Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

GERAKAN BERPERSATUAN, KELAB DAN KESATUAN DI TANAH

MELAYU

PERSATUAN BERCORAK POLITIK DALAM KALANGAN ORANG MELAYU

Peranan akhbar dan golongan wartawan telah menimbulkan kesedaran politik dalam kalangan

orang Melayu untuk menubuhkan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan hak dan

kepentingan mereka. Penubuhan persatuan di negeri-negeri Melayu didorong oleh kemunculan

Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan di Singapura. Penubuhan KMS menjadi

perangsang kepada negeri-negeri Melayu yang lain untuk menubuhkan persatuan bagi

memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

1. KESATUAN MELAYU SINGAPURA


Penubuhan:

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos bin Abdullah dengan

beberapa orang lain seperti Tengku Abdul Kadir, Imam Haji Mohd Yusuf bin Haji Said, dan Haji

Embok Suloh bin Haji Oman.

Corak Perjuangan:

Kesatuan Melayu Singapura (KMS) sebuah pertubuhan orang Melayu yang bercorak separa

politik, walaupun perkembangan semangat nasionalisme ketika itu belum begitu mendalam dan

kegiatannya berkisar di Singapura.

Keanggotaan:

KMS dianggotai oleh golongan berpendidikan Inggeris, wartawan, kakitangan kerajaan, dan

peniaga.

Matlamat dan tujuan:

KMS memberi tumpuan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan

membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka.

Tujuan penubuhan KMS ialah untuk:

menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pelajaran tinggi;

memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik serta mewakili mereka dalam

berurusan dengan kerajaan

memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.


Kejayaan:

Antara kejayaan KMS ialah:

memperoleh tanah seluas 251 hektar pada tahun 1928 untuk dijadikan kawasan

penempatan khas orang Melayu di Singapura. Kawasan itu dikenali sebagai Kampung

Melayu. Kejayaan di Singapura mendorong KMS menubuhkan beberapa buah

cawangan di Melaka dan Pulau Pinang yang kebanyakan ahlinya adalah kakitangan

kerajaan pada tahun 1937. Namun cawangan-cawangan ini tidak secergas KMS.

Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu yang melanjutkan pelajaran

Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat

Menubuhkan Sekolah Pertukangan Orang Malayu Singapura pada tahun 1929

2. PENUBUHAN PERSATUAN MELAYU NEGERI (1937-1941)

Kejayaan perjuangan KMS mendorong negeri-negeri lain menubuhkan persatuan Melayu di

peringkat negeri. Penubuhan persatuan-persatuan Melayu ini bertujuan untuk membaiki

kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

Kebanyakan persatuan Melayu negeri dipimpin oleh kerabat diraja dan golongan berpendidikan

Inggeris. Terdapat juga dalam kalangan rakyat biasa yang memegang jawatan yang agak

penting dalam persatuan ini, namun bilangannya amat sedikit.


Persatuan-persatuan negeri yang dipimpin oleh golongan istana cenderung untuk

mempertahankan keadaan yang sedia ada. Oleh itu mereka memberi sokongan kepada

pemerintahan British.

Oleh kerana persatuan Melayu masih bersifat kenegerian, usaha untuk menubuhkan sebuah

persatuan yang bercorak kebangsaan sukar dilakukan kerana wujud semangat kenegerian

yang menebal. Pada tahun 1930, majalah Pengasoh mencadangkan penubuhan sebuah

persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung tetapi tidak

mendapat sambutan.

Antara persatuan-persatuan Melayu negeri ialah:

A. PERSATUAN MELAYU PERAK (PMK)

Penubuhan:

Ditubuhkan pada 18 September 1937 di Ipoh oleh 104 orang Melayu Perak terdiri daripada

kakitangan awam. PMK yang dipimpin oleh Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim

mengambil pendekatan sederhana dan tidak terlibat dalam politik.

Corak perjuangan:

Corak perjuangan PMK adalah bersifat sederhana dan enggan melibatkan diri dalam kegiatan

politik di Tanah Melayu.


Akhbar Majlis telah mengkritik persatuan ini dengan mengatakan bahawa keengganan mereka

melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan impian mereka untuk memperbaiki kebajikan

orang-orang Melayu tidak akan terlaksana dan ia menjadi usaha yang sia-sia sahaja.

Keahlian:

Keahliannya terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Tujuan penubuhan:

Untuk menggalakkan kerjasama antara ahli-ahlinya

Meninggikan taraf pendidikan dan taraf ekonomi orang-orang Melayu

Menggalakkan ahli-ahlinya menumpukan taat setia kepada raja dan kerajaan serta

kerjasama dengan pihak Inggeris untuk memajukan kepentingan orang Melayu

B. PERSATUAN MELAYU PAHANG (PMP)

Penubuhan:

Ditubuhkan bulan Mac 1938. Dipimpin oleh Tengku Muhamad ibni Almarhum Sultan Ahmad

iaitu seorang kerabat diraja Pahang dan Dato Hussein Mohd Taib.

Tujuan penubuhan:

untuk memperbaik kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dan menyuarakan masalah

mereka kepada British

memajukan bidang pendidkan orang Melayu


C. PERSATUAN MELAYU SELANGOR

Penubuhan:

Ditubuhkan di Kuala Lumpur bulan 5 Jun 1938. Dipimpin oleh kerabat diraja dan golongan

berpendidikan Inggeris seperti Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yassin, Raja Bot bin Raja

Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang, dan Raja Uda bin Raja Muhammad.

Corak perjuangan:

Corak perjuangan bergerak secara terbuka sebagai sebuah pertubuhan politik.

Tujuan penubuhan untuk mendesak kerajaan Inggeris:

supaya menambah bilangan pegawai Melayu dalam kerajaan Persekutuan dan negeri

supaya memperuntukkan jawatan yang penting seperti Pendaftar dan Penolong

Pendaftar Mahkamah Tinggi supaya disandang oleh orang Melayu

supaya memberi peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam bidang

pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi

membuat cadangan kepada kerajaan Inggeris agar menyekat penghijrahan orang Cina

dan India ke Tanah Melayu

Perjuangan PMS:

Pada tahun 1938, telah menerbitkan risalah bagi mengemukakan beberapa bantahan terhadap

kerajaan Inggeris. Antaranya ialah:


menentang penubuhan universiti kerana ia dianggap akan menguntungkan orang bukan

Melayu. Ini disebabkan taraf pendidikan orang Melayu yang rendah dan tidak

mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk memasuki universiti.

memajukan ekonomi orang Melayu

membantah perlaksanaan Akta Tanah Simpanan Melayu yang dianggap sebagai

percubaan kerajaan Inggeris untuk menyekat perkembangan ekonomi orang-orang

Melayu.

D. PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN (PMNS)

Penubuhan:

Ditubuhkan pada 9 September 1938 di Seremban. Antara pemimpinnya ialah Tengku Mohamad

Nasir, Raja Nordin, dan Haji Mohd Tahir bin Dato Bandar Abdul Rahman.

Tujuan penubuhan:

Ditubuhkan untuk memelihara adat istiadat, kebajikan dan kepentingan orang Melayu dalam

segala bidang.

E. KESATUAN MELAYU JOHOR (KMJ)

Penubuhan:

Ditubuhkan tahun 1939 oleh Dr. Hamzah Haji Mohd Taib dan bapanya Haji Mohd Taib.

Corak perjuangan:

Persatuan ini yang bercorak separa politik


Tujuan penubuhan:

Bertujuan menyebarkan idea-idea baharu untuk membangkitkan semangat kesedaran bersatu

dalam kalangan orang Melayu.

F. SABERKAS

Penubuhan:

Ditubuhkan dan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra, kerabat diraja Kedah. Saberkas

adalah singkatan dari Sayang Akan Bangsa Ertinya Redha Korbankan Apa Segala.

Tujuan penubuhan:

Bertujuan untuk memperjuangkan kebajikan orang Melayu. Keahliannya terhad kepada

kakitangan kerajaan tetapi kemudian dibuka kepada umum.

G. KELAB PUTERA

Penubuhan:

Ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1929. Kelab ini dipimpin oleh Asaad Shukri

Haji Muda dan Abdul Kadir Adabi.

Tujuan penubuhan:

Bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Kelantan bagi mencapai kemajuan dalam semua

aspek kehidupan. Kegiatannya agak terbatas kerana kakitangan kerajaan dilarang

menyertainya. Selepas setahun ditubuhkan, kelab ini dibubarkan.


H. PERSATUAN MELAYU KELANTAN (PMK)

Penubuhan:

Ditubuhkan pada 20 April 1939. Dipimpin oleh Nik Muhammad Saleh Omar, Nik Yahya Nik

Daud, Haji Othman Tahir, Ahmad Ismail, dan Asa ad Shukri Haji Muda.

Keahlian:

Keahliannya terbatas kepada golongan bangsawan dan berpendidikan Inggeris.

Tujuan penubuhan:

a. Untuk menyatukan orang-orang Melayu

b. memajukan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu Kelantan.

3. PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM)

Penubuhan:

PASPAM ditubuhkan pada 7 April 1934 oleh akhbar Saudara. Antara mereka yang terlibat

menggerakkan persatuan ini ialah Syed Alwi al-Hadi, S .M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-

Maghribi, dan Hamidun bin Mohd Hashim.

Persaudaraan Sahabat Pena merupakan pertubuhan pertama yang melangkaui sempadan

negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan. Pejabat persatuan ini ditubuhkan di Kedah, Perak,

Kelantan, Singapura, Sabah, dan Sarawak.


Cogan kata:

Cogan kata PASPAM ialah Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa bertujuan untuk menimbulkan

kesedaran orang Melayu terhadap bahasa Melayu.

Corak perjuangan:

Sebuah pertubuhan bercorak kesusasteraan Melayu yang pro Kaum Muda. Ia merupakan

pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. PASPAM memberi peluang

kepada orang Melayu di seluruh negara untuk bertemu dan berbincang untuk mencari

penyelesaian kepada maslah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu.

Keahliannya:

Keahliannya terbuka kepada semua orang Melayu. Setiap ahli dikenakan bayaran pendaftaran

sebanyak 50 sen dan yuran tahunan sebanyak 20 sen.

Perkembangan PASPAM:

Ahli-ahli Persaudaraan Sahabat Pena digalakkan menulis dan mengambil bahagian dalam

peraduan yang dikelolakan oleh akhbar Saudara. Kegiatan persatuan ini tidak tertumpu kepada

bahasa dan sastera sahaja tetapi juga politik.

Persidangan bersifat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persaudaraan Sahabat Pena dapat

menyatukan ahli-ahlinya dan seluruh Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Persidangan yang

pertama diadakan di Taiping pada 11 November 1934.


Selepas persidangan pertama ini, keahlianya telah meningkat dengan cepat. Pada Mei 1935,

keahliannya Pada tahun 1935, keahliannya hanyalah seramai 1000 orang tetapi telah

meningkat secara mendadak kepada 12, 000 orang pada tahun 1937.

Pada tahun 1938, PASPAM mula menerbitkan majalah bulanan untuk ahli-ahlinya.

atidak puas hati orang Melayu terhadap kepimpinannya yang lemah dan dikuasai oleh golongan

berketurunan Arab dan India-Muslim terutamanya di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, PASPAM telah memberi sumbangan yang besar dalam sejarah

perkembangan nasionalisme Melayu. PASPAM bukan sahaja berjaya menyatukan orang

Melayu, malah telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu melalui

persidangan nasionalnya yang diadakan.


4. KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Penubuhan:

Ditubuhkan pada bulan April 1938, golongan nasionalis berpendidikan Melayu di Kuala Lumpur.

KMM diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaacob dengan beberapa orang tokoh nasionalis yang lain

seperti Mustapha Hussain, Ishak Haji Muhammad, Onan Haji Siraj, Hassan Manan, Ahmad

Boestamam, dan Abdul Karim Rashid.

KMM merupakan sebuah pertubuhan politik bersayap kiri yang terpengaruh oleh gerakan

nasional Indonesia dan perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) yang dipimpin oleh Sukamo.

Keahliannya:

Ahli-ahli KMM terdiri daripada guru-guru sekolah Melayu yang kebanyakannya lulusan Maktab

Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI).

Matlamat penubuhannya:
Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu melalui dasar tidak

bekerjasama dengan Inggeris

Berusaha membentuk satu kesatuan politik dengan menyatukan Tanah Melayu dengan

Indonesia bagi membentuk Indonesia Raya atau Melayu Raya bagi mewujudkan bangsa

Melayu yang terbesar di Asia Tenggara

Perkembangannya:

Menjelang tahun 1940, KMM telah berjaya menubuhkan cawangan di beberapa buah negeri

seperti Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Singapura, Kelantan,

dan Terengganu.

Namun KMM tidak berjaya menarik banyak sokongan terutamanya dalam kalangan rakyat

bawahan dan birokrat Melayu yang berpendidikan Inggeris. Kegagalan ini disebabkan oleh:

sikap orang Melayu ketika itu yang masih mahukan kepimpinan kaum bangsawan yang

dianggap sebagai pelindung bangsa Melayu.

idea penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang diperjuangkan oleh KMM juga tidak

berjaya menarik sokongan rakyat.

masalah kewangan dan kekurangan kemahiran untuk memperluaskan kegiatannya di

seluruh Tanah Melayu.

KMM menyebarkan cita-cita perjuangannya menerusi akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk

menyebarkan perasaan anti-Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan

orang-orang Melayu.
Selepas tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah, Jepun berusaha mendapatkan sokongan

penduduk tempatan. Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Haji Yaacob untuk

membeli akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura.

Akibatnya seramai 100 orang ahli KMM termasuk Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad

ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941 kerana dituduh merancang

pakatan menentang British dan bekerjasama dengan Jepun.

Semasa pendudukan Jepun, pemimpin KMM yang ditahan oleh Inggeris telah dibebaskan dan

dibenarkan bergiat semula dalam kegiatan politik. Pihak Jepun juga mengadakan kawalan ketat

ke atas semua alat sebaran am, termasuk pertubuhan politik.

Pada bulan Jun 1942, KMM dibubarkan atau diharamkan kerana KMM membuat pakatan sulit

dengan Parti Komunis Malaya dan dianggap boleh menjadi ancaman kepada kepentingan

Jepun di Tanah Melayu. Namum selepas itu, Jepun telah menubuhkan Pembela Tanah Air

(PETA) pada tahun 1943 bagi mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin KMM. PETA telah

dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob merupakan pertubuhan bercorak ketenteraan.

Sebagai langkah untuk berkerajaan sendiri, Jepun telah menggalakkan Ibrahim Haji Yaacob

menubuhkan Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS) pada Julai 1945. Kemudian KRIS dikenali

sebagai Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung.

Kegiatan KRIS telah ditamatkan apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945. Ibrahim Haji

Yaacob dan beberapa pemimpin yang lain telah berhijrah ke Indonesia untuk menyertai

kegiatan politik di sana. Manakala anggota KMM yang lain telah dipenjarakan oleh Inggeris.

You might also like