Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa
biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah
perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan
bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan,
anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi
sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Sementara Hill dalam satu
makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra
gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa
dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis
bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five
Clocks.

Dalam Forum Remaja Rokok : Setiap Sedutan membawa Padah,penyampaian


ini disediakan oleh para-para wakil daripada SMK LKTP Belitong Forum kedua yang
dibincangkan dalam esei ini ialah Forum perniagaan Malaysia yang cuba
membincangkan perniagaan Malaysia dengan Ukraine.

Perbezaan laras bahasa dalam kedua-dua forum ialah cara penyampaiannya.


Bahasa yang digunakan oleh forum pertama ialah laras bahasa sastera, iaitu
memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Pada permulaan bagi sesi forum
ini, kita mendapati para-para wakil dalam forum pertama telah menunjukkan inisiatif
dalam pembukaan dialog. Tujuan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali
adalah bagi membantu audien mengingati kata kunci bagi tajuk-tajuk yang disampaikan
oleh mereka. Laras Bahasa Sastera boleh disampaikan dalam bentuk naratif, deskriptif,
preskriptif, dramatik dan puitis. Bagi forum yang kedua pula, penyampai menggunakan
laras media massa, iaitu kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan
imbuhan dan kata hubung. Media, aitu alat yang digunakan untuk menyampaikan
pesanan atau informasi. Dalam forum kedua, berita sebagai satu wacana yang
mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula
daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Penyampai dalam forum yang kedua
menggunakan bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang
maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Dalam penyampaian laras
bahasa media, wartawan atau pengarang akhbar hanya menggunakan bahasa untuk
menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera
sebilangan besar pembaca akhbar. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa,
menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah
dielakkan.

Jika membandingkan lagi forum pertama dengan forum kedua, kita boleh
mendapati bahawa gaya bahasa forum pertama adalah lebih mementingkan bahasa
yang baik, ramah dan sopan, tidak mudah beremosi. Selanjutnya, Bahasa dalam forum
pertama adalah dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Manakala
bagi penyampai dalam forum yang kedua, beliau menggunakan bahasa yang ringkas
dalam masa yang singkat kerana bertujuan menyampaikan Bahasa yang paling mudah
dieterima pendenagar dan pembaca. Forum kedua yang menggunakan laras bahasa
media messa ini tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
Penyampai dalm forum kedua jarang mengandungi istilah teknikal dan khusus.

Cadangan pertama saya untuk membuat penambahbaikan ialah semasa forum


pertama dijalankan, penyampai harus sentiasa berkreatif dan imaginatif dan bukannya
mengelirukan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Selain itu, penyampai
harus mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata. Penggunaan puitis
dan hidup, monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya berupaya membantu
standard Bahasa yang disampaikan menjadi lebih baik. Penyampai juga harus
menggunakan menggunakan bahasa tersirat kerana ia membantu penonton lebih mudah
meneliti kepada fokus mengikuti kehendak tajuk forum. Penyampai seharusnya mencari
isi yang sedia ada dalam soalan yang dibincangkan, memahami kata-kata kunci yang
sering wujud dalam soalan itu. Antara kata kunci untuk soalan yang adalah seperti kesan,
impak, akibat, punca, faktor, sebab, halangan, cabaran, peranan, fungsi, tanggungjawab
dan sebagainya. Semua isi tesurat mesti berdasarkan isi yang ada dalam petikan dan
jangan ada pandangan sendiri. Isi yang telah diambil perlu lengkap tetapi membuangkan
huraian dan contoh, iaitu misalnya, contoh, umpama, seperti, iaitu... Sebaliknya jika
terdapat terutamanya, khususnya bahagian isi dikehendaki. Saya mendapati
penyampai dalam forum pertama kurang memastikan isi tersirat yang disampaikan
adalah konkrit dan abstrak. Contohnya, ibu bapa perlu menyayangi anak mereka. Ayat
ini tidak konkrit dan abstrak dan sepatutnya, Ibu bapa perlu sentiasa menemani dan
sentiasa membantu anak mereka. Semua isi tersurat dan tersirat boleh ditulis dengan
satu isi satu ayat atau digabung dengan dua isi. Ketika menggabung dua isi, calon mesti
memastikan bahawa kedua-dua isi itu mempunyai subjek atau prediket yang sama.

Selain itu, penyampai dalam forum pertama seharusnya menggunakan kata nama
khas gelaran atau nama panggilan yang lebih mudah dipanggil oleh semua orang
semasa perbualan supaya penonton tidak keliru. Bukan itu sahaja, antara para
penyampai dalam forum pertama, terdapat seorang yang kurang kenyakinan dan
intonasinya kurang jelas. Penyampai seharusnya dapat menunjukkan gaya
persembahan yang yakin dan dapat berbual dalam suara yang lebih kuat dan jelas.

Dalam forum kedua, media perlu menyediakan bahan-bahan bukti seperti carta
aliran, peta atau jadual yang mudah difahami oleh penonton. Ini membantu penonton
dapat melihat fakta yang dibincangkan. Bukan itu sahaja penyampai seharusnya
menggunakan gaya persembahan yang lebih berkenyakinan dan dan bahasa yang
mudah. Pada masa yang sama penyampai atau media perlu memastikan penonton dapat
isi maklumat yang jelas dan tepat. Oleh sebab maklumat dalam forum ini akan
disampaikan melalui media massa seperti akhbar, televisyen, Internet untuk orang ramai,
maka laras bahasa haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.

Seterusnya cadangan penambahbaikan yang lain ialah cara memberi respon


semasa forum. Respon adalah Setiap tingkah laku pada hakekatnya merupakan
tanggapan atau balasan (respon) terhadap rangsangan atau stimulus (Sarlito, 1995).
Respon seseorang dapat dalam bentuk baik atau buruk, positif atau negatif (Azwar, 1988).
Apabila respon positif maka orang yang bersangkutan cenderung untuk menyukai atau
mendekati objek, sedangkan respon negatif cenderung untuk menjauhi objek tersebut.
Jadi semasa forum dijalankan, para penyampai forum tidak seharusnya muka bermasam,
sombong atau muka Poker yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Penyampai
seharusnya menujukkan sikap dan ekspresi muka yang cenderung dan berminat apabila
bercakap.

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju
mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu
sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah
mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu
bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain
khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, penutur
bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu
membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras formal
dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan
laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan
bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat
penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.

You might also like