Professional Documents
Culture Documents
Konsep Kognitif
Konsep Kognitif
Konsep Kognitif
0 PENGENALAN
1
2.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2
Menurut Crow dan Crow pula dalam laman sesawang, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih
baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
3
2.2 Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan berlaku dalam dua arah
iaitu dari atas ke bawah dan dari tepi ke tengah. Pertumbuhan struktur
fizikal akan mendahului kemahiran fungsinya dan berlaku secara
menyeluruh. Selain itu, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah
sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan
berlaku hingga satu tahap dan akan berhenti apabila mencapai tahap
tertentu, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir
hayat. Pertumbuhan dan perkembangan setiap individu saling berinteraksi
antara satu sama lain. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat pula boleh
menjejaskan perkembangan rohani,emosi dan sosial.
Peringkat Umur
Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan)
Peringkat bayi (0-2 tahun)
Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun)
Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun)
Peringkat awal remaja (11-15 tahun)
Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun)
Peringkat akhir remaja (18-21 tahun)
Peringkat dewasa (21-60 tahun)
Peringkat tua (60 tahun ke atas)
Rajah 1.2: Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan
mengikut peringkat-peringkat berkut.
4
Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), Perkembangan fizikal, kognitif dan
sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan disebabkan oleh
pertumbuhan dan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam
tingkah laku manusia yang berlaku secara semulajadi spontan dan tidak
berada dalam kawalan manusia. Manakala pertumbuhan ialah perubahan
fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian dan pertumbuhan rambut.
Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada terperinci. Selain itu,
pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam
kompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku dalam satu
susunan yang boleh diramal serta berlaku secara perlahan-lahan.
5
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan dan ada sesetengah pada umur
18 bulan.
6
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK
3.1 Baka
Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan
Nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, ia merupakan benang
halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum
(betina). Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA
dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
7
baka. Perkembangan manusia dikuasai oleh gen dan gen ini juga akan
memberikan sifat unik kepada setiap manusia
3.2 Persekitaran
8
dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
9
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa. Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa perkembangan
zaman kanak-kanak pada ketika dahulu lebih gemar bermain di
persekitaran rumah berbanding kanak-kanak pada masa ini yang lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer.
10
4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Mok Soon Sang (2009) pula menyatakan, maksud kognitif adalah berkait rapat
dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan
ataupemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya
dengan rakansebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain,
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan
otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih
berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004) dalam
bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, terdapat seorang tokoh
yang bernama Spodek menyatakan bahawa perkembangan kognitif menfokuskan
cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah
suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-
kanak.
11
4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
12
Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
Apabila seorang bayi dilahirkan, bayi tersebut mempunyai skema umum
dan semakin bayi itu membesar, skema yang diperoleh semakin
meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.
13
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004),
dalam buku mereka yang bertajuk Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah, melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati
bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat turutan
yang ketara. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.
14
c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
15
5.0 UJIAN KONSERVASI PIAGET
1 2
A
A B
C
16
b) Pengekalan ruang
1 2
A B
A C
Soalan pada rajah 1: Adakah setiap lembu memakan jumlah rumput yang
sama?
Soalan pada rajah 2: Mana satu jumlah rumput yang banyak dimakan lembu?
c) Pengekalan isipadu
1 2
A B A C
17
d) Pengekalan berat
1 2
A B
C A
Soalan rajah 1: Adakah jumlah plastisin pada setiap bola adalah sama?
Soalan rajah 2: Adakah jumlah plastisin masih sama atau salah satunya lebih?
18
(4) Baris C lebih makan lebih dalam A lebih Palastisin C
banyak. banyak banyak. lebih berat.
rumput.
Chuah Poh Tidak sama. Lembu C Tidak sama,air Tidak sama.
Wei (7) Baris C lebih makan lebih dalam A lebih Plastisin A
banyak banyak banyak. lebih berat.
rumput.
Jadual 5.0 : Respon kanak-kanak terhadap kajian yang dilakukan.
19
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih tidak
dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor.
Contohnya dalam ujian yang dijalankan, dua botol mengandungi air yang sama
isipadunya ( A dan B ). Kemudian, air dalam botol B dituangkan ke dalam bekas C.
Seorang kanak-kanak menjawab bahawa air dalam bekas C lebih banyak manakala
kanak-kanak yang lain menjawab pada botol A kerana kelihatan tinggi. Berdasarkan
ujian tersebut, saya mendapati bahawa ketiga-tiga kanak-kanak ini lebih
menumpukan perhatian kepada air yang berada dalam botol daripada kualiti yang
kurang nyata seperti dalam bekas C. Sebenarnya, isi padu air pada kedua-dua
bekas dalam botol A dan bekas C adalah sama. Mereka gagal menjawab persoalan
ini kerana lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu ciri masalah dan
tidak tidak menghiraukan aspek lain. Selain itu, kanak-kanak ini juga tidak mampu
menukar balikan sesuatu tingkah laku secara mental. Mereka tidak mampu berfikir
bahawa apa yang akan terjadi sekiranya air dalam bekas C dituangkan semula pada
bekas B.
20
6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
21
kearah pembelajaran yang lebih kompleks. Kebiasaannya kanak-kanak pada
peringkat praoperasi susah memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan
orang lain. Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan
perkataan. Kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala menganggap
sesuatu perkataan tersebut membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan
boleh membawa pelbagai makna. Pada peringkat ini, guru perlu memberi arahan
yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahan untuk beratur di luar
kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan
menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Di samping itu, guru juga boleh
melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu.
22
menggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai
permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas, guru-guru harus
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka jalan penyelesaian dan membuat
hipotesis dalam menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian
yang dikemukakan. Dalam pengajaran, guru digalakkan mengemukakan konsep
yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta dan biarkan pelajar meneroka
dan mengkaji sendiri konsep tersebut
23
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
24
menjadi lebih berkesan. Teori Jean Piaget dapat membantu guru
mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif
individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang
berterusan. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat
dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang
sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
25