Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SUMBANGAN

Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang
cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama
pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh
akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay
Women Make Their Own Freedom. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari
kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia
sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga
pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa


adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia
1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan
dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah
radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF
sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli
politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu
antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau
menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif
kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran
Bebas" (laissez-faire).

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media
antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New
York Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya)
terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan
sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa
(penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah).
Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti
pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang


dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau
Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat
Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran


Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut
dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya
membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani
di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana
Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang
memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden
Suharto dari Indonesia.
Sumber:

http://sumbanganpemimpin.blogspot.my/2013/05/tundr-mahathir-bin-mo
hamad-pada-10.html

You might also like