Sejarah SMK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH SMK (P) BANDARAYA

Sekolah ini berasal dari Sekolah Menengah Kampong Baru sebagai sekolah induknya. Apabila
jumlah murid kian meningkat dan terdapat masalah kekurangan tempat dan kemudahan,
sekolah ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu :
a) Sekolah Menengah Kampong Baru
b) Sekolah Menengah Jalan Ipoh
c) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Davis
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1966 dengan nama asalnya iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Davis.
Pada mulanya sekolah ini jumlah muridnya hanya 640 orang serta gurunya seramai 25 orang
sahaja. Pengetua sekolah ketika itu ialah Puan Teh Gin Sooi.
Kemudahan fizikal sekolah sangat terhad. Sekolah hanya terdiri daripada dua blok bangunan
dan dua tingkat mengandungi 17 bilik darjah, empat bilik SRT, sebuah bilik lukisan, bilik guru dan
kantin.
Pada tahun 1975, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya berusaha untuk
memperbaiki keadaan sekolah.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 22.7.1975 oleh Yang Berhormat Encik Chan Siang
Sun, Timbalan Menteri Pelajaran. Nama sekolah telah ditukarkan namanya daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Davis kepada Sekolah Menengah Perempuan Jalan Davis.
Pada tahun 1976, sekolah ini hanya mempunyai kelas Peralihan dan Tingkatan Satu.
Sekolah ini sekali lagi telah bertukar nama dari daripada Sekolah Menengah Perempuan Jalan
Davis kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bandaraya (SMKPB) pada tahun
1976 dan kekal hingga kini.
Pada tahun 1992, SMKPB mendapat tambahan satu blok empat tingkat dan sebuah bengkel
kemahiran hidup.
Kini, SMKPB telah mengalami banyak perubahan fizikal dan pelbagai kemudahan disediakan
untuk keselesaan murid dan guru. SMKPB sekarang mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat
satu blok bangunan kantin.

You might also like