Laporan Ajk Pengangkutan Bina Insan Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 1

TAHUN 2014

LAPORAN SEBELUM PROGRAM BIG SIRI 1 DILAKSANAKAN

Satu perjumpaan dan mesyuarat telah diadakan oleh pensyarah unit kokurikulam dan
para peserta Bina Insan Guru (BIG), bertempat di Balai Ilmu, bertarikh 06 februari 2014, pada
jam 5.00 petang hingga 7.00 petang. Perjumpaan tersebut bertujuan memberi taklimat dan
lantikan Ahli Jawatankuasa Induk BIG Siri 1 Tahun 2014.

Saya Thaminesh Barath A/L Sukumaran (940528-10-5231), dari Unit Pemulihan (SJKT)
PISMP, semester 1, telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk untuk AJK Pengangkutan.
Setelah Ahli Jawatankuasa Induk sudah dilantik dan dipersetujui oleh semua ahli. Kami semua
diberi taklimat berkaitan tugas-tugas kami sebagai AJK dan taklimat berkaitan perjalanan
program Bina Insan Guru.

Setelah semua taklimat diberi, tugasan pertama yang saya lakukan adalah membuat
lantikan ahli-ahli dalam AJK Pengangkutan. Seramai sembilan orang ahli telah dilantik sebagai
ahli dalam AJK Pengangkutan. Saya telah memberikan pembahagian tugasan kepada semua
ahli. Urusan untuk AJK Pengangkutan dapat berjalan dengan lancar.

Proses penyediaan pengangkutan telah di laksanakan dengan mengisi borang


penggunaan bas IPG. Urusan pengisian dan pengesahan borang penggunaan bas IPG telah
dilaksanakan dengan kelulusan telah dibuat oleh Kem Komandan iaitu, Encik Amran Bin Mohd
Din. Setelah mendapat kelulusan dari Kem Komandan, proses untuk mengesahkan borang
penggunaan bas IPG kepada pihak Unit Penyelenggaraan.

Proses dari Unit Penyelenggaraan untuk urusan penggunaan bas IPG telah berjalan
dengan lancar. Semua maklumat dan dokumen telah diserahkan dan telah disahkan. Semua
maklumat untuk pengunaan bas IPG telah dapat, seperti jumlah bas yang akan digunakan iaitu
sebanyak dua buah bas. Selain itu, senarai nama pemandu bas berserta nombor telefon untuk
perhubungan telah diambil. Segala urusan untuk penyediaan pengangkutan telah dibuat
dengan sempurna.
LAPORAN SEMASA PROGRAM BIG SIRI 1 DILAKSANAKAN

Pada 19 Februari 2014 (Rabu). Semua peserta Program Bina Insan Guru telah diberi
taklimat untuk perjalanan ke tapak perkhemahan. Semua peserta telah diarahkan berkumpul
pada jam 7.00 pagi di tapak perjumpaan. Segala urusan untuk pembahagian kedudukan
peserta di dalam bas telah ditetapkan oleh AJK Pengangkutan.

Setelah taklimat diberikan oleh Penyelaras iaitu Encik Abd Rahim Bin Aris. Semua
peserta telah bersedia untuk bergerak ke tapak perkhemahan. Kami dari AJK Pengangkutan
menyediakan dua buah bas. Sebuah bas adalah untuk mengisi kelengkapan peralatan-
peralatan untuk perkhemahan dan sebuah lagi adalah untuk pengangkutan peserta.

Semua berjalan dengan lancar semasa proses pergerakan ke tapak perkhemahan. Bas
telah bergerak pada jam 10.00 pagi dan sampai di tapak perkhemahan pada jam 11.30 pagi.
Seramai 40 orang peserta telah terlibat dalam program ini.

Pada 20 Februari 2014 (Khamis), tidak menggunakan bas. Seterusnya, pada 21


Februari 2014 (Jumaat), AJK Pengangkutan telah menyediakan sebuah bas untuk peserta ke
Hutan Tanjung Tuan. Sebuah bas sahaja disediakan untuk peserta pergi ke hutan tersebut.
Semua berjalan dengan lancar dan semua peserta dapat menaiki bas dengan selesa dan
selamat.

Pada 22 Februari 2014 (Sabtu), AJK Pengangkutan telah menyediakan sebuah bas
untuk peserta pulang ke IPG. Pada jam 11.30 pagi bas telah bergerak dari kawasan kem ke
IPG dan sampai ke IPG pada jam 1.30 tengah hari. Semua perjalanan untuk AJK
Pengangkutan dapat berjalan dengan lancar dan membantu menjayakan program Bina Insan
Guru.
LAPORAN SELEPAS PROGRAM BIG SIRI 1 DILAKSANAKAN

Setelah tamat Program BIG ini dilaksanakan. AJK Pengangkutan telah


mendokumentasikan segala laporan untuk dijadikan rekod dan bahan bukti untuk difailkan. AJK
Pengangkutan telah menjalankan tugas yang diberikan dalam program ini dengan sebaik
mungkin dan dapat berjalan lancar.

GAMBAR DARI AJK PENGANGKUTAN


GAMBAR DARI AJK PENGANGKUTAN
Disediakan oleh,

(THAMINESH BARATH A/L SUKUMARAN)

940528-10-5231

AJK PENGANGKUTAN

BIG SIRI 1 / 2014

You might also like