Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI SWOT

Pertamanya, saya bersyukur kepada Tuhan kerana limpah dan kurniannya dapat
saya melaksanakan tugasan projek ini dengan sempurna seperti yang telah dirancang.
Projek ini merupakan tugasan kumpulan yang membawa pemberatan sebanyak 20 % dalam
tugasan keseluruhannya. Kumpulan kami telah mengadakan projek mengenai permainan
tradisional orang India iaitu Teng-teng. Saya memegang jawatan sebagai setiausaha dan
AJK fotografi. Tugasan ini menjadi suatu cabaran yang baru kepada saya. Saya telah
memberi sedaya upaya saya dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Sekaligus,
banyak juga yang telah saya pelajari melalui projek ini. Tuntasnya, melalui projek ini saya
berpeluang untuk mengenali kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri sendiri.

Projek kumpulan ini telah membolehkan saya mengetahui banyak kekuatan kepada
saya sendiri. Sehubungan itu, sebagai setiausaha projek ini banyak yang telah manfaat
saya perolehi. Pertamanya, boleh dikatakan selepas menjalankan tugasan ini saya telah
menguasai kemahiran menghasilkan kertas kerja yang lengkap dan berkualiti. Setiap kali
selepas membuat kertas kerja saya telah merujuk kepada guru pembimbing saya Pn. Wan
Fazah. Beliau telah menyemak dan membetulkan segala kelemahan dan kekurangannya.
Tambahan pula, beliau telah juga memberi suatu set kertas kerja yang lengkap sebagai
panduan kepada saya. Dengan keprihatinan dan bimbingan guru pembimbing saya dan
panduan yang telah diberikan akhirnya saya telah mengetahui dan menguasai ilmu
menghasilkan kertas kerja yang sempurna dan lengkap.

Selain itu, projek ini juga membolehkan saya mengenali warisan permainan
tradisional sendiri dan kaum lain. Sebelum menjalankan projek ini saya tidak mempunyai
pendedahan mengenai permainan Teng-Teng atau GO. Maka, melalui projek ini saya dapat
mengenali dan mengetahui cara bermain permainan Teng-Teng dan Go dengan lebih jelas.
Hal ini telah menyemai semangat penghayatan dan hormat-menghormati dalam diri saya
terhadap budaya sendiri dan kaum lain. Tambahan pula, melalui projek ini saya berpeluang
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan rakan sekelas saya. Sekaligus ia
menjadi suatu medium yang membolehkan saya dan rakan sekelas menghasilkan kenangan
bersama.

1
Pada masa yang sama, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan melalui
pelaksanaan projek ini. Misalnya, dari segi saya dan rakan kumpulan telah mempamerkan
permainan tradisional. Terdapat pelbagai jenis permainan Teng-teng seperti teng-teng
bunga, tangga, kapal terbang dan sebagainya. Tetapi kami hanya sempat mengadakan
suatu jenis permainan teng-teng sahaja yang berjenis tangga. Selain itu, kelemahan projek
ini dapat dilihat dengan jelas kerana peti keselamatan tidak disediakan. Walaupun
permainan teng-teng bukan aktiviti lasak dan hanya dimain dalam kelas ia tetap memerlukan
stamina dan merangkumi pergerakkan melompat. Kemungkinan pelajar boleh jatuh dan
berluka sekiranya permukaan lantai basah atau licin. Maka, kedua-dua perkara ini menjadi
kelemahan yang harus diperbaiki dalam tugasan projek ini.

Peluang pertama yang saya berasa sangat bermanfaat bagi diri saya sendiri ialah
cara mengambil gambar yang berkualiti. Sebelum ini saya tidak pernah memegang jawatan
AJK fotografi dalam sebarang aktiviti. Ini merupakan pertaman kalinya saya dilantik sebagai
jurugambar. Walaupun kali pertama, segala kesilapan yang telah saya lakukan menjadi
punca utama saya belajar sesuatu yang lebih sempurna. Kesilapan membolehkan saya
belajar cara-cara mengambil foto yang menarik dari segi sudutnya, effect yang digunakan
dan sebagainya. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi diharap dapat membantu saya untuk
menjadi seorang jurugambar yang handal pada masa akan datang. Saya yakin segala
segala ilmu yang diperolehi ketika berpeluang menjadi juru fotografi boleh diaplikasikan
dalam profession saya kelak.

Keduanya, ini juga pertama kalinya saya berpeluang untuk merancang, mengelola
dan melaksanakan sebuah aktiviti dengan bantuan rakan sepasukan. Kebiasaannya, setiap
aktiviti yang dijalankan mesti berlaku atas usaha para pendidik dan peranan yang saya
mainkan hanyalah sekadar peserta ataupun penonton. Apabila, saya diberi tugasan tertentu
dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sebuah aktiviti dalam bentuk kumpulan,
saya telah berpeluang untuk membelajar banyak perkara yang tidak pernah mengalami
sebelum ini. Pelaksanakan pertandingan Teng-Teng ini membolehkan saya mengetahui dan
mengalami sendiri pengalaman berkaitan dengan prosedur-prosedur tertentu yang harus
dijalankan dalam pelaksanaan sesebuah aktiviti, pertandingan atau majlis. Saya juga
berpeluang untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai kesediaan sebelum, semasa
dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

2
Justeru, sesuatu yang di luar jangkaan saya ialah sebagai peserta pertandingan GO
yang diadakan oleh pelajar Cina, saya telah berjaya memenangi tempat kedua. Pada awal
ketika didedahkan dengan permainan ini saya berasa agak sukar untuk memahaminya.
Tetapi selepas bermain GO pertama kalinya saya dapat belajar beberapa teknik secara
ansur maju. Seterusnya, apabila berlawan dengan rakan lain saya dapat juga bertahan dan
berjaya memenangi Naib Johan.

Dalam pada itu, saya turut merasakan beberapa ancaman ketika menjalankan
pertandingan Teng-Teng ini. Pertamanya, jawatan saya sebagai ahli fotografi sesuatu yang
agak baru bagi saya. Saya tidak begitu hebat dalam mengambil foto terutamanya yang
melibatkan pergerakkan. Maka, di ini ada juga gambar yang telah saya ambil tidak begitu
jelas. Seterusnya dari segi kualiti, saya telah menggunakan telefon bimbit Samsung Note
untuk mengambil gambar. Kualiti gambar yang diambil tidak sehebat seperti yang diambil
menggunakan camera. Kedua-dua ini menjadi ancaman yang tidak diingini semasa saya
menjadi ahli fotografi.

Namun demikian, segala kelemahan dan ancaman yang dikenal pasti membantu
saya untuk belajar sesuatu ilmu baru daripadanya. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia
ini. Kelebihan yang didapati harap dapat dikekalkan pada masa akan datang. Manakala,
segala kelemahan yang ditegur dapat dijadikan pengajaran supaya dapat
memperbetulkannya dan tidak diulangi lagi. Di samping itu, sebagai bakal guru yang akan
melahirkan pemuda-pemudi negara, saya dapat melengkapkan diri dengan menimba
pelbagai ilmu yang berguna melalui pelaksanaan pertandingan tradisional ini.
Sekian sahaja, terima kasih.

You might also like