dan 7 jika anda mendapati terdapat parallel ke 5, ke 6 atau ke 8.

Skor 6

Skor 7

1.3 MENGHARMONIKAN MELODI SEPANJANG


8 BAR DENGAN 1 MODULASI
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari cara untuk mengharmonikan melodi yang
mempunyai modulasi di dalam 8 bar. Modulasi adalah pergerakkan nada dalam satu
bahagian melodi atau lagu. Cuba mainkan melodi dalam skor 8 di bawah, bolehkah
anda mendengar modulasi yang berlaku? Nada asal lagu ini adalah Bb Major. Tetapi
bermula dari detik ke 2 dalam bar 2 nada lagu ini bertukar ke C Minor. Perhatikan
bahawa dalam bar-bar seterusnya not B natural dan Ab menandakan nada C Minor.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

Skor 8

1.3.1 Langkah-Langkah Mengharmonikan Melodi


Sepanjang 8 Bar dengan 1 Modulasi
Apabila anda mengharmonikan sesebuah melodi yang panjang,
berkemungkinan melodi tersebut akan mempunyai modulasi di dalamnya. Anda
perlu berhati-hati dan peka untuk menentukan bahagian lagu yang telah
mempunyai modulasi nada. Antara langkah-langkah yang perlu diambil kira
adalah:
(i) Perhatikan nada lagu
(ii) Perhatikan tanda kromat terdapat dalam melodi lagu tersebut.
(iii) Tentukan sama ada tanda kromat yang digunakan bersesuaian dengan
nada asal lagu.
(iv) Jika terdapat perubahan tanda kromat, ia tidak semestinya bermaksud
nada lagu tersebut telah berubah.
(v) Anda perlu memastikan bahawa not tersebut mempunyai tanda kromat
yang sama secara konsisten untuk beberapa bar.
(vi) Jika not tersebut mempunyai tanda kromat yang sama secara berterusan,
besar kemungkinan nada lagu tersebut telah berubah.

1.3.2 Mengharmonikan Melodi Sepanjang 8 Bar


Mengikut Peraturan Harmoni
Perhatikan melodi-melodi dalam skor-skor di bawah. Bolehkah anda
menentukan perubahan nada untuk melodi tersebut? Nada asal lagu ini adalah
C Major. Not Bb dalam bar 5 tidak terdapat dalam skel nada C Major. Not ini
adalah tanda kromat dalam nada F Major. Maka dalam bar ke 5, nada lagu telah
bertukar ke nada F Major. Modulasi dalam melodi di bawah bermula dari bar 5.
Maka apabila anda mengharmonikan melodi dalam skor di bawah, pastikan
harmoni yang ditulis berpatutan dengan nada dan kord dalam bar tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 11

Skor 9

Dengan menggunakan peraturan harmoni yang betul, harmonikan melodi


dalam skor di bawah.

Skor 10

1.3.3 Menyemak Semula Harmoni Melodi


Berdasarkan Peraturan Harmoni
Berdasarkan pengetahuan anda tentang peraturan harmoni, bolehkah anda
menentukan corak harmoni yang betul?

Latihan 6
Cuba anda semak semula melodi yang diberi di bawah dan tentukan sama ada
harmoni yang ditulis adalah bersesuaian dengan melodi yang diberi. nada asal
melodi di bawah adalah D Minor tetapi bermula dari bar ke 5, nada melodi ini
bertukar kepada F Major.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


12 X TOPIK 1 BAHASA MUZIK

Latihan 7
Tentukan sama ada melodi di bawah menggunakan harmoni yang betul. Nada
asal melodi ini adalah Eb Major. Bolehkah anda menentukan modulasi
melodi ini?

Mengharmonikan sesebuah melodi adalah skil muzikal yang amat penting.


Penulisan harmoni adalah penting kerana ia dapat membantu anda untuk
menulis suara-suara yang lain untuk satu melodi yang asas.
Terdapat beberapa langkah-langkah penting yang harus diikuti sebelum
anda mula mengharmonikan sesebuah melodi.
Antara peraturan harmoni yang penting adalah pergerakkan parallel ke 5, ke
6 dan ke 8 harus dielakkan.
Dua not bersebelahan yang mempunyai parallel ke 5, ke 6 atau ke 8 adalah
teknik harmonisasi yang salah dan ia adalah tidak digalakkan.
Dalam penulisan harmoni, pergerakkan parallel ke 5, ke 6 dan ke 8 harus
dielakkan kerana ia menghasilkan bunyi harmoni yang kurang sedap
didengar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 BAHASA MUZIK W 13

Selepas anda menulis harmoni untuk sesebuah melodi, anda harus


menyemak semula harmoni tersebut dan memastikan harmoni yang ditulis
mengikut peraturan harmoni yang betul.
Apabila mengharmonikan melodi yang panjang, tentukan sama ada melodi
tersebut mempunyai modulasi atau tidak.
Modulasi akan menukarkan nada sesebuah lagu atau melodi.
Penulisan harmoni juga akan berubah apabila modulasi berlaku.

Melodi 4 Bar Paralell 8th


Melodi 8 Bar Parallel 5th
Paralell 6th

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran


pendidikan muzik rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik
2 Apresiasi:
Zaman
Romantik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sejarah latar belakang zaman romantik;
2. Mengenal gaya, ciri-ciri dan bentuk muzik zaman romantik;
3. Mengenal pasti komposer-komposer zaman romantik mengikut
kronologi;
4. Menyenaraikan beberapa karya daripada zaman romantik; dan
5. Menganalisis karya zaman romantik daripada segi nada lagu, tekstur
dan instrumentasi.

X PENGENALAN
Zaman romantik adalah zaman yang wujud selepas zaman klasikal. Zaman
romantik bermula sekitar tahun 1815 dan berakhir sekitar tahun 1910. Muzik
dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri yang penting seperti bentuk muzik
yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Ciri-ciri inilah yang
membezakan zaman romantik daripada zaman-zaman yang lain.

Dalam bab ini, anda akan diperkenalkan kepada asal usul zaman romantik. Kita
akan membincangkan ciri-ciri penting dalam zaman romantik bermula dengan
latar belakang zaman ini. Anda juga akan mempelajari gaya komposis zaman ini
dan komposer-komposer terkenal pada zaman ini. Akhir sekali kita akan
mempelajari cara-cara dan teknik-teknik penting yang digunakan untuk
menganalisis dan menilai karya-karya daripada zaman ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 15

2.1 LATAR BELAKANG ZAMAN ROMANTIK


Zaman romantik berlangsung kurang daripada satu kurun iaitu daripada tahun
1815 ke 1910. tetapi dalam tempoh yang singkat ini, komposer-komposer zaman
romantik telah menggubah karya-karya muzik yang amat popular yang
dipermainkan dan diperdengarkan sehingga ke hari ini.

Kemunculan zaman romantik disebabkan oleh beberapa faktor atau pengaruh


luaran. Tetapi faktor utama yang membawa kepada kemunculan zaman
romantik adalah; Revolusi Perancis yang bermula pada tahun 1789 dan berakhir
pada tahun 1794.

Disebabkan pengaruh revolusi perancis, kebanyakkan daripada komposer dari


zaman klasik (zaman sebelum zaman romantik) menggangap revolusi Perancis
sebagai agen perubahan. peranan pemuzik yang dulunya adalah untuk bekerja
untuk gologan berada telah berubah dalam zaman romantik.

Komposer-komposer pada zaman romantik mula menolak ide-ide zaman klasik


yang mempunyai banyak ciri daripada zaman sebelumnya iaitu zaman barok.
disebabkan pengaruh daripada revolusi Perancis, kebanyakkan komposer pada
zaman romantik berpendapat bahawa perubahan harus berlaku dalam muzik.

Pengaruh daripada revolusi Perancis telah menggalakkan komposer-komposer


zaman romantik mempraktikan pemikiran terbuka (open mindedness). zaman
ini memperlihatkan banyak komposer yang cuba menyatakan atau
mengekspresikan perasaan mereka secara terbuka dalam karya-karya mereka.
setiap komposisi daripada zaman romantik mempunyai ciri-ciri unik yang
merupakan bayangan komposer tersebut. setiap karya juga mempunyai mesej
yang khusus yang ingin disampaikan oleh komposer tersebut.

Romanticisme memberi penekanan kepada keupayaan dan keunikan seseorang


komposer secara individu. ini bermaksud setiap komposer dalam zaman ini
lebih menekankan ciri-ciri personalitinya dan ini jelas kelihatan dalam hasil
karya mereka.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


16 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

2.1.1 Ciri-ciri Muzik Zaman romantik


Muzik zaman romantik mempunyai ciri-cirinya yang khusus. Ciri-ciri muzikal inilah
yang membezakan muzik zaman romantik daripada muzik daripada zaman lain.
Antara ciri-ciri penting muzik zaman romantik adalah:

(a) Dinamik
Perubahan yang mendadak.
Penggunaan dinamik yang ekstrim.
Penggunaan tanda dinamik seperti ffff dan pppp kerap digunakan
dalam komposisi muzik zaman romantik.
Perubahan dinamik yang beransur-ansur juga digunakan tetapi dalam
tempoh yang singkat. Sebagai contoh tanda cresc digunakan hanya
untuk 3 bar dan kemudian decresc digunakan untuk 3 bar yang
seterusnya.
Peningkatan dalam teknologi alat muzik pada zaman romantik
membolehkan komposer-komposer menggubah muzik dengan
menggunakan renj dinamik yang luas.

(b) Irama
Lebih rumit
Komposer-komposer memperkenalkan corak irama yang tidak seimbang dan
simetri. Sebagai contoh tanda masa 7 dan 5 digunakan.
Penggunaan irama singkopasi.
Penggunaan cross rhythm dinama nilai not untuk tanda masa tersebut
adalah sama tetapi pengelompokan not-not adalah berbeza.
Penggunaan teknik hemiola. Dalam teknik ini, komposer akan menindih dua
not dalam tanda masa 3 atau tiga not dalam tanda masa 2.
Contoh:

Tempo rubarto. Teknik ini dipopularkan oleh Chopin. Dalam teknik ini, not-
not dimainkan secara perlahan atau held back tetapi nada atau pulse lagu
tidak berubah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 17

(c) Melodi
Melodi lebih merdu.
Melodi tidak simetri
Melodi tidak dikawal oleh harmoni lagu tersebut
Masih menggunakan nada major dan minor
Lebih menggunakan not-not kromatik

(d) Harmoni
Harmoni yang kromatik digunakan. Ini bermaksud kod-kod bergerak
dalam bentuk kromatik.
Harmoni yang lebih rumit.
Lebih banyak jenis modulasi digunakan. Sebagai contoh modulasi ke
nada submedian (6) dan median (3).
Kod-kod baru diperkenalkan. Seperti kod 9 dan 11.

(e) Timbre
Lebih banyak alat muzik diperkenalkan
Bunyi alat muzik dititikberatkan dalam muzik zaman ini.
Kualiti bunyi alat muzik atau timbre diperbaiki dengan bantuan
teknologi moden.
Lebih banyak alat perkusi digunakan.
Alat muzik seperti English Horn, Piccolo, Bass Clarinet dan Contra
Basoon digunakan secara meluas dalam komposisi untuk orkestra.
Teknologi untuk Piano diperbaiki dan dipertingkatkan untuk
membolehkan alat muzik ini bermain dinamik yang berlainan dengan
baik.
Valve untuk trumpet dan French Horn dicipta pada zaman ini.
Alat muzik timpani mempunyai pedel maka tuning atau talaan untuk
alat muzik ini boleh dipercepatkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


18 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

Perkembangan zaman romantik juga telah memperlihatkan kemunculan beberapa


gaya atau style komposisi yang baru. Iaitu:

(a) Muzik Absolut


Mempunyai ciri-ciri muzik dari zaman klasik. Sebagai contoh; simfoni,
concerto, sonata dan string quartet.
Muzik Absolut tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan karya-
karya sastera.
Komposer terkenal untuk muzik absolute adalah Brahms.

(b) Muzik Program atau Programme Music


Muzik yang digubah untuk menggambarkan ciri-ciri yang khusus,
perasaan atau orang.
Karya muzik yang berasaskan karya sastra.
Komposer-komposer zaman romantik amat terkenal untuk
mengadaptasi karya-karya yang tidak mempunyai unsur muzikal
dalam komposisi muzikal mereka.
Muzik program menjadi amat popular pada zaman romantik
Teknik Leitmotif dipopularkan oleh Vagner. Dalam teknik ini, satu
motif pendek digunakan dalam komposis untuk mewakili seseorang
individu atau watak.
Komposer-komposer juga gemar mengimitasi bunyi-bunyi alam
semulajadi dalam komposisi mereka seperti bunyi burung dan air.

(c) Exoticism
Komposer-komposer mencari elemen-elemen muzik daripada budaya-
budaya yang lain untuk digunakan dalam komposisi mereka.
Komposer terkenal untuk stail ini adalah Mendelson.

(d) Impresionisma
Impresionisma lebih merupakan pergerakkan yang muncul pada akhir
zaman Barok.
Muzik impresionisma lebih menitikberatkan perasaan komposer.
Komposer-komposer impresionisma menggubah dengan
menggunakan noluri dan perasaan mereka.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 19

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah ciri-ciri tekstur dalam muzik zaman romantik?


2. Jelaskan perbezaan di antara muzik absolut dan muzik program

2.1.2 Genre Vokal dan Instrumental


Dalam bahagian ini kita akan membincangkan beberapa karya daripada genre
vokal dan instrumental dalam zaman romantik. Zaman romantik mempunyai
beberapa genre vokal dan instrumental yang baru.

(a) Genre Vokal


Antara genre vokal yang paling terkenal pada zaman romantik adalah
opera. Tetapi terdapat juga genre-genre vokal yang lain pada zaman ini.
Antara komposisi vokal yang terkenal pada zaman romantik adalah:
Art Song Lagu yang berunsur serius yang digubah oleh seorang
komposer yang terlatih. Mempunyai ciri-ciri lagu rakyat atau folk
music. Teks lagu art song adalah berunsur puisi.
Muzik koral Muzik genre vokal yang berunsur keagamaan
Oratorio Komposisi muzik berskala besar yang berunsur agama
untuk penyanyi solo diiringi oleh orkestra dan kumpulan koir.
Persembahan Oratorio tidak mempunyai perhiasan pentas atau
kostum. Teks dalam persembahan Oratorio adalah berunsur agama.
Komposer terkenal untuk komposisi oratoria adalah Mendelssohn.
German Lied Lagu vokal yang menjadi popular pada zaman
romantik. Komposisi ini biasanya adalah untuk solo vokal dan diiringi
oleh piano.
Chamber choir - Persembahan koir dalam skala kecil yang diiringi oleh
orkestra atau piano
Church muzik - Muzik yang dipersembahkan dalam gereja. Teks
nyanyian untuk persembahan church muzik mempunyai unsur
keagamaan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


20 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

(b) Genre Instrumental


Komposisi-komposisi untuk genre instrumental memainkan peranan yang
penting dalam zaman romantik. Dalam zaman romantik komposisi
instrumental menjadi lebih rumit dan lebih teknikal. Ini adalah kerana
dengan perkembangan teknologi, keupayaan teknikal setiap alat muzik
diperbaiki. Maka komposer-komposer mempunyai kebebasanuntuk
menggubah pelbagai jenis komposisi yang lebih rumit untuk alat muzik
yang sebelumnya mustahil untuk dilakukan.

Antara jenis komposisi untuk genre instrumental adalah:


Komposisi untuk orkestra - komposisi untuk kumpulan pmuzik
yang besar.
Simfoni - persembahan orkestra
Sonata - sejenis komposisi untuk satu atau dua alat muzik solo.
Komposisi ini mempunyai tiga pergerakkan.
Komposis untuk piano pada zaman romantik, penggunaan piano
menjadi amat popular. Terdapat pelbagai jenis komposisi untuk alat
muzik ini. Antaranya adalah:
Waltz - Sebuah komposisi untuk tarian yang digubah dalam masa 3/4
Mazurka - Komposisi yang asalnya adalah untuk tarian. Berasal dari
negara Poland.
Polonaise - Juga merupakan komposisi untuk tarian. Berasal dari
Poland. Digubah dalam masa 3/4
Nocturne - Komposisi untuk yang dipopularkan oleh Chopin.
Merupakan komposisi untuk alat muzik piano. Biasanya
dipersembahkan pada waktu malam kerana composisi ini
menghasilkan suasana yang romantis.
Ballade - Komposisi untuk piano. Komposis yang panjang dan penuh
dramatis.
Etude - komposisi teknikal untuk piano dan juga alat muzik yang lain.
Pada zaman romantik etude dipopularkan khususnya oleh Chopin.
Komposis etude adalah komposisi latihan yang digubah untuk
memperbaiki permainan teknikal seseorang pemain.
Suites komposisi instrumental dalam beberapa pergerakkan
(movement). Contoh komposisi Suite yang terkenal adalah Swan Lake,
Sleeping Beauty dan The Nutcracker kesemuanya digubah oleh
Tchaikovsky,

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 21

2.2 KOMPOSER
Zaman romantik telah menghasilkan beberapa komposer yang paling terkenal
dalam era muzik klasik Barat. Kebanyakkan daripada nama-nama yang akan
kita bincangkan masih disebut dan dirujuk sehingga ke hari ini. Berlainan
daripada zaman Barok dan klasik yang sebelum ini, komposer-komposer
daripada Zaman romantik mempunyai ciri-ciri tertentu. Setiap komposer ingin
menonjolkan keunikan mereka melalui komposisi yang dihasilkan.

2.2.1 Komposer-Komposer
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan beberapa komposer zaman
romantik yang terkenal.

(a) Ludvig Van Beethoven (1770 1827)


Beethoven adalah antara komposer terawal zaman romantik. Beliau sering
dirujuk sebagai komposer zaman klasik dan juga komposer zaman
romanitk. Komposisi-komposisi beliau masih diperdengarkan sehingga ke
hari ini. Antara komposisi beliau yang paling terkenal adalah Simfoni No 5.

Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada 16 December 1770. Ibunya


adalah seorang penyanyi, manakala bapanya tidak mempunyai pekerjaan
yang tetap. Pada usia yang muda lagi beliau telah menunjukkan bakatnya
dengan menggubah komposi-komposisi seperti sonatas dan simfoni.

Beethoven mengadakan banyak konsert pada usia yang muda lagi. Tetapi
apabila beliau mencecah usia 20an, beliau mula mengalami masalah
pendengaran. Beethoven mula kehilagan pendengarannya apabila beliau
berada pada lingkunagn umur 20an. Tetapi ini tidak menghalang beliau
daripada terus menggubah antara komposis-komposisi zaman romantik
yang paling popular sehingga ke hari ini.

(b) Franz Schubert (1797 1828)


Schubert dilahirkan di Vienna pada 31 Januari 1797 dan meninggal dunia
pada 19 November 1828. Beliau merupakan anak ke12 seorang guru
sekolah. Pada usia yang muda lagi Schubert telah menunjukkan
kecenderungan terhadap muzik. Walaupun keluarga Schubert mendesak
beliau untuk mengikut jejak bapanya dan mengajar di sekolah bapanya,
namun Schubert terus menggubah secara meluas.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


22 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

Beliau terkenal dengan komposisi Lied. Beliau telah menggubah lebih


daripada 600 Lieder dan 9 simfoni. Schubert juga terkenal untuk komposisi
chamber music, komposisi untuk piano dan simfoni. Komposi-komposi
Schubert amat terkenal disebabkan oleh penggunaan corak melodi yang
merdu.

(c) Hector Berlioz (1803 1869)


Berlioz merupakan antara komposer zaman romantik yang dilahirkan
dalam keluarga yang berada. Bapanya merupakan seorang doktor yang
terkemuka. Berlioz dilahirkan di Perancis pada 11 December 1803 dan
meniggal dunia pada 8 Mac 1869. Sumbangan beliau yang paling penting
adalah dalam genre orkestra.

Berlioz telah menyumbang banyak kepada genre ini dengan menggubah


hampir komposis-komposisi yang besar. Satu persembahan orkestra
kadang-kadang memerlukan hampir 1000 orang pemain untuk
mempersembahkan hasil karya beliau. Beliau paling terkenal dengan
komposisinya yang bertajuk Symphony Fantastic. Symphony ini adalah
sebuah program muzik yang menceritakan kisah seorang artis yang
dikurniakan dengan bakat imaginasi yang tinggi tetapi telah meracuni
dirinya dengan memakan opium disebabkan oleh cintanya yang tidak
berbalas.

(d) Jakob Ludwig Felix Mendelssohn Bartholdy (1809 1847)


Komposer ini yang lebih dikenali sebagai Felix Mendelssohn dilahirkan di
Jerman pada 3 Febuari 1809 dan meninggal dunia pada 4 November 1847.
Mendelssohn dilahirkan dalam keluarga yang agak berada. Bapanya
merupakan seorang pegawai bank. Pada usia yang muda lagi,
Mendelssohn sering berada dikalangan golongan yang terpelajar.

Datuknya merupakan seorang ahli falsafah Jerman Yahudi yang amat


terkenal pada zaman tersebut. Seperti Mozart, Mendelssohn dianggap
sebagai prodigi kanak-kanak disebabkan oleh keupayaannya bermain
piano pada usia yang muda. Antara komposisi beliau yang paling terkenal
adalah The Wedding March yang masih digunakan untuk upacara-upacara
perkahwinan pada hari ini.

(e) Frederic Chopin (1810 1849)


Chopin merupakan seorang, pemain piono dan komposer yang terkenal
dari zaman romantik. Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1810 dan meninggal
dunia pada 17 Oktober 1849. Beliau dianggap sebagai komposer Polish
yang paling unggul pada zaman romantik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 23

Pada usia 7 tahun sahaja, beliau telah pun menerbitkan komposisinya yang
pertama. Pada usia 20 tahun beliau telah pun dikenali dan diiktiraf sebagai
pemain piano yang terhandal atau virtuoso pianist. Beliau terkenal
dengan teknik permainannya yang lembut dan teknik improvisasi yang
berinovasi. Antara komposisinya yang paling terkenal dan diminati adalah
nocturnes. Nocturne membawa maksud night piece. Komposisi nocturne
biasanya adalah lembut dan dimainkan dalam tempo yang perlahan.
Teknik rubarto yang diperkenalkan oleh Chopin digunakan semasa
memainkan nocturne.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Namakan dua komposer lain dari Zaman Romantik
2. Namakan dua karya yang anda rasa adalah karya paling popular
dari Zaman Romantik.

2.2.2 Karya-Karya
Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari karya-karya popular dari zaman
romantik. Antara karya yang paling popular dari zaman ini adalah karya
Simfoni No 5 oleh Beethoven. Thema karya ini digunakan untuk pelbagai iklan
dan juga untuk filem. Kita mulakan perbincangan kita dengan karya ini diikuti
oleh beberapa karya-karya popular yang lain dari zaman ini.
(a) Karya Instrumental
(i) Symphoni No 5 in C Minor oleh Ludvig Van Beethoven.
(ii) Symphoni No 9 oleh Ludvigh Van Beethoven
(iii) Nocturn Op. 9 No 2 oleh Frederic Chopin
(iv) The Wedding March oleh Felix Mendelssohn
(v) Simfoni Fantastik oleh Hector Berlioz

(b) Karya Vokal


(i) Lied Edition 22 - Poets of Sensibility, Vol. 5 oleh Franz Schubert
(ii) Die schone Mullerlin: 1. Das Wandern oleh Franz Schubert
(iii) Bianca e Fernando (English: Bianca and Fernando) oleh Vincenzo
Bellini. Sebuah opera dalam 2 act.
(iv) Liederkreis, op. 39 oleh Robert Schumann

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


24 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

2.3 MENILAI KARYA-KARYA


Dalam subtopik yang terakhir ini, kita akan menilai dua karya dari zaman
romantik. Karya-karya ini akan dianalisis dari segi nada, melodi, alat muzik,
bentuk dan tekstur.

Kita mulakan analisis kita dengan karya yang paling popular dari zaman
romantik iaitu Simfoni No 5 oleh Beethoven.

Skor 1: Symphony No. 5 oleh Beethoven

Analisis
Lagu ini adalah dalam nada C Minor
Simfoni ini mengandungi 4 pergerakkan atau movement.
Pergerakkan yang pertama dalam skor 1 adalah dalam bentuk adagio molto
Simfoni ini bermula dengan pengenalan motif 4 not yang terkenal iaitu:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 25

Instrumentasi untuk Simfoni ini adalah


- Dua flute
- Dua oboe
- Dua clariket
- Dua bassoon
- Dua french horn dalam nada C dan F
- Dua trumpet dalam nada C
- Timpani
- Alat tali
Tema utama lagu ini dimainkan oleh kedua-dua clarinet dan bahagian alat tali.
Tekstur lagu ini adalah polifonik.

Skor 2 Wedding March oleh Felix Mendelssohn

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


26 X TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK

Analisa
Komposisi ini adalah antara komposisi yang terkenal oleh Mendelssohn.
Ia adalah sebuah komposisi muzik insidental yang digubah untuk teater A
Midsummer Night's Dream oleh Shakespeare pada tahun 1842.
Komposisi ini digunakan untuk kebanyakkan upacara perkhawinan orang
Kristian.
Lagu ini digubah untuk dimainkan oleh alat muzik piano.
Nada lagu ini adalah dalam nada C Major.
Tekstur lagu dalam skor 2 adalah homofoni.

Zaman romantik adalah zaman yang wujud selepas zaman klasikal.


Zaman romantik bermula sekitar tahun 1815 dan berakhir sekitar tahun
1910.
Muzik dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri yang penting seperti
bentuk muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik.
Faktor utama yang membawa kepada kemunculan zaman romantik adalah
revolosi Perancis yang bermula pada tahun 1789 dan berakhir pada tahun
1794.
Kebanyakkan daripada komposer dari zaman klasik menganggap revolusi
Perancis sebagai agen perubahan.
Peranan pemuzik yang dulunya adalah bekerja untuk gologan berada telah
berubah dalam zaman romantik.
Komposer-komposer pada zaman romantik mula menolak idea-idea
zaman klasik yang mempunyai banyak ciri dari zaman sebelumnya iaitu
zaman Barok.
Zaman ini memperlihatkan banyak komposer yang cuba untuk
menyatakan atau mengekspresikan perasaan mereka secara terbuka dalam
karya-karya mereka.
Setiap komposisi dari zaman romantik mempunyai ciri-ciri unik yang
merupakan bayangan komposer tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUZIK APRESIASI: ZAMAN ROMANTIK W 27

Art Song Muzik Koral


Etude Muzik Program
Exoticism Oratorio
German Lied Revolusi Perancis
Irama Singkopasi Suites
Kromatik Teknik hemiola
Muzik Absolut Tempo rubarto

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran


pendidikan muzik rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill


Companies.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik

3 Tradisional
Muzik Rakyat
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenali kompang, fungsi dan teknik permainan alat muzik ini;
2. Mengetahui cara-cara untuk mengendalikan kumpulan kompang;
3. Mengenali fungsi dan teknik permainan rebana ubi;
4. Mengetahui cara-cara untuk mengendalikan kumpulan rebana ubi;
5. Mengenali alat muzik tabla dan gendang 24 musim; dan
6. Mengetahui fungsi dan teknik permainan alat muzik tabla dan
gendang 24 musim.

X PENGENALAN
Dalam Topik 3 ini, kita akan membincangkan empat buah alat muzik perkusi
iaitu kompang, rebana ubi, tabla dan gendang 24 musim. Dua daripada alat ini
adalah alat muzik tradisional Melayu. Manakala dua alat muzik yang seterusnya
adalah alat perkusi tradisional India dan Cina.

Di bawah setiap subtopik, kita akan membincangkan fungsi, teknik permainan


dan cara-cara untuk mengendalikan sesebuah kumpulan muzikal yang
menggunakan alat-alat perkusi ini. Setiap alat perkusi dalam Topik 3 ini
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan unik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 29

3.1 KOMPANG DAN REBANA UBI


Kompang dan rebana ubi adalah alat muzik perkusi membrafon tradisional
Melayu. Kedua-dua alat muzik ini mempunyai fungsi dan teknik permainan
yang berbeza.

(a) Kompang
Kompang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang India Muslim dari
Timur Tengah, (Asmad, 1990). Dengan kedatangan Islam ke Kepulauan
Melayu, pedagang-pedagang Arab telah memperkenalkan alat muzik ini
kepada masyarakat tempatan. Ia adalah alat muzik paluan yang serumpun
dengan gendang.

Kompang mempunyai saiz yang berlainan bergantung kepada kekuatan


bunyi yang dikehendaki. Tetapi ukuran diameter asas untuk kebanyakkan
kompang adalah kira-kira 25 sehingga 40cm dari satu hujung ke hujung
yang lain. Gambar Rajah 3.1 dibawah menunjukkan ukuran diameter
sebuah kompang.

Rajah 3.1: Ukuran diameter sebuah kompang

Kompang lazimnya mempunyai baloh berbingkai yang diperbuat daripada


kayu jenis keras. Permukaan kompang diperbuat daripada kulit lembu atau
kulit kambing yang dilekat dengan bahan pelekat dan kemudianya ditindih
dengan paku untuk memastikan permukaan kompang adalah tegang.
Rotan sendek juga digunakan dalam pembuatan kompang untuk
memastikan penghasilan suara atau ton yang baik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


30 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

(b) Rebana Ubi

Rajah 3.2: Rebana Ubi

Rebana ubi adalah sejenis alat perkusi tradisional masyarakat Melayu. Alat
muzik ini adalah lebih besar daripada kompang. Diameter sebuah rebana
ubi adalah lebih kurang 70cm dan tingginya adalah 1 meter.

3.1.1 Fungsi Kompang dan Rebana Ubi


(a) Kompang
Alat muzik kompang biasanya dimainkan bersama dengan beberapa alatan
muzik lain untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian. Oleh
kerana kompang adalah antara alat perkusi yang terpopular dikalangan
masyarakat Melayu, alat muzik ini mempunyai pelbagai fungsi.

Pada masa lampau, kegunaan kompang dikhaskan untuk menyambut


kedatangan kerabat diraja dan pembesar-pembesar. Tetapi pada masa kini
kegunaan kompang telah diperkuaskan dan ia digunakan untuk pelbagai
upacara. Antara fungsi utama kompang pada masa kini adalah untuk
mengiringi majlis perkhawinan. Kompang juga digunakan untuk
menyambut kedatangan tetamu-tetamu terhormat untuk majlis-majlis
rasmi kerajaan.

Antara fungsi lain kompang adalah, mengiringi nyanyian. Dikalagan


masyarakat Melayu, nyanyian kompang dialunkan dalam dua versi lagu
iaitu versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Arab yang dipetik daripada
Kitab Berzanji. Kompang juga amat terkenal dikalangan masyarakan suku
kaum Bajau di Sabah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 31

Antara fungsi-fungsi kompang adalah:


Mengiringi upacara perkhawinan
Menyambut kedatangan tetamu-tetamu terhormat
Mengiringi nyanyian khususnya nyanyian zikir
Pembukaan majlis rasmi
Dimainkan semasa Hari Kebangsaan
Terkenal di kalangan masyarakat Sabah

Tarikan untuk permainan kompang telah menjadi begitu popular dimana


kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-
pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan.

(b) Rebana Ubi


Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak
jauh. Rebana biasanya akan diletakkan di atas bukit yang tinggi dan
seorang pemain akan memainkan rebana mengikut rentak tertentu
bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, daripada pengumuman
majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Pada masa kini,
penggunaan rebana ubi dihadkan untuk upacara istiadat atau
persembahan-persembahan tertentu.

Rebana ubi juga kadang-kadang digunakan untuk mengiringi nyanyian


korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di negeri Kelantan, rebana ubi
digunakan untuk mengiringi majlis perkhawinan dan majlis-majlis
keramaian. Di negeri Sabah dan Sarawak terdapat pertandingan rebana ubi
yang selalunya diadakan selepas musim menuai. Kampung-kampung yang
bersebelahan akan mengadakan pertandingan rebana ubi sebagai suatu
bentuk persembahan (Matusky, 1985).

3.1.2 Teknik dalam Permainan


(a) Kompang
Untuk memegang alat muzik ini, pemain kompang akan menggunakan
sebelah tangan untuk memegang bingkai kompang dan menggunakan
tapak dan jari-jari sebelah tangan lagi untuk memukulnya seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar Rajah 3.3 dibawah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


32 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

Rajah 3.3: Cara untuk memegang dan bermain kompang.

Terdapat tiga rentak asas dalam permainan kompang iaitu:


(i) Rentak biasa
(ii) Rentak kencet
(iii) Rentak sepulih

Terdapat beberapa cara atau teknik yang berbeza untuk memalu kompang.
Dua cara yang sering digunakan ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak yang tertentu.
Bunyi yang berlainan boleh dihasilkan dengan membezakan cara bukaan
tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan
tapak tangan dikuncup atau dirapatkan. Bunyi 'cak' di perolehi dengan
tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah fungsi-fungsi kompang?


2. Nyatakan dua teknik yang digunakan untuk memalu kompang.

(b) Rebana Ubi


Rebana ubi mempunyai satu muka berbentuk bulat yang berada di atas
dan bahagian bawahnya adalah bulat dan berlubang. Rebana ubi dibuat
dengan menggunakan belulang kerbau yang dipasang dan disirat dengan
pasak-pasak kayu yang terdapat pada kakinya. Terdapat tiga saiz asas
untuk rebana ubi. Saiz yang paling besar menghasilkan bunyi yang berpic
rendah dan saiz rebana ubi yang kecil menghasilkan bunyi yang berpic
tinggi.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 33

Alat muzik ini boleh diletakkan secara melintang di atas lantai ataupun
digantung. Satu set rebana ubi mempunyai tiga buah drum. Rebana ubi
biasanya dimainkan dengan dua cara iaitu dipukul atau dipalu. Berlainan
daripada teknik kompang, rebana ubi dimainkan dengan menggunakan
kedua-dua tangan. Dalam permainan rebana ubi, bunyi atau timbre yang
berlainan boleh dihasilkan dengan teknik pukulan yang berbeza. Tapak
tangan digunakan untuk mendapatkan bunyi yang lebih kuat dan bulat.
Manakala jari-jari digunakan untuk mendapatkan bunyi yang berpic tinggi.

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Apakah fungsi-fungsi rebana ubi?
2. Nyatakan teknik-teknik untuk menghasilkan pic tinggi dan rendah

3.1.3 Pengendalian Kumpulan


(a) Kompang
Permainan kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam
keadaan bersila, berdiri ataupun berarak mengikut keperluannya. Untuk
mengedalikan sebuah kumpulan kompang, anda terlebih dahulu harus arif
tentang pembahagian kumpulan dalam permainan kompang. Ini akan
membantu anda untuk membahagikan dan mengendalikan kumpulan
pemain kompang anda. Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan
kompang melibatkan tiga kumpulan. Setiap kumpulan ini mempunyai
peranan yang khusus dan berbeza daripada kumpulan yang lain.

Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa pemain yang bertindak


sebagai pembolong yang akan memukul kompang dengan bunyi pukulan
yang khusus dan seragam. Pukulan yang seragam ini dikenali sebagai
pukulan dasar.

Kumpulan kedua bertindak sebagai peningkah yang selalunya diketuai


oleh seorang pemain kompang yang berperanan sebagai master dalam
permainan itu. Tugas utama kumpulan ini adalah untuk mengawal bentuk
dan corak irama permainan secara keseluruhan.

Kumpulan terakhir memainkan peranan sebagai penyilang dimana mereka


akan memainkan rentak hias yang bertindak sebagai unsur pelengkap
kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya. Apabila ketiga-
tiga rentak ini digabungkan, anda akan mendengar corak irama yang
bertindih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai interlocking rhythm.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


34 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

(b) Rebana Ubi


Rebana ubi biasanya dimainkan dalam kumpulan iaitu di antara enam
hingga lapan rebana. Satu rebana ubi selalunya dimainkan oleh dua orang.
Mereka akan berdiri secara bertentangan dan bermain satu rebana ubi.
Maka dalam satu kumpulan terdapat di antara 12 sehingga 16 orang
pemain. Setiap pemain akan menggunakan tapak tangan mereka ataupun
kayu yang bersalut dengan kain untuk memukul rebana ubi dan
menghasilkan warna ton yang berlainan.

Untuk menghasilkan warna ton yang rendah, pemain akan memukul


bahagian tengah rebana ubi. Manakala untuk menghasilkan bunyi yang
mempunyai warna ton yang tinggi pemain harus memukul bahagian tepi
rebana ubi.

3.2 TABLA

Rajah 3.4: Tabla


Sumber: http://www.chandrakantha.com/tablasite/bsicbols.htm

Tabla adalah sepasang alat perkusi India yang dipercayai berasal daripada
sejenis alat perkusi yang dikenali sebagai pakawaj (sejenis alat perkusi). Tabla
adalah alat perkusi yang amat popular di sebelah utara India. Satu set Tabla
terdiri daripada dua drum kecil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 di
atas.

Tabla yang kecil (sebelah kiri) dikenali sebagai dayan dan yang lebih besar
(sebelah kanan) dikenali sebagai bayan. Dayan selalunya diperbuat daripada
kayu manakala bayan pula diperbuat daripada beberapa jenis logam seperti
keluli, logam dan aluminium.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 35

3.2.1 Fungsi
Tabla biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan vokal atau instrumental.
Pemain tabla akan duduk bersila diatas lantai dan meletakkan kedua pasang tabla
dihadapannya. Bahagain kecil (dayan) harus dimainkan oleh tangan kiri dan bahagian
yang besar (bayan) dimainkan oleh tangan kanan.

Tabla jarang digunakan untuk persembahan solo. Ini adalah kerana fungsi tabla
adalah untuk mengiringi sesebuah persembahan. Fungsi utamanya adalah untuk
membekalkan struktur irama dan rentak yang konsisten untuk sesebuah
persembahan. Irama ini dikenali sebagai Taal.

3.2.2 Teknik dalam permainan


Terdapat beberapa teknik permainan yang menghasilkan timbre atau warna ton yang
berlainan. Untuk bermain tabla, seorang pemain akan menggunakan kedua-dua
tangannya. Setiap jari di tangan kanan dan kiri pemain menghasilkan warna ton yang
berlainan. setiap pukulan pada bayan dan dayan dikenali sebagai bol. Setiap bunyi
yang dihasilkan mempunyai bolnya yang tersendiri. Antara beberapa jenis bol yang
boleh dihasilkan oleh dayan adalah:

(a) Bunyi Na yang dihasilkan oleh tangan kiri dan dimain oleh jari telunjuk
(Gambar Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Bunyi Na


Sumber : http://www.chandrakantha.com/tablasite/bsicbols.htm

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


36 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

(b) Bunyi Ti yang dihasilkan oleh tangan kiri dan dimain oleh jari hantu.

Rajah 3.6: Bunyi Ti


Sumber://www.chandrakantha.com/tablasite/bsicbols.htm

Antara jenis bol yang boleh dihasilkan oleh tangan kanan pada bayan adalah:

(a) Bunyi Ga yang dihasilkan oleh jari hantu tangan kanan.

Rajah 3.7: Bunyi Ga


Sumber: http://www.chandrakantha.com/tablasite/bsicbols.htm

Selain daripada bol-bol yang telah diberi terdapat juga bol yang dihasilkan
oleh kedua-dua tangan kanan dan kiri. Kombinasi bol-bol inilah yang
memberikan sebuah tabla warna tonnya yang unik.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Nyatakan dua jenis bol yang boleh dihasikan.


2. Satu set Tabla terdiri daripada _______ dan _______

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 37

3.2.3 Pengendalian Kumpulan


Pemain tabla jarang bermain secara berasingan. Seperti yang telah dinyatakan
dalam 3.2.1, fungsi utama sebuah tabla adalah untuk membekalkan struktur
irama dan rentak dalam sesebuah persembahan. Maka dalam subtopik ini,
pengendalian kumpulan tabla bermaksud mengendalikan sebuah ensembel
instrumental atau vokal dimana tabla digunakan untuk menyokong bahagian
irama.

Walaupun tabla merupakan sebuah alat perkusi India, namun alat muzik ini
4 2 3
boleh digunakan untuk bermain irama dalam masa Sumber , ataupun .
4 2 4
Maka dalam sebuah ensembel instrumental, anda boleh menggunakan tabla
untuk mengiringi pelbagai jenis lagu. Ini akan menghasilkan sebuah ensembel
fusion yang menarik.

3.3 GENDANG 24 MUSIM


Pertama kali Gendang 24 musim dipersembahkan di Malaysia adalah di Johor
Baharu pada tahun 1988. Ia dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor.
Pada ketika itu hanya sembilan gendang digunakan. Tetapi disebabkan tarikan
penonton yang amat menggalakkan, pertubuhan ini telah mengumpulkan wang
untuk membeli 15 gendang lagi untuk melengkapkan ensembel perkusi ini.

Seperti yang anda sedia maklum ensembel ini terdiri daripada 24 gendang.
Setiap gendang mewalikili satu musim dalam 24 musim pertanian kalender
Cina. Nama untuk setiap musim ditulis pada setiap gendang dalam tulisan
kaligrafi Cina. Di negara China setiap musim (winter, sumer, autum dan spring)
dibahagikan kepada 6 musim yang lebih kecil. Setiap musim kecil ini
mempunyai hubungan dengan jadual pertanian seperti, menuai dan membajak.

Gendang 24 musim ini menjadi amat popular disebabkan oleh bilangan gendang
yang digunakan. Sejak tahun 1990an gendang 24 musim telah menjadi amat
popular dikebanyakkan sekolah-sekolah Cina di negara ini. Persembahan
Gendang 24 Musim boleh dipersembahkan dalam dewan ataupun di kawasan
terbuka. Prop seperti banner, bendera dan mask juga digunakan dalam
persembahan ini. Mengikut sejarah orang Cina, gendang 24 musim hanya boleh
dimainkan oleh golongan lelaki. Tetapi pada zaman sekarang, kaum perempuan
juga menceburi seni muzik ini dan ramai gadis muda memnunjukkan minat
yang mendalam dalam seni muzik ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


38 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

3.3.1 Fungsi
Gendang 24 musim mempunyai beberapa fungsi. Antaranya adalah:
Mengiringi tarian singa untuk upacara-upacara rasmi dan perayaan.
Mengadakan persembahan secara solo untuk hari kebudayaan
Membuka tirai untuk merpersembahan kebudayaan Cina.
Disebabkan fungsinya yang versatile, permainan Gendang 24 Musim juga
digabungkan dengan alat perkusi tradisional lain seperti rebana ubi dan
tabla. Ensemble seperti ini biasanya dipersembahkan pada Hari
Kemerdekaan untuk menunjukkan perpaduan dalam masyarakat yang
berbilang kaum.

3.3.2 Teknik dalam Permainan


Bentuk alat muzik ini adalah serupa dengan gendang yang digunakan untuk
mengiringi tarian singa. Badan gendang ini berbentuk seperti tong dan
mempunyai satu permukaan sahaja untuk dipukul. Permukaan ini diperbuat
daripada kulit lembu. Kulit ini ditegangkan diatas permukaan gendang dan
dipaku pada bahagian atas gendang.

Setiap gendang dilengkapi dengan dua alat pemukul. Pukulan pada permukaan
dan sudut berlainan boleh menghasilkan warna ton yang berlainan. Teknik
pukulan yang berbeza juga boleh menghasilkan warna ton yang berlainan.
Sebagai contoh, untuk menghasilkan bunyi dung yang berresonace rendah,
pemain harus memukul di tengah-tengah permukaan gendang. Bunyi tik yang
berresonce tinggi dan mempunyai bunyi yang pendek dihasilkan apabila pemain
memukul kedua-dua kayu dan bunyi tak dihasilkan apabila kayu digunakan
untuk memukul bahagian tepi gendang.

Dengan mengunakan teknik pukulan sedemikian bunyi-bunyi dan warna ton


lain dapat dihasilkan. Kadang-kadang pemain akan menggunakan tapak tangan
untuk mengasilkan warna ton yang diingini.

SEMAK KENDIRI 3.4

1. Nyatakan fungsi-fungsi Gendang 24 Musim.


2. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan bunyi
dung, tik dan tak.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 39

3.3.3 Pengendalian Kumpulan


Pengendalian kumpulan pemuzik Gendang 24 Musim adalah satu tugas yang
rumit. Ini adalah kerana ketua kumpulan harus memastikan bahawa setiap ahli
kumpulan mengetahui peranan mereka masing-masing dan dapat memainkan
peranan ini dengan betul. Walaupun setiap kumpulan Gendang 24 Musim akan
mempunyai pergerakkan pemuzik dan corak irama yang berbeza, tetapi
koreografi pergerakkan setiap pemain seharusnya mencerminkan pergerakkan
seorang petani dan suasana pertanian.

Disebabkan oleh bilangan gendang yang banyak, ia adalah penting agar setiap
pemain arif tentang peranan mereka masing-masing. Untuk bermain dalam
kumpulan muzik ini, seseorang pemuzik harus mempunyai irama dan rentak
semula jadi yang kuat. Setiap pukulan dan tanda rehat harus dimainkan
mengikut tempo yang konsisten. Ini adalah kerana jika seorang pemuzik
bermain pada tempo yang terlalu cepat atau perlahan, keseluruhan ensembel ini
akan menghadapi masalah.

Setiap persembahan bermula dengan dua bunyi tak tak yang akan dimainkan
oleh ketua kumpulan. Bunyi ini dihasikan apabila kayu dipukul pada tepi
gendang. Terdapat pelbagai jenis corak irama yang berbeza. Setiap kumpulan
atau ensemble Gendang 24 Musim akan mempunyai corak irama mereka yang
tersendiri yang unik. Tetapi terdapat beberapa corak irama yang asas yang
dimainkan oleh semua ensemble Gendang 24 Musim.

Corak irama yang asas ini diperkenalkan oleh Chen Wei Chong. Beliau
merupakan antara pemain Gendang 24 Musim yang terawal. Beliau berasal dari
Johor dan telah bermain untuk ensemble Gendang 24 Musim yang pertama di
negara ini. Corak irama yang digubah oleh Chen melambangkan pergerakkan
para petani yang berkerja di sawah.

Pada kebiasaannya, pemain-pemain akan dibahagikan kepada 2 atau 4


kumpulan yang kecil. Setiap kumpulan ini akan memainkan corak irama yang
berbeza. Corak irama berselang atau interlocking rhythms dihasilkan apabila
kesemua gendang dimainkan serentak. Corak irama ini diulangi beberapa kali
untuk mengasilkan bunyi yang berterusan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


40 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

Kompang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang India Muslim dari Timur
Tengah.
Pedagang-pedagang Arab telah memperkenalkan alat muzik ini kepada
masyarakat tempatan.
Ia adalah alat muzik paluan yang serumpun dengan gendang.
Kompang mempunyai saiz yang berlainan bergantung kepada kekuatan
bunyi yang dikehendaki.
Pada masa lampau, kegunaan kompang dikhaskan untuk menyambut
kedatangan kerabat diraja dan pembesar-pembesar.
Tetapi pada masa kini kegunaan Kompang telah diperkuaskan dan ia
digunakan untuk pelbagai upacara seperti mengiringi upacara perkhawinan,
menyambut kedatangan tetamu-tetamu terhormat dan mengiringi nyanyian
khususnya nyanian zikir.
Untuk memegang alat muzik ini, pemain kompang akan menggunakan
sebelah tangan untuk memegang bingkai kompang dan menggunakan tapak
dan jari-jari sebelah tangan lagi untuk memukulnya.
Terdapat beberapa cara atau teknik yang berbeza untuk memalu kompang.
Dua cara yang sering digunakan ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak yang tertentu
Rebana ubi adalah sejenis alat perkusi tradisional masyarakat Melayu.
Alat muzik ini adalah lebih besar daripada kompang.
Diameter sebuah rebana ubi adalah lebih kurang 70cm dan tingginya adalah
1 meter.
Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi
jarak jauh.
Rebana akan diletakkan di atas bukit supaya bunyi yang dihasikan dapat
didengar oleh semua orang.
Pada masa kini, penggunaan rebana ubi dihadkan untuk upacara istiadat
atau persembahan-persembahan tertentu.
Rebana ubi mempunyai satu muka berbentuk bulat yang berada di atas dan
bahagian bawahnya adalah bulat dan berlubang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT W 41

Rebana ubi dibuat dengan menggunakan belulang kerbau yang dipasang


dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat pada kakinya.
Alat muzik ini boleh diletakkan secara melintang di atas lantai ataupun
digantung.
Satu set rebana ubi mempunyai tiga buah drum.
Rebana ubi biasanya dimainkan dengan dua cara iaitu dipukul atau dipalu.
Berlainan daripada teknik kompang, rebana ubi dimainkan dengan
menggunakan kedua-dua tangan.
Tabla adalah sepasang alat perkusi India yang dipercayai berasal daripada
sejenis alat perkusi yang dikenali sebagai pakawaj (sejenis alat perkusi).
Satu set Tabla terdiri daripada dua gendang kecil.
Tabla biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan vokal atau
instrumental.
Pemain tabla duduk bersila diatas lantai dan meletakkan kedua pasang tabla
dihadapannya.
Bahagain kecil (dayan) harus dimainkan oleh tangan kiri dan bahagian yang
besar (bayan) dimainkan oleh tangan kanan.
Tabla jarang digunakan untuk persembahan solo.
Ini adalah kerana fungsi tabla adalah untuk mengiringi sesebuah
persembahan.
Untuk bermain tabla, seorang pemain akan menggunakan kedua-dua
tangannya.
Setiap jari di tangan kanan dan kiri pemain menghasilkan warna ton yang
berlainan.
Setiap pukulan pada bayan dan dayan dikenali sebagai bol.
Gendang 24 Musim terdiri daripada 24 gendang China.
Setiap gendang ini mewalikili satu musim dalam 24 musim pertanian
kalender China.
Nama untuk setiap musim ditulis pada setiap gendang dalam tulisan
kaligrafi China.
Di negara China setiap musim (winter, sumer, autum dan spring)
dibahagikan kepada 6 musim yang lebih kecil.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


42 X TOPIK 3 MUZIK TRADISIONAL MUZIK RAKYAT

Setiap musim kecil ini mempunyai hubungan dengan jadual pertanian


seperti, menuai dan membajak.
Mengikut sejarah China, gendang 24 musim hanya boleh dimankan oleh
golongan lelaki sahaja.
Bentuk alat muzik ini adalah serupa dengan gendang yang digunakan untuk
mengiringi tarian singa.
Badan gendang ini berbentuk seperti tong dan mempunyai satu permukaan
sahaja untuk dipukul.
Setiap gendang dilengkapi dengan dua alat pemukul.
Pukulan pada permukaan dan sudut berlainan boleh menghasilkan warna
ton yang berlainan.
Setiap persembahan bermula dengan dua bunyi tak tak yang akan
dimainkan oleh ketua kumpulan.
Walaupun setiap kumpulan Gendang 24 Musim akan mempunyai
pergerakkan pemuzik dan corak irama yang berbeza, tetapi koreografi
pergerakkan setiap pemain seharusnya mencerminkan pergerakkan seorang
petani dan suasana pertanian.

Bayan Kompang
Bol Na
Dayan Rebana Ubi
Dung Tak
Gendang 24 Musim Ti

Asmad, S. (1990) Seni lagu dan permainan tradisi. Melaka Malaysia: Assosiation
Educational Distributors (M) Snd. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran pendidikan
muzik rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Matusky, P & Tan, S.B. (2004) The music of Malaysia, the classical, folk and
syncretc tradition. United Kingdom: Ashgate Publishing Ltd.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik
4 Tradisional
Muzik
Sinkretik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenali latarbelakang rentak masri dan inang;
2. Mengetahui rentak masri dan inang dan alat muzik yang digunakan
untuk mengiringi rentak-rentak ini;
3. Mengenali rentak asli dan zapin;
4. Mengetahui latar belakang dan alat muzik yang digunakan untuk
mengiringi rentak asli dan zapin;
5. Memahami istilah inang dan keroncong; dan
6. Memahami istilah nasyid.

X PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa jenis muzik Melayu yang
sebenarnya merupakan tarian Melayu. Tarian-tarian ini mempunyai rentaknya
yang tersendiri seperti joget, inang dan zapin. Rentak-rentak ini digunakan
untuk mengiringi tarian. Sebagai contoh, rentak zapin digunakan untuk
mengiringi tarian zapin dan rentak joget digunakan untuk mengiringi tarian
joget. Setiap rentak ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan juga latar
belakangnya yang unik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


44 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

Dalam topik 4 ini, anda juga akan diperkenalkan kepada dua jenis genre muzik
Melayu yang popular iaitu Inang dan Keroncong. Setiap subtopik akan
membincangkan latar belakang rentak, corak rentak yang digunakan untuk
mengiringi tarian dan alat-alat muzik yang digunakan. Akhir sekali kita akan
membincangkan latar belakang dan ciri-ciri penting dalam nasyid.

4.1 MASRI DAN JOGET


Masri dan joget adalah dua daripada beberapa tarian dan rentak popular dari
genre Tarian Melayu. Tarian yang lain termasuklah Inang, zapin dan asli.
Kesemua tarian ini mempunyai latar belakang, rentak dan ciri-ciri muzikal yang
berlainan.

4.1.1 Latar Belakang


(a) Masri
Masri pada asasnya adalah rentak tarian. Asal usul masri adalah kabur
tetapi ia dipercayai berasal dari negara Arab. Ia adalah antara tarian poplar
di Malaysia. Rentak masri sering digunakan sebagai rentak asas dalam
kebanyakkan komposisi lagu-lagu Melayu. Sebagai contoh kumpulan
Muzik Nashid Raihan sering menggunkana rentak Masri sebagai rentak
asas dalam kebanyakkan komposisi lagu-lagu mereka. Terdapat juga
sumber yang menyatakan bahawa masri adalah sebahagian daripada
ensemble ronggeng asli (Tan, 1997).

(b) Joget
Joget adalah antara contoh muzik sinkretik yang paling popular. Sinkretik
dalam bahasa muzik bermaksud perubahan yang berlaku daripada segi
nilai dan bentuk muzik disebabkan oleh asimilasi atau pergabungan
elemen muzik daripada budaya yang lain. Sinkretisme berlaku dalam joget
apabila elemen muzik Melayu bergabung dengan elemen muzik Portugis
semasa Kesultanan Melayu Melaka. Tarian Joget mempunyai perkaitan
rapat dengan elemen muzik Portugis terutamanya daripada segi alat muzik
iringan yang digunakan. Di Melaka, tarian joget dikenali sebagai
chakunchak. Ia biasanya dipersembahkan semasa perayaan kebudayaan,
perkahwinan dan upacara-upacara keramaian yang lain. Tarian ini
biasanya dipersembahkan secara berpasangan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 45

4.1.2 Rentak
(a) Masri
Rentak masri adalah antara rentak yang paling popuar dalam lagu-lagu
Melayu. Corak irama dalam rentak masri mempunyai pengaruh rentak
Timur Tengah yang kuat. Malah ada yang menyatakan bahawa rentak
masri mempunyai perkaitan yang rapat dengan tarian beledi dari Iran
(Tan, 1997). Rentak asas bagi masri diberikan dibawah:

Rentak Masri

(b) Joget
Ciri-ciri utama lagu joget adalah pada corak iramanya yang cepat. Rentak
ini biasanya dimainkan dalam meter . Rentak asas joget adalah:

Rentak Joget

4.1.3 Alat Muzik Iringan


(a) Masri
Alat muzik yang biasanya digunakan untuk mengiringi nyanyian atau
tarian masri adalah alat muzik tradisional seperti:
(i) Rebana dan
(ii) Kompang.
(iii) Bahagian melodi biasanya dinyanyikan oleh seorang penyanyi solo.

(b) Joget
Alat muzik yang biasa digunakan untuk mengiringi tarian joget adalah:
(i) Rebana,
(ii) Biola

Alat muzik ini selalunya akan mengiringi seorang penyanyi solo. Kadang-
kadang alat muzik gong digunakan apabila rentak joget dimainkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


46 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Namakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian masri


2. Apakah yang ada fahan tentang tarian joget?

4.2 ASLI DAN ZAPIN


Asli dan zapin pada asasnya adalah tarian tradisional Melayu. Kedua-dua tarian
ini mempunyai corak irama dan rentak iringan yang tersendiri. Rentak atau
corak irama yang digunakan untuk mengiringi kedua-dua tarian ini biasanya
adalah khusus dan spesifik untuk tarian tersebut. Maka biasanya apabila
seseorang merujuk kepada rentak asli, secara langsung rentak itu mempunyai
hubungan dengan tarian asli dan pada masa yang sama rentak zapin juga
mempunyai hubungan dengan tarian zapin. Setiap rentak yang wujud biasanya
berasal daripada sebuah tarian.

4.2.1 Latar Belakang


(a) Asli
Rentak dan corak irama untuk tarian asli dikenali sebagai rentak asli. Asli
yang membawa maksud tradisional atau original adalah nama bagi
sebuah lagu tarian yang berasal dari Tanah Melayu. Tarian asli sering
mempunyai mud yang sedih dan dipersembahkan dalam tempo yang
perlahan. Tarian asli mula dipersembahkan oleh kaum kerabat diraja
terutamanya puteri-puteri. Tarian ini yang lemah gemalai melambangkan
ciri-ciri seorang puteri yang ayu dan sopan. Lirik yang berbentuk pantun
digunakan apabila si penyanyi ingin menyampaikan sesebuah pesanan
yang biasanya berkait rapat dengan percintaan dan penderitaan.

(b) Zapin
Asal usul zapin adalah dari negara Arab. Zapin dibawa masuk ke Tanah
Melayu oleh pedagang Muslim di sekitar kurun ke 14. Di Malaysia, Zapin
mula dipersembahkan di negeri Johor oleh masyarakat Arab yang tinggal
di negeri itu. Tarian Zapin juga dipersembahkan oleh kaum Melayu yang
berketurunan Arab.

Kini, terdapat dua jenis tarian Zapin yang dipersembahkan di negeri Johor.
Zapin Arab yang dipersembahkan oleh masyarakat Arab dan zapin Melayu
yang dipersembahkan oleh kaum Melayu. Zapin Melayu yang merupakan
sebahagian daripada 5 Tarian Melayu berasal dari zapin Arab. Zapin

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 47

Melayu diadaptasi dari zapin Arab tetapi tarian Zapin Melayu adalah lebih
lembut jika dibandingkan dengan Zapin Arab. Lirik lagu untuk Zapin
Melayu sering dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab.

4.2.2 Rentak
(a) Asli
Rentak Asli juga dikenali sebagai Rentak Senandung. Rentak ini adalah
antara rentak yang paling perlahan di antara kelima-lima rentak dari genre
Tarian Melayu. Rentak Asli biasanya dimainkan dalam frasa 8 bit. Corak
rentak asli adalah:

Rentak Asli

Rentak yang diberikan di atas adalah corak rentak asas untuk rentak Asli.
Biasanya hanya bit pertama dalam bar 1 dan bit pertama, kedua dan ketiga
dalam bar ke 2 adalah tetap. Bit-bit yang lain boleh dimainkan dengan
variasi yang berbeza. Variasi dan corak rentak yang berlainan ini
bergantung kepada pemain alat muzik dan penyanyi.

(b) Zapin
Rentak dalam lagu zapin mempunyai ciri-ciri elemen rentak zapin Arab.
Corak rentak asas untuk zapin diberikan dibawah.

Rentak Zapin

Lagu Zapin mempunyai struktur yang agak khusus. Lagu zapin biasanya
dimulakan dengan taksim. Bahagian melodi ini biasanya dimainkan oleh
gambus. Kemudian bahagian ini akan ditindih oleh alat muzik perkusi.
Bahagian vokal dalam bentuk ABA akan menyusul. Terdapat juga
bahagian coda yang biasanya dimainkan alat perkusi kopak. Bahagian
kopak dimainkan dengan rancak oleh alat muzik marwas. Lagu ini akan
berakhir dengan sebuah kaden finale yang dikenali sebagai wainab atau
tahtim.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


48 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

4.2.3 Alat Muzik Iringan


(a) Asli
Alat muzik yang biasa digunakan untuk mengiringi lagu asli adalah:
(i) Rebana;
(ii) Biola; dan
(iii) Gong.

Rebana merupakan alat muzik perkusi yang paling utama dalam


instrumentasi lagu asli. Dalam ensembel moden alat muzik seperti gitar
dan beberapa muzik barat lain boleh digunakan.

(b) Zapin
Daripada segi muzik, zapin Melayu mengekalkan kebanyakkan daripada
cari-ciri muzik dari zapin Arab terutamanya dari segi alat muzik. Alat
muzik yang selalu digunakan untuk mengiringi tarian zapin adalah
gambus. Gambus biasanya dimainkan oleh penyanyi solo dan digunakan
untuk memainkan bahagian melodi lagu dan mengiringi penyanyi solo.
Manakala alat perkusi yang sering digunakan adalah marwas. Marwas
adalah sebuah gendang dua muka di mana kulit lembu atau kerbau diikat
pada kedua-dua permukan gendang dengan menggunakan tali. Dok
merupakan alat perkusi lain yang digunakan untuk mengiringi tarian
zapin. Alat perkusi ini berbentuk kon dan mempunyai satu permukaan
sahaja. Untuk upacara-upacara tertentu, gong dan rebana digunakan bagi
menguatkan lagi bahagian perkusi. Dalam ensembel zapin moden, alat
muzik seperti violin, akordian, harmonium dan seruling digunakan untuk
memainkan bahagian melodi.

Secara ringkas, alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian zapin
adalah:
(i) Gambus;
(ii) Marwas;
(iii) Dok;
(iv) Gong; dan
(v) Rebana.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 49

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Namakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian zapin
2. Apakah nama lain untuk rentak asli?

4.3 INANG DAN KERONCONG


Inang dan keroncong merupakan dua genre muzik yang mempunyai latar
belakang yang berbeza. Walau bagaimanapun kedua-dua genre muzik ini telah
menjadi amat popular di negara ini.

4.3.1 Latar Belakang


(a) Inang
Inang adalah tarian Melayu yang tidak mempunyai pengaruh dari mana-
mana negara lain. Inang yang membawa maksud orang gaji adalah
sebuah tarian yang pada masa dahulu dipersembahkan oleh orang gaji
atau lebih dikenali sebagai inang. Tarian inang pada masa kini adalah versi
moden yang diadaptasikan daripada tarian tradisional Mak Inang. Mak
Inang bermaksud ketua inang. Beliaulah yang bertanggungjawab untuk
menjaga anak-anak kerabat diraja.

Lagu-lagu untuk tarian inang diercayai digubah disekitar zaman


Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman dahulu, tarian Inang hanya
dipersembahkan oleh golongan perempuan dan gerak-geri tarian inang
adalah amat lembut. Pergerakan tangan dan badan haruslah berpatutan
dengan adat istiadat istana. Tetapi mada zaman sekarang tarian Inang juga
dipersembahkan oleh golongan lelaki. Antara contoh lagu-lagu popular
yang menggunakan rentak inang adalah Seri Langkat dan Lenggang Mak
Limah.

(b) Keroncong
Muzik keroncong yang dimainkan di negara ini sebenarnya berasal dari
Indonesia. Kebanyakkan daripada elemen muzik dalam lagu Kroncong
adalah sama dengan muzik Keroncong dari Jawa. Elemen muzik dalam
keroncong Melayu juga mempunyai persamaan dengan muzik Portugis.
Penggunaan alat muzik ukelele dalam ensemble keroncong adalah bukti
bahawa genre muzik ini mempunyi ciri-ciri muzik Portugis. Antara
komposisi terkenal dalam rentak keroncong adalah Bengawan Solo.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


50 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

4.3.2 Rentak
(a) Inang
Lagu-lagu dalam rentak inang biasanya adalah dalam tempo yang cepat.
Tarian inang adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan tarian asli
walaupun kedua-dua tarian ini mempunyai pergerakkan tangan dan badan
yang agak serupa. Rentak untuk lagu inang adalah:

Rentak Inang

(b) Keroncong
Rentak untuk lagu keroncong adalah agak berbeza daripada rentak-rentak
lain. Rentak untuk lagu Keroncong kadang-kadang mengunakan rentak
dangdut. Rentak keroncong agak kompleks dan bergantung pada jenis
keroncong yand dimainkan.

4.3.3 Alat Muzik Iringan


(a) Inang
Alat muzik yang biasanya digunakan untuk mengiringi lagu inang adalah:
(i) Biola;
(ii) Rebana; dan
(iii) Gendang.

(b) Keroncong
Alat muzik utama dalam ensemble keroncong adalah:
(i) Ukelele;
(ii) Biola;
(iii) Gitar;
(iv) Cuk;
(v) Cak;
(vi) Celo; dan
(vii) Flute.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 51

ACTIVIT1 4.1
1. Dalam kumpulan yang kecil mainkan rentak joget.
2. Berikan contoh-contoh lagu yang menggunakan rentak inang
dan rentak Zapin.

4.4 NASYID
Apakah yang ada faham mengenai nasyid? Adakah ia berbeza daripada genre
muzik yang telah kita bincangakan dalam subtopik yng sebelum ini? Nasyid
yang berasal dari negara Arab adalah sejenis nyanyian pantun di mana teksnya
mempunyai unsur-unsur keagamaan. Perkara penting dalam nyanyian nasyid
yang membezakannya dari genre-genre vokal yang lain adalah dalam teks lagu.
Dalam nyanyian nasyid, mesej yang disampaikan adalah penting. Selalunya
mesej dalam teks lagu berkait rapat dengan ajaran Islam.

4.4.1 Latar Belakang


Nasyid berasal dari negara Arab dan dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar
kurun ke 14. Teks nyanyian untuk nasyid selalunya berunsur keagamaan dan
sesetengah rangkap dalam lagu tersebut biasanya dipetik daripada kitab suci
Quran. Nasyid pada amnya dinyanyikan secara a cappalla iaitu nyanyian tanpa
iringan muzik. Biasanya hanya alat muzik daf (alat perkusi dari Timur Tengah
yang kelihatan seperti kompang) digunakan. Nasyid boleh dinyanyikan secara
berkumpulan ataupun secara solo.

Gaya nyanyian ini menjadi popular kerana pada suatu masa, ramai ulamak-
ulamak dan ahli fikir Islam menegaskan bahawa Islam menentang penggunaan
alat muzik. Maka gaya nyanyian a cappalle yang tidak menggunakan sebarang
alat muzik iringan, kesucian dalam lirik lagu dan penggunaan corak melodi
yang ringkas menyebabkan ramai orang tertarik kepada gaya nyanyian ini.

Nasyid kini banyak berunsurkan gaya moden di mana alat-alat muzik


digunakan untuk mengiringi nyanyian nasyid. Tetapi asal usul nasyid masih
diambil daripada maqamat (tarannum) al-quran dan qasidah tradisi arab. Di
Malaysia, kumpulan muzik yang bertanggungjawab untuk mempopularkan
Nasyid di negara kita adalah kumpulan muzik Raihan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


52 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

4.4.2 Rentak
Rentak dalam nyanyian nasyid secara amnya adalah amat ringkas dan asas
(basic). Penggunaan rentak dalam nasyid bergantung kepada gaya nyanyian
kumpulan tersebut.. Dalam nyanyian nasyid yang asal, rentak yang digunakan
adalah seakan-akan rentak masri. Tetapi terdapat juga rentak-rentak lain yang
digunakan. Pada zaman sekarang penyanyi-penyanyi nasyid menggunakan
pelbagai jenis rentak untuk mengikut peredaran zaman moden. Mereka
menerapkan elemen-elemen muzik barat seperti nyanyian harmoni dalam
komposisi mereka untuk menarik minat generasi muda.

4.4.3 Alat Muzik Iringan


Seperti yang telah dinyatakan, dalam nyanyian nasyid yang asal, hanya alat
perkusi daf sahaja digunakan. Alat perkusi ini digunakan untuk memberi irama
dan tempo yang konsisten kepada penyanyi nasyid.

Tetapi dalam nyanyian nasyid zaman sekarang, pelbagai jenis alat muzik
digunakan. Oleh kerana rakaman nyanyian nasyid dilakukan dalam studio,
maka ramai penyanyi nasyid sedang mengeksperimentasi dengan bunyi-bunyi
dan warna ton berlainan. Mereka cuba untuk menggunakan alat-alat muzik
sintesizer untuk memperkenalkan elemen baru dalam muzik mereka.

Antara alat muzik yang biasa digunakan utnuk mengiringi nyanyian nasyid
adalah:
Daf;
Kompang;
Bonggo;
Kerincing;
Gitar;
Biola; dan
Piano.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 53

Masri dan joget adalah dua tarian dan rentak popular dari genre tarian
Melayu.
Tiga tarian yang lain adalah inang, zapin dan asli.
Masri pada asasnya adalah lagu tarian.
Asal usul masri dipercayai berasal dari negara Arab.
Rentak masri sering digunakan sebagai rentak asas dalam kebanyakkan
komposis-komposisi Melayu.
Sebagai contoh kumpulan Muzik Nashid Raihan sering menggunakan rentak
masri sebagai rentak asas dalam kebanyakkan komposi-komposisi mereka.
Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa masri adalah sebahagian
daripada ensemble ronggeng asli.
Joget adalah antara contoh muzik sinkretik yang paling popular.
Tarian joget juga dikenali sebagai ronggeng.
Tarian joget mempunyai perkaitan rapat dengan elemen muzik Portugis
terutamanya daripada segi alat muzik iringan yang digunakan. Di Melaka
tarian joget dikenali sebagai Chakunchak.
Corak irama dalam rentak masri mempunyai pengaruh rentak Timur Tengah
yang kuat.
Ciri-ciri utama lagu joget adalah pada corak iramanya yang cepat.
2
Rentak ini biasanya dimainkan dalam meter .
4

Rentak dan corak irama untuk tarian asli dikenali sebagai rentak asli.
Asli yang membawa maksud tradisional atau original adalah nama bagi
sebuah lagu tarian yang berasal dari Tanah Melayu.
Tarian asli sering mempunyai mood yang sedih dan dipersembahkan dalam
tempo yang perlahan.
Tarian asli mula-mula dipersembahkan oleh kaum kerabat diraja
terutamanya puteri-puteri.
Asal usul zapin adalah dari negara Arab.
Zapin dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang Muslim di sekitar
kurun ke 14.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


54 X TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

Di Malaysia, zapin mulu-mula dipersembahkan di negeri Johor oleh


masyarakat Arab yang tinggal di negeri itu.
Tarian zapin juga dipersembahkan oleh kaum Melayu yang berketurunan
Arab.
Terdapat dua jenis tarian zapin iaitu zapin Arab dan zapin Melayu.
Rentak Asli juga dikenali sebagai Rentak Senandung.
Rentak ini adalah antara rentak yang paling perlahan diantara kelima-lima
rentak daripada genre Tarian Melayu.
Rentak asli biasanya dimainkan daam frasa 8 bit..
Rentak dalam lagu zapin mempunyai ciri-ciri elemen rentak zapin Arab.
Inang adalah tarian Melayu yang tidak mempunyai pengaruh daripada
mana-mana negara lain.
Inang yang membawa maksud maid adalah sebuah tarian yang pada masa
dahulu dipersembahkan oleh orang gaji atau lebih dikenali sebagai inang.
Tarian Inang pada masa kini adalah versi moden yang diadaptasikan
daripada tarian tradisional Mak Inang.
Lagu-lagu untuk tarian inang diercayai digubah disekitar zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Muzik Keroncong yang dimainkan di negara ini sebenarnya berasal dari
Indonesia.
Kebanyakkan daripada elemen muzik dalam lagu Keroncong adalah sama
dengan muzik Keroncong dari Jawa.
Elemen muzik dalam Keroncong Melayu juga mempunyai persamaan
dengan muzik Portugis.
Lagu-lagu dalam rentak inang biasanya adalah dalam tempo yang cepat.
Tarian Inang adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan tarian asli
walaupun kedua-dua tarian ini mempunyai pergerakkan tangan dan badan
yang agak serupa.
Rentak untuk lagu keroncong kadang-kadang mengunakan rentak dangdut.
Nasyid berasal dari negara Arab dan dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar
kurun ke 14.
Teks nyanyian untuk nasyid selalunya berunsur keagamaan dan sesetengah
rangkap dalam lagu tesebut biasanya dipetik dari Kitab Suci, Quran

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 55

Nasyid pada amnya dinyanyikan secara a cappalle iaitu nyanyian tanpa


iringan muzik.
Biasanya hanya alat muzik daf (alat perkusi dari Timur Tengah yang
kelihatan seperti kompang) digunakan.
Nasyid boleh dinyanyikan secara berkumpulan ataupun secara solo.
Rentak dalam nyanyian nasyid secara amnya adalah amat mudah dan asas
(basic).
Penggunaan rentak dalam nasyid bergantung kepada gaya nyanyian
kumpulan tersebut.

Asli Keroncong
Chakunchak Masri
Daf Nasyid
Inang Zapin
Joget

Asmad, S. (1990). Seni lagu dan permainan tradisi. Melaka: Association of


Educational Distributors.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Matusky, P. & Tan, S.B. (2004). The music of Malaysia: The classical, folk and
syncretic tradition. United Kingdom: Ashgate Publishing Ltd.
Tan, S. B. (1993). Bangsawan: A social and stylistic history of popular malay
opera. Singapore: Oxford University Press.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik
5 Tradisional
Muzik
Sinkretik 2
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenali latarbelakang rentak dan alat muzik yang digunakan
dalam nyanyian ghazal;
2. Mengetahui latar belakang dondang sayang;
3. Mengenali rentak dan alat muzik iringan untuk dondang sayang;
4. Mengetahui latar belakang boria; dan
5. Mengenali rentak dan alat muzik yang digunakan dalam nyanyian
boria.

X PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan tiga genre muzik vokal yang penting
dalam Muzik Melayu. Genre-genre in adalah Ghazal, Dondang Sayang dan
Boria. Ketiga-tiga genre muzik ini mempunyai sejarah asal usul yang amat
berbeza. Kita akan meneliti latar belakang genre ini. Kita juga akan menganalisis
jenis rentak yang digunakan untuk mengiringi ketiga-tiga genre muzik ini. Akhir
sekali kita akan membincangkan jenis-jenis alat muzik yang biasa digunakan
untuk mengiringi nyanyian ghazal, boria dan dondang sayang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 57

5.1 GHAZAL
Ghazal mempunyai sejarah yang amat menarik dan unik. Di Malaysia, nyanyian
ghazal adalah amat popular terutamanya di negeri Johor. Nyanyain ini
berasaskan pantun dan puisi yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

5.1.1 Latar Belakang


Nyanyian ghazal yang popular di negeri Johor sebenarnya berasal dari negara
Parsi. Kebanyakkan daripada teks lagu nyanyian ghazal mempunyai pengaruh
dari negara Parsi (atau Iran), Pakistan dan India. Nyanyian ghazal dipercayai
bermula pada kurun ke 10. Ghazal dibawa masuk ke negara India pada kurun ke
13 apabila India diterokai oleh negara-negara Islam. Ghazal pada asalnya
dinyanyikan dalam bahasa Hindi dan Urdu. Nyanyian Ghazal diiringi oleh alat
muzik tali yang dikenali sebagai sarenggi, harmonium dan tabla. Bentuk asal
ghazal yang berasal dari India ini masih dipersembahkan oleh komuniti India
Muslim di Malaysia.

Di kalangan kaum Melayu ghazal paling terkenal di selatan Semenanjung


Malaysia, khususnya di Johor. Walau bagaimanapun, kewujudannya di negeri-
negeri lain di Utara Semenanjung tidak boleh dinafikan. Negeri-negeri Perak,
Kedah dan Pulau Pinang juga mempunyai kumpulan ghazal mereka masing-
masing. Ghazal dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melau melalui negeri Johor.

Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-
Lingga. Sejarah menyatakan bahawa beberapa bangsawan Johor yang berulang-
alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkannya kepada Sultan
Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura. Walaupun ghazal
dinyanyikan dalam bahasa Malayu, tetapi gaya lagu dan komposisi ghazal
mempunyai pengaruh Hindustani dan Persia.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama
Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka
daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni
ghazal yang dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari
keramaian tertentu. Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi
pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan
kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku
Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud,
Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


58 X TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

5.1.2 Rentak
Rentak dalam nyanyian Ghazal amat berbeza daripada rentak-rentak yang lain.
ini adalah kerana, rentak asal untuk nyanyian Ghazal berdasarkan rentak yang
berasal dari Parsi.

Rentak dalam genre ghazal dikenali sebagai Tal. Tal adalah perkataan
Hindustani ynag bermaksud irama. Mengikut kata-kata ahli muzik Hindustani,
kalau tiada tal bukanlah lagu tetapi 'autar' (temberang). Tal adalah penetapan
had atau 'harkat-harkat' lagu. Agar panjang pendek had muzik yang dimainkan
tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kalau Tal tidak dipatuhi muzik
yang dimainkan hanya akan menyakitkan telinga sahaja.

Terdapat banyak jenis Tal dalam sistem Hindustani yang dipraktikkan dan
digunakan dalam lagu-lagu ghazal. Diantara ialah Khirwa (8 bit), Dadra (10 bit)
dan Teen (16 bit). Malangnya kebanyakkan daripada Tal-tal muzik Ghazal ini
sudah tidak digunakan lagi. Hanya Tal Khirwa dan Dadra sahaja lagi masih
digunakan pada hari ini. Walaupun rentak yang dinyatakan diatas adalah
berdasarkan Rentak Hindustani, tetapi kebanyakkan daripada rentk-rentak ini
digunakan dalam ghazal Melayu. Nama untuk rentak ini mungkin berbeza tetapi
pola bit dan corak iramanya adalah sama.

5.1.3 Alat Muzik Iringan


Peralatan muzik ghazal tradisional yang berasal dari Parsi terdiri daripada peti
harmonium, biola, gambus dan tabla atau dol (sejenis gendang). Alat muzik tali
sarenggi juga digunakan untuk megiringi nyanyian ghazal. Tetapi di Malaysia
agak susah untuk mencari pemain sarenggi. Maka alat muzik ini jarang
digunakan.

Untuk ghazal Melayu yang dipopularkan di Johar alat muzik yang digunakan
adalah:
Harmonium - alat muzik tradisional yang kelihatan seperti keybod kecil.
Alat muzik ini yang berasal dari India memainkan peranan yang penting
dalam Ghazal Melayu Johor.
Satu set alat perkusi tabla - juga merupakan alat muzik yang berasal dari
India .
Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat
muzik bertali yang wajib ada dalam Ghazal Johor.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 59

Gitar - sejenis alat muzik yang sangat diperlukan untuk permainan ghazal
Melayu Johor. Alat muzik bertali ini digunakan untuk memainkan bahagian
melodi atau rentak dalam lagu.
Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong
diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut
oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini
adalah salah satu alat muzik dalam permainan ghazal Melayu Johor.

SEMAK KENDIRI 5.1


1. Senaraikan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi
nyanyian ghazal.
2. Ceritakan asal usul nyanyain ghazal di Malaysia.

5.2 DONDANG SAYANG


Dondang sayangadalah sejenis genre vokal yang amat popular di kalangan
masyarakat Melayu dan masyarakat Baba Nyonya di Melaka. Apabila
diterjemahkan, dondang sayangbermaksud menyanyi dengan penuh cinta.
Dondang sayangyang merupakan nyanyian pantun dipopularkan oleh kaum
Baba dan Nyonya. Pada hari ini nyanyian Dondang sayangsering dikaitkan
dengan masyarakat peranakan di Melaka.

Teks lagu dalam nyanyian dondang sayangbiasanya mempunyai unsur


percintaan. Tetapi terdapat juga teks lagu yang berunsur komik. Teks lagu
dondang sayangpada amnya berdasarkan pantun 4 kerat. Dua baris yang
pertama dikenali sebagai pembayang.

Pembayang memainkan peranan yang penting kerana ia memulakan tempo


untuk nyanyian dondang sayang. Teks dalam bahagian pembayang biasanya
mengisahkan tentang seseorang, cuaca ataupun perkara yang am. Dua baris
yang seterusnya dikenali sebagai maksud. Bahagain inilah yang membawa
maksud pantun tersebut. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu-lagu
dondang sayangterdapat pada dua baris yang terakhir ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


60 X TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

5.2.1 Latar Belakang


Dondang sayang adalah suatu genre muzik yang terhasil akibat daripada
pergabungan tradisi dan kebudayaan Melayu dan Portugis. Walaupun
persembahan Dondang sayangmemperlihatkan penglibatan kaum-kaum lain
seperti India dan Cina, persembahan dondang sayang pada amnya merupakan
tradisi warisan masyarakat Peranakan dan Melayu di Melaka.

Dondang sayang berasal dari Melaka di sekitar kurun ke 16 dan nyanyian


dondang sayang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh muzik rakyat Portugis. Ini
adalah kerana semasa penjajahan Portugis di Melaka, masyarakat tempatan di
Melaka telah mengasimilasikan banyak daripada tradisi masyarakat Portugal
kedalam aktiviti seharian mereka.

Sebelum kedatangan Jepun, dondang sayang merupakan suatu bentuk hiburan


dikalagan masyarakat Melayu dan juga kaum-kaum lain di Tanah Melayu.
Penyanyi dondang sayangbiasanya menyanyi secara berpasangan sambil
berbalas pantun. Setiap penyanyi akan cuba untuk mencipta pantun yang paling
menarik untuk menewaskan pasangan mereka. Seringkali, pantun-pantun ini
mempunyai mesej seperti pesanan, nasihat dan elemen sindir menyindir yang
menghiburkan.

5.2.2 Rentak
Rentak dalam lagu dondang sayang selalunya bergantung kepada teks lagu dan
penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka rentak yang
dimainkan oleh alat perkusi adalah agak cepat. Tetapi jika teks lagu tersebut
mengisahkan kisah yang sedih, maka alat muzik seperti rebana dan tetawak
akan memainkan rentak yang perlahan.

Kadang-kadang para pemuzik terpaksa mengikut tempo penyanyi. Setiap


penyanyi mempunyai tempo mereka yang tersendiri dan semasa mereka
mendendangkan lagu, mereka akan mengikut tempo mereka yang tersendiri.
Maka para pemuzik harus peka dan sentiasa bersedia untuk menukar tempo
lagu mengikut penyanyi.

Tetawak atau gong memainkan peranan yang penting untuk memastikan


bahawa lagu tersebut mempunyai tempo yang tetap dan konsisten. Keunikan
nyanyian dondang sayang adalah pada teks lagu tersebut dan bukannya irama
atau rentak lagu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 61

5.2.3 Alat Muzik Iringan


Satu kumpulan penyanyi dondang sayang biasanya terdiri daripada 4 pemain
violin, 2 pemain rebana, dan satu pemain gong atau tetawak. Ketua kumpulan
bagi ensemble dondang sayang selalunya adalah pemain violin. Beliau
memainkan peranan yang penting dalam ensemble dondang sayang. Ketua
kumpulan ini akan memberikan counter melodi untuk melodi asal.

Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama
kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan
paluan gong merupakan pelengkap lagu.

Alat muzik yang biasa digunakan untuk mengiringi nyanyian dondang sayang
adalah:
Violin
Biola
Dua set rebana dan
Tetawak (sejenis gong)

Terdapat juga alat muzik lain yang digunakan sebagai contoh:


Seruling
Beberapa lagi violin dan
Akordian

SEMAK KENDIRI 5.2


1. Senaraikan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi
nyanyian dondang sayang.
2. Ceritakan asal usul nyanyian dondang sayang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


62 X TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

5.3 BORIA
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan genre muzik vokal boria. Anda
akan mempelajari latar belakang genre vokal ini, jenis rentak yang digunakan
untuk mengiringi nyanyian boria dan juga jenis alat muzik yang digunakan
dalam nyanyian boria.

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama
Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak
jenaka) dan nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling bergantung di antara satu
sama lain dalam menentukan mutu persembahan.

Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak wanita yang timbul
akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita sambil
merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Lakonan akan dipenuhi
dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk mengelikan hati penonton.
Jumlah pelakon biasanya enam orang.

5.3.1 Latar Belakang


Di Malaysia, boria mula-mula diperkenalkan di negeri Pulau Piang pada akhir
kurun ke 19. Secara umumnya asal permainan Boria dikaitkan dengan peristiwa
Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin
Abi Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh
kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada
10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu dikenali sebagai takziya.

Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat
hati itu. Seorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina
Hussein r.a. dikepung musuh. Bekalan air dan makanan disekat untuk
melemahkan Saidina Hussein r.a. Apabila dendangan syair sampai ke episod
pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikut-pegikut Syiah ini akan meratap
sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga
berdarah.

Kaum Syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa
mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a. menemui ajalnya di tangan
tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Untuk acara akhir pula, mereka
mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan bewarna merah
serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 63

Pada hari ini persembahan boria mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari
masa ke semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar
pembunuhan Saidina Hussein r.a. malah telah diselang selikan dengan
peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam Kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat
dari timur.

Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik.
Mereka akan melakonkan babak tertentu sejajar dengan syair yang
didendangkan dalam persembahan. (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Malaysia. 2003)

5.3.2 Rentak
Boria merangkumi muzik, tarian dan teks yang berunsur komik. Suatu ensemble
boria mempunyai seorang ketua, penyanyi korus dan para pemuzik.
Persembahan boria selalunya bermula dengan sketsa komik. Sketsa ini
kemudiannya diikuti oleh sebuah tarian yang diiringi oleh penyanyi korus dan
penyanyi solo. (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
2003)

Rentak dalam lagu boria bergantung kepada kisah yang ingin disampaikan.
Suatu persembahan Boria mempunyi dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian.
Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang
tongkat penunjuk ketika menyanyi). Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di
belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama
nyanyian tukang karang tadi.

5.3.3 Alat Muzik Iringan


Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan Boria tidaklah begitu
khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa
irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Oleh itu kadang-kadang
alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun,
sekiranya lebih banyak alat muzik dapat digunakan semakin baiklah
persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan adalah:
Violin
Gambus
Marwas
Tabla

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


64 X TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

Simbal
Gendang
Akordion
Harmonika dan lain-lain.

AKTIVIT1 5.1

1. Dalam kumpulan yang kecil kenalpasti beberapa jenis lagu boria.


2. Nyatakan perbezaan diantara genre ghazal, dondang sayang
dan boria.

Nyanian ghazal sebenarnya berasal dari negara Parsi.


Kebanyakkan daripada teks lagu nyanyian ghazal mempunyai pengaruh
dari negara Parsi atau Iran, Pakistan dan India.
Nyanyian ghazal diiringi oleh alat muzik tali yang dikenali sebagai sarenggi,
harmonium dan tabla. Bentuk asal ghazal yang berasal dari India ini masil
dipersembahkan oleh komuniti India Muslim di Malaysia.
Di kalangan kaum Melayu ghazal paling terkenal di selatan Semenanjung
Malaysia, khususnya di Johor.
Walau bagaimanapun kewujudannya di negeri-negeri lain di utara
Semenanjung tidak boleh dinafikan. Negeri-negeri Perak, Kedah dan Pulau
Pinang juga mempunyai kumpulan ghazal mereka masing-masing.
Ghazal dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melau melalui negeri Johor. Pada
abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-
Lingga.
Walaupun ghazal dinyanyikan dalam bahasa Malayu, tetapi gaya lagu dan
komposisi ghazal mempunyai pengaruh Hindustani dan Persia.
Rentak dalam nyanyian ghazal adalah amat berbeza daripada rentak-rentak
yang lain. Ini adalah kerana, rentak asli untuk nyanyian ghazal berdasarkan
rentak yang berasal dari Parsi.
Rentak dalam genre ghazal dikenali sebagai Tal.
Peralatan muzik ghazal tradisional yang berasal dari Parsi terdiri daripada
peti harmonium, biola, gambus dan tabla atau dol (sejenis gendang).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK W 65

Dondang sayang adalah sejenis genre vokal yang amat popular di kalangan
masyarakat Melayu dan masyarakat Baba Nyonya di Melaka.
Dondang sayang adalah suatu genre muzik yang terhasil akibat daripada
pergabungan tradisi dan kebudayaan Melayu dan Portugis.
Walaupun persembahan dondang sayang memperlihatkan penglibatan
kaum-kaum lain seperti India dan China, persembahan dondang sayang
pada amnya merupakan tradisi warisan masyarakat Peranakan dan Melayu
di Melaka.
Dondang sayang berasal dari Melaka di sekitar kurun ke 16 dan nyanyian
Dondang sayang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh muzik rakyat Portugis.
Sebelum kedatangan Jepun, dondang sayang merupakan suatu bentuk
hiburan dikalagan masyarakat Melayu dan juga kaum-kaum lain di Tanah
Melayu.
Penyanyi dondang sayang biasanya menyanyi secara berpasangan sambil
berbalas pantun.
Rentak dalam lagu dondang sayang selalunya bergantung kepada teks lagu
dan penyanyi.
Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka rentak yang dimainkan
oleh alat perkusi adalah agak cepat.
Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah yang sedih, maka alat
muzik seperti rebana dan tetawak akan memainkan rentak yang perlahan.
Satu kumpulan penyanyi dondang sayang biasanya terdiri daripada 4
pemain violin, 2 pemain rebana, dan seorang pemain gong atau tetawak.
Ketua kumpulan bagi ensemble dondang sayang selalunya adalah pemain
violin.
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia,
terutama Pulau Pinang.
Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka)
dan nyanyian.
Di Malaysia, boria mula-mula diperkenalkan di negeri Pulau Piang pada
akhir kurun ke 19.
Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala,
iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi
Suffian.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


66 X TOPIK 5 MUZIK TRADISIONAL MUZIK SINKRETIK

Rentak dalan lagu boria bergantung kepada kisah yang ingin disampaikan.
Suatu persembahan.
Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu
khusus.
Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama
yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.
Oleh itu kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan
violin.

Boria Ghazal
Dondang Sayang

Asmad, S. (1990). Seni lagu dan permainan tradisi. Melaka: Association of


Educational Distributors.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Matusky, P. & Tan, S.B. (2004). The music of Malaysia: The classical, folk and
syncretic tradition. United Kingdom: Ashgate Publishing Ltd.
Tan, S. B. (1997). Bangsawan: A social and stylistic history of popular Malay
opera. Kuala Lumpur: Malaysia.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik

6 Tradisional:
Muzik Klasik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Mengenal instrumen gamelan dan nobat,
2. Mengetahui teknik dalam permainan gamelan dan nobat; dan
3. Mengetahui kemahiran yang perlu ada dalam permainan gamelan
dan nobat.

X PENGENALAN
Topik ini akan memperkenalkan bahagian-bahagian utama instrumen yang
digunakan dalam persembahan gamelan dan nobat. Teknik-teknik dan
kemahiran yang diperlukan dalam permainan gamelan dan nobat juga
diperjelaskan.

Gamelan yang terdapat di negara kita dipanggil gamelan Terengganu. Ada juga
yang menganggilnya sebagai Gamelan Melayu. Gamelan pada asalnya
merupakan muzik yang dimainkan di istana. Ia dimainkan dalam skala
pentatonik. Secara perbandingan dengan skala diatonik, skala pentatonik yang
digunakan dalam permainan gamelan Terengganu adalah not 1, 2, 3, 5 dan 6.
Ensembel nobat juga berasal dari muzik istana yang melambangkan simbol dan
status masyarakat Melayu pada masa dahulu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


68 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

6.1 GAMELAN
Gamelan Terengganu mula diperkenalkan di Terengganu pada tahun 1913 ketika
pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Muzik ini dimainkan dalam majlis
formal dan tidak formal di istana. Orang yang bertanggungjawab dalam
perkembangan muzik gamelan Terengganu adalah Tengku Meriam iaitu isteri
kepada Sultan Sulaiman. Alatan muzik yang digunakan dalam ensembel
gamelan Terengganu adalah seperti berikut:
Saron Demung
Gong Agong dan Sawokan
Kenong
Gambang Kayu
Saron Penerus
Saron Barong
Gendang Dua Muka
Slentem
Kerumong

6.1.1 Pengenalan Instrumen-Instrumen Gamelan


(a) Sarung Demung
Alat muzik gamelan sarung demung mempunyai bilah-bilah yang
diperbuat daripada perunggu. Ia disusun di atas tepak kayu dan disokong
oleh bahan mengalas sebagai memenuhi prinsip akustiknya.

Rajah 6.1: Saron Demung

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 69

(b) Gong Agong dan Gong Suwokan


Gong Agong diperbuat daripada perunggu, mempunyai ukuran 90 - 95 sm
pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 30 sm. Ia mampu untuk
menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan juga mempunyai pic suara
yang terendah dalam keluarga gong. Gong Agong digunakan secara
berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran
sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu
dan berukuran 65 sm pada garis lintang.

Rajah 6.2: Gong Agong dan Gong Suwukan

(c) Kenong
Kenong diperbuat daripada 'perunggu' dan mendukung peranan sebagai
alat kolotomi yang dominan dalam rangkaian gamelan di Malaysia.

Rajah 6.3: Kenong

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


70 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

(d) Gambang Kayu


Bilah-bilah atau kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri
Kelantan. Terdapat juga belira-belira bagi alat gambang yang diperbuat
daripada buluh dan kayu nibong (Oncosperma tigillaria), dipercayai dapat
menghasilkan suara yang lebih mantap. Di bawah bilah-bilah tersebut
mempunyai kotak bunyi. Bunyi gambang tidak terang jika dibandingkan
dengan alat-alat gamelan yang lain.

Rajah 6.4: Gambang Kayu

(e) Saron Penerus


Daripada segi fizikalnya, Saron Penerus mempunyai bilah-bilah tembaga
yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan
bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Untuk menghasilkan bunyi, Saron
Penerus dipalu dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada
tanduk kerbau.

Rajah 6.5: Saron Penerus

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 71

(f) Saron Barong


Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat Saron Barong berukuran lebih kecil
dan nipis daripada Saron Demung dan juga Saron Penerus. Oleh itu alat
mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada Saron Demung.
Saron Barong berukuran kecil sedikit dari Saron Demung dan besar sedikit
dari Sarun Peking.

Ianya merupakan sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan


logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini
dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit antara satu
dengan lain untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang
lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi.Ia menggunakan alat
pemukul yang lebih lembut bagi menghasilkan ton yang terang.

Rajah 6.6: Saron Barong

(g) Gendang Dua Muka


Persembahan gamelan menggunakan gendang dua muka bagi gendang ibu
dan gendang anak. Ia dimainkan bagi tujuan memberi isyarat mulakan
lagu, tamatkan lagu dan tempo lagu kepada pemain-pemain lain. Ia juga
memberikan rentak dalam permain gamelan. Muka gendang ini diperbuat
daripada kulit kambing dan diregangkan menggunakan rotan.

Rajah 6.7: Gendang Ibu

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


72 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

(h) Slentem
Alat muzik slentem ini mempunyai tiga bilah bagi setiap kotak resonator
yang berbentuk silinder. Bilah-bilah diperbuat daripada perunggu. Ia
merupakan sebagai alat penambahan baru dalam permainan gamelan
Melayu.

Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang
lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang.

Rajah 6.8: Slentem

(i) Kerumong
Alat muzik ini merupakan alat gong-chime yang terdiri daripada 10 buah
gong kecil yang diletakkan dalam rak kayu dalam dua barisan.

Rajah 6.9: Kerumong

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 73

6.1.2 Teknik Permainan


Dalam permainan gamelan, setiap pemain bermain dalam keadaan duduk
bersimpuh. Alat-alat muzik dimainkan dengan menggunakan pemukul khas dan
tangan. Oleh itu, kemahiran yang perlu dititikberatkan adalah kemahiran
menggunakan pergelangan tangan. Kesemua alat muzik dipalu atau dipukul
menggunakan pemukul khas kecuali pemain gendang yang menggunakan tapak
tangan.

Teknik pendam juga diamalkan dalam pemakaian alat slenteng, supaya


pencemaran bunyi (sound pollution) tidak berlaku apabila dimainkan serentak
dengan alat-alat melodi yang lain. Alat slenteng juga memerlukan 'resonator'
iaitu kotak gema untuk meningkatkan (amplify) suaranya. Lazimnya, resonator
tersebut diperbuat daripada kepingan besi yang dibentuk seperti tabung dan
dilaraskan serentak bersama bilahnya dalam proses mencari suara. Ianya
dipukul dengan sebelah tangan dengan menggunakan kayu pemukul yang
dibalut dengan bahan-bahan jenis lembut seperti kain dan sebagainya.

Pemain hendaklah berhati-hati memukul alat. Anda perlu menasihati pelajar


anda supaya menggunakan pemukul yang betul dan sesuai bagi setiap alat.
Teknik memalu gong perlu dibuat secara lembut supaya dapat menghasilkan
bunyi yang seimbang dengan bunyi alat yang lain. Jika anda memalukan gong
secara kuat, ia akan merosakkan rai gong tersebut.

Alat-alat seperti gender, kromong dan slentem mempunyai bunyi yang sangat
lembut. Oleh itu, hindarkan daripada mengetuk atau memalu alat tersebut dangan
cara yang kuat. Ini akan menghasilkan karakter bunyi yang tidak baik. Alat ini
dimainkan oleh seorang pemain dengan sepasang pemukul kayu. Saron barong ini
memainkan melodi utama di mana satu not diketuk pada setiap rentak. Ia
dimainkan dengan memalu kepingan kayu dengan sepasang pemalu kayu berbalut.

Teknik memukul alat jenis demung, saron dan saron penerus perlu dibuat
dengan kuat supaya lebih jelas bunyinya. Ia berbeza dengan alat gambang,
dimana paluan atau ketukan seharusnya sederhana.

Kenong boleh dipukul secara kuat atau perlahan. Ia bergantung pada keperluan.
Ton bunyinya lebih besar daripada bunyi yang lain.

Teknik bermain gendang adalah bergantung pada ketegangan kulit. Jika anda
memerlukan bunyi Cak atau Cang yang nyaring, anda perlu memukul pada
bahagian hujung jari anda. Jika anda memukul menggunakan tapak tangan,
anda akan menghasilkan bunyi yang lebih tebal.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


74 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

6.1.3 Kemahiran dalam Permainan Gamelan


Dalam permainan gamelan, seseorang pemain perlulah mempunyai kemahiran
tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:
kemahiran membaca skor dan memainkan lagu,
kemahiran bermain dalam tempo yang tepat,
kemahiran bermain dalam satu ensembel,
kemahiran bermain dengan mood lagu,
kemahiran memulakan lagu dan menamatkan lagu,
kemahiran memukul dengan teknik yang betul.

Dalam memainkan sesebuah lagu, anda sebagai seorang guru adalah


dinasihatkan supaya:
(i) Memahami bahawa pelajar belum biasa memainkan alat-alat tersebut, oleh
itu anda perlu memberi penerangan yang jelas tentang setiap alat dan
fungsinya.
(ii) Mengajar dengan menggunakan skor lagu supaya pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku dengan cepat jika dibandingkan dengan
pengajaran menerusi ingatan.
(iii) Dalam melaksanakan pengajaran, anda perlu melatih pelajar-pelajar
dengan tempo yang perlahan dahulu dan mengulangi beberapa kali
bahagian yang sukar.
(iv) Mengajar lagu yang senang dan mudah dahulu seperti memperkenalkan
lagu Perang, Lantai Lima dan Sulang Arak. Lagu-lagu yang senang tidak
mempunyai bunyi yang bertingkah, frasa lagu yang pendek dan tidak
mempunyai variasi yang kompleks.

AKTIVITI 6.1
Jika anda kaji, muzik gamelan dimainkan dalam tempo yang
perlahan jika dibandingkan dengan muzik caklempong. Mengapa
agaknya? Bincangkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 75

6.2 NOBAT
Nobat adalah sejenis muzik yang dimainkan di istana. Ia dianggap muzik Diraja.
Pemuzik-pemuzik yang memainkan ensembel ini juga dipilih khas secara turun
temurun. Muzik nobat mempunyai banyak pantang larangnya. Antaranya
adalah ia tidak boleh dimainkan untuk rakyat jelata. Ia hanya dimainkan untuk
majlis-majlis tertentu istana.

Antara majlis-majlis istana yang menggunakan muzik nobat sebagai penghibur


utama atau pengiring majlis adalah seperti majlis perkahwinan, menyambut
kelahiran baru di istana, istiadat pertabalan dan lain-lain lagi, daripada sekecil-
kecil istiadat sehinggalah ke sebesar-besar peristiwa di istana. Nobat
dipersembahkan secara instrumental. Melodi dimainkan dengan alat muzik
serunai dan nafiri. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah Raja Burung,
Seratan, Malawala dan sebagainya.

Rajah 6.10: Ensembel Nobat

6.2.1 Pengenalan Instrumen-instrumen Nobat


Dalam permainan nobat, dua kategori instrumen yang digunakan adalah erofon
dan membranofon. Erofon adalah instrumen seperti nafiri dan serunai, manakala
membranofon adalah instrumen seperti gendang dua muka dan nehara atau
nahara.

(a) Nafiri
Nafiri adalah sejenis alat tiupan seperti trumpet yang diperbuat daripada
perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup
dan menggerunkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


76 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

Rajah 6.11: Nafiri

(b) Serunai
Serunai diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk
kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang
petik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun
mengkuang atau daun lontar atau tar kering yang seakan-akan double-
reed. Ia digunakan bagi memainkan melodi. Selain dimainkan dalam
persembahan nobat, serunai dimainkan juga dalam ensembel wayang kulit,
gendang keling, menora dan juga gendang silat.

Rajah 6.12: Serunai

(c) Gong
Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam permainan nobat. Ia
memberi tempo dan panduan kepada pemuzik lain. Busut atau tombol
yang terdapat di tengah-tengah gong itu adalah tempat untuk dipukul atau
dipalu. Ia dipalu menggunakan pemukul khas yang dibalut dengan getah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 77

Rajah 6.13: Gong

(d) Nehara (Nahara)


Nehara atau nahara merupakan gendang satu muka berukuran 12 inci
panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat daripada kayu
merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.

Rajah 6.14: Nehara atau Nahara

Alat gendangan lain yang digunakan adalah gendang ibu dan anak.
Gendang ini berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan
saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup
dengan kulit lembu dan kulit kambing.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


78 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

Rajah 6.15: Gendang Ibu (kiri) dan Gendang Anak (kanan)

6.2.2 Teknik dalam Permainan Nobat


Semua pemain muzik nobat bermain secara duduk. Permainan nobat
menggunakan dua teknik utama iaitu paluan dan tiupan. Alat-alat yang dipalu
adalah gendang dua muka, nehara atau nahara (nengkara dan gendang belanga)
serta gong. Manakala alat tiupan adalah serunai dan nafiri (trumpet perak yang
panjang).

(a) Alatan Gendangan


Permainan alat gendangan dalam nobat menggunakan sistem nimonik
yang dikenali sebagai Dai. Dai terdiri daripada abjad jawi sebagai simbol
atau notasi untuk mengeluarkan bunyi atau timbre tertentu bagi alat
gendang dan gong. Huruf jawi digunakan untuk menggambarkan timbre
gendang iaitu Ting, Tik, Dam dan Kap.

Timbre Tang dapat dihasilkan apabila pukulan di bahagian tengah muka


kulit kecil gendang dengan tangan kiri. Bunyi Dam pula terhasil dengan
pukulan yang berulang kali seolah-olah bunyi guruh dengan irama yang
tidak bermeter. Gendang nobat dipukul dengan pemukul kayu pada muka
kulit besar sebelah kanan.

(b) Nafiri
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat
tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic
bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.

(c) Serunai
Untuk memainkan serunai, anda perlulah memasukkan pelidah empat
lapis atau double-reed itu ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui
pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 79

petik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan perlu dilakukan supaya lagu


dapat dimainkan sehingga selesai. Peniup serunai yang mahir boleh
meniup serunai tanpa berhenti untuk mengambil nafas sehingga lagu
tamat. Teknik ini dipanggil circular breathing

(d) Nehara atau Nahara


Nehara atau nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua
batang rotan halus berukuran 17 inci panjang. Semasa dimainkan sebatang
kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning
diletakkan di bawah nehara supaya permukaan nahara mudah dipalu.

(e) Gong
Gong merupakan alat penting bagi memberi tempo dan panduan kepada
pemuzik yang lain. Gong dimainkan menggunakan pemukul atau pemalu
dengan sebelah tangan. Gong tidak boleh dipukul terlalu kuat. Ini akan
menghasilkan bunyi yang seakan pecah atau peak. Tombol atau busut yang
terdapat di tengah-tengah gong adalah tempat paluan.

Teknik permainan nobat banyak dibatasi oleh pantang larang yang perlu
diketahui. Menurut Siti Shukriyah Hamid (http://www.nobat. hostrocket.com)
pantang larang permainan nobat adalah seperti berikut:
Alatan muzik nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa dan
kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah sesuka hati.
Semasa alat muzik nobat dibawa turun ke Balai Besar, sesiapa pun tidak
dibenarkan melintas di hadapannya.
Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati. Jika ada yang
kurang tertib, mereka akan menerima balasannya.
Alat-alat nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.
Orang-orang nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui
kepada keturunannya.
Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik nobat ini kecuali
pemain.
Semasa nobat hendak dimainkan setiap nobat ini mestilah mengikut jalannya
ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang nehara
kerana ia dipercayai diperbuat daripada kulit perut perempuan
mengandung.
Kedudukan alat nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara
mestilah menghadap ke arah matahari terbit.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


80 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

Semasa hendak menyalin kulit nehara, pemain nobat mestilah menggunakan


kain selendang berwarna kuning.
Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempat lain seperti Balai Besar
hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh nafiri, serunai, gendang
ibu, gendang anak, gong, dan nehara.
Semua pemain nobat, yang dipanggil Orang Kalau, mestilah mengikut
keturunan dan muzik nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki sahaja.
Apabila ayah atau pemain hendak berhenti dari bemain nobat, dia mestilah
melatih anaknya di rumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat nobat
rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan tempat ayahnya
dengan syarat ayahnya mesti menyediakan nasi kunyit dan dikemenyankan.
Kemudian si anak perlu memakan sekepal nasi kunyit sebelum mula bemain.
Semasa bermain nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi
berwarna hitam.

6.2.3 Kemahiran dalam Permainan Nobat


Dalam konteks permainan nobat, dua kemahiran utama yang perlu ada bagi
pemain. Ini adalah meniup alatan tiupan dan alat paluan. Salah satu alatan
tiupan tersebut adalah nafiri. Untuk meniup nafiri memerlukan pernafasan yang
seimbang dan berterusan. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis
hiburan kaum kerabat Diraja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat
pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan
Diraja.

Alat tiupan yang penting juga dalam permainan nobat adalah serunai. Serunai
menggunakan reed berkembar atas dan bawah. Seseorang pemain serunai
mestilah mempunyai kemahiran untuk meniup serunai secara berterusan. Ia
dipanggil circular-breathing. Oleh itu pengawalan nafas amat penting.

Bagi alat-alat gendangan seperti nehara atau nahara, gendang ibu dan gendang
anak, seseorang pemain perlu mempunyai kemahiran dalam menghasilkan
timbre yang berbeza-beza, tempo yang tetap, pukulan irama yang variasi dan
bertingkah.

Oleh itu untuk memainkan gendang ibu dan anak: anda hendaklah memalu
dengan kedua belah tangan mengikut pola irama asas dan pola irama yang
bertingkah dalam pelbagai variasi. Pola irama yang mengiringi permainan nobat
ada kalanya terlalu kompleks. Oleh itu seseorang pemain gendangan perlu
mempunyai kemahiran menghafal dan mengingati bagi menghasilkan paluan
yang bertempo tepat dan irama yang betul. Di bawah ini adalah keratan skor
lagu yang menunjukkan pola irama bagi nahara dan gendang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK W 81

Skor 1

AKTIVITI 6.2

Mengapakah muzik nobat hanya dimainkan di Istana? Menerusi laman


web http://www.nobat.hostrocket.com, senaraikan lagu-lagu yang
dimainkan dalam permainan nobat.

Teknik bermain gendang bergantung pada ketegangan kulit. Jika anda


memerlukan bunyi Cak atau Cang yang nyaring, anda perlu memukul
pada bahagian hujung jari anda. Jika anda memukul menggunakan tapak
tangan, anda akan menghasilkan bunyi yang lebih tebal seperti bunyi
Bung.
Dalam permainan gamelan, setiap pemain bermain dalam keadaan duduk
bersimpuh.
Alat-alat muzik dimainkan menggunakan tangan. Oleh itu, kemahiran yang
perlu dititikberatkan adalah kemahiran menggunakan pergelangan tangan.
Kesemua alat muzik dipalu atau dipukul menggunakan pemukul khas
kecuali pemain gendang yang menggunakan tapak tangan.
Semua pemain muzik nobat bermain secara duduk.
Permainan nobat menggunakan dua teknik utama iaitu paluan dan tiupan.
Gamelan yang terdapat di negara kita adalah dipanggil gamelan Terengganu.
Serunai menggunakan reed berkembar atas dan bawah.
Nobat adalah sejenis muzik yang dimainkan di istana.
Ia dianggap muzik Diraja.
Pemuzik-pemuzik yang memainkan ensembel ini juga dipilih khas secara
turun temurun.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


82 X TOPIK 6 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK KLASIK

Gambang Kayu Nahara


Gamelan Terengganu Nobat
Gendang anak dan ibu Saron Barong
Gong Agong dan Suwukan Saron Demong
Kenong Saron Penerus
Kerumong Serunai
Mahaguru/Semambu Slentem
Nafiri

Baines, Anthony (1991). Woodwind instruments and their history. New York:
Dover Publication Inc.
Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed). New York: McGraw-Hill
Companies
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan
muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Matusky, P. & Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Penang: The Asian Centre.
http://4countrywithlove.multiply.com/journal/item/31/Sejarah_Gamelan_
di_Malaysia
http://www.nobat.hostrocket.com/kenal.html
http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Ero_Serunai.html

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik
7 Tradisional:
Muzik Tarian
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengetahui latar belakang, rentak dan cara persembahan muzik
tarian sumazau dan ngajat;
2. Mengetahui latar belakang, rentak dan cara persembahan muzik
tarian dabus dan sewang; dan
3. Mengetahui latar belakang, rentak dan cara persembahan muzik
tarian Cina (tarian singa).

X PENGENALAN
Tahukah anda, negara kita kaya dengan tarian tradisi yang diamalkan oleh
pelbagai kaum. Setiap tarian tradisi ini dipersembahkan dengan iringan muzik
mereka yang tersendiri. Kebanyakan muzik yang mengiringi tarian ini
menggunakan muzik perkusi sebagai alat utama. Topik ini menekankan muzik
yang mengiringi tarian Sumazau daripada negeri Sabah, tarian ngajat daripada
negeri Sarawak, tarian dabus dan tarian sewang daripada negeri Perak, tarian
singa yang mewakili tarian orang-orang Cina.

Jarang kita mendengar tarian ditarikan tanpa iringan muzik. Kepentingan muzik
dalam mengiringi sesebuah tarian amat diperlukan. Ia bertujuan mendapatkan
pergerakan yang seimbang, sama dan tepat dalam setiap aksi serta gerakan.
Muzik juga mampu memberi kesan perasaan kepada penari dan penonton.
Rentak kelajuan sesebuah muzik yang dipersembahkan bergantung pada jenis
tarian. Sebagai contoh dalam tarian singa, pergerakan penari menentukan muzik
dimainkan secara perlahan atau sebaliknya.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
84 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

7.1 MUZIK SUMAZAU DAN MUZIK NGAJAT

7.1.1 Latar Belakang


Muzik Sumazau adalah muzik yang dimainkan untuk mengiringi tarian Sumazau.
Tarian ini merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan di negeri Sabah. Tarian ini
dipersembahkan sempena perayaan Tadau Kaamatan atau Hari Menuai oleh
pasangan lelaki dan perempuan yang menggunakan kostum kaum Kadazan
berwarna hitam yang dilengkapi dengan manik-manik berwarna-warni.

Tarian Ngajat pula merupakan tarian yang diamalkan oleh kaum Iban dan
Orang Ulu di negeri Sarawak. Asal usulnya tarian ngajat adalah tarian perang
kaum Iban selepas mereka kembali daripada medan peperangan. Di kalangan
kaum Kenyah, Kayan dan Kajang tarian ngajat dikenali sebagai tarian ngajat asal.
Dewasa ini, tarian ngajat dipersembahkan dalam pelbagai majlis rasmi dan
menyambut tetamu. Tarian ini diiringi dengan muzik ngajat yang dimainkan
oleh pemuzik yang memainkan instrumen gong besar, gong kecil, bebendai dan
engkrumong. Bagi ngajat asal, ia diiringi oleh dua sapeh dan satu jatung utang.
Modul ini hanya menekankan muzik ngajat yang dipraktikkan oleh kaum Iban.
Muzik yang mengiringi tarian ini dimainkan oleh ensembel engkrumong. Alat
muzik dalam ensembel engkrumong adalah engkrumong, ketebong, dumbak,
tawak dan Bandai.

7.1.2 Rentak
(a) Rentak Muzik Sumazau
Rentak muzik sumazau tidak tetap. Ini kerana muzik sumazau
dipraktikkan turun temurun secara hafalan. Secara amnya, rentak asas
sumazau ditunjukkan dalam pola irama di bawah ini. Rentak asas ini
dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian
Pelajaran Malaysia (2002).

Modul Pengajaran Muzik 4 (Zaharul Lailiddin Saidon et. al, 2008) telah
memperjelaskan tentang corak irama asas rentak sumazau dalam meter
empatan di mana tekanan kepada kuaver detik pertama dan empat kuaver
pada detik ketiga dan keempat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 85

Rentak muzik sumazau juga mempunyai variasinya tersendiri apabila


dipersembahkan dengan alat-alat muzik yang lain. Keratan pola irama di
bawah menunjukkan rentak sumazau yang dimainkan dengan dua alat
muzik buluh dan gong.

(b) Rentak Muzik Ngajat


Rentak muzik ngajat yang menggunakan ensembel engkrumong adalah
rentak dumbak 4-bit. Alat muzik seperti tetawak, ketebong, dumbak dan
bandai akan memainkan rentak bagi mengiringi engkrumong yang
memainkan melodi. Bandai yang menghasilkan timbre yang tajam dan kuat
dimainkan pada setiap dua bit. Tawak pula dimainkan secara pukulan
staccato atau putus-putus. Ketebong memainkan corak irama yang
dipelbagaikan dan dumbak memainkan corak irama asas.
Berikut adalah rentak asas 4-bit yang digunakan dalam permainan
ensembel engkrumong.

Di bawah ini adalah tiga variasi rentak dalam permainan ensembel


engkrumong yang mengiringi tarian ngajat.

7.1.3 Cara Persembahan


(a) Cara Persembahan Sumazau
Muzik sumazau dipersembahkan untuk mengiringi tarian. Pergerakan
tarian sumazau sangat lembut dan lemah gemalai. Dalam persembahan
sumazau, setiap pasangan lelaki dan perempuan akan mengadap antara
satu sama lain sambil mendepakan tangan serta menggerakkan kaki

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


86 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

mereka dengan berjengket kecil sambil mengangkat tumit. Tarian ini


diiringi oleh muzik. Alat muzik yang digunakan adalah lapan buah gong
pelbagai saiz dan gendang. Ada sesetengah menggunakan buluh dan gong.
Pola irama yang dimainkan tidak tetap dan ianya berbeza mengikut
daerah-daerah.

Anda boleh menggunakan rentak sumazau untuk mengiringi lagu-lagu


rakyat yang anda suka. Keratan skor lagu Jambatan Tamparuli merupakan
contoh iringan rentak sumazau.

Skor 1: Keratan lagu Jambatan Tamparuli

(b) Cara Persembahan Ngajat


Dalam persembahan ngajat, muzik digunakan untuk mengiringi tarian
ngajat. Penari lelaki akan memakai sehelai kain merah dari paras pinggang
ke lutut. Aksesori lain yang dipakai oleh penari ini adalah bulu burung
kenyalang yang diikatkan di kepala. Baju yang digunakan oleh penari ini
juga dihias dengan bulu. Penari akan membuat gerakan seorang pahlawan
dengan melompat sambil memegang parang panjang dan perisai kayu.
Penari ini menari dalam satu bulatan diiringi muzik.

Rajah 7.1: Penari Ngajat

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 87

AKTIVITI 7.1
Anda boleh menggunakan rentak asas dan rentak variasi muzik
sumazau untuk mengiringi lagu-lagu rakyat. Menerusi corak irama di
bawah ini, anda dikehendaki mengiringi nyanyian atau permainan
instrumental sebuah lagu rakyat.

7.2 DABUS DAN SEWANG

7.2.1 Latar Belakang


Dabus adalah satu gabungan persembahan tarian dan muzik yang ada kaitan
dengan keagamaan. Permainan ini berasal dari Kuala Kangsar. Ia merupakan
suatu kesenian dalam seni tari yang mempamerkan kegagahan. Gerak
persembahan diperoleh mengikut kesesuaian tarian. Ia dicipta sebegitu rupa
tanpa mengamalkan ciri-ciri ritual. Segala gerak laku ini diiringi dengan muzik
yang dimainkan oleh pemuzik rebana kerincing atau rebana perak bersaiz besar
dan kecil, gong dan anak dabus. Tarian dabus dipersembahkan secara rancak
dan agresif. Anak dabus merupakan sejenis senjata tajam yang diperbuat
daripada besi, akan tetapi untuk tujuan persembahan tarian, ianya dibuat
daripada besi waja. Panjangnya daripada kepala ke hujung di antara lapan
hingga sepuluh inci. Hujung anak dabus ditajamkan bagi tujuan tusukan ke
lengan penari semasa persembahan. Tunjang anak dabus berpecah kepada tiga
atau empat cabang telinga. Setiap satu cabang telinga dibubuh beberapa
gegelang kecil bertujuan untuk mengeluarkan bunyi apabila anak dabus
digoncangkan dalam pergerakan tarian. Bunyi yang terhasil seakan bunyi
kerincing.

Sewang merupakan gabungan nyanyian, tarian, muzik, pengucapan dan magis


bagi masyarakat orang asli di kawasan pendalaman Perak dan Pahang. Ianya
bertujuan untuk hiburan, menyembuh penyakit, memuja (memohon kebenaran,
memperbaharui janji dan kesyukuran) dan memulih semangat. Secara umumnya
upacara sewang melibatkan pengendali atau ketua upacara yang mengamalkan
perubatan tradisional (shaman) yang dikenali sebagai Tok Khalak atau Tok
Bomoh. Secara khususnya, Tok Khalak mempunyai elmu (kuasa kebatinan)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


88 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

yang boleh menghubungi kuasa-kuasa ghaib seperti keramat dan penjaga


sesebuah wilayah Orang Asli. Bidang elmu yang tinggi membolehkan Tok
Khalak mengendalikan upacara yang lain seperti berkaitan dengan tanah,
memulihkan atau mencuci kampung, menjamu keramat dan memulihkan
semangat. Di samping itu, mereka juga sering diberikan tanggungjawab untuk
mengendalikan sewang yang diadakan untuk hiburan.

7.2.2 Rentak
(a) Rentak Muzik Dabus
Rentak muzik dabus tidak mempunyai pola irama yang khas. Rentak asas
muzik dabus adalah seakan-akan rentak inang. Anak dabus kebiasaannya
memainkan detik lagu. Gong pula memainkan not panjang seakan-akan
pada setiap bar lagu. Ia memberi panduan kepada pemuzik lain.
Di bawah ini adalah asas rentak muzik dabus.

Gabungan alat-alat muzik gendangan bagi muzik dabus ditunjukkan


dalam keratan skor di bawah ini.

Skor 2: Rentak bagi alat-alat gendangan muzik dabus

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 89

Di bawah ini adalah contoh skor lagu Dabus:

Skor 3: Contah lagu Dabus


Contoh seni kata dalam Bahasa Malaysia (Berdasarkan transkripsi notasi muzik
di atas)

Baju Putih Serban Putih


Lalu Dibawa Pergi Sembahyang
Allah Kasih Muhammad Kasih
Rasullullah Terlalu Sayang ..

(b) Rentak Muzik Sewang


Rentak muzik sewang jelas boleh didengari menerusi permainan alat
lecenteu atau centong. Ia berfungsi memainkan rentak kepada nyanyian
sewang. Alat ini dimainkan dengan cara menghentakkan ke atas
permukaan kayu yang sederhana besar untuk mendapatkan bunyi.
Lazimnya corak irama bagi rentak asas muzik sewang adalah seperti
berikut

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


90 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kumpulan memainkan rentak


variasi seperti di bawah ini.

7.2.3 Cara Persembahan Dabus dan Sewang


(a) Cara Persembahan Dabus
Persembahan tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan.
Persembahan tarian dabus adalah gabungan tarian dan muzik. Langkah-
langkah persembahan adalah seperti berikut:
(i) Sebelum sesuatu persembahan dimulakan upacara memulihkan
gelanggang di lakukan.
(ii) Seorang bomoh yang digelar khalifah di dalam permainan dabus
memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemenyan.
(iii) Jampi serapahnya adalah seperti berikut:-
"Bismillah-hirrahmanirrahim" Assalamualaikum ya kemenyan,
dijadikan Allah dari getah kayu yang putih,
asal engkau he kemenyan,
aku tahu asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah,
ku selang seraya".

(iv) Kemenyan ini dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan


yang digunakan. Kemudian khalifah menyiram bertih, beras kunyit
dan menepung tawar ke sekeliling gelanggang permainan. Ini
bertujuan bagi menjauhkan daripada segala gangguan makhluk halus
serta perbuatan khianat kepada ahli-ahli yang menjayakan tarian itu.
(v) Setelah itu persembahan dimulakan dengan seorang atau dua orang
pemuzik melagukan nasyid dabus diiringi dengan paluan rebana
dabus. Nasyid dabus ini disambung pula dengan lagu-lagu rentak tari
dabus yang dilagukan oleh semua pemuzik serentak dengan paluan
rebana dabus dan gong.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 91

(vi) Serentak dengan itu seorang penari masuk ke gelanggang untuk


menari. Sebelum memulakan langkah, penari duduk bertinggung
dengan kedua belah tangannya memegang sepasang anak dabus, satu
di tangan kanan dan satu di tangan kiri dan bergerak ke hadapan tiga
langkah dan tiga langkah ke belakang kemudian tunduk memberi
hormat.
(vii) Selepas itu beliau berdiri dan memulakan tarian.
(viii) Habis satu lagu penari akan berundur dan digantikan dengan dua
penari dan ini diikuti pula oleh empat pasang penari yang lain.
(ix) Penari-penari yang akan mencucuk lengannya, menghadap khalifah
untuk dibasuh lengan mereka dengan air penawar dan dijampi serta
diiktikadkan dalam hati oleh khalifah, "tulang kamu besi, kulit kamu
tembaga.
(x) Penari meneruskan tarian sambil mencucuk lengan dengan pangkal
anak dabus yang tajam. Luka-luka akibat tikaman ini dibasuh dengan
air penawar dan dipicit keluar bisanya serta dijampi oleh khalifah
untuk menyembuhkan luka. Jampi ini dipetik dari surah Al-'Lahab
ayat satu yang berbunyi:
"Tabbat ya da abi la ha biung wattab".

(xi) Selain daripada mencucuk lengan dengan anak dabus, terdapat juga
penari-penari yang menghentakkan batu giling ke bahagian badan
terutamanya bahagian paha. Satu persembahan dabus yang lengkap,
mengambil masa lebih kurang 30 minit.
(xii) Setelah selesai persembahan anak-anak dabus dibersihkan dan sekali
lagi dijampi oleh khalifah.

(b) Cara Persembahan Sewang


Dalam upacara sewang, bentuk muziknya diterjemahkan menerusi lagu-
lagunya yang mendayu-dayu mengandungi pengucapan yang memuja
kuasa-kuasa ghaib, memuji keindahan alam, mendekripsi kelemahan
manusia dan memohon perlindungan supernatural. Dalam upacara
tersebut Tok Khalak juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan
teguran-teguran dan nasihat kepada ahli komunitinya.

Upacara sewang menggunakan beberapa peralatan muzik yang direka


cipta sendiri oleh masyarakat orang Asli. Ia dicipta menggunakan bahan-
bahan yang ada di persekitaran mereka seperti buluh. Alat-alat tersebut
adalah seperti berikut:
(i) Lecenteu atau centong yang diperbuat daripada buluh.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


92 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

(ii) Kerem juga diperbuat daripada buluh yang direntangi oleh dua utas
tali. Dimainkan secara petikan seperti memetik gitar.
(iii) Bangsi yang diperbuat daripada buluh kecil ditebuk sebanyak empat
lubang. Bangsi ditiup menggunakan hidung. Ia seakan nose flute.
(iv) Dinggong yang diperbuat daripada besi dengan ukuran satu setengah
hingga lima sentimeter panjang. Alat ini dimainkan dengan
menghasilkan getaran pada alat dengan bantuan lidah dan mulut
seseorang seperti mendapat bunyi yorling. Alat ini mengeluarkan
bunyi seperti alat kuming daripada Filipina.
(v) Seegel sejenis alat ayang diperbuat daripada buluh dan dimainkan
dengan cara mengesek.

Upacara sewang dimulakan dengan Tok Khalak membaca jampi serapah.


Seterusnya, penyanyi utama iaitu Tok Khalak berdiri di hadapan pentas
dengan mengibas-ngibaskan badannya dengan daun balai dan menyanyi.
Penari, pemuzik dan penyanyi akan memulakan aksi serentak. Pemuzik
duduk di belakang penari. Penari menari dalam satu bulatan dengan cara
mengayun tangan ke kiri dan ke kanan sambil bergerak membentuk satu
bulatan. Pada peringkat awal tarian, muzik dan gerakan penari dalam tempo
perlahan kemudian bertukar beransur-ansur kepada gerakan-gerakan yang
pantas. Persembahan ini bermula seawal jam lapan malam berlarutan hingga
ke pagi.

AKTIVITI 7.2
Anda boleh menggunakan rentak asas dan rentak variasi muzik
sewang untuk mengiringi lagu-lagu rakyat. Menerusi corak irama di
bawah ini, anda dikehendaki mengiringi nyanyian atau permainan
instrumental sebuah lagu rakyat.

AKTIVITI 7.3

Cuba anda bandingkan corak irama muzik dabus dengan corak irama
muzik sewang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 93

7.3 MUZIK TARIAN SINGA

7.3.1 Latar Belakang


Tarian bagi orang Cina yang paling terkenal dalam masyarakat Malaysia adalah
tarian singa. Boleh dikatakan semua penduduk di Malaysia sudah biasa melihat
persembahan tarian singa sempena menyambut tahun baru Cina. Persembahan
tarian singa ini adalah gabungan antara pemuzik dan penari yang
menggunakan kostum dan aksi singa.

Warna merah adalah warna yang sangat dominan dengan persembahan ini.
Kebiasaannya persembahan tarian singa dipersembahkan sempena menyambut
tahun baru Cina. Tarian singa juga dipersembahkan di dalam majlis keramaian
seperti pembukaan kedai baru, perkahwinan, serta majlis-majlis menyambut
pembesar-pembesar.

Paluan gendang-gendangan dan mercun sangat sinonim dengan masyarakat


Cina. Singa yang digunakan dalam tarian ini diperbuat daripada kertas dengan
mata dan mulut. Setiap seekor singa ini digerakkan oleh dua orang penari,
seorang di bahagian kepala dan seorang lain di bahagian belakang. Gerak geri
dan aksi singa ini memberi gambaran mood seperti gembira, marah dan sedih.
Klimaks persembahan tarian singa ini adalah singa akan memakan sayur hijau
yang dipanggil ching. Adegan ini akan memberi gambaran tentang kemahiran
penari untuk mendapatkan sayur dan ang-pow (duit upahan) yang diikat pada
hujung galah.

Alatan muzik gendangan yang digunakan dalam muzik tarian singa ini adalah:
(i) Luo atau gong yang dimainkan secara paluan menggunakan satu pemukul
kayu. Ia diperbuat daripada gangsa.
(ii) Bo iaitu dua simbal yang dimainkan menggunakan kedua-dua belah
tangan. Ia diperbuat daripada gangsa.
(iii) Chebagu atau Gu adalah sejenis gendang satu muka kulit yang tebal yang
diletakkan pada kayu berbentuk silinder. Ia dimainkan secara paluan dari
atas ke bawah menggunakan kedua-dua belah tangan. Ia dipukul
menggunakan pemukul kayu. Di dalam rongga kayu berbentuk silinder
mempunyai dawai besi

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


94 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

7.3.2 Rentak
Rentak dalam tarian singa ini mempunyai pelbagai variasi. Ia dikaitkan dengan
gerakan singa. Rentak yang dimainkan mengikut bahagian-bahagian tertentu
seperti bahagian pengenalan, bahagian kemunculan singa, bahagian singa
menyembah tiga kali dan bahagian pengembaraan singa mencari makan,
jumpa makan dan singa berjalan. Secara keseluruhannya, rentak yang
mengiringi tarian singa mempunyai lima bahagian utama. Secara umumnya,
muzik tarian singa adalah muzik yang dimainkan dengan alat-alat gendangan
dalam meter dupel. Alat-alat muzik digunakan adalah gong, simbal dan
gendang besar.

(i) Contoh Rentak Titir bahagian A


Rentak ini digunakan bagi menimbulkan bunyi yang suspen kepada
penonton terhadap aksi-aksi yang sukar dan bahaya.

(ii) Contoh rentak Bahagian B

(iii) Contoh Rentak Bahagian C

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 95

(iv) Contoh Rentak Bahagian D

(v) Contoh Rentak Bahagian E

7.3.3 Cara Persembahan


Dalam persembahan tarian singa ini, kebiasaannya pemain gendang akan
memulakan lagu dengan bunyi yang kuat. Bunyi ini sebagai isyarat kepada
pemain lain untuk memulakan permainan. Ia dibunyikan dengan memukul
kedua-dua kayu pemukul gendang. Isyarat ini akan dibuat bagi setiap
perubahan di bahagian-bahagian pergerakan singa sebagai panduan kepada
pemain gong dan simbal. Lagu yang mengiringi tarian singa lagu Gendang
Tujuh Bintang. Muzik dalam lagu ini dipersembahkan dalam lima bahagian
utama. Bahagian tersebut adalah:
(i) Bahagian A merupakan bahagian pengenalan. Ia dimulakan dengan
titiran gendang, simbal dan gong.
(ii) Bahagian B Aksi singa menyembah tiga kali. Ini memberi penghormatan
kepada penonton. Muzik yang dimainkan fleksibel mengikut gerak laku
dan aksi singa.
(iii) Bahagian C adegan ini menumpukan kepada singa berjalan untuk
mencari makan. Gendang, simbal dan gong dimainkan secara titir
bertujuan untuk membangkitkan debaran penonton semasa melakukan
aksi dan gerakan yang sukar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


96 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

(iv) Bahagian D bahagian ini adalah adegan singa yang telah menjumpai
makanannya. Oleh itu aksi dan gerakan singa ini akan dimainkan dengan
teknik titiran pada gendang, gong dan simbal. Ia juga bertujuan
menimbulkan efek perasaan penonton terhadap aksi dan gerakan yang
dibuat oleh penari singa. Tahap klimaks dalam adegan ini adalah singa
mendapat makanannya, memakan dan memulangkan kembali kepada tuan
rumah. Ketika ini muzik dimainkan secara fleksibel mengikut gerak geri
dan aksi singa.
(v) Bahagian E bahagian ini adalah adegan singa berjalan. Muzik dimainkan
secara improvisasi rentak 4-bit seperti yang berlaku dalam bahagian A dan
bahagian C. Sewaktu adegan singa menyembah tiga kali, muzik dimainkan
secara titiran.

Rajah 7.2: Permainan gendang dalam muzik tarian singa

Permainan muzik tarian singa didominasikan dengan alat muzik yang diketuk atau
dipalu (percussion-dominated). Setiap pemuzik perlu peka dan sensitif terhadap
setiap aksi dan gerakan penari. Muzik yang dimainkan mempunyai hubungan yang
sangat kuat dengan perilaku penari ini bertujuan memberi kesan yang mendalam
kepada penonton sama ada aksi dalam keadaan biasa atau sebaliknya.

Tarian sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan di negeri


Sabah.
Tarian ini dipersembahkan sempena perayaan Tadau Kaamatan atau Hari
Menuai oleh pasangan lelaki dan perempuan yang menggunakan kostum
kaum Kadazan berwarna hitam yang dilengkapi dengan manik-manik
berwarna-warni.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN W 97

Tarian ngajat pula merupakan tarian yang diamalkan oleh kaum Iban dan
orang Ulu di negeri Sarawak.
Asal usulnya tarian ngajat adalah tarian perang kaum Iban selepas mereka
kembali dari medan peperangan.
Di kalangan kaum Kenyah, Kayan dan Kajang tarian ini dikenali sebagai
tarian ngajat asal.
Setiap satu cabang telinga anak dabus dibubuh beberapa gegelang kecil
bertujuan untuk mengeluarkan bunyi apabila anak dabus digoncangkan
dalam pergerakan tarian. Bunyi yang terhasil seakan-akan bunyi kerincing.
Muzik tarian singa dimainkan dengan alat muzik yang diketuk atau dipalu
(percussion-dominated).
Setiap pemuzik perlu peka dan sensitif terhadap setiap aksi dan gerakan
penari.
Muzik yang dimainkan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan
perilaku penari ini bertujuan memberi kesan yang mendalam kepada
penonton sama ada aksi dalam keadaan biasa atau sebaliknya.
Sewang merupakan gabungan nyanyian, tarian, muzik, pengucapan dan
magis bagi masyarakat orang asli di kawasan pendalaman Perak dan Pahang.

Dabus Sumazau
Ngajat Tarian Singa
Sewang

Hood, Mantle (1982). The Ethnomusicologist. 2nd ed. Ohio: The Kent State
University Press.
Myers, Helen (1992). Ethnomusicology: An introduction. London: The Macmillan
Press.
Nettl, Bruno (1992). The study of Ehnomusicology: Twenty-nine issues and
concepts. Urbana: University of Illinois Press.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


98 X TOPIK 7 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK TARIAN

Mohd Ramli Buyong Kahar (2003). Kajian muzik sewang masyarakat orang asli
di Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak. (Kajian tidak diterbitkan).
Jabatan Muzik, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mastor Jarkaseh (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam: Produksi
Tabuh Emas.
Matusky, P. & Tan Sooi Beng. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Penang: The Asian Centre.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran kurikulum
bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat
perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan
muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Muzik
8 Tradisional:
Muzik
Popular
Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengenali, beberapa ciri genre muzik tradisional;
2. Mengenali, beberapa ciri genre muzik popular Malaysia;
3. Menganalisa beberapa contoh muzik popular Malaysia; dan
4. Menilai muzik-muzik jenis tradisional dan muzik popular
Malaysia.

X PENGENALAN
Pengkaji muzik telah mengklasifikasikan muzik tradisional di Malaysia ini
kepada tiga kategori iaitu, Muzik Klasik, Muzik Rakyat dan Muzik Sinkretik.
Ketiga kategori ini dibuat berdasarkan kepada ciri-ciri serta peranan muzik
tersebut. Melalui klasifikasi ini kita akan lebih mudah mengenali, membuat
analisis terhadap muzik tersebut serta boleh menilainya berdasarkan kategori
yang dicadangkan. Untuk menganalisis dan menilai sesebuah muzik tradisional
semestinya kita memerlukan kefahaman terhadap genre muzik tersebut.

Pemahaman terhadap muzik tradisional pula tidak sama dengan pemahaman


muzik popular kerana dua-dua genre muzik ini berada di dalam kelas yang
berbeza. Namun begitu ciri-ciri muzikal yang ada dalam semua genre muzik
masih dapat kita bincangkan dalam aspek-aspek yang tertentu.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
100 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

Dalam topik ini kita akan cuba mengenali ciri-ciri muzik popular Malaysia dan
seterusnya kita akan cuba membuat sedikit analisa terhadap beberapa genre
muzik ini. Kita juga akan menilai muzik melalui kefahaman terhadap elemen-
elemen muzik. Beberapa genre muzik popular utama seperti muzik P. Ramlee,
muzik Hindustani, muzik dangdut, muzik nasyid, muzik jazz serta rock and roll
akan menjadi rujukan kita dalam topik ini.

8.1 MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA


Secara umumnya klasifikasi muzik tradisi di Malaysia dibuat mengikut tiga
kategori utama iaitu muzik klasik, muzik rakyat dan muzik sinkretik.

8.1.1 Muzik Klasik


Muzik klasik adalah muzik bagi golongan istana dan bangsawan. Selain hiburan
di majlis-majlis istana, ia juga dimainkan sebagai persembahan untuk upacara
tertentu seperti pertabalan, perkahwinan, dan lawatan rasmi. Pemuzik-pemuzik
muzik Istana dilatih khusus dan dianggap sebagai pemuzik profesional kerana
mereka bertugas sepenuhnya sebagai pemuzik untuk istana. Terdapat juga
pemuzik yang dipilih khas mengikut keturunan serta mempunyai ciri-ciri khas
yang bersesuaian. Namun begitu muzik Istana tidak lagi kekal ataupun popular
di istana-istana di Malaysia. Ensembel muzik Istana yang masih kekal adalah
ensembel nobat di istana Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu.

Nobat kekal sebagai adat diraja dan kekal hingga kini. Nobat juga dihormati dan
dimuliakan serta dipatuhi pantang larangnya oleh keturunan kesultanan Kedah.
Dikatakan juga kononnya nobat telah bertapak sejak zaman Nabi Allah Ibrahim
Alaihissalam. Disebabkan alasan ini maka ia wajar dihormati, dimuliakan dan
dianggap keramat oleh rakyat.

Lain-lain ensembel yang juga berasal dari istana ialah ensembel gamelan dan
teater makyung. Namun begitu ensembel ini tidak lagi dipersembahkan di
istana-istana dan ianya sudah menjadi persembahan di kalangan rakyat di luar
istana.

8.1.2 Muzik Rakyat


Muzik rakyat pula adalah kesenian rakyat yang dimainkan oleh rakyat untuk
rakyat. Genre muzik ini berkonsepkan persekitaran dan kehidupan rakyat. Ia
berfungsi seperti hiburan di majlis-majlis keramaian, upacara ritual dan
pemujaan, sebagi muzik perbomohan, menyambut sesuatu perayaan dan
sebagainya. Muzik rakyat kaya dengan pelbagai jenis muzik dan peralatan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 101

muzik dan ianya berbeza antara satu tempat dengan tempat lain.. Sebagai
contoh: ulik mayang, tumbuk kalang, , dondang sayang, boria,kuda kepang,
ensembel enkeromong, ngajat dan banyak lagi.

Kita dapat mengenali banyak lagu-lagu rakyat melalui aktiviti sosial yang
dijalankan dalam sesebuah masyarakat seperti lagu-lagu dari persembahan
dondang sayang, lagu-lagu boria, dikir barat dan sebagainya.

Muzik rakyat juga boleh kita kelaskan dalam beberapa kategori mengikut jenis-
jenis lagu. Melalui aktiviti seperti permainan tradisional, kita juga mengenal
lagu-lagu seperti enjit-enjit semut, cak cekur udang gamit, lompat si katak
lompat. Lagu-lagu rakyat juga berbentuk bercerita, berjenaka dan memberi
nasihat.

8.1.3 Muzik Sinkretik (Acculturated)


Muzik sinkretik merupakan gabungan dan penyerapan pelbagai genre muzik
luar ke dalam muzik tempatan khasnya muzik Melayu. Mungkin juga muzik
tradisi kita bersifat fleksibel membolehkan berlaku penyerapan unsur muzik luar
seperti dari Arab, Parsi, India, China dan Barat ke dalam muzik tradisi kita.
Sebagai contohnya kita dapat melihat bagaimana rentak dan irama Hindi boleh
dinyanyikan dalam lagu-lagu Melayu. Gabungan ini mewujudkan satu genre
baru iaitu genre muzik popular. Genre ini mula dipersembahkan dalam
persembahan-persembahan bangsawan dalam era 50an. Penggunaan alat-alat
muzik luar seperti trompet, saksofon, double-bass, conga dan lain-lain alat
digabungkan dengan alat muzik tempatan seperti rebana dan seruling.

Pemuzik-pemuzik juga mempelajari notasi muzik barat, mempelajari rentak-


rentak baru seperti samba, rumba, cha-cha, waltz dan lain-lain rentak dari luar.
Penglibatan pemuzik tempatan dalam tentera British juga menjadikan mereka
terlatih dalam muzik-muzik moden ini. Muzik Sinkretik juga didapati dari
pengaruh India. Filem-filem era 50an banyak diarah oleh pengarah-pengarah
dari India. Lagu-lagu dalam filem pada era ini juga mempunyai ciri-ciri muzik
India.

AKTIVITI 8.1

1. Bagaimanakah muzik dapat dijadikan medium dalam


perubatan bagi sesetengah masyarakat?
2. Muzik juga disebarkan melalui agama. Bincangkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


102 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

8.2 MUZIK POPULAR


Untuk membincangkan apa itu muzik popular, asal usulnya, serta
perkembangannya, kita perlu pembacaan yang lebih mendalam. Dalam topik ini
bolehlah dijelaskan secara ringkas tentang maksud serta perkembangan muzik
popular yang jelasnya dari Barat dan menular ke seluruh dunia. Namun begitu
sehingga kini ahli-ahli muzikologi masih berdebat tentang definisinya.

Muzik popular muncul dari era kemasukan masyarakat kulit hitam ke Amerika
dan pesat dalam era kemajuan teknologi, iaitu bila terciptanya alat-alat
komunikasi dan rakaman. Muzik popular juga datang bersama artis, sama ada
pemuzik atau penyanyi, berserta ciptaan-ciptaan lagu yang mudah difahami dan
diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Muzik popular juga daripada awal lagi
banyak dikaitkan dengan unsur-unsur negatif, seperti pergaulan bebas, sosial,
seks, dadah serta fesyen dan trend dan ianya dikatakan begitu mudah
mempengaruhi kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa juga.

Gambar-gambar artis kegemaran disimpan di beg duit ataupun menjadi kertas


pembalut buku-buku teks. T-shirt dan dinding bilik tidur dihiasi dengan
gambar-gambar artis kegemaran. Gambar-gambar keluarga dikeluarkan dan
digantikan dengan poster-poster dari kumpulan Dewa, Gigi, Padi, VE atau KRU.
Keset atau cd Mawi, Siti, Dayang Nurfaizah dan Ruffedge menjadi koleksi yang
disusun bersama buku-buku persekolahan. Gaya pakaian dan trend rambut juga
mesti mengikut aliran semasa seperti yang digayakan oleh artis-artis kegemaran
masa kini dan tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman oleh rakan sebaya dan
gaya begini terbawa-bawa hingga ke sekolah. Inilah fenomena muzik popular.

Dari zaman 60an dengan gaya rambut ala Jefridin atau The Beatles dan sekarang
dengan gaya rambut Mawi atau Vince. Ibu bapa sukar untuk menghalang.
Dunbar (2005), juga telah meletakkan remaja sebagai petanda bagi kita untuk
melihat dan menilai perkembangan pengaruh-pengaruh muzik dan trend
semasa. Ini mungkin bermaksud, apa yang mereka pakai atau muzik apa yang
mereka dengar pada sesuatu ketika, itulah juga apa yang dipakai dan didengar
oleh remaja-remaja dari negara lain. Menurut Shuker (2001:195), remaja akan
berkongsi kegemaran serta minat yang sama yang kadangkala ianya akan
bertentangan dengan pemikiran orang dewasa.

Konsep yang dipanggil youth culture muncul dalam tahun 1950an di mana pada
era ini para remaja sedar akan hak mereka dalam memilih arah kehendak
mereka sama ada dalam bersosial, khasnya dalam berpakaian dan muzik.
Penganalisis ekonomi Mark Abraham (1959), melalui hasil banciannya dalam
The Teenage Consumer telah menganggarkan bahawa remaja Britain telah
berbelanja sebanyak 900 juta paun setahun untuk keperluan sosial mereka. Kita

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 103

tidak pasti berapa yang mereka belanjakan dalam era ini dan setakat ini mungkin
belum ada bancian terhadap remaja Malaysia terhadap perkara ini.

AKTIVITI 8.2
1. Sesetengah negara tidak mudah dipengaruhi oleh perkembangan
muzik popular semasa. Mengapa?

8.3 MUZIK POPULAR MALAYSIA


Untuk membincang tentang muzik popular di Malaysia, kita akan memberi
fokus kepada beberapa genre muzik popular yang mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kepesatan industri muzik kita dari awal kedatangan penjajah tentera
dari barat hingga penjajahan muzik yang juga dari barat. Dalam topik ini kita
akan cuba mengenali ciri-ciri muzik popular Malaysia dan seterusnya kita akan
cuba membuat sedikit analisis terhadap beberapa genre muzik ini. Kita juga akan
menilai muzik melalui kefahaman terhadap elemen-elemen muzik. Beberapa
genre muzik popular utama seperti muzik P.Ramlee, muzik Hindustrani, muzik
dangdut, muzik nasyid, muzik jazz serta rock and roll akan menjadi rujukan kita
dalam topik ini.

8.3.1 Muzik P. Ramlee


Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu nama agung dalam industri
hiburan di Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi, pemuzik, pelakon,
pengarah filem, penggubah lagu dan penulis lirik. Nama P. Ramlee sudah
terkenal dari era kegemilangan filem-filem Melayu. Bermula dengan bermain
ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan
Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai
Orkestra Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah
menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan
terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau
menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P.
Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Bakat P.Ramlee berkembang setelah beliau berhijrah ke Singapura. Lagu-lagu


ciptaannya banyak dimuatkan dalam filem-filem Malay Film Productions di
Singapura dan Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur. Sepanjang
kariernya, P. Ramlee telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival Filem
Asia di Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipei dan
Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


104 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

Sehingga kini beliau telah menjadi ikon kepada perkembangan muzik popular di
tanah air kita. Gubahan-gubahan muzik beliau amat popular dan menjadi
evergreen hingga kini. Siapa yang tidak kenal lagu Getaran Jiwa, Ibu, Mencece
Bujang Lapok, Azizah, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dan banyak lagi. Sebanyak
lebih daripada tiga ratus buah lagu ciptaan beliau telah dirakamkan, dan
mencipta hampir seribu buah lagu yang kebanyakan lagu-lagu beliau adalah dari
filem-filem sama ada arahan beliau sendiri atau arahan pengarah lain.

Lagu pertama ciptaan P Ramlee ialah Azizah. Ianya ditulis pada 1945 dan
ditujukan khas buat gadis idamannya yang bernama Azizah. P. Ramlee pertama
kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai Pesta
Pertanian Ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948. Selepas itu nama P. Ramlee terus
naik dengan ratusan gubahan dan ciptaan lagu apabila beliau berhijrah ke
Singapura untuk bergiat aktif dalam perfileman. Siapa yang tak kenal filem
Bujang Lapok, Do Re Mi, Tiga Abdul, Anak Bapak, Ibu Mertuaku dan banyak
lagi filem-filem yang masih diputarkan di televisyen sehingga hari ini. Nama P.
Ramlee amat sukar diganti oleh penggiat seni yang lain dan kerana itu beliau
diberi gelaran Seniman Agung.

Agak sukar untuk kita meletakkan kategori kepada lagu-lagu ciptaan P. Ramlee
kerana dengan hasilan ciptaan dan gubahan yang terlalu banyak, ianya berada di
dalam pelbagai genre. Ciptaan dan gubahan P. Ramlee daripada genre
Tradisional Melayu, iaitu berirama joget, zapin, inang, masri serta rentak Melayu
asli hingga ke irama Latin seperti samba, rumba, cha-cha, beguine atau
bossanova. Gubahan beliau juga dalam irama perlahan seperti Ballad dan Waltz
dan juga rancak seperti twist, rock and roll dan ago go. Lagu-lagu ciptaan P.
Ramlee bukan sahaja menjadi dendangan pada era 50an dan 60an malah ianya
kekal hingga kini.
Lagu-lagu P. Ramlee dalam rentak tradisional ialah seperti;
Damak, tudung periuk, puteri bunian, tidurlah permaisuri, joget merdeka,
joget pahang, pukullah tabuh, maafkan kami dan lain-lain lagi.
Lagu-lagu P. Ramlee dalam rentak Latin ialah seperti;
Mari dengar cerita, putus sudah kasih sayang, pok-pok bujang lapok, hai
ubat, apek dan marjina, beginilah nasib dan banyak lagi.
Lagu-lagu P. Ramlee dalam berirama Twist atau Ago-go ialah seperti;
Bunyi gitar, apa guna berjanji, hancur badan kandung tanah, pesta muda
mudi, sabarudin tukang kasut, madu tiga dan banyak lagi.

Selain daripada contoh-contoh irama di atas, P. Ramlee juga mencipta lagu dalam
irama keroncong, Ala-Hindustan, irama Jaipong (Jawa), Jazz serta berentak March.
Selain dalam mud Melayu, P.Ramlee juga menggubah dalam mood yang berbeza-
beza seperti ala-ala padang pasir, oriental, African serta Barat. Gubahan beliau
memenuhi semua tema mengikut filem yang diarah beliau.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 105

AKTIVITI 8.3

Kenapakah lagu Getaran Jiwa begitu popular? Bincangkan.

8.4 MUZIK HINDUSTANI


Pengaruh muzik Hidustani di Malaysia sudah bermula dari awal tahun 50an lagi
di mana filem-filem klasik Melayu dimonopoli oleh penerbitan dari India.
Pengarahan filem dan jalan cerita bercirikan filem-filem Hindi atau Tamil dan
seterusnya mempengaruhi corak lagu dalam filem tersebut. Mungkin kita pernah
menonton filem-filem awal seperti Nilam, Nur Asmara, Racun Dunia, Takdir
Ilahi, Juwita, dan Panggilan Pulau yang mana cerita dan gaya filemnya seperti
filem dari India. Pengaruh Hindi ini disebabkan filem-filem awal ini di bawah
arahan pengarah dari India seperti Rajhans, KM Basker, L. Krishnan, B.N. Rao,
Phani Majumdar dan S. Ramanathan.

Kita mungkin masih dapat mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi legenda R.


Azmi atau nama sebenarnya, Raja Azmi Raja Ambiah, yang terkenal dengan lagu
Kancing Suasa (Tajuk lagu sebenar Memikat Hati). Beliau popular dengan
lagu-lagu berirama Hindustani. Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain
daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Helo
Helo Sayang, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Hati ku
Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak
Hitam dan banyak lagi. Boleh dikatakan kesemua lagu beliau digubah dalam
irama Hidustani walaupun berentak Latin seperti samba atau rumba.

Secara umum, ciri-ciri irama Hindustani ialah bentuk lagu yang agak berubah-
ubah. Tidak seperti lagu-lagu pop biasa yang mempunyai sistem form ABA
(verse+korus+verse) atau AABA (verse+verse+korus+verse). Lagu-lagu ala
Hindustani lebih berkembang pada struktur bentuknya seperti AABABCA.
Muzik bridge juga berubah-ubah.

Pengaruh muzik Hindustani di Malaysia tenggelam dalam tahun 60an tetapi


muncul kembali dalam era 70an. Banyak filem-filem box-office seperti Kati
Patang (1970), Haathi Mere Saathi, Andaaz (1971), Bobby (1972) Yadon Ki Barat
(1973) dan Aap Ki Kasam (1974) diputarkan di panggung wayang di bandar-
bandar seluruh Malaysia. Lagu-lagu Hindustan menjadi siulan ramai. Ramai
anak-anak Melayu yang boleh menghafal lagu-lagu Hindustan walaupun tidak
memahami maksudnya dan dipersembahkan dalam kumpulan-kumpulan muzik
khasnya kumpulan muzik Ghazal Party di utara Malaysia. Era Hindustan ini
berada dalam industri muzik Malaysia hingga kini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


106 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

Filem-filem Hindi atau Hindustan pada era ini juga mempengaruhi muzik
tempatan. Dalam era 70an, terdapat gubahan-gubahan muzik bercirikan lagu-
lagu Hindustan. Komposer terkenal Ahmad Nawab dan S. Atan telah mencipta
banyak lagu bercirikan irama Hindustan untuk ramai artis tempatan. Antara
artis-artis popular 70an yang menyanyikan lagu-lagu bercirikan lagu-lagu
Hindustan ialah Zaleha Hamid, DJ Dave, M.Sani dan Sanisah Huri. Terdapat
artis tempatan menyanyikan lagu Melayu saduran daripada lagu Hindustan.

DJ Dave atau Dhammi Jagjit Sukhdev berasal dari Tanjong Malim, Perak, digilap
oleh Datuk Ahmad Nawab tetap sinonim dengan artis Malaysia yang popular
dengan lagu-lagu berirama Hindustan atau lagu-lagu saduran daripada lagu
Hindustan seperti lagu Ingin Bersua, Tak Ingin Menangis Lagi dan Kanda
dan Dinda. Beliau juga telah melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye
di India, pada Disember 2005.

AKTIVITI 8.4
Cuba dengar sebuah lagu Hindustani dan bincangkan daripada aspek
form lagu tersebut.

8.5 MUZIK DANGDUT


Dangdut berasal dari Indonesia dan dikatakan sebagai muzik jalanan. Namun
begitu pengaruh muzik dangdut amat kuat dan menjadi ikon kepada muzik
popular di Indonesia. Nama besar dalam muzik dangdut Indonesia ialah Rhoma
Irama. Beliau terkenal dengan muzik dangdut serta tema ketuhanan yang
dibawanya melalui muzik tersebut. Kini irama dangdut menjadi ikutan ramai di
Indonesia dan muncul ramai penyanyi terkenal serta kaya raya dalam industri
muzik dangdut. Nama besar seperti Inul tidak asing lagi di Indonesia dan juga di
Malaysia. Dangdut juga menjadi satu genre muzik popular di Malaysia kerana
tidak kurang juga penggemarnya. Antara artis-artis dalam genre ini ialah seperti
Amelina, Malek Ridzuan, Ifa Raziah, Mas Idayu, Ani Mayuni, M. Daud Kilau
dan ramai lagi. Terdapat juga artis-artis seperti Herman Tino, Sudirman, Sharifah
Aini, kumpulan-kumpulan muzik seperti Black Dod Bone, Carefree dan ramai
lagi menyelitkan lagu-lagu dangdut dalam album mereka.

Muzik dangdut mula popular seiring dengan kemasukan lagu-lagu Hindustan di


Malaysia. Dalam era 70an, irama Hindustan dan irama dangdut mempunyai ciri-
ciri irama yang hampir sama di mana bunyi tabla sebagai alat penting. Rentak
asas kepada dangdut bolehlah kita samakan seperti rentak inang cuma ianya
agak lebih keras dan rancak. Lain-lain alatan muzik sama seperti alat-alat moden

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 107

seperti gitar, bass, dram, kibod kadangkala diiringi juga oleh tiupan seruling
buluh.

Rentak muzik dangdut mempengaruhi pergerakan badan untuk turut menari.


Seni kata lagu-lagu dangdut mungkin ada sedikit perbezaan dengan lagu-lagu
lain kerana ia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Contoh keratan lagu
berikut mungkin dapat menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri seni
katanya;

Tajuk lagu: Ser Ser Ser nyanyian Ifa Raziah


Ser Ser Ser
Berjumpa dengan sidia
Ser Ser Ser
Berpandang mata dengannya
Ser Ser Ser
Bikin aku jatuh cinta
Ser Ser Ser
Gejolak di dalam dada

Mungkin kita dapat mendengar banyak lagi lagu-lagu dangdut yang


mempunyai ciri-ciri seni kata yang agak berlainan dengan lagu-lagu biasa.
Dangdut juga berkonsepkan dance music di mana penyanyi akan menyanyi
sambil menari dangdut dengan gaya yang tersendiri dan kadangkala diberi
dengan berbagai nama pada jenis tarian yang dipersembahkan. Muzik dangdut
kini menjadi salah satu muzik popular dalam industri muzik di Malaysia.

8.6 MUZIK JAZZ


Muzik jazz merupakan satu seni muzikal yang diperkembangkan oleh
penduduk African American pada sekitar abad ke20. Karakternya berdasarkan
dari blue notes, syncopation, swing, call and response, polyrhythms
dan improvisation. Ia adalah seni asli yang utama bagi Amerika dan dianggap
sebagai muzik klasikal Amerika. Sebenarnya jazz datang dari blues yang
merupakan muzik folk bagi hamba-hamba kaum Afrika di Amerika yang
muziknya dipengaruhi daripada budaya dan muzik tradisi orang-orang barat
Afrika yang turut dibawa oleh pemuzik-pemuzik kulit hitam.

Pada awalnya, jazz dipengaruhi dengan marching band dan band muzik
tarian yang mana ia adalah standard form yang popular bagi konsert muzik.
Instrumentasi yang digunakan ialah brass, reeds dan dram (alat muzik jazz
yang asas).

Jazz kebiasaannya dimainkan dalam ensembel kecil (combo), iaitu tiga ke lapan
pemuzik dan tulang belakang muzik jazz ialah bahagian rhythm section yang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


108 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

terdiri daripada piano, double bass, gitar dan dram. Di dalam Big Band, bilangan
pemuzik adalah antara sepuluh ke lima belas orang pemuzik. Peranan alat
muzik lain seperti alat bras dan saxes penting sebagai alat solo untuk
menunjukkan kemahiran individu dan memberi warna ton untuk gubahan
ensembel yang harmoni.

Muzik Jazz menggunakan banyak kord sekunder (secondary chords).


Improvisasi dalam permainan adalah penting dalam Jazz. Kemampuan pemuzik
membuat improvisasi secara spontan juga amat penting. Dalam membuat
improvisasi ketepatan, kelajuan dan originaliti juga menjadi aspek yang penting.
Irama swing menjadi irama yang mempopularkan jazz. Pemuzik menetapkan
satu irama (steady-pulse) dengan memasukkan swing-feeling . Pemuzik
memainkan not-not tidak seperti yang ditetapkan oleh skor. Mungkin tercepat
atau terlambat daripada not sebenar (Accented notes come between the beats).

8.6.1 Muzik Jazz di Malaysia


Muzik Jazz di Malaysia tidaklah begitu kuat pengaruhnya walaupun daripada
awal era perfileman kita dapat melihat budaya menggunakan muzik Jazz cuba
diketengahkan. Dalam filem-filem P.Ramlee kita dapat melihat muzik Jazz
dipersembahkan di kelab-kelab malam. Malah lagu-lagu gubahan P. Ramlee juga
mempunyai ciri-ciri jazz iaitu penggunaan kord-kord sekunder. Namun begitu
irama jazz tidaklah sekuat irama Dangdut atau Rock yang sehingga kini ramai
pengikutnya.

Penyanyi lagu-lagu Jazz awal di Malaysia seperti Zain Azman, Julie Sudiro dan
kumpulan adik beradik Suliano telah bergiat aktif dalam genre muzik ini.
Namun begitu mereka hanya dikenali oleh peminat-peminat yang khusus sahaja.
Tidak banyak-lagu-lagu jazz tempatan yang popular kerana kebanyakan
penyanyi lagu-lagu jazz menyanyikan lagu-lagu dari barat yang dipopularkan
oleh Nat King Cole, Frank Sinatra, Ella Fitzgerald dan lain-lain penyanyi terkenal
daripada luar. Terdapat juga lagu-lagu gubahan penggubah tempatan bercirikan
irama jazz dalam era 50an dan 60an seperti lagu Gadis Idaman, Jauh-jauh dan
Cendering, tetapi tidak begitu popular walaupun gubahan dan penciptaannya
amat baik sekali.

Dalam era kini terdapat penyanyi seperti Sheila Majid, Fairuz Hussein, Rozita,
Liza Aziz dan Noryn Aziz yang cuba mengetengahkan irama Jazz tetapi kurang
mendapat perhatian seperti penyanyi-penyanyi dalam genre lain. Namun begitu,
penyanyi-penyanyi dalam genre Jazz tetap mempunyai peminat tersendiri dalam
persembahan-persembahan tertentu. Namun begitu, peminat muzik di Malaysia
masih dapat menerima irama RNB yang mana mempunyai ciri-ciri Jazz dalam
muziknya, cuma ianya lebih jelas iramanya tanpa banyak improvisasi pada
pemuziknya.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 109

AKTIVITI 8.5
1. Apakah ciri-ciri utama dalam muzik jazz?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan swing feeling?

8.7 MUZIK ROCK AND ROLL


Muzik Rock and Roll muncul sebagai satu stail muzik di Amerika pada lewat
1940-an, yang mana pada ketika itu dikenali sebagai R&B dan ditukar namanya
pada awal 1950-an. Elemen-elemen rock and roll dapat didengar dalam rakaman
lagu-lagu blues sekitar tahun 1920-an lagi. Bentuk atau form awal muzik rock
and roll adalah rockabilly yang mana ianya telah menggabungkan elemen-
elemen muzik blues, boogie woogie, dan Jazz dengan pengaruh daripada muzik
tradisional Appalachian, muzik gospel dan juga country and western.

Muzik rock and roll biasanya dimainkan dengan alat muzik gitar elektrik, gitar
bass elektrik , set drum dan kadang-kadang menggunakan juga alat muzik piano
atau kibod. Stail muzik rock and roll pada awal tahun 1950an menggunakan alat
muzik saksofon sebagai alat muzik utama dan ianya digantikan pula dengan
gitar pada pertengahan tahun 1950-an. Manakala pada peringkat awal
perkembangan muzik rock and roll, iaitu pada lewat 1940-an, alat muzik piano
merupakan alat muzik utama, dan sememangnya muzik rock and roll
berkembang melalui permainan dalam boogie woogie piano.

Di Malaysia muzik rock and roll amat popular dalam era akhir 50an dan awal
60an, iaitu era kemunculan penyanyi Elvis Presley dan Kumpulan The Beatles.
Dalam era ini tetubuhnya banyak kumpulan-kumpulan muzik anak-anak muda
Melayu yang memainkan lagu-lagu rancak yang dipanggil rentak ago-go. Inilah
dikatakan era Pop Yeh-yeh. Kehebatan Pop Yeh-yeh telah melenyapkan
populariti lagu-lagu pop yang dikuasai oleh P. Ramlee pada ketika itu.

Pulau Pinang sebagai negeri pertama menerima perkembangan Pop Yeh-yeh di


mana L. Ramli dan kumpulan Teruna Ria mula dikenali. M. Osman mencetuskan
idea pembentukan kumpulan gitar rancak (KUGIRAN) bersama dengan
isterinya Afidah di Singapura. Kemudian KUGIRAN telah mula berkembangan
ke seluruh Tanam Melayu . Di antara kumpulan kugiran terkenal adalah seperti
The Rhythm Boys bersama A. Ramli, The Siglap Five bersama Jeffery Din, The
Clan bersama A . Halim dan The Zurah bersama pemain gitar terkenal iaitu M.
Sharif.

Pakaian menjadi elemen utama yang seiring dengan muziknya. Perempuan


memakai mini skirt, berambut tinggi serta bercermin mata gelap manakala

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


110 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

yang lelaki pula berseluar yengki dan berkasut tajam serta rambut berjambul di
depan. Muzik Pop Yeh-yeh ini diperkembangkan melalui Juara Kugiran dan
peranan Studio Jalan Ampas serta Cathay Keris dalam menerbitkan filem ago-go
67 menjadikan genre ini amat popular dalam era 60an.

Peralatan muzik rock and roll tidak banyak kerana lebih penekanan kepada
bunyi gitar dan dram sahaja. Lagunya rancak untuk tarian ago-go dan twist
walaupun berseni kata sedih dan pilu.

Rock and roll adalah kebangkitan kepada genre-genre muzik rock seterusnya di
mana penekanan kepada penyanyi, pemain gitar, trend pakaian serta
persembahan secara open concert menjadi elemen penting.

AKTIVITI 8.6

1. Apakah perbezaan antara genre muzik 60an dan 70an di


Malaysia?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pop-Yeh-yeh?

Secara umumnya klasifikasi muzik tradisi di Malaysia dibuat mengikut tiga


kategori utama iaitu muzik klasik, muzik rakyat dan muzik sinkretik.

Muzik klasik adalah muzik bagi golongan istana dan bangsawan. Selain
hiburan di majlis-majlis istana, ia juga dimainkan sebagai persembahan
untuk upacara tertentu seperti pertabalan, perkahwinan, dan lawatan resmi.

Muzik rakyat pula adalah kesenian rakyat yang dimainkan oleh rakyat untuk
rakyat. Genre muzik ini berkonsepkan persekitaran dan kehidupan rakyat.

Muzik sinkretik merupakan gabungan dan penyerapan pelbagai genre muzik


luar ke dalam muzik tempatan khasnya muzik Melayu.

Muzik Popular muncul dari era kemasukan masyarakat kulit hitam ke


Amerika dan pesat dalam era kemajuan teknologi, iaitu bila terciptanya alat-
alat komunikasi dan rakaman.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu nama agung dalam industri
hiburan di Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi, pemuzik, pelakon,
pengarah filem, penggubah lagu dan penulis lirik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA W 111

Pengaruh muzik Hidustani di Malaysia sudah bermula dari awal-awal tahun


50an lagi di mana filem-filem klasik Melayu dimonopoli oleh penerbitan dari
India.

Dangdut berasal dari Indonesia dan dikatakan sebagai muzik jalanan.


Namun begitu pengaruh muzik dangdut amat kuat dan menjadi ikon kepada
muzik popular di Indonesia

Muzik jazz merupakan satu seni muzikal yang diperkembangkan oleh


penduduk African American pada sekitar abad ke20. Karakternya
berdasarkan daripada blue notes, syncopation, swing, call and
response, polyrhythms dan improvisation.

Lagu-lagu gubahan P. Ramlee juga mempunyai ciri-ciri jazz iaitu


penggunaan kord-kord sekunder.

Di Malaysia Muzik rock and roll amat popular dalam era akhir 50an dan
awal 60an, iaitu era kemunculan penyanyi Elvis Presley dan Kumpulan

Boogie Woogie Open Concert


Dance Music Oriental
Jaipong Pop Yeh-yeh
Kugiran Rockabilly
Muzik Gospel

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


112 X TOPIK 8 MUZIK TRADISIONAL: MUZIK POPULAR MALAYSIA

Adorno, T, Philosophy of Modern Music (London: Sheed and Ward, 1973), xii
Azuan Nahar, Raja.,; The Indentities In Malay Popular Music, Master Disertation
(University of Newcastle upon tyne, 2003) Introduction
Chambers, Ian Pop Music, Popular Culture and the Possible in Popular Music
Perspectives 2, (Exeter: Weaton & Co. Ltd.,. 1985)
Coopland, A, What to Listen for in Music (New York:McGraw-Hill Book
Company, 1957).
Driver,Jim, The Mammoth Book of Sex, Drugs and Rock n Roll (London:
Constable Publisher, 2001)
Martin, J, Sound and Society; Themes in the Sociology of Music (Manchester:
Manchester University Press, ,1996), 94-99, 217, 238
Middleton, R, Studying Popular Music (St Edmunsbury Press Ltd.1990), 35-63.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Perancangan
9 Pengajaran
Kemahiran
Guru
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengetahui dan mengaplikasikan kemahiran memainkan, menyanyi
dan kepekaan terhadap muzik;
2. Mengetahui pengetahuan tentang konsep muzik, sukatan pelajaran
dan isi kandungan serta pengetahuan tentang mata pelajaran muzik;
dan
3. Mengetahui tentang aspek pedagogi iaitu aplikasi teori pembelajaran,
pengurusan kelas dan pengurusan aktiviti.

X PENGENALAN
Kemahiran muzikal melibatkan pembelajaran tentang kemahiran bermain alat
muzik, menyanyi dan kepekaan muzikal. Semua kemahiran ini memerlukan
pelajar melalui pengalaman penghasilan bunyi muzik seperti mengawal
pengeluaran bunyi dan membentuknya (shaping) dengan kefahaman dan boleh
bermain secara individu dan ensembel. Selain itu ia melibatkan pembelajaran
tentang pembacaan notasi dan mempraktikkan simbol-simbol muzik yang
ditulis. Aktiviti-aktiviti kemahiran muzikal adalah seperti mempersembahkan
sesuatu skor atau lagu menggunakan instrumen atau vokal. Mempelajari lagu
melalui pembelajaran dalam kelas, latihan secara individu atau ensembel
berdasarkan notasi (Glover. J & Ward. S., 1998).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


114 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Sesuatu kualiti yang menampakkan kemahiran muzikal adalah berteraskan


sesuatu objektif atau matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu pembelajaran
muzik. Penguasaan sesuatu kemahiran bermaksud berusaha membina tingkah
laku muzikal (musical behaviors) termasuk bermain alat muzik, membaca
muzik, latihan improvisasi, memimpin, latihan, mencipta muzik, menggubah
muzik, mendengar muzik, menganalisis, berbincang dan membuat kritikan.
(Labuta. J. A, 1997)

AKTIVITI 9.1

Nyatakan aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan kemahiran


bermain alat muzik, nyanyian dan kepekaan muzikal?

9.1 KEMAHIRAN MUZIKAL


Terdapat beberapa kemahiran muzikal yang sering ditekankan dalam
pembelajaran muzik. Kemahiran tersebut adalah yang seperti disenaraikan di
bawah.

9.1.1 BERMAIN ALAT MUZIK


Mengikut klasifikasi barat, alat muzik boleh dibahagi kepada enam kategori iaitu
alat tali, alat tiup, alat bras, alat perkusi, alat kibod dan alat elektronik (Roger
Kimien, 2004). Alat muzik mempunyai register (jarak bunyi yang luas). Klarinet
mempunyai ton yang gelap dan menarik pada register yang rendah dan cerah
pada register tinggi. Selalunya alat muzik mempunyai register yang lebih luas
berbanding vokal manusia. Manusia yang terlatih daripada segi vokal
mempunyai register lebih kurang 2 oktaf, sementara alat muzik mempunyai
keluasan 3 atau 4 oktaf dan ada antaranya 6 hingga 7 oktaf.

(a) Alat Muzik Bertali


Alat muzik bertali adalah seperti violin, biola, cello dan double bass. Ia
adalah instrumen yang membentuk seksyen instrumen bertali dalam
persembahan orkestra. Teknik bermain bagi alat muzik ini adalah dengan
menggesek tali dengan penggesek (bow) yang menyebabkan getaran,
seterusnya menghasilkan bunyi tertentu.

Kelajuan dan tekanan yang dilakukan oleh pemain pada tali pula, akan
menghasilkan dinamik dan warna ton bagi instrumen tersebut. Pic dikawal
oleh pemain dengan menggunakan tangan kiri. Pelbagai jenis teknik
digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi instrumen ini. Pizzicato

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 115

dihasilkan dengan cara petikan. Double stop (menghasilkan dua bunyi


serentak) menggunakan teknik gesekan dua tali serentak dan vibrato
dengan cara menggesek berkali-kali (rocking). Selain itu terdapat alat
bertali daripada keluarga instrumen ini seperti gitar dan harp.

(b) Alat Tiup kayu (woodwind)


Alat muzik yang dikategorikan dalam keluarga ini adalah seperti flute,
piccolo dan klarinet. Ia dimainkan dengan cara meniup pada mouth hole
yang di kawal oleh reed. Terdapat dua jenis reed iaitu single reed yang
digunakan bagi alat klarinet, saksofon dan klarinet bass. Dan double reed
digunakan bagi alat oboe, English horn dan bassoon.

(c) Alat Brass


Alat brass yang utama dalam persembahan orkestra simfoni adalah
trompet, French Horn, trombone dan tuba. Bibir pemuzik menghasilkan
getaran dengan cara meniup pada mouthpieces.

(d) Alat Perkusi


Kebanyakan alat perkusi bagi alat orkestra dipalu dengan tangan
menggunakan kayu atau pemukul. Ia boleh dibahagi kepada alat perkusi
berpic dan tidak berpic. Alat perkusi berpic adalah terdiri daripada
timpani, glokenspiel, xylophone, celestra dan chimes. Sementara alat
perkusi tidak berpic terdiri daripada dram samping, dram bes, tamborin,
kerincing, simbal dan gong.

(e) Alat Kibod


Jenis instrumen yang tergolong dalam keluarga ini adalah seperti piano,
kibod, organ dan akordian. Alat ini dapat menghasilkan beberapa ton
secara serentak.

(f) Alat Elektronik


Elektronik instrumen terdiri daripada alat muzik yang bunyinya dihasilkan
melalui sistem pembesar suara. Alat muzik ini adalah seperti elektrik
piano, organ, gitar muzik yang dihasilkan menggunakan komputer.

9.1.2 Nyanyian
Kemahiran nyanyian melibatkan penguasaan terhadap aspek-aspek tertentu
seperti yang tersebut di bawah ini:

(a) Penguasaan terhadap simbol dan notasi pada skor


Masalah ini adalah berkaitan dengan bahasa muzik. Muzik mengandungi
simbol-simbol yang tersendiri. Tanpa menguasai sepenuhnya bahasa
muzik pelajar akan menghadapi masalah semasa menyanyi.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
116 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(b) Menyanyi dengan pic yang tepat


Pelajar perlu membunyikan not, sama ada tinggi atau rendah, dengan tepat
semasa menyanyi. Guru perlu mengetahui frasa yang sukar dalam skor.
Latih tubikan skor tersebut. Ini bertujuan supaya masalah nyanyian pic
yang kurang tidak dihadapi semasa menjalankan aktiviti nyanyian bagi
lagu yang dipersembahkan.

Guru menggunakan prosedur mengajar iaitu memperdengarkan harmoni


sepanjang 2 bar, 4 bar dan keseluruhanya bagi setiap jenis suara. Selepas itu
guru membimbing kumpulan demi kumpulan menyanyikan skor mengikut
jenis suara bagi harmoni yang digubah. Akhirnya guru menggabung
semua jenis suara untuk nyanyian secara harmoni. Pelajar mesti tegas
dalam memastikan mereka dapat menguasai pic bagi skor mengikut suara
mereka masing-masing semasa latihan dijalankan.

(c) Menyanyi dengan irama tepat


Irama adalah satu elemen yang perlu dikuasai oleh pelajar yang terlibat
dengan koir. Walaupun pelajar telah dapat menguasai pic dengan betul
tetapi aspek irama seperti tempo dan nilai not perlu diambil perhatian
semasa menyanyi. Masalah irama di kalangan pelajar akan menyebabkan
ciri-ciri nyanyian yang lain seperti attack dan release yang tidak dapat
dilakukan dengan tepat.

Attack bermaksud bagaimana seseorang penyanyi atau kumpulan


penyanyi atau pemain alat muzik memulakan sesuatu petikan, rangkai
lagu dengan tepat. Kualiti muzik akan terjejas sekiranyaattack tidak
dapat dilakukan dengan tepat. Begitu juga dengan aspek release yang
membawa bermaksud bagaimana petikan, rangkai lagu atau skor dapat
ditamatkan dengan tepat. Masalah ini sering berlaku dalam persembahan
muzik yang melibatkan ramai anggota seperti nyanyian koir.

Oleh yang demikian beberapa langkah perlu diambil perhatian di mana


guru memimpin nyanyian koir atau melatih pelajar memimpin nyanyian.
Semasa latihan dijalankan, guru seharusnya membimbing pelajar yang
melakukan kesilapan dalam nyanyian mereka. Guru tidak seharusnya
membiarkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar secara berterusan.

(d) Penguasaan Terhadap Bacaan Semerta


Ramai pelajar lemah dalam nyanyian semerta. Ciri-ciri kontur melodi yang
melompat menyebabkan pelajar sukar membaca notasi. Guru boleh
membimbing pelajar menyanyi secara ansur maju iaitu sepanjang dua bar
kemudian empat bar dan seterusnya. Beri penekanan kepada jeda yang
melompat. Jalankan latih tubi sehingga pelajar dapat menguasai dengan yakin.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 117

Begitu juga kepada jenis suara bagi nyanyian berharmoni yang lain. Tidak
semua skor mengikut suara yang kita gubah itu sukar. Selalunya suara
seperti soprano yang lebih tinggi picnya akan menonjol daripada yang alto.
Suara ini lebih mudah dinyanyikan berbanding suara alto, yang mana
kebanyakan picnya berada di tengah.

Begitu juga dengan suara bes berbanding suara tenor. Jadi, sebagai seorang
guru atau jurulatih koir, kita harus memberi penekanan kepada jenis suara
yang sukar dinyanyikan.

Beberapa latihan tambahan boleh dilakukan untuk mempertingkatkan


penguasaan nyanyian semerta di kalangan pelajar. Latihan-latihan tersebut
adalah latihan pendengaran dalaman (inner hearing) .Pelajar boleh dibawa
menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat merasakan secara dalaman pic
itu dengan penuh tumpuan.

Pendengaran dalaman semestinya memerlukan tumpuan yang tinggi. Guru


boleh menunjukkan frasa skor mengikut suara dan menyuruh seluruh
kelas membaca secara dalaman. Selepas itu salah seorang pelajar dipanggil
untuk menyanyikan dengan kuat frasa tersebut. Pelajar yang dapat
menyanyi dengan tepat akan memimpin nyanyian mengikut frasa bagi
jenis suara tersebut. Selain itu, teknik-teknik Kodaly seperti isyarat tangan,
konsep do bergerak atau do tetap boleh digunakan untuk mempelbagaikan
teknik penyampaian agar pelajar merasa seronok.

9.1.3 Kepekaan Muzikal


Beberapa perkara perlu kita ambil kira dalam meningkatkan kepekaan kita
terhadap muzik:
(i) Bagaimanakah perlakuan itu dapat menyampaikan emosi dalaman kita.
Bila kita sedang menyanyi atau bermain alat muzik, cuba kita dengar
tonnya, adakah ia cukup tepat untuk menyampaikan emosi muzik?
(ii) Belajar serta kenal pasti elemen lain dalam muzik yang boleh membantu
menyampaikan emosi. Terdapat banyak elemen dalam muzik yang
membantu kita untuk menyampaikan mud. Antara elemen tersebut ialah
ekspresi, tempo, ton dan lain lagi.
(iii) Ingat bahawa mud itu datang secara serentak dengan perlakuan yang
dibuat dan ia berlaku secara berterusan. Kita haruslah faham bahawa
sesuatu perlakuan muzik, seperti bermain alat muzik atau menyanyi tidak
dapat dipisahkan dengan makna yang tersirat. Oleh yang demikian
perlakuan muzik mestilah menggambarkan mud yang hendak
disampaikan dalam muzik tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


118 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(iv) Kita boleh menggunakan pelbagai teknik untuk memahami perasaan


muzik melalui kinestetik . Antaranya adalah melalui teknik metafora atau
metafor. Teknik ini menggunakan gambaran kisah, untuk meningkatkan
ekspresi muzik yang disampaikan. Penggunaan teknik metafora dalam
meningkatkan ekspresi muzik telah menjadi pilihan utama dalam
pengajaran. Ini diperkukuhkan oleh hasil dapatan daripada satu kajian
yang telah dijalankan oleh Erik Linstrom, Patrik N. Justin, Roberto Bresin
dan Aoron Williamson (2003).

Beberapa permainan boleh dijalankan untuk mempertingkat kepekaan muzikal


pelajar. Antaranya adalah Rasa dan Gerak. Aktiviti ini boleh digunakan untuk
meningkatkan ekspresi dalam kemahiran muzikal. Aktiviti permainan ini adalah
seperti berikut:

(i) Aktiviti melibatkan kan Deep Listening untuk diekspresikan dalam


bentuk gerak dan perasaan.
Hasilkan satu bunyi vokal bila kita menangis, biarkan memek muka
mengikut rasa kesedihan dan biarkan badan anda bertindak balas
terhadap perasaan yang dialami. Oleh yang demikian, pergerakan dan
isyarat tubuh badan kita akan dapat menyampaikan sesuatu perasaan.

(ii) Aktiviti-aktiviti lain yang dapat membantu meningkatkan kualiti ekspresi


dalam sesuatu permainan alat muzik adalah seperti berikut:
Lukiskan satu garis lengkong di udara dengan sebelah tangan.
Tambah, kurang dan kemudian tambahkan tenaga semasa anda
membentuk garis lengkung. Dengan menggunakan alat muzik
hasilkan satu bunyi yang sepadan dengan bentuk tenaga yang
digunakan dalam melukis garisan tadi.
Bina bentuk yang pelbagai dan padankan dengan bunyi alat muzik
digunakan. Aktiviti boleh ditukar untuk menghasilkan satu bunyi
dan lukiskan bunyi yang anda mengimaginasikan di udara.

AKTIVITI 9.2

Apakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan muzikal?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 119

9.2 PENGETAHUAN MUZIKAL


9.2.1 Konsep Muzik
Muzik adalah bidang yang mengkaji tentang bunyi. Ada bunyi berpic dan tidak
berpic. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
jayanya seorang guru perlu memastikan pelajar menguasai dan memahami
sesuatu konsep muzik melalui aktiviti mendengar secara aktif. Tiga elemen
utama yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam mempelajari muzik adalah irama,
melodi dan ekspresi.

(a) Konsep Melodi


Ada beberapa pendapat tentang konsep melodi mengikut Eric Taylor
(1991):
The melody or theme is usually the most identifiable feature. Its what
we sing to ourselves when we think of a composition. In a very real
sense, the melody,or more accurately in an extended work, the theme is
what a musical composition is all about (Taylor, 1989)

Pembelajaran konsep melodi adalah melibatkan pic. Pic adalah


kelangsingan bunyi. Pic dihasilkan melalui getaran daripada alat muzik.
Gelombang getaran bunyi ini dapat diukur berdasarkan bilangan getaran
sesaat (hertz). Bunyi pic dalam muzik ditandakan dengan A, B, C, D, E, F
dan G. Not-not dilukis pada baluk untuk dibaca oleh pemuzik dan
diaplikasikan melalui permainan instrumen. Melodi juga mengandungi
kaden.

Kaden bermaksud pergerakan dua kod di penghujung frasa lagu. Terdapat


beberapa kaden iaitu kaden lengkap (Kod V ke kod I), tak lengkap (kod I ke
kod V), plegal (Kod IV ke I) dan melencong (Kod V ke kod lain selain I).
Salah lagi ciri melodi adalah ia mengandungi klimaks. Ciri-ciri melodi
adalah seperti berikut:
Melodi dibina daripada beberapa bahagian kecil yang dipanggil motif.
Unit muzikal yang digabungkan bagi menghasilkan satu melodi yang
lebih besar. Seseorang pencipta lagu biasanya menggunakan unit kecil
ini sebagai satu unsur/alat penggabungan ciptaan. Unit kecil ini kita
namakan sebagai motif (Eric Taylor, 1991)
Melodi juga terdiri daripada rangkai lagu. Ada rangkai lagu yang sama
panjang dan ada yang tidak sama panjangnya.
Memiliki kontur iaitu bertangga, melompat atau gabungan kedua-
duanya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


120 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Mempunyai jarak bunyi atau jeda.


Ia juga dibina daripada chordal tone dan non chordal tone.
Chordal tone maksudnya not yang terdapat dalam sesuatu triad.
Kemudian non chordal tone adalah not yang bukan keluarga triad. Ia
boleh dibahagikan seperti berikut:
(i) Accented non harmonic:
Kedudukan not tersebut ialah pada detik yang utama, contohnya
not pertama atau ketiga dalam meter 4/4. Mengambil peranan
harmonic ton:

(ii) Non harmonic tone


Wujud di antara dua harmonic tone. Contoh dalam nada C
major di bawah:

(iii) Gabungan (a) dan (b):

(b) Irama
Selain melodi konsep irama penting untuk difahami dalam pembelajaran
muzik. Ia adalah konsep muzik yang berkaitan masa. Apabila mendengar
muzik, dapat dirasai bahawa adanya denyutan di mana kita boleh bertepuk
dengan teratur. Ini dipanggil detik (Pulse) atau rentak (Beat).

Sebahagian detik atau rentak dimainkan dengan kuat berbanding dengan


detik dan rentaik yang lain. Ini dipanggil tekanan (Accents).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 121

Rentak biasanya diletakkan di dalam keadaan tersusun dalam dua atau tiga
beat. Yang pertama dalam setiap kumpulan adalah tekanan.

> tanda tekanan

Masa bagi sesebuah lagu ditunjukkan dengan Tanda Masa (Time-


signature), dan ditulis selepas tanda nada pada permulaan sesebuah lagu.
2
Dengan itu, melalui dua contoh yang ditunjukkan pada perenggan 41,
4
3
menunjukkan terdapat dua detik krocet dalam tiap-tiap bar, dan
2
menunjukkan terdapat tiga detik minim dalam tiap-tiap bar .

Masa kadangkala (dalam muzik lama) dipanggil Masa Lazim (Common


Time), dan ditulis dengan menggunakan lambang . Patut diambil kira
bahawa bukannya huruf besar untuk masa lazim. Pada zaman
permulaan, muzik dalam masa tigaan diwakili oleh lambang , di mana
bulatan ini menunjukkan simbol kesempurnaan; muzik dalam masa duaan
dan empatan diwakili dengan lambang , yang menunjukkan
ketidaksempurnaan atau bulatan yang tidak lengkap. Masa kadangkala
di panggil Alla Breve, dan ditunjukkan dengan lambang . Pelajar
dinasihatkan agar tidak menggunakan lambang atau (walaupun
maknanya patut difahami) kerana ianya mudah membawa kepada
kekeliruan. Menggunakan tanda masa berikut adalah lebih baik untuk
mengelak kekeliruan.
Empat detik krocet dalam setiap bar
Dua detik minim dalam setiap bar
Empat detik minim dalam setiap bar

(c) Ekspresi
Menurut Joseph A. Labuta (2001: 162), beliau telah menggunakan tiga
elemen ekspresi yang utama yang banyak melibatkan kawalan sesuatu
permainan alat muzik. Tiga elemen tersebut adalah (1) dinamik, (2) tempo
dan (3) stail atau mud.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


122 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(d) Konsep mud


Jika pelajar dapat menguasai simbol-simbol muzik yang menerangkan
tentang ketiga-tiga aspek di atas, banyak masa latihan dapat dikurangkan.
Mereka pula akan menjadi pemain yang lebih matang dan berkeyakinan
diri.

Kualiti muzik yang dipersembahkan selalunya akan memberi respons


terhadap emosi yang dominan, dengan menggunakan kualiti ton dan
dinamik selari dengan bentuk emosi. Contohnya bila kita gembira atau
terperanjat ton vokal atau alat muzik kita adalah terang dan kuat,
sementara kesedihan menghasilkan ton yang gelap dan perlahan. (J.
Timothy Caldwell:1995).

Jadual 9.1: Mud dan emosi yang digambarkan

Jenis Mud Emosi yang digambarkan


Kegembiraan Seronok, riang, kelakar, semangat, minat
Kesedihan Meratap, putus asa, menangis
Keghairahan Gementar ,resah, marah, jenaka
Keberanian Kekuatan, inspirasi, keperwiraan, kesabaran
Kemarahan Radang, berang, kepahitan, berdendam
Ketakutan Cemas, bimbang, amaran, kemusnahan
Cinta Kesetiaan, sayang, asyik, hasrat
Kebencian Permusuhan, peperangan, perseteruan, dengki
Sanjung Perbezaan, hormat, berdarjat, pujaan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 123

Selain itu mud boleh dilambangkan dengan simbol-simbol berikut:

Jadual 9.2: Simbol-simbol muzik yang melambangkan sesuatu mud

Stail sesuatu mud:


A. Simbol untuk menunjukkan stail yang umum
1. Legato lembut , stail yang berterusan
2. Staccato ( . ) ringan, stail yang terpisah
3. Marcato ( > ) berat , stail yang terpisah
B. Simbol untuk yang mewakili stail atau mud yang lebih spesifik
1. Agitato agitated
2. Animato with spirit
3. Appassionato emosi dan berperasaan
4. Cantabile stail menyanyi
5. Con brio dengan semangat
6. Con fuoco with fire
7. Dolce dengan manis
8. Grandioso dengan mulia
9. Grazioso graceful style
10. Maestoso penuh kebesaran
11. Pesante dengan beratnya
12. Sotto Voce subduced voice
C. Tempo yang juga dikonotasikan sebagai mud
1. Andante kelajuan berjalan
2. Allegretto ringan dan ceria
3. Allegro spirito quick with spirit
4. Grave tenang dan sopan
5. Largo lambat
6. Alla Marcia tempo mac

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


124 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(e) Konsep Ekspresi


Dinamik membawa maksud kuat atau lembutnya sesuatu bunyi. Apakah
yang menentukan anda bercakap kuat atau lembut? Apa yang kita
maksudkan serta mud yang digunakan tentu sekali memberi kesan
terhadap cara percakapan yang kita sampaikan. Kita bercakap secara
lembut untuk minta simpati dan kesedihan, kuat untuk tujuan
kegembiraan dan sebagainya.

Dinamik dalam sesebuah skor ditentukan oleh simbol-simbol berikut:

Rajah 9.1: Tahap kekuatan dan kelembutan (dinamik)

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk meningkatkan dinamik


adalah seperti berikut:

Aktiviti adalah berdasarkan pada skor 1 dan 2 di bawah:

Skor 1

(i) Mainkan skor ini daripada pp ff

(ii) Mainkan skor ini daripada ff ke ff pp

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 125

Skors 2

(i) Mainkan skor pp


(ii) Mainkan skor ff
(iii) Mainkan skor mf
(iv) Mainkan skor mp
(v) Mainkan skor p
(vi) Mainkan skor f
(vii) Mainkan secara cressendo ke decressendo
(viii) Ulang perkara yang sama dan transpos dengan menggunakan semua
tangga nada.

AKTIVITI 9.3

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep melodi, irama, ekspresi dan


mud?

9.2.2 Sukatan Pelajaran dan Isi Kandungan KBSR


Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan
memberi respons secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan
seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif
dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya


menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di
samping memupuk nilai sosialisasi. Daripada segi kognitif, murid mendapat
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1
khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan
kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami
konsep muzik yang abstrak.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


126 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi
dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai
bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid
sebagai warisan bangsa.

Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik


dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.
Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR,
pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,
strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti
teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.

(a) Matlamat
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai
kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek
kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik
dan dapat mengamalkan nilai murni.

(b) Objektif
Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid seharusnya dapat:
Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan
terminologi muzik.
Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.
Membaca dan menulis notasi muzik.
Mengetahui dan memahami teknik menyanyi.
Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang
betul.
Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.
Memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan
teknik yang betul.
Memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif.
Memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya.
dan persembahan muzik.
Menghargai pelbagai jenis muzik malaysia serta budaya yang
berkaitan dengannya.
Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan
ingin mencuba.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 127

(c) Organisasi Kandungan


Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR (2000) mengandungi program
pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Isi kandungannya memberi tumpuan kepada elemen
pengetahuan dan kemahiran di samping mengambil kira penerapan nilai.
Kurikulum ini melihat perkembangan diri murid daripada sudut
penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam
struktur KBSR, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembang
domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan
itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah
menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Oleh yang demikian,
kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR disusun
berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Persepsi estetik
(ii) Pengalaman muzikal
(iii) Ekspresi kreatif
(iv) Penghargaan estetik

Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi


faktor-faktor yang lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan
pembelajaran.

Susunan keempat-empat aspek tersebut bukanlah suatu hierarki yang


tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi kemudahan
mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran.

9.2.3 Pengetahuan Mata Pelajaran Muzik


Komponen utama yang terdapat dalam pembelajaran muzik adalah seperti
berikut:

(a) Persepsi Estetik


Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik. Dalam aspek ini, murid
mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik
dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik.
Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi
respons, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca
dan menulis. Ia melibatkan pembelajaran tentang konsep muzik 1) Irama,
2) Melodi, 3) Ekspresi dan 4) Isyarat serta simbol muzik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


128 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(b) Pengalaman Muzikal


Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat
muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan
permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain
alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali. Ia berkaitan dengan 1)
Pengetahuan teknik (postur, penjarian, teknik vokal) dan 2) Pengalaman
muzik (permainan alat muzik).

(c) Ekspresi Kreatif


Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid
meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka,
mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih,
mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk
bahan muzik. Ia melibatkan aspek 1) Penerokaan, iaitu pengalaman
menemui: meneroka pelbagai bunyi, 2) Improvisasi: pengalaman kreatif:
mengimprovisasi lirik, corak irama dan melodi, 3) Reka cipta iaitu
pengalaman kreatif seperti mereka cipta corak irama.

(d) Penghargaan estetik


Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik
masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya
secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak
nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa,
mengecam, mengenal pasti, membanding beza, mengklasifikasikan,
menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara
lisan dan bertulis. Ia melibatkan pengajaran tentang 1) Nyanyian, iaitu
memberi respons kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan
muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi
muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Kepelbagai
muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian dua lapisan
suara. 2) Muzik instrumental iaitu aktiviti yang berkaitan dengan memberi
respons kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik
instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi
muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai
muzik instrumental: solo; berkumpulan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 129

9.3 ASPEK PEDAGOGI


Pedagogi adalah bidang yang membincangkan tentang aspek pengajaran dan
pembelajaran dalam profesion keguruan.

9.3.1 Aplikasi Teori Pembelajaran


Tokoh-tokoh pendidikan telah mengemukakan pelbagai jenis pembelajaran.
Mereka terdiri daripada mazhab behavioris, mazhab kognitif, mazhab sosial dan
mazhab konstruktif. Di sini kita akan memfokuskan kepada teori pembelajaran
yang dikemukakan oleh pakar-pakar daripada mazhab behavioris dan mazhab
kognitif.

(a) Teori Pembelajaran Behavioris


Di sini kita akan memfokuskan kepada Teori Pembelajaran Klasik Pavlov
dan Teori Pembelajaran Thorndike.

(i) Teori Pembelajaran Klasik Pavlov


Antara teori penting dalam mazhab ini adalah P. Pavlov yang
mempelopori teori pelaziman klasik. Gerak balas adalah apa yang
timbul daripada rangsangan. Contohnya guru mewujudkan satu
suasana pembelajaran. Ini bermakna rangsangannya adalah suasana
pengajaran dan gerak balas adalah emosi, keseronokan dan
penglibatan pelajar.

Teori pembelajaran ini diaplikasikan dalam pembelajaran muzik


melalui kaedah pembelajaran Kodaly yang menekan pengalaman
sebelum mempelajari notasi. Antaranya adalah pembelajaran muzik
berdasarkan budaya rakyat tempatan.

Setiap kanak-kanak mempunyai satu bahasa ibunda muzikal yang


berasaskan muzik tradisional rakyatnya, sama seperti bagaimana
setiap kanak-kanak itu mempunyai satu bahasa ibunda yang
digunakan di rumah. Negara kita memiliki masyarakat yang unik
iaitu berbilang bangsa. Kita ingin mewujudkan bangsa Malaysia di
mana budaya masyarakat yang berbeza boleh dikongsi bersama. Oleh
yang demikian kita mempunyai muzik yang berasaskan budaya
tempatan yang berbeza. Oleh itu guru boleh menggunakan pelbagai
bahan lagu ini sebagai bahan pengajaran mereka berinteraksi dengan
jiran-jiran atau rakan-rakan yang berbeza bangsa.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


130 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Lagu-lagu rakyat bagi masyarakat Melayu di Malaysia banyak


menggunakan skel diatonik major atau minor. Dan kebiasaan diiringi
dengan rentak masri, inang, zapin atau asli. Di bawah adalah KBSR
yang digubah mengikut ciri-ciri muzik rakyat Melayu:

Rajah 9.2: Skor Lagu KBSR

Implikasi Teori Pavlov yang pertama yang menyebut tentang


rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dan dipelajari. Untuk
memastikan pelajar dapat menyanyikan lagu dengan tempo yang
betul guru akan mengarah pelajar menghentak kaki mengikut tempo
dan memberi tekanan pada detik yang pertama bagi meter tersebut.
Ini akan menjadi satu pelaziman kepada pelajar dalam membantu
mereka merasai tempo semasa menyanyi.

Implikasi lain daripada ini adalah pembelajaran boleh berlaku melalui


latihan, pembiasaan atau pengalaman. Semasa mempelajari lagu ini,
implikasi daripada teori Pavlov iaitu latihan boleh dijalankan.

Contohnya untuk menyanyikan lagu ini dengan pic yang tepat guru
boleh membimbing pelajar melalui aktiviti latih tubi (latihan). Latihan
akan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran.
Pelajar boleh menjalankan latih tubi daripada dua bar, empat bar,
lapan bar dan keseluruhan lagu. Latihan yang dilalui akan
melahirkan pembiasaan. Dan ini seterusnya akan menjadi
pengalaman kepada pelajar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 131

Dalam pada itu pelajar juga membina pengalaman merasa sukar


dalam latihan ini. Seterusnya pengalaman mencapai kejayaan setelah
dapat menyanyikan lagu ini dengan pic yang tepat.
Implikasi seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi dalam
pembelajaran. Pelajar yang dapat menyanyikan lagu dengan tempo
yang baik akan diberi motivasi seperti tepukan atau laungan berirama
dari rakan-rakan.

(ii) Teori Pembelajaran Thorndike


Teori pembelajaran behavioris kedua adalah dikemukakan oleh
Thorndike. Beliau telah mengemukakan tiga hukum. Iaitu Hukum
Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

Hukum tentang kesediaan adalah berkaitan dengan persiapan yang


perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Dalam pembelajaran
adanya kesediaan pelajar akan merasa puas untuk bertindak. Apabila
pelajar telah bersedia bertindak tetapi guru tidak melakukan dia akan
merasa kecewa.

Hukum yang kedua adalah Hukum Latihan. Menurut hukum ini,


pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah
kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya
gerak balas.

Dan akhir sekali adalah Hukum Kesan yang menyatakan bahawa


pertalian antara rangsangan gerak balas akan bertambah kukuh jika
kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas.

(b) Teori Pembelajaran Kognitif


Ahli-ahli psikologi kognitif tidak bersetuju dengan pendapat ahli-ahli
mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa proses pembelajaran
adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui konsep cuba jaya
sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behavioris.

(i) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi
perkembangan dan kognitif. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-
aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk
konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Piaget
membahagikan perkembangan kognitif itu kepada peringkat seperti
berikut:
Peringkat deria motor (0-2 tahun)
Peringkat pra-operasi (2-7 tahun)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


132 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Peringkat operasi konkrit (7 -11 tahun)


Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)

Implikasi teori perkembangan kognitif Piaget terhadap pengajaran


dan pembelajaran adalah seperti berikut:
Pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas tadika perlu
didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada
objek-objek yang besar, iaitu yang senang dilihat dan disentuh.
Pada peringkat tahun 2 dan 3, kanak-kanak bersifat egosentrik.
Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah saya, Rakan karib saya,
Keluarga saya sesuai dijadikan tema lagu untuk pembelajaran
muzik.
Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar
kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan
perkembangan kognitif yang terhad.
Pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah masih belum bersedia
menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam bentuk hipotesis.
Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk
memudahkan pemahaman pelajar sekolah rendah.
Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras
dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar. Jika tidak,
bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan
membosankan pelajar atau didapati terlalu sukar bagi mereka.
Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini
membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat
yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan
menjamin pelajar-pelajar memperoleh hasil pelajar yang
maksimum.

9.3.2 Pendekatan dan Kaedah Khas Dalam


Pembelajaran Muzik
(a) Kaedah Kodaly
Kaedah ini telah dikemukakan Zoltan Kodaly (1882 1967). Di lahirkan
pada 16 Dis 1882 di Kecskement Hungary. Beliau mendapat pendidikan
tinggi di Franzs Liszt Academy dan di Universiti of Hungary dan
memperoleh Ijazah dalam bidang ciptaan dan juga Ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Linguistik (Bahasa Jerman & Hungary). Beliau telah banyak

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 133

menggunakan corak gerakan melodi dan idiom muzik tradisional Hungary


sebagai bahan asas untuk mencipta muziknya.

(i) Prinsip-Prinsip Utama Kodaly Mengenai Muzik


Prinsip utama yang terkandung dalam falsafah Kodaly adalah seperti
berikut:
Literasi muzikal, iaitu kebolehan membaca dan menulis serta
berpengetahuan tentang muzik adalah hak asasi bagi setiap
manusia.
Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan
dengan alat muzik semula jadi kanak-kanak, iaitu suara mereka
sendiri.
Pendidikan muzik harus dimulakan daripada peringkat awal
kanak-kanak lagi.
Setiap kanak-kanak mempunyai satu bahasa ibunda muzikal yang
berasaskan muzik tradisional rakyatnya, sama seperti bagaimana
setiap kanak-kanak itu mempunyai satu bahasa ibunda yang
digunakan di rumah.
Hanya muzik yang berkualiti tinggi harus digunakan dalam
pendidikan muzik tanpa mengira sama ada muzik itu dicipta atau
merupakan muzik rakyat.

(ii) Aspek-Aspek Pendekatan Kodaly


Penggunaan muzik yang bermutu sahaja
Muzik untuk semua dan bukan untuk golongan yang berada
sahaja
Pengalaman muzik di peringkat awal kanak-kanak lagi
Pembelajaran muzik berasaskan budaya rakyat tempatan dahulu
Pembelajaran muzik dengan asas vokal a capella dahulu.
Literasi muzikal sebagai satu jalan ke arah berdikari tentang
muzik
Penggunaan nyanyian solfa
Pengalaman muzik sebelum mempelajari notasi muzik
Urutan pembelajaran yang berpusat kepada minat dan cita rasa
pelajar

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


134 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Kaedah Kodaly merupakan satu kurikulum muzik yang lebih berasaskan


aktiviti vokal dan diatur secara berperingkat. Latihan untuk mendengar
muzik secara lebih mendalam, membaca, menulis dan mendengar muzik,
gerakan berirama dan nyanyian diberi keutamaan dalam Kaedah Kodaly.
Sistem mengajar irama ala Kodaly dinamakan Notasi Lidi (dinotasikan
tanpa kepala not):

Nama not Notasi Kodaly Sebutan


Krocet ta

2 kuaver ti-ti

4 semikuaver ti-ri-ti-ri (boom-a- cik - a)

3 kuaver ti-ti-ti

Sistem mengajar SOLFA dengan do bergerak:


Kodaly mendapati kanak-kanak tidak dapat menyanyi not-not yang
berjeda separuh ton atau semi ton dengan tepat atau memuaskan.
Kerana itu Kodaly hanya mengutamakan lagu-lagu yang menggunakan
tangga nada (skel) pentatonik (do, re, mi, so, la) dalam program
muziknya kerana tidak terdapat jeda semi ton dalam skel pentatonik.
Dia menjadikan skel pentatoniok sebagai asas latihan vokal pada
peringkat awal dalam kaedah Kodaly. Jeda yang paling lazim di
kalangan kanak-kanak mengikut Kodaly adalah jeda minor ketiga yang
menurun:

Not kelima ditambah: la

Konsep do bergerak:
Kodaly juga menggunakan sistem mengajar solfa dengan do
bergerak.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 135

Contoh:
Skel C major, do nya pada not C.
Skel G major, do nya pada not G.
Skel F major, do nya pada not F, dan seterusnya.

Sistem Isyarat Tangan


Perkembangan kemahiran psikomotor atau kinestetik juga diambil kira
dalam pendekatan Kodaly iaitu mempelajari aspek melodi melalui
isyarat tangan. Penggunaan isyarat tangan ini bermakna bahawa aspek-
aspek audio, visual dan psikomotor itu digabungkan. Dengan itu
kanak-kanak dapat mengaitkan pembacaan muzik dengan gerak-geri
badan. Isyarat tangan Kodaly berasal daripada sistem isyarat tangan
Curwen dari England.

(b) Pendekatan Carl Orff


Carl Orff (1895 1982). Seorang pencipta muzik Jerman. Mempunyai cita
rasa yang menyeluruh terhadap beraneka jenis muzik dari Zaman Baroque
ke Zaman Romantik. Berdasarkan cita rasa ini dia telah membentuk satu
teori untuk pedagogi muzik bagi kanak-kanak.

Pada tahun 1924 telah ditubuhkan sebuah sekolah muzik khas bersama
seorang guru tarian bernama Dorothea Gunther. Sekolah ini dinamakan
Gunther Schule (Sekolah Gunther). Di sekolah ini, para pemuzik
dikehendaki berfungsi sebagai penari dan para penari juga di sebaliknya.
Alat utama yang digunakan ialah beraneka rekoder, zilofon, metalofon,
glokenspiel, dram, gong, simbal, kerincing, violin, viol da gamba, dan juga
kibod-kibod lama seperti spinettos.

Pendekatan Orff banyak berdasarkan aktiviti irama dan improvisasi yang


dipetik dari alam semula jadi kanak-kanak seperti irama berjalan, berlari,
melompat, nyanyian, permainan, dan pertuturan berirama dijadikan bahan
asas. Orff juga dipengaruhi oleh idea-idea pendidik muzik iaitu Emile-
Jacques Dalcroze. Muzik dan gerakan sentiasa digabungjalinkan sebagai
satu aktiviti kerana aktiviti ini membawa erti yang sama bagi kanak-kanak,
iaitu satu saluran untuk melahirkan perasaan.

Pengalaman melodi dimulakan dengan minor ketiga yang menurun, iaitu


so dan mi seperti yang terdapat dalam turutan kaedah Kodaly.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


136 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Solfa:
So dan mi.
Ditambah dengan tiga ton (so-mi-la)
Pentatonik lengkap tambah do dan re
Tangga nada diatonik major tambah dua ton fah dan ti
Nyanyian mode-mode:
(i) Aeolian
(ii) Dorean
(iii) Mixolydian
(iv) Lydian
(v) Phrygian dan
(vi) Locrian.

Harmoni diperkenalkan melalui drone secara vokal dan instrumental


dengan menggunakan not kelima terbuka.

Contoh 1:

atau

Not yang berirama juga boleh digunakan menyanyikan drone ini.


Nyanyian drone seperti ini dinamakan bordun

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 137

Contoh 2:

Selepas nyanyian harmoni dengan iringan drone dikuasai, nyanyian


dengan iringan ostinato diperkenalkan.

Contoh 3:

Akhir sekali nyanyian dengan lapisan suara yang menggambarkan


pertukaran kord secara berulang dilakukan mengikut turutan-turutan kord
seperti:
I-V
I - IV - V dan
I - V - IV - V.

Pendekatan Orff juga dikenali sebagai Orff Schulwerk dan merupakan


buku panduan am yang boleh membantu golongan pendidik muzik untuk
memperkembangkan pembelajaran muzik bagi kanak-kanak.

Pendekatan Orff dibahagikan kepada empat komponen utama, iaitu:


Fasa I Penerokaan (mencari sendiri)
Fasa II Imitasi (mengajuk-balik)
Fasa III Improvisasi dan
Fasa IV Mencipta.

Fasa I: Penerokaan (mencari sendiri)


Kanak-kanak digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-
bunyi muzikal dan gerakan dengan usaha sendiri.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


138 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Fasa II: Imitasi (mengajuk-balik)


Merupakan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan
menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti
menepuk tangan, memetik jari, menampar paha (patschen),
menghentak kaki, dan sebagainya.

Kesemua aktiviti ini dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan


bermain alat muzik.
Gerakan bebas juga digalakkan.
Alat-alat perkusi tidak berpic dan berpic digunakan.
Rekoder memainkan melodi yang utama.

Fasa III: Improvisasi


Kanak-kanak digalakkan melakukan improvisasi secara individu atau
kumpulan dengan kesemua peralatan Orff.
Contoh:
1. Tangga nada pentatonik disyorkan.
2. Alat zilofon dan metelofon memainkan not do dan so
3. Alat berpic lain memainkan not-not yang lain secara ostinato
dalam tangga nada pentatonic.

Fasa IV: Mencipta


Kanak-kanak melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas
daripada fasa satu hingga fasa tiga. Bahan itu digunakan untuk
mencipta rondo, suite mini, serta tema dan variasi. Cerita kanak-kanak
dan puisi digunakan sebagai bahan untuk penciptaan muzik dengan
menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan
alat-alat muzik Orff.

Kanak-kanak juga mempelajari daripada yang mudah kepada yang


susah dengan menggunakan aktiviti dan strategi yang berperingkat
atau berturutan. Dalam Pendekatan Orff, kanak-kanak tidak diajar
tetapi dipandu oleh guru supaya membuat penemuan (jumpa
sendiri). Guru sebagai pemudah cara dan pendorong.

9.3.3 Pengurusan Kelas


Setelah dikaji beberapa situasi yang berlainan tentang interaksi guru dengan
pelajar, guru perlulah memikirkan cara-cara untuk membentuk interaksi yang
objektif di dalam sesebuah bilik darjah. Antara cara yang boleh diamalkan
adalah seperti berikut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 139

(i) Praktik gaya kepimpinan demokratik


Gaya kepimpinan guru akan mempengaruhi corak interaksi antara guru
dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Seorang guru autokratik
dan dominan akan menimbulkan suasana pengajaran-pembelajaran yang
dipenuhi ketegangan dan tekanan. Suasana emosi seperti ini menyebabkan
pelajar-pelajar menarik diri serta menjadi pasif. Mereka jarang menyertai
pengajaran gurun dengan giat. Pelajar juga cenderung berbincang sesama
sendiri.

(ii) Galakan penglibatan dan mengelolakan aktiviti


Sesuatu pelajaran boleh dirancang supaya dapat menampung aktiviti
pelajar. Aktiviti di dalam bilik darjah , jelas akan mewujudkan interaksi
antara pelajar dengan pelajar dan antara guru dengan pelajar.

(iii) Gunakan kaedah kumpulan sekiranya keadaan mengizinkan


KBSR memang menekankan penggunaan kaedah kumpulan. Kaedah
kumpulan membenarkan perbincangan antara ahli kumpulan. Dengan cara
ini, interaksi antara pelajar dengan pelajar dan antara guru dengan pelajar
dapat dikembangkan.

(iv) Banyakkan penggunaan teknik main peranan, lakonan sesi buzz


Teknik-teknik tersebut jelas akan mewujudkan peluang untuk
membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan bahagian yang aktif dalam
pengajaran guru. Dengan itu, interaksi yang berkesan nyata akan berlaku.

(v) Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran


Sesi soal jawab bukan sahaja dapat menolong pelajar mengingatkan
kembali bahan yang telah dipelajari, bahkan juga membentuk pelajar yang
setia memberi perhatian. Lebih penting lagi , sesi seperti ini dapat
menggalakkan interaksi lisan antara guru dengan pelajar.

(vi) Gunakan alat bantu mengajar


Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, slaid, carta berwarna-warni, kad
imbasan yang digunakan dengan berkesan bukan sahaja mempercepatkan
penanggapan konsep oleh pelajar, malahan akan mencungkil minat dan
naluri ingin tahu pelajar-pelajar. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk
bertanya dan mengambil bahagian yang aktif. Interaksi antara guru dengan
pelajar memang akan terdorong.

(vii) Ikhtiarkan penyertaan pelajar


Strategi pengajaran seseorang guru berbeza mengikut mata pelajaran dan
situasi. Sekiranya seseorang guru sedar bahawa interaksi antara guru
dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar adalah penting, maka dia
akan sentiasa berusaha untuk pelajar-pelajarnya menyertai pengajarannya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


140 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

(viii) Adakan sesi kaunseling dengan pelajar bermasalah


Pelajar-pelajar yang pendiam atau pemalu, yang tersingkir dan terasing
akan menjejaskan interaksi dalam bilik darjah. Guru seharusnya berikhtiar
untuk menolong pelajar-pelajar ini dengan merujukkan mereka kepada
kaunselor sekolah supaya dapat mengurangkan dan mengatasi masalah
mereka. Selepas beberapa sesi kaunseling diharap mereka akan pulang ke
bilik darjah untuk mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan
atau pengajaran guru. Dengan ini, interaksi antara pelajar bermasalah
dengan pelajar lain dan dengan guru mereka akan bertambah baik.

9.3.4 Pengurusan Aktiviti


Aktiviti pengajaran perlu diurus dengan teliti agar objektif pembelajaran dapat
dicapai secara yang maksimum. Sekiranya aktiviti yang dirancang itu sukar
untuk dilaksanakan, kebanyakan pelajar enggan mengambil bahagian. Dengan
itu, pelajar-pelajar akan menjadi pendengar yang pasif sahaja. Oleh itu, ketika
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru
seharusnya menanyakan diri soalan-soalan berikut:
Bolehkah aktiviti ini menarik minat pelajar?
Adakah aktiviti ini selamat dijalankan dalam kalangan pelajar?
Adakah aktiviti ini sejajar dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar?
Berapa ramaikah pelajar yang dapat dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti ini?
Adakah masa yang diperuntukkan itu mengizinkan aktiviti dijalankan?
Adakah aktiviti ini sesuai dijalankan dalam bilik darjah?
Bagaimanakah keadaan disiplin ketika aktiviti dijalankan?
Adakah aktiviti itu memerlukan pengawasan rapi?
Adakah aktiviti itu sesuai dengan umur pelajar-pelajar yang terlibat?
Adakah aktiviti itu sejajar dengan objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran?

Setiap aktiviti patut dirancang dengan objektif-objektif pengajaran dan


pembelajaran. Ia akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran sejajar
dengan pepatah yang berbunyi,
Saya dengar saya lupa,
Saya lihat saya faham,
Saya buat saya faham.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU W 141

Kesimpulannya, adalah ditekankan bahawa setiap aktiviti yang dirancangkan itu


hendaklah berupaya menarik minat pelajar-pelajar hingga menjadikan
pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

AKTIVITI 9.4
(a) Bincangkan perbezaan antara teori pembelajaran behavioris dan
teori pembelajaran kognitif?
(b) Bincangkan perbezaan antara pendekatan Kodaly dan
pendekatan Carl Off.

Tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kompleks.


Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa meningkatkan penguasaannya
terhadap pengetahuan, kemahiran muzikal, dan kemahiran pedagogi .
Pengetahuan tentang konsep muzik adalah berkaitan dengan elemen-elemen
muzik seperti irama, melodi, ekspresi dan simbol atau isyarat muzik.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
merangkumi aspek bahasa muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan
penghargaan estetik.
Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur
unsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis alat muzik, serta memberi
murid pengalaman menghasilkan muzik yang mudah.
Aspek pedagogi yang perlu diambil kira dalam meningkatkan prestasi guru
dalam pengajarannya adalah bagaimana teori pembelajaran dapat diaplikasi
dalam pengajarannya. Di samping itu bagaimana menguruskan kelas dan
aktiviti dengan berkesan.

Aeolian Drone
Dorean Locrian
Mixolydian Phrygian
Lydian

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


142 X TOPIK 9 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN GURU

Hoermann, D. & Bridges, D. (1987). A developmental music program. Victoria:


The Book Printer- Maryborough.

Meng, E. A. (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas


(Semester I). Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.

Elliot, R. J. & Wing, L. (2004). Basic consepts for elementary teachers. Ohio:
Charles E. Merrill Books, Inc.

Geoffrey Winters, (1986). A music course for students. Bristol: J. W. Arrowsmith


Ltd.

Glover, J. & Ward, S. (1998). Teaching music in the primary school (2nd ed.).
London: Wellington House.

Herrold, R. M., (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey:


Prentice-Hall, Inc.

Kamien, R (2004). Music: An Appreciation. New York: McGraw Hill.

Labuta, J.A. (1997). Teaching musicianship in the high school band. U.S.A: Parker
Publishing Company, Inc.

Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Taylor, Eric (1989). The AB guide to music theory. London: The Associated Board
of The Royal Schools of Music.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Topik X Perancangan
10 Pengajaran
Bahan Bantu
Mengajar
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengetahui dan mengaplikasikan penggunaan bahan bantu
mengajar dalam bentuk ikon, media dan skor;
2. Mengenal pasti serta menjelaskan kesesuaian sesuatu bahan bantu
mengajar daripada aspek tujuan dan objektif, tahap keupayaan
pelajar serta saiznya; dan
3. Mengenal pasti dan menjelaskan tentang aspek daya tarikan bahan
bantu belajar daripada aspek kepelbagaian rangsangan, warna dan
strategi penggunaan.

X PENGENALAN
Bahan bantu mengajar adalah aspek pengajaran yang penting dan dapat
membantu guru meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran. Guru
perlu menguasai pengetahuan tentang pengurusan sumber pengajaran,
membina bahan yang berkesan serta dapat mengaplikasikannya dalam
pengajaran. Muzik adalah bidang yang banyak memerlukan bahan bantu
mengajar dalam menyampaikan konsep muzik melalui aktiviti lisan dan
mahupun amali juga. Keupayaan memilih serta menggunakan bahan bantu
mengajar memberi kelebihan kepada seseorang guru. Abdul Rahim Mohd Saad
(1996), dalam bukunya bertajuk Merancang Pengajaran yang Efektif, telah
menyenaraikan tiga pertimbangan dalam memilih bahan atau media pengajaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


144 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Yang pertama, adakah ia boleh dipraktikkan? Yang kedua, adakah sesuai ianya
untuk pelajar? Dan akhir sekali, adakah ia sesuai untuk menyampaikan aktiviti
pengajaran? Seseorang guru juga perlu mengambil kira strategi dan perancangan
yang kemas, tersusun dan rapi bila hendak menggunakan bahan tadi. Ini adalah
untuk memastikan ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

AKTIVITI 10.1
Cuba anda fikirkan, apakah yang dikatakan bahan bantu mengajar
dalam bentuk ikon, media dan skor? Nyatakan contoh-contoh bahan
bantu mengajar dalam kategori yang dinyatakan tadi?

10.1 BENTUK BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan bantu mengajar boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk. Antara
bentuk tersebut adalah seperti berikut:

10.1.1 Bentuk Ikon


Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa untuk mempelajari konsep muzik,
tiga mod pembelajaran boleh digunakan. Iaitu mod enaktik, ikonik dan simbolik.

Mod ikonik bermaksud penggunaan bahan-bahan visual seperti gambar benda


hidup dan juga corak-corak untuk menjelaskan konsep irama seperti nilai not
dalam pembelajaran muzik. Menurut Bruner penggunaan ikonik ini sangat
sesuai bagi pelajar peringkat awal persekolahan. Sebab itulah pelajar pada
peringkat awal persekolahan amat sukar untuk menguasai pembelajaran muzik
menggunakan simbol seperti notasi. Berikut adalah contoh bahan bantu
mengajar muzik yang menggunakan bentuk mod ikonik:

(a) Ikon haiwan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 145

Ikon di atas boleh digunakan untuk mengajar konsep muzik seperti di


bawah:

(b) Ikon Corak


Ini melibatkan pelbagai jenis corak seperti segi empat, segi tiga dan
sebagainya. Rujuk contoh di bawah:

Jenis ikon ini menjelaskan pengajaran aspek muzik yang sama seperti di
atas tadi:

Pelbagai bentuk ikon yang lain seperti bunga dan ikon alam semula jadi.
Guru boleh melaksanakan pembelajaran menggunakan ikon seperti
saranan pada aktiviti di bawah:
(i) Guru menyediakan semua bentuk ikon. Ikon yang lebih besar bagi
menunjukkan not yang besar atau lebih panjang nilainya. Ikon yang
lebih kecil bagi menunjukkan not yang lebih kecil atau pendek
nilainya.
(ii) Guru menunjukkan ikon kepada pelajar. Pelajar menepuk nilai not
berdasarkan ikon yang ditunjukkan.
(iii) Seterusnya pelajar diminta membuat bulatan.
(iv) Guru melonggokkan pelbagai jenis ikon (besar dan kecil) di tengah-
tengah bulatan.
(v) Guru menepuk beberapa corak irama mudah sepanjang satu atau dua
bar. Pelajar secara spontan atau dipilih menyusun ikon dengan betul
berdasarkan nilai not yang betul

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


146 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

10.1.2 Bentuk Media


Dalam situasi ini guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap
pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi
pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:

Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam
melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable
kepada yang lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,
dan lateral yang menggunakan budaya reflective rationality dan yang
unreasonable
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati
dengan apa yang mereka peroleh sekarang. Guru harus bertindak lebih gigih
serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai
ilmu. Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat
penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan peledakan maklumat.

Dalam memastikan pelajar menguasai pembelajaran muzik, guru perlu melatih


pelbagai deria yang dimiliki oleh pelajar. Ini disebabkan pembelajaran muzik
melibatkan penggunaan deria dengar, deria lihat dan deria rasa. Oleh itu guru
perlu peka dengan pelbagai bahan pembelajaran yang dapat meningkatkan
penguasaan deria dan seterusnya mereka dapat mempelajari muzik dengan
berkesan.

Bahan bantu belajar yang bentuk media dalam pembelajaran muzik boleh kita
bahagikan seperti berikut:

(a) Bentuk Media Jenis Audio


Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau
bunyi secara elektronik menerusi kabel dan udara (Muhammad Hassan
Abdul Rahman, 2000; M.S 85). Media audio mungkin terdiri daripada
perkara berikut iaitu satu sumber bunyi, satu alat peka bunyi, satu sistem
pengiriman audio dan penerimaan radio. Media audio ini sangat sesuai
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar dalam muzik.

Dalam pembelajaran muzik, melatih kemahiran mendengar adalah penting.


Dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap konsep muzik beberapa
kemahiran perlu dikuasai. Melaksanakan proses pengajaran kepada pelajar
yang belum bersedia daripada segi mental dan fizikal, akan menyebabkan
kesukaran dan pembaziran masa (D'Augustine, 1973). Antaranya
kemahiran muzik yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran
mendengar.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 147

Kemahiran mendengar dalam muzik adalah satu aspek yang sangat


penting kerana muzik itu adalah bunyi. Latihan untuk meningkatkan
kemahiran mendengar adalah satu proses di mana seseorang pelajar belajar
untuk mengenal pasti elemen asas seperti melodi, irama dan ekspresi.

Tokoh seperti Klonoski (1998) dalam kajiannya pula menjelaskan bahawa


matlamat asas kemahiran aural adalah membina keupayaan pelajar
mengecam dan memahami perkaitan secara muzikal antara pendengaran
dan otak. Karpinski (2000), pula menyatakan bahawa belajar mendengar
dan membaca notasi muzik dengan kefahaman menjadi perkara yang
penting dalam pembelajaran muzik. Seterusnya Karpinski menjelaskan
bahawa latihan kemahiran aural telah menjadi satu perkara yang penting
dalam pembelajaran muzik sejak bermulanya penubuhan pusat latihan
bacaan semerta (sight-singing) oleh Guido d Arezzo.

Antara aktiviti pembelajaran yang menggunakan media audio adalah


untuk latihan pendengaran terhadap elemen muzik. Dalam pembelajaran
mengenai melodi, pelajar dilatih untuk mengecam pic tinggi, tengah dan
rendah. Guru memainkan pada audio petikan sepanjang 2 atau 4 bar.
Pelajar diminta menyatakan nombor bar yang mempunyai pic yang
dikehendaki. Skor di bawah adalah soalan yang boleh digunakan untuk
tujuan aktiviti latihan pendengaran menggunakan alat audio.

Skor 1: Latihan Aural -Mendengar

(b) Bentuk Media Jenis Komputer


Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat membantu guru muzik khasnya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan
menerima dan memproses data. Giesert Futrell (1990), menegaskan bahawa
seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajarannya boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan
kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu
mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar terhadap
pembelajaran.

Sekarang terdapat banyak perisian pengajaran muzik yang menggunakan


komputer untuk pengajaran. Contohnya perisian untuk latihan aural atau
mendengar. Antara perisian tersebut adalah Ear Power dan Ear
Training. Selain itu, terdapat juga perisian yang digunakan untuk menulis

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


148 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

notasi muzik. Antara perisian tersebut ialah Encore, Finale, Sibelius,


Cakewalk dan sebagainya. Guru boleh membuat pembelian jenis perisian
untuk pembelajaran muzik melalui internet atau muat turun secara
percuma atau trial version daripada internet. Di bawah adalah beberapa
contoh paparan untuk jenis perisian komputer untuk muzik.

Rajah 10.1: Perisian EAR Training

(c) Bentuk Skor


Bahan pengajaran dan pembelajaran yang paling mudah dibina dan
diperoleh serta sering digunakan adalah bahan bantu mengajar bentuk
skor. Bahan bantu mengajar jenis ini merupakan skor-skor muzik yang
boleh dihasilkan sendiri oleh guru muzik, atau difotostat atau dicetak
daripada sumber rujukan seperti buku atau bahan bercetak yang lain.

Bahan bentuk skor boleh diajar menggunakan paparan daripada LCD


komputer atau ditulis menggunakan bahan seperti manila kad. Guru akan
memaparkan bahan mengajar ini kepada pelajar semasa pembelajaran
muzik. Pada masa sekarang skor ini boleh dihasilkan menggunakan
perisian muzik seperti Encore, Finale atau Sibelius. Ia menghasilkan skor
yang menarik dan menjimatkan masa berbanding kaedah tradisional iaitu
dengan menulis semula skor tersebut ke atas kad manila. Di bawah adalah
bahan bantu belajar yang dipapar menggunakan perisian muzik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 149

Rajah 10.2: Skor Untuk Rekoder Menggunakan Periasian Finale

10.2 KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Media merupakan bahan atau alat bantu dalam proses pengajaran yang dapat
membantu guru bagi penyampaian pengajaran seperti video, televisyen, model,
gambar, poster, carta, rajah, pita kaset, komputer dan bahan rujukan. Media
digunakan semata-mata bertujuan memudahkan guru dan murid berinteraksi
atau berhubung, iaitu perhubungan dua hala yang dapat menarik minat
penerima untuk menghasilkan tindak balas.

Terlalu banyak media digunakan juga belum tentu dapat memberi kesan
sepenuhnya kepada pengajaran. Apa yang penting ialah cara guru
mengendalikan pengajarannya. Media memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan media dapat menarik minat
pelajar untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan penggunaan media juga memainkan peranan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Justeru seseorang guru perlu tahu memilih media yang bersesuaian dengan
kumpulan sasaran dan situasi pembelajaran serta topik yang hendak diajar.
Rajah di bawah dapat menjelaskan lagi peranan yang dimainkan oleh guru
dalam menyampaikan pengajaran menggunakan media kepada pelajar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


150 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Rajah 10.3: Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (sumber diubahsuai daripada
Heinich (1996)

10.2.1 Kesesuaian dengan Tujuan dan Objektif


Pengajaran
Guru perlu sedar bahawa pengajarannya perlulah mengikut sukatan pelajaran
yang ditetapkan. Sukatan pelajaran mengandungi falsafah, matlamat, objektif
serta isi pelajaran yang hendak disampaikan. Di samping itu , guru perlu
memastikan jenis objektif yang hendak dicapai. Dalam pengajaran muzik
terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai. Antaranya adalah mengetahui,
memahami, mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan dan memberi
pendapat tentang sesuatu aspek pengajaran yang disampaikan.

Pemilihan bahan ini memerlukan guru merancangnya dengan bijak dengan


mengambil kira kesesuaiannya kepada pelajar. Guru perlu sedar tentang hasil
pembelajaran yang hendak dicapai. Hasil pembelajaran ditentukan oleh objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Leshin, Pollock dan Reigeluth (1992),
berpendapat keputusan memilih media hanya dibuat setelah domain
pembelajaran, tugasan pembelajaran dan peristiwa pengajaran ditetapkan.
Mengikut Gagne (1985), dan Gagne dan Wager (1988), terdapat lima jenis hasilan
pembelajaran, iaitu kemahiran intelek, maklumat lisan, strategi kognitif,
kemahiran motor dan sikap.

Di samping itu bila menyampaikan setiap peristiwa pengajaran, satu atau lebih
daripada dua media mungkin dipilih dan bergantung kepada prestasi yang hendak
dicapai (Yusup, 1993). Aspek muzik yang hendak dicapai pula melibatkan
penguasaan terhadap konsep muzik, kemahiran muzik, aspek kreativiti dan
apresiasi muzik. Setiap aspek ini memerlukan guru untuk memilih bahan yang
sesuai untuk pembelajaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 151

(a) Objektif Pembelajaran Berkaitan Dengan Intelek


Untuk mencapai objektif ini pengajaran perlu disusun supaya ada interaksi
antara pelajar dengan bahan yang digunakan seperti bahan terancang dan
pengajaran berasaskan komputer. Jika objektif untuk mencapai
pembelajaran konsep atau pembelajaran peraturan yang melibatkan
penyusunan ruang atau langkah tertentu, maka persembahan
menggunakan gambar adalah paling wajar. Sebagai contoh objektif yang
menekankan kepada pengetahuan lebih sesuai menggunakan bahan-bahan
LCD menggunakan komputer, kad manila, lembaran kerja atau papan tulis.
Untuk mengukuhkan kefahaman tentang pengetahuan atau konsep muzik
yang diajar maka guru boleh menggunakan tayangan tentang contoh
persembahan muzik berkaitan dengan konsep muzik yang diajar.

(b) Objektif Pembelajaran Berkaitan Maklumat Lisan


Jika maklumat lisan hendak dipelajari, media yang dipilih harus boleh
menunjukkan kebolehan lisan seperti bahan teks bercetak atau bahan
audio. Pelajar diminta menyatakan semula perkara-perkara penting sahaja
dan bukan mengingat atau meluahkan semula fakta atau maklumat
(Gagne, Briggs dan Wager, 1988). Maklum balas pelajar tidak perlu tepat,
betul atau salah seperti mempelajari pembelajaran berkaitan dengan
intelek.

(c) Objektif Pembelajaran Berkaitan Kemahiran Motor


Untuk mempelajari kemahiran motor, media yang dipilih harus boleh
menunjukkan prosedur atau cara. Prosedur yang ditunjukkan boleh diikuti
oleh pelajar. Prosedur ini melibatkan peraturan. Peraturan merupakan
kemahiran intelek yang harus dikuasai sebelum melakukan latihan sama
ada menggunakan peralatan ataupun tidak. Setelah peraturan dipelajari,
pelajar dikehendaki membuat latihan untuk menguasai gerakan yang
terlibat dalam sesuatu kemahiran motor yang ingin dikuasai. Banyak
aktiviti muzik yang melibatkan kemahiran motor. Antara kemahiran
tersebut adalah bermain alat muzik, menyanyi dan pergerakan kreatif.

10.2.2 Kesesuaian Dengan Tahap Pelajar


Keupayaan antara pelajar adalah berbeza. Ianya ditentukan oleh faktor umur
dan kecerdasan. Umur pelajar menjadi faktor penting dalam pemilihan media
dengan andaian bahawa kebolehan membaca adalah sama (Briggs dan Wager,
1981 ; Gagne dan Briggs, 1978 ; Tosti dan Ball, 1976).

Dalam konteks ini, pengalaman Kon Dale (1969), boleh digunakan sebagai
sumber rujukan untuk memilih media. Dale menyenaraikan 12 jenis media yang
ada hubungan dengan umur dan pengalaman pelajar (rujuk rajah di bawah).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


152 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Pada umur yang paling rendah (peringkat kanak-kanak), iaitu peringkat


pertama, media yang dicadangkan oleh Dale ialah manipulasi bahan yang benar
atau maujud. Ia merupakan pengalaman belajar melalui deria lihat, rasa dan
tingkah laku. Manakala pada peringkat 12, iaitu peringkat dewasa, simbol
bahasa adalah lebih sesuai dipilih. Simbol bahasa bermaksud menggunakan
media tutur atau membaca notasi dari bahan cetak.

Rajah 10.4: Kon Pengalaman Pembelajaran Dale

Oleh yang demikian bila guru menyedia rancangan pengajaran, pemilihan bahan
mengikut pendapat Dale di atas boleh diambil kira. Kesimpulannya, mengikut
kebiasaan , pilihlah mana-mana peringkat pengalaman yang boleh menjamin
berlakunya proses pembelajaran. Bagi Briggs dan Wager (1981), jika mempelajari
pembelajaran kognitif seperti kemahiran intelek, maklumat berbahasa dan
strategi kognitif, pilihlah media yang serendah mungkin dalam susunan Dale,
asalkan ia membantu pembelajaran dan begitulah sebaliknya.

Selain kesesuaian berdasarkan tahap umur , kesesuaian daripada aspek


keupayaan belajar juga berlaku di kalangan pelajar. Guru perlu menganalisis

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 153

kumpulan sasaran pelajar yang hendak diajar. Secara umumnya, ciri-ciri pelajar
mencakupi kebimbangan, kesediaan mental, kawalan lokus, kawalan pelajar,
gaya pembelajaran, motivasi belajar dan kefahaman konsep.

10.2.3 Kesesuaian Dengan Saiz Pelajar


Mengikut Reiser dan Gagne (1983), elemen-elemen dalam situasi/kaedah
pengajaran yang mempengaruhi keputusan memilih media ialah lokasi
pengajaran, jenis kumpulan sama ada individu, kumpulan kecil atau kumpulan
besar. Bretz mencadangkan supaya menggunakan media cetak (bukan tutur)
untuk pengajaran individu kerana pelajar boleh mengurus dan menentukan
masa belajar mengikut keupayaan sendiri. Dalam pengajaran individu beliau
juga menyarankan supaya menggunakan maklum balas (betul atau salah) untuk
membolehkan pelajar mengetahui jawapan yang sebenarnya.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa saiz kumpulan yang akan diajar dan
kaedah yang digunakan boleh menentukan jenis media yang akan digunakan.
Romizowski (1986), menegaskan bahawa tiada gunanya kita menggunakan
media satu hala seperti televisyen atau rakaman audio, jika kaedah yang akan
digunakan ialah perbincangan kumpulan dan bertukar pengalaman.
Penyampaian pengajaran atau latihan bagi kumpulan besar pula memerlukan
kaedah penyampaian atau media yang sesuai seperti kuliah, penggunaan LCD
komputer dan gambar bergerak.

10.3 DAYA TARIKAN


Selain ciri-ciri pemilihan yang telah dijelaskan, faktor tarikan dan motivasi
sangat penting dalam membuat keputusan memilih media yang sesuai.

10.3.1 Kepelbagaian Rangsangan


Keller (1983), telah menggunakan model ARCS dalam reka bentuk pengajaran.
Elemen ARCS boleh digunakan untuk memilih atau membina bahan pengajaran.
Akronim ARCS bermaksud:

A = Attention (Perhatian)
R = Relevance (Sesuai)
C = Confidence (Keyakinan)
S = Satisfaction (Kepuasan)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


154 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Perhatian boleh menimbulkan motivasi atau dorongan untuk belajar. Jika bahan
yang dibina itu menarik perhatian, maka pelajar akan berminat terhadap
pembelajaran. Jika bahan itu sesuai dengan objektif pembelajaran, pelajar juga
akan mempunyai motivasi untuk belajar. Jika bahan yang dipilih itu mempunyai
elemen menarik perhatian, ini akan memberi keyakinan untuk pelajar
menggunakannya. Akhir sekali bahan bantu mengajar juga boleh memberi
kepuasan kepada pelajar. Kepuasan ini diperoleh jika bahan yang dipilih
mempunyai elemen maklum balas dan peneguhan (Skinner, 1954).

10.3.2 Warna
Warna merupakan elemen yang amat penting bagi satu-satu visual dan ia
berperanan menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran. Warna dapat
memainkan peranan sebagai penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam
visual. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu sebelum
menggunakannya dalam pembinaan bahan untuk pembelajaran. Ini melibatkan
pengetahuan tentang kategori warna iaitu sejuk dan panas. Warna biru dan hijau
tergolong dalam kategori sejuk manakala warna merah dan kuning tergolong
dalam kategori panas.

Dalam pembelajaran muzik menggunakan ikon bagi memperkenalkan nilai not


adalah amat penting. Sebaiknya guru patut mengambil kira aspek warna bagi
ikon untuk pembelajaran kerana kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan
amat meminati sesuatu yang cantik dan menarik. Ini menambahkan motivasi
mereka untuk belajar. Penggunaan visual berwarna lebih menarik perhatian
pelajar daripada hitam putih. Ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang
sesuai visual.

10.3.3 Strategi Penggunaan Bahan Bantu


Walaupun guru mengajar menggunakan pelbagai bahan pengajaran, jika
pengajaran tersebut tidak disertakan dengan strategi penggunaan yang
terancang sudah pasti kesannya menurun.

Pada peringkat pelaksanaan ini, pembelajaran yang berkesan hanya akan berlaku
jika proses pengajaran dirancang secara sistematik. Peranan media termasuk
guru ialah membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya
menyusun strategi dengan rapi agar setiap langkah pengajaran dilaksanakan
dengan berkesan. Gagne (1988), mencadangkan sembilan peristiwa
pembelajaran yang dapat mencetuskan pembelajaran. Peristiwa ini boleh
dirancang dalam buku persediaan mengajar. Manakala Dick dan Carey (1990),
mencadangkan lima langkah dalam melaksanakan pengajaran seperti aktiviti-
aktiviti pra pengajaran, penglibatan pelajar, ujian dan aktiviti susulan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 155

Berikut adalah strategi yang boleh dijadikan panduan dalam menggunakan


bahan bantu mengajar.
(i) Sesuai dengan objektif. Ini bermakna adakah bahan itu sesuai atau boleh
membantu mencapai objektif-objektif pembelajaran?
(ii) Sesuai dengan peristiwa pengajaran. Maksudnya adakah bahan itu sesuai
atau dapat membantu peristiwa atau peristiwa pengajaran? Mengikut
Gagne (1985), terdapat sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar.
(Sila buat rujukan sendiri).
(iii) Boleh menjelaskan konsep/prosedur. Jika bahan itu mempunyai atribut
visual kaku, gerak, audio, maklum balas dan sebagainya, adakah atribut-
atribut media ini dapat membantu menjelaskan konsep atau prosedur
yang terdapat dalam unit pengajaran?
(iv) Menggalakkan interaksi pelajar. Menyediakan latihan dan ujian untuk
menggalakkan pelajar memberi maklum balas secara aktif.
(v) Menggalakkan perbincangan/aktiviti kumpulan. Menyediakan ruang
untuk perbincangan atau menyediakan aktiviti susulan yang boleh
memperkembangkan lagi kognitif pelajar.
(vi) Maklumat yang lengkap. Maklumat yang disediakan itu tepat dan
relevan dengan objektif pengajaran. Maklumat yang tepat boleh
memperkembangkan lagi kognitif pelajar (Keller, 1983).
(vii) Membolehkan kumpulan sasaran menguasai pembelajaran
menggunakan bahan.
(viii) Memastikan sesuatu bahan itu sesuai dengan kadar pembelajaran pelajar.
(ix) Memastikan bahan dapat menarik minat pelajar seperti penggunaan
animasi, grafik, warna dan lain lagi. Bahan yang menarik dapat
meningkatkan motivasi pelajar.
(x) Memastikan bahan tidak mengelirukan pelajar tentang sesuatu konsep
pengajaran.
(xi) Memastikan bahan mempunyai ciri-ciri kreatif yang dapat menguatkan
fungsi bahan pengajaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


156 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Nyatakan tiga bentuk bahan bantu mengajar dalam muzik ?
2. Bagaimana objektif pembelajaran, tahap pelajar dan saiz pelajar
dapat membantu guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang
baik.
3. Setelah mempelajari modul ini, jelaskan tiga aspek yang dapat
menjadikan sesuatu bahan bantu mengajar itu menarik?

Guru perlu menguasai pengetahuan tentang pengurusan sumber pengajaran,


membina bahan yang berkesan serta dapat mengaplikasikannya dalam
pengajaran.
Menghasilkan bahan pengajaran memerlukan peringkat iaitu penentuan
huraian sukatan, isi pelajaran perlu dianalisis sebelum membina bahan,
media akan diintegrasikan dalam pengajaran melalui rancangan mengajar,
pelaksanaan pengajaran dan seterusnya proses pembelajaran.
Terdapat pelbagai bentuk bahan bantu mengajar iaitu bentuk ikon, media
dan skor muzik. Ikon adalah penggunaan visual untuk menerangkan konsep.
Media pula adalah bahan teknologi seperti audio untuk latihan mendengar
dalam muzik dan perisian mengajar menggunakan komputer. Sementara
skor adalah bentuk media yang menggunakan lambang notasi untuk
menyampaikan sesuatu pengajaran konsep muzik.
Penggunaan bahan media memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan media dapat menarik minat
pelajar untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan penggunaan media juga memainkan peranan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru seseorang guru perlu tahu memilih
media yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan situasi pembelajaran
serta topik yang hendak diajar.
Fungsi bahan bantu mengajar sebagai tarikan memang tidak dapat dinafikan
kalau ianya dibina berasaskan prosedur yang betul. Untuk memastikan ianya
menarik beberapa perkara perlu diambil kira iaitu kepelbagaian rangsangan,
faktor warna dan strategi penggunaan bahan tersebut oleh guru.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR W 157

Attribut Ikon
Ear Power Media
Ear Training Solfa

Abdul Rahim Mohd. Saad (1994). Merancang pengajaran yang efektif. Pulau
Pinang: Sinaran Bros Sdn. Bhd.

Augustine, C. H. (1973). Multiple methods of teaching mathematics in the


elementary school. New York: Harper & Row Publisher.

Dale, E., (1946). Audio-visual methods in teaching. New York: Dryden Press
Holt, Rinehart and Winston.

Glover, J. & Ward, S. (1998). Teaching music in the primary school (2nd Ed.).
New York: Gassell.

Herrold, R. M., (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey:


Prentice-Hall, Inc.

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed.). New York: McGraw-


HilCompanies,Inc.

Karpinski, G.S. (2000). Lessons from the past: Music theory pedagogy and the
future (Electrnic Version). Music Theory Online, 6(3), 8.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik


Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpumpur: PPK.

Klonoski, E. (1998). Teching Pitch Internalization Precesses, Journal of Music


Theory Pedagogy, 1281-96.

Lee. C.H. (1996). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Penang: Rhythm Distribution
Sdn. Bhd.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


158 X TOPIK 10 PERANCANGAN PENGAJARAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Muhamad Hasan Abdul Rahman, (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan


pengajaran berkesan. Selangur Darul Rhsan: AREMES (M) Sdn. Bhd.

Taylor, Eric,(1989). The AB Guide to Music Theory. London: The Associated


Board of the Royal Schools of Music.

Yusup Hashim, (2002). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Kuala
Lumpur: Anda Sdn. Bhd.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like