Sistem Pengurusan Pembelajaran Dan Siste PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Sistem

Pengurusan Kandungan: Satu Analisis


Perbandingan

Nurul Nadirah Mohd Kasim


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Malaysia
Email: nurulnadirahmohdkasim@gmail.com

Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Malaysia
Email: fariza.khalid@ukm.edu.my

PENGENALAN

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan seharian individu menjadi
semakin meluas. Ini kerana keperluan TMK untuk membentuk institusi
pendidikan selari dengan teknologi inovasi dan pendidikan abad ke-21.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
mengkehendaki supaya semua institusi menyahut cabaran dalam
anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia dengan meningkatkan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya, menambahkan kandungan atas talian
untuk perkongsian dan penyampaian pengajaran, dan memanfaatkan
penggunaan TMK bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri
bagi meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Dasar e-pembelajaran Negara Institusi Pengajian Tinggi (Kementerian


Pengajian Tinggi Malaysia, 2011) merujuk kepada inisiatif untuk
menyediakan satu kerangka pendidikan berkualiti dan hala tuju e-
Pembelajaran yang sesuai dengan konsep satu Malaysia dan Model Baru
Ekonomi (MBE) dan juga mendukung intipati strategik Rancangan
Malaysia ke-10. Menurut Rohani, Ahmad Shaharil, & Abda Hamida
(2015), e-pembelajaran dapat memberikan pelbagai faedah kepada

13
pengajaran dan pembelajaran yang mana ianya melibatkan pengunaan
teknologi dan pedagogi. E-pembelajaran mengintegrasikan komponen
utama segmen e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran,
sistem pengurusan kandungan dan sistem pengurusan kandungan
pembelajaran (Mohamed Amin Embi, 2010).

LATAR BELAKANG

Selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, ramai pakar


dalam bidang TMK ini memperkenalkan peralatan baru bagi
pembelajaran di dalam bilik darjah secara maya yang mana ianya
mengubah persekitaran pembelajaran. Teknologi internet ini telah
mempengaruhi cara murid belajar dan cara guru mengajar menggunakan
rangkaian atas talian untuk menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar
dengan pelajar, dan pelajar dengan bahan pembelajaran (Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia 2011).

Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu sistem aplikasi perisian


yang berasaskan web yang direka untuk menguruskan kandungan
pembelajaran, interaksi pelajar, alat penilaian, dan maklum balas
kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar (Adobe, 2009;
Nasser, Cherif, & Romanowski, 2011; Srichanyachon, 2014). Sistem
pengurusan pembelajaran ini membolehkan kandungan pembelajaran
diperolehi secara atas talian, yang mana membolehkan pelajar melihat
dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser
dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti
mudah alih.

Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu platform yang


menggambarkan sistem pembelajaran, sistem pengurusan kursus, sistem
pengurusan kandungan, portal, dan sistem pengurusan instruksional
(Coates et al., 2005). Pengurusan pembelajaran merupakan evolusi
daripada proses dan sistem yang dibangunkan oleh sesebuah institusi
untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus-kursus tertentu dan
menyimpan kesemua rekod aktiviti pelajar. Pelbagai pilihan
pembelajaran dibangunkan supaya pelajar dapat mengambil kursus atas
talian yang mana ianya adalah sebahagian daripada kurikulum formal
atau memenuhi keperluan pensijilan institusi. LMS ini dapat membantu
pelajar untuk mengakses maklumat pembelajaran dalam bentuk garis

14
panduan kursus, memuat naik tugasan dan memuat turun nota kuliah,
berinteraksi secara aktif antara pelajar dengan pensyarah dan pelajar
dengan pelajar serta pelajar dengan bahan pembelajaran, berkongsi ilmu
pengetahuan, dan mengambil peperiksaan dan kuiz secara atas talian
(Jurubescu, 2008).

Pelbagai sistem pengurusan pembelajaran yang telah dibangunkan oleh


Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) sebagai medium pembelajaran dan pengajaran interaktif
secara atas talian dan medium komunikasi antara pensyarah dengan
pelajar dan pelajar dengan pelajar selain daripada bertemu secara
bersemuka di dalam bilik darjah. Antaranya adalah Moodle, ifolio,
claroline, MyGuru2, learning care, iLearn system, learning cube, blackbord,
putraLMS dan MyLMS (Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010)
yang mengintegrasikan pelbagai pedagogi dan alat pentadbiran kursus
(Coates et al., 2005). Platform LMS ini terdiri daripada sumber terbuka
dan komersial yang mana setiap LMS ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan
boleh diubah suai oleh pihak institusi mengikut kepeluan mereka.
Dengan perkembangan LMS dari masa ke semasa ini, terdapat pelbagai
jenis LMS yang dibangunkan seperti Sistem Maklumat Sumber Manusia
(HRIS), dan Perancangan Sumber Perusahaan (ERP). Kedua-dua sistem
ini boleh digunapakai untuk menjalankan analisis perbezaan atau jurang
kemahiran, prestasi pelajar, dan untuk pemetaan kompetensi (McIntosh,
2008).

Sistem Pengurusan Kandungan

Sistem pengurusan kandungan pula didefinisikan kepada tiga dimensi


yang berbeza iaitu kandungan, proses, dan teknologi atau perisian (Altun
et al., 2008). Menurut Kaplan dan Haenlein (2010), kandungan adalah
teks, grafik, animasi, bunyi dan video, dan apa jua jenis media yang terdiri
daripada berasaskan sistem. Proses pula adalah satu set aktiviti yang
mana mengambil satu atau lebih input dan melaksanakan tindakan untuk
menghasilkan output sebagai contoh muat turun dokumen, menerbitkan,
dan berkongsi maklumat (Wichadee, 2015), teknologi atau perisian yang
boleh didefinisikan sebagai sarana untuk melaksanakan proses pengguna
dan mengawal kandungan melalui internet (Nawaz & Kundi, 2010).

Terdapat pelbagai jenis CMS seperti perusahaan CMS, komponen CMS,


web CMS, pengurusan dokumen, pengurusan rekod dan sebagainya.
perusahaan CMS adalah strategi, alat, proses, dan kemahiran yang
membolehkan semua orang dalam syarikat tersebut untuk mengakses,

15
mengurus, dan semakan dokumen, templat, media dan semua aset
maklumat (Hullavarad et al., 2015). Manakala komponen CMS pula
adalah pangkalan data dan program perisian yang membolehkan
pengguna untuk menyimpan, mengakses, mengedit, dan menguruskan
peringkat kandungan topik yang mana sering digunakan untuk
kandungan DITA (XML) kerana ia menguruskan hubungan antara beribu-
ribu atau berjuta-juta komponen (Tech Whirl, 2015). Web CMS adalah
sebuah sistem pengurusan kandungan yang direkabentuk bagi
memudahkan penerbitan kandungan web ke dalam laman web yang
mana pembuat kandungan boleh mengedit, menghantar atau
mengemukakan kandungan mereka tanpa perlu tahu teknik HTML iaitu
Hypertext Markup Language (Mohorovicic et al., 2010).

Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran

Kebanyakan sistem yang digunakan secara meluas pada hari ini dalam
dunia pendidikan lebih tepat digambarkan sebagai Sistem Pengurusan
Kandungan Pembelajaran (Learning Content Management System - LCMS)
iaitu merupakan persekitaran pelbagai pengguna di mana pembangun
pembelajaran boleh mencipta, menyimpan, mengguna semula,
mengurus, dan menyampaikan kandungan pembelajaran digital daripada
pusat objek repositori (Chapman 2001). Sistem ini menyediakan alat
untuk pengajar menyampai dan menguruskan latihan secara serentak
dan tidak serentak (synchronous dan asynchronous) berdasarkan
metodologi pembelajaran. Kebanyakan LCMS menyediakan fungsi asas
LMS, dan beberapa aspek pengurusan kandungan. Kebanyakan sistem
LMS, CMS dan LCMS menggunakan piawaian SCORM yang mana ianya
mengawal bagaimana kandungan pembelajaran atas talian dan sistem
pengurusan pembelajaran berkomunikasi antara satu sama lain.
Menurut Rustici Software (2015), SCORM adalah satu set piawaian
teknikal untuk produk perisian e-pembelajaran. SCORM memberitahu
pengaturcara bagaimana untuk menulis kod mereka supaya ia boleh
digunakan dengan perisian e-pembelajaran yang lain. Secara khususnya,
SCORM mengawal bagaimana kandungan atas talian dan sistem
pengurusan pembelajaran berkomunikasi antara satu sama lain.

Peranan utama LCMS adalah untuk menguruskan aset digital yang


digunakan untuk membangunkan produk-produk pembelajaran
(Jurubescu, 2008). Sistem ini mempunyai pangkalan data yang dikenali
sebagai kandungan pembelajaran objek repositori yang mana akan
menyimpan kerja yang dilakukan pensyarah kursus untuk tujuan

16
pembelajaran. Sistem ini boleh diakses oleh pensyarah yang sama atau
pensyarah yang lain untuk tujuan pembangunan pembelajaran yang baru,
maklumat aliran kerja yang sesuai untuk mengemaskini kandungan,
keupayaan penulisan kursus, peralatan kerjasama bagi membolehkan
pensyarah dan pelajar bekerja bersama-sama, beberapa keupayaan asas
LMS, dan cara untuk membuat dan mentadbir ujian dan kuiz.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan melihat perbandingan antara sistem pengurusan


pembelajaran dengan sistem pengurusan kandungan dari segi kategori
alat dalam sistem LMS dan CMS, platform sumber terbuka dan komersial
LMS dan CMS, ciri-ciri LMS atau LCMS. Hasil daripada sorotan kajian ini
dapat memberi pendedahan kepada pembaca mengenai perbandingan
antara sistem pengurusan pembelajaran dan sistem pengurusan
kandungan.

METODOLOGI

Dalam kajian ini jumlah artikel yang dirujuk adalah sebanyak 15 buah
artikel daripada artikel dalam jurnal, prosiding dan 21 bahan daripada
internet yang berkaitan dengan sistem pengurusan pembelajaran, sistem
pengurusan kandungan dan sistem pengurusan kandungan
pembelajaran. Analisis kajian yang dijalankan terhadap sorotan kajian
adalah menggunakan analisis perbandingan.

SOROTAN KAJIAN

Kategori Alat Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran Dan Sistem


Pengurusan Kandungan

Sistem Pengurusan Pembelajaran

Daripada sorotan kajian-kajian lepas didapati bahawa sistem pengurusan


pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama iaitu alat
kemahiran belajar, alat komunikasi, dan alat produktiviti (Agus, 2009;
Srichanyachon, 2014; Wichadee, 2015). Peralatan untuk kemahiran
belajar adalah seperti modul pembelajaran yang mana ianya adalah
untuk mewujudkan aktiviti dan bahan-bahan pembelajaran untuk
pelajar. Peralatan ini merangkumi kuiz, bahan pembentangan secara atas
talian, dan tugasan. Bagi modul kuiz ianya mempunyai banyak fungsi
seperti pangkalan data soalan, maklum balas, pemarkahan, dan

17
pemantauan kemajuan pelajar. Manakala bahan pembentangan secara
atas talian pula, bahan pembentangan ini hanya perlu dimuat naik ke
sistem pengurusan pembelajaran atau dengan persembahkan bahan
daripada link web site sebagai contoh youtube (Agus, 2009). Untuk
tugasan pula, pensyarah akan muat naik tugasan di LMS dan pelajar akan
membuat tugasan tersebut secara atas talian dan mereka boleh
menggubahnya atau menghantar tugasan berulang kali sehingga tarikh
tamat menghantar tugasan tersebut.

Kategori yang kedua adalah alat komunikasi yang mana peralatan


komunikasi ini membolehkan interaksi berlaku antara pensyarah dengan
pelajar, dan pelajar dengan pelajar. Alat komunikasi yang biasa didapati
adalah pengumuman, di mana alat ini digunakan untuk memberikan apa-
apa maklumat berkenaan kursus termasuklah berita terkini dan aktiviti
yang akan datang kepada semua pelajar kursus tersebut. Selain itu,
perbincangan juga termasuk sebagai alat komunikasi di mana alat ini
membolehkan pelajar dan pensyarah sama-sama menyampai dan
membalas mesej serta membaca komen-komen daripada pengguna lain.

Akhir sekali adalah alat produktiviti dalam LMS yang meliputi sistem
pengurusan dokumen, kalender, soal selidik dan sebagainya. Sistem
pengurusan dokumen ini membolehkan pensyarah dan pelajar memuat
naik dan muat turun fail daripada mana-mana komputer yang
bersambung dengan internet. Peralatan pengurusan yang lain dalam LMS
adalah menyimpan berapa kali pelajar akses LMS dan kemajuan pelajar.
Sesetengah LMS membolehkan pelajar untuk melihat laporan kemajuan
keseluruhan seperti gred untuk setiap tugasan, kuiz dan ujian. Ringkasan
kategori LMS seperti rajah 1 di bawah.

18
Kategori
LMS

Alat Alat Alat


Kemahiran Komunikasi Produktivit
Belajar i

Fungsi: Meliputi system


Fungsi: membolehkan pengurusan
mewujudkan interaksi antara i. Dokumen
aktiviti dan pensyarah- Contoh: memuat
bahan-bahan pelajar dan naik/turun
pembelajaran. pelajar-pelajar. dokumen
ii. Penyimpanan
Contoh: kuiz, Contoh: ruang rekod pelajar
bahan pengumuman Contoh: Markah
pembentangan dan ruang kuiz, tugasan dan
dan tugasan perbincangan ujian
iii. Soal selidik

Rajah 1: Kategori LMS

Sistem Pengurusan Kandungan

Menurut Lust et al., (2014) terdapat tiga kategori alat dalam sistem
pengurusan kandungan iaitu alat maklumat, alat kognitif, dan alat
scaffold. Alat maklumat asas adalah seperti garis panduan kursus
berfungsi untuk menstrukturkan dan menghuraikan kandungan kursus
tersebut. Alat kognitif terbahagi kepada tiga bahagian iaitu alat
pemprosesan, alat pemodelan pengetahuan, dan alat komunikasi. Ketiga-
tiga alat ini membolehkan pemprosesan kognitif berlaku dengan
perlaksanaan ujian atau kuiz yang mana memerlukan pelajar untuk
berfikir menggunakan dan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar,
dan pelajar dengan pelajar.

Kategori yang ketiga adalah alat scaffold yang mana ianya berfungsi
sebagai panduan atau bimbingan pembelajaran. Alat ini menyokong dan
membimbing pelajar dalam pemprosesan kognitif dan metakognitif
19
mereka dari segi tugasan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang
timbul dan pendekatan yang harus digunakan untuk menyelesaikan
masalah tersebut sehingga akhirnya mereka boleh melakukan aktiviti itu
sendiri. Ringkasan kategori CMS seperti rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Kategori CMS

Platform Sumber Terbuka Dan Komersial Sistem Pengurusan


Pembelajaran Dan Sistem Pengurusan Kandungan

Sistem Pengurusan Pembelajaran

Terdapat dua jenis platform untuk sistem pengurusan pembelajaran iaitu


sumber terbuka dan komersial. Terdapat banyak jenis platform untuk
sumber terbuka iaitu moodle, sakai, Atutor, claroline, MyGuru2, MyLMS
dan sebagainya dan komersial seperti blackboard, successFactors,
SumTotal, Litmos, angle learning, geo learning, cornerstone, connect Edu
dan sebagainya tetapi di dalam kertas konsep ini hanya menerangkan tiga
jenis platform untuk sumber terbuka dan komersial. Platform untuk
sumber terbuka yang pertama adalah moodle. Moodle adalah singkatan
bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment iaitu sistem
pengurusan pembelajaran yang dibangunkan pada tahun 2001

20
berasaskan prinsip pedagogi social constructionist. Moodle dibangunkan
di bawah pelesenan awam GNU General Public License (GPL). Ini
bermakna sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas kod
sumbernya mengikut keperluan pengguna selagi pengendali tidak
menukar lesen asal (Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010;
Moodle, 2015; Munirah Omar, 2015). Ciri-ciri yang terdapat dalam
platform moodle adalah seperti mesra pengguna, terdapat senarai pelajar
dalam kursus yang mana pensyarah boleh tahu bila akhir sekali pelajar
akses, boleh mengintegrasikan moodle dengan maklumat dan sistem lain,
isi kandungan yang dibangunkan berdasarkan keperluan pengajaran dan
pembelajaraan dan boleh digunakan semula, kebolehcapaian, dan
fleksibiliti.

Bagi platform sakai pula, ianya dibangunkan untuk tujuan komuniti dan
sistem pengurusan pembelajaran yang mana perisian ini direkabentuk
untuk menyokong pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan alat
kerjasama. Perisian ini dibangunkan pada tahun 2004 dan yang paling
terkini adalah sakai 10.5 yang dibangunkan pada tahun 2014 (Longsight,
2015; Sakai, 2014; Scriba, 2015). Sakai dibangunkan di bawah lesen
sumber terbuka (Anisakai, 2011). Antara ciri-ciri platform sakai adalah
seperti mesra pengguna, boleh bekerjasama dengan alat web 2.0,
fleksibel dan mudah, peralatan dalam perisian sakai diperkukuhkan lagi
dengan rekabentuk alat pengajaran dan eportfolio, perisian yang telah
diterjemahkan kepada lebih 20 bahasa dan dialek, membolehkan
interaksi berlaku secara serentak dan tidak serentak, terdapat ruang
peribadi untuk draf penulisan dan jurnal, dan pengguna boleh
menghantar dan menerima mesej peribadi daripada pengguna lain.

Platform ATutor merupakan sistem pengurusan pembelajaran yang


berasaskan web sumber terbuka yang digunakan untuk membangunkan
dan menyampaikan kursus di atas talian (ATutor, 2015). Pengendali
boleh menyalin, mengedar, dan mengubah suai Atutor di bawah syarat-
syarat pelesenan awam GNU General Public License (GPL). Antara ciri-ciri
Atutor adalah seperti kebolehcapaian yang mana ianya memastikan
pengguna boleh mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti pelajar,
pengajar, dan pentadbiran. Selain itu, akses IMS/ISO untuk semua
sokongan membolehkan pelajar untuk menyelaraskan persekitaran dan
kandungan untuk keperluan kursus mereka, pengajar dan pelajar boleh
menguruskan kursus Atutor mereka, pengguna boleh menghantar dan
menerima mesej peribadi daripada pengguna lain, setiap pengguna
mempunyai utiliti penyimpanan fail mereka sendiri dan ruang

21
penyimpanan ini boleh dikongsi dengan pengguna lain, seluruh
kandungan dan struktur kursus boleh disimpan dan backup di pelayan
Atutor. Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan platform sumber
terbuka.

Untuk platform komersial pula, yang pertama adalah blackboard.


Blackboard adalah sistem pengurusan pembelajaran yang menyokong
keperluan pendidikan pelajar, fakulti, dan institusi (Blackboard, 2015).
Sistem ini merupakan sistem berlesen dan institusi yang menggunakan
sistem ini perlu membayar untuk pembaharuan lesen secara tahunan
(Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010). Harga untuk
blackboard adalah bergantung kepada keperluan institusi (PcMag, 2015).
Sekiranya terdapat penyelenggaraan atau penambahbaikan dari institusi,
maka kos lain akan dikenakan. Sistem ini tidak boleh diintegrasikan
dengan sistem lain(Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010;
PcMag, 2015). Walaupun sistem ini agak rumit dan mahal tetapi ianya
serba lengkap dan mempunyai banyak alat dan perkhidmatan yang boleh
didapati di suite blackboard. Sambungan kepada Blok Bangunan
Blackboard menambah lagi fungsi tambahan (PcMag, 2015).

Platform kedua adalah Successfactors, ianya adalah sistem pengurusan


pembelajaran yang mudah untuk pembangunan, penggunaan, dan
pengurusan keseluruhan kursus pembelajaran (SuccessFactors, 2015).
Sistem ini adalah berasaskan cloud. Dengan ciri-ciri seperti profil tugasan
automatik, program berstruktur, dan pelbagai bahagian sokongan e-
tandatangan, sistem pengurusan pembelajaran successfactors
menyediakan banyak kebolehan dan fleksibel serta memudahkan
pembelajaran pengguna. Sistem ini sesuai digunakan untuk bidang
sumber manusia. Ciri-ciri yang merujuk kepada pentadbir yang mana
pentadbir boleh menghadkan akses pengguna atau memberi peranan
yang khusus kepada beberapa pengguna dan bergantung kepada
pembangunan kursus (SoftwareInSider, 2015).

Platform ketiga adalah SumTotal, di mana sistem ini adalah berfungsi


lebih kepada bidang sumber manusia. Terdapat empat kategori sumtotal
iaitu SumTotal Learn, SumTotal Talent, SumTotal Work, dan Sumtotal
elixHR . SumTotal Learn adalah sistem pengurusan pembelajaran yang
menyediakan keperibadian dan pembelajaran kontekstual untuk
membantu pekerja bekerja dengan lebih baik (SumTotal System, 2015).
SumTotal Talent berkeupayaan berfungsi sebagai mencungkil bakat
tersembuyi dan keupayaan dalam bidang kerja pengguna serta

22
menyediakan alat-alat untuk membantu pengguna menjadi lebih
produktif. Manakala SumTotal Work adalah berfungsi untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan tenaga kerja
yang merangkumi semua aspek tenaga kerja, gaji dan pengurusan
perbelanjaan. Platform Sumtotal elixHR ini memberi pandangan yang
menyeluruh tentang data sumber manusia syarikat pengguna. Fungsi
elixHR adalah memanjangkan dan menghubungkan maklumat proses HR,
mengintegrasikan data, sistem, dan proses daripada HR yang berbeza dan
aplikasi perniagaan untuk menyampaikan pandangan global tenaga kerja.
Jadual 1.0 di bawah menunjukkan perbandingan antara platform LMS.

Jadual 1: Perbandingan antara platform LMS


LMS

Ciri-ciri Sumber Terbuka Komersial


Mood Sak Atut Blackbo SuccessFa SumTot
le ai or ard ctors al

Berasas cloud

Fleksibel

Mudah untuk
digunakan
Boleh
diintegrasikan
dengan sistem lain
Kebolehcapaian

Mesra pengguna

Interaksi secara
serentak dan tidak
serentak
Terdapat ruang
peribadi untuk draf
penulisan dan
jurnal

23
Boleh menghantar
dan menerima
mesej peribadi
dengan pengguna
lain
Pensyarah dan
pelajar boleh
menyelaras dan
menguruskan
kursus dalam
perisian
Setiap pengguna
mempunyai utiliti
penyimpanan fail
sendiri dan ruang
penyimpanan boleh
dikongsi dengan
pengguna lain
Seluruh kandungan
dan struktur kursus
boleh disimpan dan
backup di pelayan
perisian tersebut
Pentadbir boleh
menghadkan akses
pengguna atau
memberi peranan
khusus kepada
beberapa pengguna
Menyediakan
pembelajaran
kontekstual,
keupayaan
mencungkil bakat,
meningkatkan
kecekapan dan
keberkesanan
pengurusan tenaga
kerja

24
Sistem Pengurusan Kandungan

Di dalam sistem pengurusan kandungan terdapat dua jenis platform iaitu


sumber terbuka dan komersial. Terdapat banyak jenis platform untuk
sumber terbuka iaitu WordPress, Joomla, Drupal, TYPO3, mambo, Aura
CMS, Dot cms, cushy cms dan sebagainya dan komersial adalah seperti
ExpressionEngine, ou campus, Altitude3.net, dot.orange, contegro, Text
Pattern dan sebagainya. Tetapi di dalam kertas konsep ini hanya
menerangkan tiga jenis platform untuk sumber terbuka dan komersial
CMS.

Platform sumber terbuka yang pertama adalah WordPress. Menurut


WordPress.ORG (2015), WordPress adalah sistem pengurusan
kandungan berasaskan PHP dan MySQL. Plugin untuk wordpress adalah
SCORM cloud. Perisian ini bermula pada tahun 2003 dengan sedikit kod
tunggal dan terus berkembang menjadi blog. Wordpress adalah
sepenuhnya disesuaikan dan digunakan untuk apa-apa sahaja.
WordPress ini perlu dimuat turun dan install. Wordpress ini berbeza
dengan wordpress.com yang mana wordpress.com ini berasaskan
wordpress-blog baru iaitu berbeza cara dan kurang fleksibel berbanding
WordPress. WordPress bermula sebagai sistem blogging dan ianya terus
berkembang untuk kegunaan sepenuh sebagai sistem pengurusan
kandungan melalui beribu-ribu plugin, widget dan tema.

Platform yang kedua adalah Joomla. Joomla adalah sistem pengurusan


kandungan yang membolehkan pengguna membina laman web dan
aplikasi atas talian (Joomla, 2015). Joomla tidak mudah dari WordPress
tetapi mudah dari Drupal (Styleshout, 2015). Ciri-ciri Joomla adalah
seperti sering membuat penambahbaikkan dari segi cms, templat boleh
diubah dan boleh membuat templat sendiri, mudah untuk install,
berbilang bahasa iaitu mempunyai lebih daripada 64 bahasa, pengguna
boleh menyesuaikan Joomla dengan lebih daripada 7000 sambungan,
mudah untuk menguruskan kandungan, pengeditan kandungan mudah
dan pantas.

Platform ketiga adalah Drupal, Drupal adalah satu sistem pengurusan


kandungan yang komprehensif. Menurut Styleshout (2015), Drupal
mempunyai banyak fungsi seperti menu pengurusan yang canggih ,
pengurusan pemilihan, alat pengubahsuaian grafik, pengurusan
pengguna dan banyak lagi. Fungsi-fungsi ini untuk mewujudkan laman
web dengan mudah dan canggih, blog, papan perbincangan, laman
rangkaian sosial dan sebagainya. Perisian ini sangat fleksibel iaitu sangat

25
mudah untuk ubah suai yang mana templat boleh diubah dan boleh
membuat templat sendiri (Drupal, 2015). Drupal diedarkan di bawah
syarat-syarat perlesenan GNU General Public License (GPL).

Platform CMS untuk komersial pula yang pertama adalah


ExpressionEngine. ExpressionEngine adalah satu sistem CMS yang elegan,
fleksibel iaitu sesuai untuk semua jenis projek. . Oleh kerana banyak ciri-
ciri dan sokongan yang ditawarkan, perisian ini agak mahal. Antara ciri-
ciri ExpressionEngine adalah seperti fleksibel, templat yang disediakan
memudahkan pengguna untuk membina kandungan laman web, utiliti
ExpressionEngine membantu pengendali menguruskan laman web
(EllisLab, 2015).

Kedua adalah OU Campus, OU Campus adalah sistem pengurusan


kandungan web yang terkemuka bagi institusi pengajian tinggi.
Tumpuan perisian ini adalah untuk pengajian tinggi dan membolehkan
untuk membangunkan fungsi yang dihargai oleh kolej dan universiti yang
mana pengguna, pentadbir dan pemaju mendapat manfaat daripada ciri-
ciri perisian ini (OmniUpdate, 2015). OU Campus ini mudah untuk
digunakan, mesra pengguna dan fleksibel. Platform ketiga adalah
Altitude3.net yang mana ianya adalah platform elektronik pembangunan
perniagaan yang diakses secara global. Perisian ini membolehkan untuk
mewujudkan penyelesaian web dan strategi komunikasi interaktif untuk
mengoptimumkan proses perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) (Altitude3.net, 2013). Altitude membolehkan pengguna
baru untuk menguruskan kandungan laman web seperti alat komunikasi,
e-dagang dan lain-lain dengan cepat dan mudah dan menawarkan
penggunaan pakar fleksibiliti untuk pembangunan awal. Jadual 1.1 di
bawah menunjukkan perbandingan antara platform CMS.

26
Jadual 1: Perbandingan antara platform CMS
CMS
Sumber Terbuka Komersial
Ciri-ciri WordP Joo Dru Expres OU Altutude
ress mla pal sion Camp 3.net
Engine us
Berasas cloud

Fleksibel

Mudah untuk
digunakan
Templat boleh
diubahsuai dan
boleh membuat
templat sendiri
komprehensif

Mesra pengguna

Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran Dan Sistem Pengurusan


Kandungan Pembelajaran

Kedua-dua sistem pengurusan pembelajaran dan sistem pengurusan


kandungan ini memerlukan ciri-ciri yang positif, mesra pengguna,
fleksibel, bersifat terbuka dan sebagainya. Bagi sistem pengurusan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran secara informal, berpusatkan
pelajar, menyokong keperluan sosial dan personal pelajar, maklum balas,
dan interaksi amat penting bagi sesebuah perisian LMS (Eom, 2014).
Tambahan pula, jika sistem LMS tersebut mengintegrasikan dengan
sistem-sistem lain seperti eportfolio, Web 2.0, sistem email,
perkhidmatan pembelajaran mobile dan sistem-sistem yang terdapat
dalam universiti yang mana ianya memudahkan sistem pembelajaran
pelajar dan memudahkan pelajar untuk menggunakan sistem LMS
tersebut (Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010).

Ciri yang paling penting yang diperlukan dalam CMS adalah navigasi yang
mudah dan penggunaan yang berkesan untuk mengawal proses
menguruskan kandungan dan pengguna. Menurut Altun et al. (2008),
ciri-ciri yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti pengajaran adalah

27
pengurusan maklumat yang berkesan, navigasi yang mudah, mudah
untuk diakses dan digunakan, arahan dan tugasan yang jelas, interaktiviti,
fleksibel, dan penggunaan alat komunikasi yang mudah.

PERBINCANGAN

Berdasarkan daripada pembacaan dapatan lepas, perbezaan yang


didapati antara sistem pengurusan pembelajaran dan sistem pengurusan
kandungan adalah dari segi maklum balas pembelajaran. Dalam sistem
pengurusan kandungan tidak terdapat alat untuk maklum balas
pembelajaran dan dalam sisitem ini tidak berlaku interaksi antara pelajar
dengan pensyarah dan pelajar dengan pelajar. Interaksi yang berlaku
adalah hanya antara pelajar dengan bahan pembelajaran sahaja. CMS
merujuk kepada kandungan, proses aktiviti yang dilaksanakan untuk
menghasilkan output dan perisian yang digunakan untuk melaksanakan
proses aktiviti dan mengawal kandungan tersebut. LMS pula merujuk
kepada perisian berasaskan web yang direkabentuk untuk merancang,
melaksana dan menilai pembelajaran, interaksi pelajar dan maklum balas
kemajuan dan aktiviti pelajar.

Salah satu elemen penting dalam LMS adalah keupayaan meningkatkan


kualiti pembelajaran secara optimum dan sistem pembelajaran yang
interaktif. Produk komersial LMS biasanya dijual kepada dua jenis hos,
iaitu server base dan could base. Untuk server base, data disimpan dalam
rangkaian tempatan iaitu server organisasi sendiri yang mana ianya boleh
diubah-ubah mengikut kesesuaian LMS yang dibangunkan. Manakala
could base pula, data di simpan dalan could yang mana perlu ada internet
untuk masuk ke dalam sistem tersebut dan boleh di akses di mana-mana.

Terdapat dua jenis LMS dan CMS iaitu sumber terbuka dan komersial
yang mana setiap organisasi berdepan dengan dilema sama ada untuk
memilih platform sumber terbuka atau komersial. Setiap platform ini
mempunyai faedah atau kebaikan tersendiri, jadi sebagai pengguna kita
harus memilih platform untuk LMS dan CMS berdasarkan keperluan
pengguna. Untuk jenis komersial, walaupun ianya mudah untuk
dibangunkan dan digunakan tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.
Dan untuk sumber terbuka, walaupun ianya adalah percuma tetapi untuk
penambahbaikkan atau penyelenggaran lain dari pihak pengguna,
bayaran dikenakan.

Setiap LMS dan CMS mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza, untuk


membuat pilihan menggunakan sistem-sistem tersebut setiap kriteria

28
perlu diambil kira mengikut keperluan pengguna dan kursus tersebut.
Pertama sekali perlu memikirkan keperluan pengguna dan kursus, kedua
tujuan LMS dan CMS tersebut dibangunkan, ketiga adalah alat
pembelajaran yang ada di dalam sistem tersebut yang mana ianya
memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki seperti mesra pengguna, fleksibel,
terdapat integrasi dengan sistem lain yang mana ianya dapat
memudahkan pengurusan pelajar dalam mengendalikan pembelajaran
dan keperluan peribadi. Setelah itu, penilaian perlu dilakukan dan perlu
mempertimbangkan jumlah maklumat sistem tersebut dapat
menampung. Sebagai contoh, jika hanya seorang pengendali sahaja yang
bertanggungjawab menghantar dan mengedit maklumat kandungan,
maka sistem yang murah diperlukan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perbandingan antara sistem pengurusan


pembelajaran dan sistem pengurusan kandungan ini jelas yang mana
perbezaan antara keduanya adalah berbeza dari segi pengurusan
maklum balas pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan kandungan
dalam konteks pendidikan adalah agak terhad dalam penggunaan
berbanding dengan sistem pengurusan pembelajaran dan sistem
pengurusan kandungan pembelajaran.

RUJUKAN

Adobe. (2009). Adobe Solutions for Learning Management Systems (


LMS). Di akses daripada https://www.adobe.com/content/dam
/Adobe/en/education/pdfs/lms-primer-102909.pdf

Agus D. Priyanto. (2009). Facilitating Language Learning with LMS: (A


Brief Review on Blackboard and Moodle). Diakses daripada
http://agusdepe.staff.uns.ac.id/2009/04/06/facilitating-language-
learning-with-lms-a-brief-review-on-blackboard-and-moodle/.

Altitude3.net. (2013). Optimize Business Process With Altitude. Diakses


pada 28 November 2015 daripada http://www.altitude3.net/home.

Altun, A., Gulbahar, Y., & Madran, O. (2008). Use of a content management
system for blended learning: Perceptions of pre-service teachers.
Turkish Online Journal of Distance Education, 9(4), 138153.

Anisakai. (2011). Sakai LMS: Open Proven - Global. Diakses daripada

29
http://anisakai.com/wpcontent/uploads/2014/04/Why_SAKAI.pdf

ATutor. (2015). ATutor: Learning Management System. Diakses pada 28


November 2015 daripada http://www.atutor.ca/atutor/

Blackboard. (2015). About Blackboard. Di akses pada 28 November 2015


daripada http://www.blackboard.com/higher-education/ learning-
solutions/learning-core.aspx

Coates, H., James, R., & Baldwin, G. (2005). A critical examination of the
effects of learning management systems on university teaching and
learning. Tertiary Education and Management, 11(1), 1936.

Drupal. (2015). About Drupal. Diakses pada 28 November 2015, daripada


https://www.drupal.org/about.

EllisLab. (2015). Why ExpressionEngine? Diakses pada 28 November


2015 daripada https://ellislab.com/expressionengine/features.

Eom, S. B. (2014). Understanding eLearners satisfaction with Learning


Management Systems. Bulletin of the IEEE Technical Committe on
Learning Technology, 16(2), 36.

Hullavarad, S., OHare, R., & Roy, A. (2015). Taming the Information
Explosion with Enterprise Content Management. Information
Management Journal, 49(3), 3640.

Joomla. (2015). About Joomla. Diakses pada 28 November 2015 daripada


https://www.joomla.org/about-joomla.html.

Jurubescu, T. (2008). Learning Content Management Systems.


Informatica Economica, 12(4), 9194.

Kementerian Pendidikan. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar e-Pembelajaran


Negara Institusi Pengajian Tinggi.

Longsight. (2015). Empower students to learn and instructors to teach


on their own terms with Sakai created by educators, for educators.
Diakses pada 28 November 2015 daripada https://www.longsight
.com/technologies/sakai.

30
Lust, G., Vandewaetere, M., Elen, J., & Clarebout, G. (2014). Tool-use in a
content management system: a matter of timing? Learning
Environments Research, 17(3), 319337.

Mohamed Amin Embi. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran


Pelaksanaaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Vol. 53). Putrajaya.

Mohamed Amin Embi, & Mohd Najib Adun. (2010). e-Pembelajaran di


IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik Universiti
Kebangsaan Malaysia & Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

Moodle. (2015). Moodle is the open source platform that lets you build
the perfect education solution for your needs. Di akses daripada
https://moodle.com/moodle-lms/

Munirah Omar. (2015). Moodle dan Sistem Pengurusan Pembelajaran.


Diakses daripada http://documents.tips/documents/moodle-dan-
sistem-pengurusan-pembelajaran.html

Nasser, R., Cherif, M., & Romanowski, M. (2011). Factors that impact
student usage of the learning management system in qatari schools.
International Review of Research in Open and Distance Learning,
12(6), 3962.

Nawaz, A., & Kundi, G. M. (2010). Sustained Technical Support: Issue and
Prospects for E-Learning in HEIs. Malaysian Journal of Distance
Education, 12(2), 6177.

OmniUpdate. (2015). OU Campus. Diakses pada 28 November 2015


daripada http://omniupdate.com/products/oucampus/

PcMag. (2015). Blackboard LMS. Diakses pada 28 November 2015


daripada http://www.pcmag.com/article2/0,2817,2486964,00.asp

Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin, & Abda Hamida D.Abdul
Hameed. (2015). Tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan
teknologi, pedagogi, dan kandungan (tpack) dalam pembelajaran
kurikulum di ipt (pp. 307315).

Rustici Software. (2015). SCORM Explained. Diakses pada 5 December


2015 daripada http://scorm.com/scorm-explained/
31
S. Mohorovicic, E. Tijan, & D. Cisic. (2010). Using Web Content
Management Systems in University E-Commerce Courses.
International Journal of Emerging Technologies in Learning, 5(2), 38
43.

Sakai. (2014). About Sakai Project. Diakses daripada


https://sakaiproject.org/about-sakai-project

Scriba. (2015). Why Sakai. Di akses daripada http://www.scribacorp.


com/why-sakai/

SoftwareInSider. (2015). SuccessFactors Learning Management System


(LMS). Diakses pada 28 November 2015 daripada
http://lms.softwareinsider.com/l/244/SuccessFactors-Learning-
Management-System-LMS

Srichanyachon, N. (2014). Efl Learners Perceptions of Using LMS. Turkish


Online Journal of Educational Technology, 13(4), 3035.

Styleshout. (2015). Which CMS to choose. Di akses pada 28 November


2015 daripada http://whichcmstochoose.com/joomla.html

SuccessFactors. (2015). Learning Management System. Diakses pada 1


Januari 2015 daripada http://www.successfactors.com/en_us
/solutions/talent/learning/lms.html

SumTotal System. (2015). Develop and expand your talent with a real-
time learning management system. Di akses pada 28 November 2015
daripada http://www.sumtotalsystems.com/enterprise/ learning-
management-system/

Tech Whirl. (2015). Types of Content Management Systems Explained


(CMS, DMS, CCMS, ECMS, and others). Diakses daripada
http://techwhirl.com/types-of-content-management-systems/

Wichadee, S. (2015). Factors Related to Faculty Members Attitude and


Adoption of a Learning Management System. Turkish Online Journal
of Educational Technology, 14(4), 5361.

WordPress.ORG. (2015). About WorkPress. Diakses pada 28 November


2015 daripada https://wordpress.org/about/

32
Cara Menulis Rujukan Bab 2 :

Nurul Nadirah Mohd Kasim & Khalid, F. (2016). Sistem Pengurusan


Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan: Satu Analisis
Perbandingan. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul
Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM.

33

You might also like