Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SLOT3:

KAEDAH, AKTIVITI
DAN PENAKSIRAN
KEMAHIRAN
INSANIAH

TAJUK: KAEDAH, AKTIVITI DAN PENAKSIRAN KEMAHIRAN INSANIAH

Sinopsis

Setiap kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan dalam


mencapai kemahiran insaniah yang disasarkan. Beberapa kaedah pengajaran dan
pembelajaran boleh dikenal pasti dan dilaksanakan untuk mencapai kemahiran insaniah
yang optimum. Bagi setiap kaedah penyampaian, terdapat pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilaksanakan bagi membantu pelajar mencapai kemahiran
insaniah yang diharapkan. Kaedah penaksiran yang berbagai-bagai digunakan untuk
menilai kemahiran insaniah yang diperoleh oleh pelajar.

Masa: 2 jam

Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi ini diharapkan peserta dapat menjelaskan:

Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi penerapan 7 kemahiran insaniah


Jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi penerapan 7 kemahiran insaniah
Jenis kaedah penaksiran bagi menilai 7 kemahiran insaniah

1
Kaedah Latihan: Kuliah, Perbincangan dan Aktiviti Dalam Kumpulan

Prosedur Bahan Sumber Catatan


Aktiviti 3.1: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (40 minit)

5 minit Jadual 1: Kaedah pengajaran


Fasilitator membincangkan maklumat dalam Jadual dan pembelajaran bagi
1 iaitu perkaitan antara kaedah penyampaian dan penerapan kemahiran
kemahiran insaniah. insaniah

20 minit Rujuk Modul Kemahiran


Setiap kumpulan meneliti satu kaedah Insaniah IPGM bahagian
pengajaran dan pembelajaran yang berikut: kaedah pengajaran dan
o Pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) pembelajaran.
o Kajian kes
o Modul
o Projek
o Kuliah
o Tutorial
o Makmal

Setiap kumpulan membincang situasi atau


senario yang menunjukkan penerapan
kemahiran insaniah yang berkaitan dan
tahapnya seperti dalam Jadual 1.

15 minit
Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Aktiviti 3.2: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (40 minit)

5 minit Jadual 2: Aktiviti bagi


Fasilitator menyampaikan Jadual 2 yang penjanaan kemahiran
menunjukkan perkaitan antara aktiviti pengajaran insaniah
dan pembelajaran dengan kemahiran insaniah.
Rujuk Modul Kemahiran
20 minit Insaniah IPGM bahagian
Setiap kumpulan meneliti satu aktiviti aktiviti pengajaran dan
pengajaran dan pembelajaran bagi setiap pembelajaran.
aktiviti berikut:
o Perbincangan
o Kerja kumpulan
o Pembentangan
o Main peranan dan simulasi
o Tugasan/projek
o Kajian kendiri
o Kerja lapangan
o Amalan profesional (PBS, Praktikum dan
Internship)

Setiap kumpulan membincangkan aspek atau


prosedur aktiviti yang menunjukkan
penerapan kemahiran insaniah yang berkaitan
dan tahapnya seperti dalam Jadual 2.

15 minit

2
Prosedur Bahan Sumber Catatan
Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Aktiviti 3.3: Kaedah Pentaksiran bagi Kemahiran Insaniah (40 minit)

5 minit Jadual 3: Kaedah Penaksiran


Fasilitator menyampaikan Jadual 3 yang bagi Kemahiran Insaniah
menunjukkan perkaitan antara kaedah penaksiran
dan kemahiran insaniah. Rujuk Modul Kemahiran
Insaniah IPGM bahagian
20 minit Penaksiran Kemahiran
Setiap kumpulan meneliti satu kaedah Insaniah.
penaksiran yang berikut.
Peperiksaan bertulis
Peperiksaan lisan
Esei/laporan
Projek
Persembahan/ pembentangan
Portfolio/webfolio
Disertasi
Amalan profesional (PBS, Praktikum dan
Internship)

Setiap kumpulan membincang panduan


pemarkahan (skema atau rubrik) untuk
penaksiran kemahiran insaniah yang berkaitan
dan tahapnya seperti dalam Jadual 3.

15 minit
Pembentangan hasil kerja kumpulan.

RUJUKAN
Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006).
Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Serdang, Selangor, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like