Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Buku Tunai

PENYELENGGARAAN BUKU TUNAI


Definisi
Buku Tunai merupakan buku perakaunan utama bagi merekodkan segala urus niaga
penerimaan dan pembayaran Kumpulan Wang Sekolah. Buku Tunai perlu diselenggara
dengan sempurna dan kemas kini mengikut Pekeliling Perbendaharaan dan Pekeliling
Bahagian Kewangan yang berkuatkuasa. Buku Tunai merupakan dokumen asas bagi
penyediaan Penyata Akaun Tahunan Sekolah. Bagi butiran yang memerlukan keterangan
lanjut dalam Buku Tunai, satu rekod dalam bentuk Akaun Subsidiari perlu
diselenggarakan. Jenis Buku Tunai Terdapat dua jenis Buku Tunai yang perlu
diselenggara iaitu Buku Tunai Induk ( Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan, buku
Tunai Kumpulan Wang SUWA dan Buku Tunai Kumpulan Wang Asrama) dan Buku
Tunai Panjar Wang Runcit. (a) Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan Buku Tunai
Kerajaan digunakan untuk mrncatat semua terimaan daripada Kerajaan seperti: (i)
Bantuan Per kapita (PCG) (ii) Biasiswa (iii) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) (iv)
Peperiksaan Kerajaan yang lain (v) Bantuan Kerajaan yang lain (b) Buku Tunai
Kumpulan Wang SUWA Buku Tunai SUWA digunakan untuk mencatat semua terimaan
yang diperoleh daripada punca-punca lain selain daripada bantuan kerajaan
termasuklah: (i) Bayaran tambahan daripada murid-murid (ii) Derma daripada orang
ramai (iii) Sewaan harta sekolah (iv) Pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah
(v) Bantuan-bantuan kerajaan yang lain. (c) Buku Tunai Kumpulan wang Asrama Buku
Tunai Asrama digunakan untuk mencatat semua terimaan yang diperoleh dari punca-
punca berikut: (i) Peruntukan LPBT (ii) Bantuan Makanan (iii) Makan (iv) Pendaftaran
(v) Kutipan-kutipan yang berkaitan dengan asrama Format Buku Tunai Di bahagian
Terimaan ( Debit) - Kiri (i) Tarikh terimaan sebenar wang tunai atau cek (ii) Punca
wang/ cek diterima (iii) Nombor resit (Kawalan) dikeluarkan (iv) Amaun sebenar
diterima mengikut pecahan (v) Jumlah dan tarikh sebenar slip masuk bank (vi)
Tandatangan Pengetua / Guru Besar Lajur Analisis (a) Kumpulan Wang Kerajaan Bagi
Semua Sekolah (i) Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran Teras Wajib Tambahan /
Tambahan Bahasa Asing Elektif (ii) Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran LPBT
Bimbingan Kaunseling Pusat Sumber Sekolah (iii) Prasekolah (iv) Peperiksaan Kerajaan
(v) Pendidikan Khas Integrasi (vi) Biasiswa (vii) Pelbagai (b) Kumpulan Wang SUWA
Bagi Semua Sekolah (i) Caj/ Sewaan ( Kantin, Lain-lain) (ii) Sumbangan (iii) Pelbagai (c)
Kumpulan Wang Asrama (i) LPBT/LPK (ii) Bantuan Makanan (iii) Makanan (iv)
Pendaftaran (v) Dobi (vi) Pelbagai Tatacara Penyelenggaraan Buku Tunai (a)
Diselenggara berasingan mengikut: (i) Kumpulan Wang (ii) Tahun Kewangan (b)
Catatan/Penulisan: (i) pada masa urusniaga dilakukan (ii) Mengikut susunan urus niaga
(c) Catatan Debit ( Terimaan) (i) Jumlah baki bulan lepas hendaklah dibawa ke bulan
berikut. Contoh: 1hb adalah Baki Awal. (ii) Terimaan hendaklah dilakukan pada masa
urusniaga dilakukan (iii) Mengikut susunan urusniaga (iv) Mengikut resit (AP72) (v)
Merekod cek batal mengikut peruntu8kan sama ada luput atau hilang dan dikeluarkan
resit. (d) Catatan Kredit ( Bayaran) (i) Tarikh Bayaran mesti dicatatkan. (ii) Nyatakan
dengan jelas kepada siapa dibayar (iii) Baucar bayaran mengikut turutan (iv) No Cek
hendaklah direkodkan mengikut turutan (v) Catatkan amaun dengan betul di lajur yang
berkenaan dan jumlah bayaran

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

You might also like